Shopee Malaysia Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Shopee Malaysia Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium. Assalammualaikum semua! Siang tadi ruby berkesempatan menghadiri pelancaran Shopee Mall yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur. Pastinya menjadi tanda tanya kepada pengguna aplikasi Shoppe, apakah Shopee Mall? Ada perbezaan ke dengan Shopee yang sekarang ni? Dijamin original ke? Betul ke jenama terkemuka juga di jual di Shopee? Jadi, tanda tanya ini sudah ruby tahu jawapannya dan ruby ucapkan tahniah kepada Shopee kerana berjaya menghasilkan Shopee Mall. Kejayaan dan pergerakan syarikat Shopee ini sering memberi impak positif. Jika tahun lepas tiada apa-apa acara, hanya jualan murah, 9.9 sale, Free shipping dan kolabrasi bersama perkhidmatan POS di Malaysia. Tahun ini Shopee kembali dengan pelbagai pendedahan. Sehinggakan ruby juga turut berasa bangga dengan kejayaan mereka. Kisah usahawan ini harus menerima sokongan dari kita semua. Betul tak?

Jika kita melihat jenama premium seperti gah di pusat membeli-belah dan pasaraya berdekatan rumah anda. Pasti anda berasa yang jenama ini sudah stabil dan tidak memerlukan sebarang anjakan paradigma untuk terus kembangkan lagi cara jualan produk mereka kan? Hakikatnya, jenama premium lah paling susah untuk kekal di pasaran. Mereka perlu membayar sewa unit kedai, kerap membuat promosi dan jual produk mereka. Perniagaan mereka memerlukan hasil jualan yang bagus setiap hari atau bulan agar mereka boleh mengekalkan lokasi kedai dan mampu membayar gaji pekerja.

Pelbagai platform jualan dalam talian tersedia. Ramai juga jenama menjual produk di sana. Tetapi yang sentiasa ada pelanggan tidak ramai. Ramai pengguna di Malaysia masih membeli keperluan dari cara tradisional dengan membeli di pasaraya dan pusat membeli-belah. Malah, saingan diantara produk tiruan dan original sangat sengit. Persaingan diantara jenama sudah menjadi biasa bagi mereka. Tetapi persaingan diantara pengeluar produk, pengimport dan jenama premium juga tidak lari dari situasi ini. Ini kerana di Malaysia tiada lagi akta atau undang-undang bagi pengeluar produk, pengimport adalah haram untuk berniaga! Jadi, lambakan produk tiruan dan murah berleluasa.

Lagi pula, tiada siapa pedulu. Ekonomi negara kita sangat teruk dan hanya Shopee je tempat ruby boleh berjimat dan dapatkan produk yang ruby nak dengan harga murah wholesale. Tiada jenama pun takpa, asalkan ruby tahu produk tu yang ruby nak. Contohnya barang sukan, tennis cap, stokin yoga, sport bra dan lain-lain. Di Shopee semua yang ruby nak, sentiasa ada dan penjual sangat mesra! Serius tak tipu!

Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Shopee Malaysia Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Shopee Mall adalah tempat di mana semua jenama premium boleh menjual di Shopee. Bukan Shopee dah ada mall sendiri. NO NO NO! Hahaha. Di dalam aplikasi Shopee, anda boleh akses Shopee Mall melalui button yang disediakan. Setiap jenama adalah dari jenama terkenal yang sedia ada di Malaysia. Mereka menyertai Shopee kerana mempercayai Shopee. Shopee Mall menampilkan 300 jenama terkemuka, menawarkan jaminan 100% produk tulen (atau pemulangan dua kali ganda wang anda), Polisi 15 Hari Pemulangan dan Penghantaran Percuma seluruh negara

Shopee Malaysia telah melancarkan sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh lebih 300 jenama dan pengedar terkemuka.  Antara jenama yang ditampilkan dalam Shopee Mall termasuklah Nestle’, PETRONAS, Watsons. Senheng, Digi, Cola-Cola. Huawei, LOREAL, Xixili dan banyak lagi.

Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin moden. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama tersebut. Kamijuga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali,” kata lan Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall membuka peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran sasar mereka dengan mendekati pengguna sedia ada di Shopee yang kini direkodkan pada kira-kira 4 juta muat turun di Malaysia.

“Tambahan pula, polisi komisyen kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya lagi. Sekiranya mana-mana pengguna terjumpa sesuatu produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang lain boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.

Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Suasana Membeli-belah Secara Dalam Talian Yang Premium

Shopee Mall merupakan sasaran Shopee Malaysia untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah yang menampilkan pelbagai produk. Di Shopee Mall, pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi penghantaran percuma bagi setiap pembelian minima berjumlah RM30, manakala pemulangan produk percuma boleh dilakukan menerusi label pos prabayar yang disediakan dengan setiap pembelian.

Jaminan Produk Tulen 100% Shopee Mall juga boleh meyakinkan pengguna yang sering berasa was-was terhadap ketulenan sesuatu produk. Mana-mana pelanggan yang menerima produk tiruan menerusi Shopee Mall layak menerima ganti rugi sebanyak 200%. Bagi mengenalpasti senarai produk Shopee Mall, pengguna boleh mencari label ‘Mall’ berwarna merah semasa meninjau produk. Bersempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall akan menganjurkan kempen eksklusif dengan beberapa jenama pilihan Malaysia seperi Watsons, Nestlé, Senheng, Unilever, Philips, Caring, Courts dan banyak lagi. Bermula hari ini sehingga 8 Oktober, pengguna boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga sehingga 90%, baucar potongan harga dan hadiah menarik.

Perbincangan Bersama Panel

Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Setelah mendengar perbincangan diantara 3 panel yang berlainan perniagaan. Ruby dapat rungkaikan beberapa perkara dan ia memberi gambaran jelas bagaimana mereka bergelut dalam mendapatkan jualan pada tiap bulan. Inspired story!

Mr Eddy Yap, Division Head of E-Commerce, Seng Heng

Produk elektronik yang dijual di Seng Heng memerlukan pembeli fikir dan ambil masa lama untuk membuat keputusan membeli secara dalam talian. Bagaimana pengguna akan tertarik dengan produk adalah melalui promosi penurunan harga dan waranti yang lama. Seperti 2 tahun waranti jenama, manakala ditambah dengan waranti dari kedai Seng Heng yang boleh di tambah lagi bergantung kepada keinginan pengguna dan Seng Heng pasti beri lagi rebat. Sukarnya untuk mendapat pembeli, tetapi apabila satu musim itu berlaku jualan promosi. Seperti tidak menang tangan untuk mengawalnya. Terutamanya ketika musim perayaan.

Tara Tan, Chief Marketing Officer, XIXILI

XIXILI menyertai perniagaan dalam talian pada tahun 2016. Perkara yang paling dikhuatiri pembeli adalah saiz dan warna. Maka, menjadi satu tanggungjawab kepada XIXILI untuk memudahkan pembeli. Pelbagai cara disediakan untuk mengajar pembeli mengukur sendiri saiz badan mereka agar produk yang di beli bersesuaian. Penting bagi Xixili untuk mencari platform yang dapat membantu mereka dalam proses pemulangan jika ada apa-apa masalah. Jadi di Shopee, seluruh team Shopee Malaysia amat membantu.

Joshua Zhu, Head of E-commerce Nestlé Malaysia.

Sebagai pengeluar produk terkemuka iaitu Nestlé. Kami ada pelbagai produk yang pengguna akan membeli setiap hari. Kebanyakan masih membeli secara tradisional di kedai runcit. Di Shopee ada 4 juta pelanggan, sedangkan purata rakyat Malaysia adalah 23 juta. Produk makanan dan minuman sentiasa di inginkan kerana kita semua makan dan minum setiap hari. Jadi, untuk menggalakkan pengguna membeli dalam talian amat sukar kerana mereka masih ragu-ragu dengan pengeluaran produk, tarikh luput sesuatu produk dan usaha Nestlé adalah sentiasa mengadakan jualan promosi agar pembeli yakin untuk membeli di dalam talian dan menerusi aplikasi Shopee.

 

Jadi, perkongsian hari ini sangat bagus bagi anda yang minat perniagaan seperti ruby. Macam hadir E-Commerce Summit dah. Hahaha. Gimik pelancaran Shopee juga menarik, kami seperti membeli belah di dalam pasaraya tetapi uniknya menggunakan kupon yang disediakan. Hehehe. Paling best dapat Super White Coffee tu.

Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama PremiumShopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium Shopee Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.

4 comments on “Shopee Malaysia Lancarkan Shopee Mall Khas Untuk Jenama Premium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge