Program Scott’s Bright Little Explorers Di Kidzania Kuala Lumpur

Program Scott’s Bright Little Explorers Di Kidzania Kuala Lumpur. Assalammualaikum semua! Sebagai ibu dan mempunyai anak-anak lelaki yang lasak. Ruby sudah mula mencari vitamin tambahan yang bersesuaian untuk Adam dan Alif sebab nak beri tenaga kepada mereka. Al maklumlah cuaca di Malaysia tidak menentu. Selsema lagi. Batuk lagi. Jangkitan di taska dan berkawan dengan ramai kanak-kanak. Jadi ruby nak Adam dan Alif kekal aktif, ruby berikan mereka berdua Scott Emulsion Oren sejak usia mencecah 1 tahun.

Program Scott’s Bright Little Explorers Di Kidzania Kuala Lumpur

Untuk dos harian yang lebih lazat, berikan si manja campuran Minyak Ikan Kod, Vitamin A, Vitamin D dan Kalsium yang ditambahkan dengan keenakan jus oren. Vitamin A menyokong sistem imunisasi dan fungsi penglihatan normal. Vitamin D membantu penjagaan tulang dan gigi sihat, serta menyokong fungsi sistem imunisasi. Kalsium menguatkan tulang dan gigi. Scott’s Emulsion juga telah diemulsikan terlebih dahulu. Ini bermakna Minyak Ikan Kod didalamnya telah dipecahkan ke titisan yang kecil. Ini adalah cara semulajadi tubuh kita mencernakan minyak. Jika diambil setiap hari, nutrien di dalamn Scott’s Emulsion Oren akan menyokong sistem imunisasi dan tumbesaran anak kesayangan supaya dia akan membesar dengan sihat! 1 hingga 3 tahun 15ml satu kali sehari je.

Bright Little Explorers

Untuk memberi keseronokan makan vitamin, ruby mula beli Scott’s DHA Gummies untuk Adam yang sudah berusia 3 tahun pada tahun 2017. Tersedia dalam perisa Oren dan Strawberi yang lazat, Scott’s DHA Gummies dengan teknologi DHA mikrokapsul, mengunci kebaikan zat minyak ikan tanpa rasa dan bau ikan. Sebagai tambahan kepada DHA, Scott’s DHA Gummies juga mengandungi Vitamin D, yang amat penting untuk tumbesaran yang sihat dan perkembangan tulang dalam kanak-kanak. Tiga biji Scott’s DHA Gummies sahaja setiap hari dapat membantu menambah keperluan DHA dan Vitamin D kanak-kanak. Jadi, sekiranya anda mencari cara yang lazat dan menyeronokkan untuk menyokong perkembangan otak dan tumbesaran sihat anak-anak anda, makanlah Scott’s DHA Gummies hari ini.

Scott’s Dipercayai Oleh Ibu Bapa

Ibu bapa tahu bahawa anak-anak mereka menjadi semakin ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka. Scott’s Malaysia (Scott), sebahagian daripada GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Sdn Bhd, mahu memperjuangkan rasa ingin tahu kanak-kanak dan membantu menyokong perkembangan mereka dengan memberi mereka peluang untuk berseronok di KidZania Kuala Lumpur.

Satu isi rumah di seluruh Malaysia, pasti mengenali Scott’s. Scott’s terkenal dengan pelbagai produk DHA (DocosaHexaenoic Acid) seperti Scott’s DHA Gummies. DHA adalah asid lemak Omega-3 yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, fungsi dan penglihatan yang sihat. Ini amat penting kerana penyelidikan menunjukkan bahawa 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum mereka berusia 6 tahun.

Bright Little Explorers

Mr. Alan Tan, Brand Manager of Scott’s, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhdgiving a presentation on the importance DHA plays for brain development

“Ketika kanak-kanak semakin meningkat usia, mereka terus bertanya soalan, cara untuk memenuhi rasa ingin tahu yang tidak pernah berakhir. Ia adalah sifat ingin tahu yang membantu mereka belajar mencari maklumat baru dan berimaginasi. Scott’s memahami pentingnya memberi kanak-kanak dengan keseronokan dan pengalaman pendidikan yang baru sebagai platform pembelajaran untuk meningkatkan perkembangan mereka. Program Scott’s Bright Little Explorers dari Scott bertujuan mewujudkan sifat-sifat yang dikehendaki kanak-kanak melalui aktiviti yang tidak hanya menghalang mereka untuk menjadi lebih tahu, tetapi juga merangsang perkembangan mereka. Kami gembira dapat bekerjasama dengan KidZania Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada program ini, dan berharap dapat memberikan pengalaman dan peluang kepada anak-anak menjadi ‘dewasa’ untuk sehari. Kami yakin bahawa melalui pengalaman ini, anak-anak akan dapat mengalami pekerjaan nyata dan belajar untuk berdikari, bekerja dalam pasukan, serta membangunkan kemahiran hidup, ” kata Venaig Jegou, Pengarah Pemasaran Kawasan, Penjagaan Kesihatan Mulut dan Pemakanan, Asia Tenggara.

Bright Little Explorers

Bright Little Explorers Bright Little Explorers

“Kami sering menemui kanak-kanak yang ingin tahu tentang dunia dewasa dan apa mereka buat. Di KidZania Kuala Lumpur, kanak-kanak akan melibatkan diri dalam pengalaman dewasa yang lengkap. Mereka boleh mengambil apa jua peranan yang mereka mahukan dan percubaan secara langsung bagaimana kerjanya memainkan profesion yang berbeza termasuk ahli bomba, tukang masak, doktor, juruhebah TV dan radio, dan kerjaya lain. KidZania Kuala Lumpur berbangga untuk mengambil bahagian dalam program Scott’s Bright Little Explorers. Kami percaya tujuan program ini berkongsi kepercayaan yang sama seperti KidZania yang menyediakan peluang kepada anak-anak untuk diberi inspirasi dan platform untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan diberi kuasa untuk belajar dan berkembang, ” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur .

Dari November 2017 hingga Februari 2018, Scott memberi peluang kepada ibu bapa untuk menebus 1 tiket Dewasa dan 1 tiket Kanak-Kanak untuk ke KidZania Kuala Lumpur. Ibu bapa perlu mengumpulkan enam setem (RM35.00 = 1 setem) untuk menebus tiket. Dapatkan setem ini di semua cawangan Guardian Malaysia. RM 35 untuk satu resit. Jadi, anda boleh beli apa sahaja selain produk Scott’s. Hehehe.

www.facebook.com/ScottsMalaysia

www.scottskids.com/my

14 comments on “Program Scott’s Bright Little Explorers Di Kidzania Kuala Lumpur

  1. Qisstiera

    Mesti sedap gummy tu. Tu yang senang je budak2 makan. Selalu bagi makanan tambahan susah betul nak makan. Bestnya dapat tiket free nak masuk Kidzania. Nak kena kumpul setem banyak2 kat Guardian ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge