Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Assalammualaikum semua! Ruby sangat teruja ingin berkongsi dengan pembaca wanita semua. Hehehe. Ia berkenaan TRIUMPH! Ya jenama pakaian dalam wanita tersohor. Kali ini mereka telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan trak mudah alih untuk anda “Find The One”. Anda boleh mengukur saiz, mencuba bra pilihan anda dan membelinya! Best kan? Mudah je. 

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Triumph Malaysia dengan bangganya mengumumkan bilik persalinan mudah alih yang pertama di Malaysia. Dengan memanfaatkan tema Mencari yang Satu atau Find The One, ia dapat menghidupkan semula pengalaman mencuba pakaian dalam untuk setiap wanita melalui bilik persalinan mudah alih.

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Daphne Iking, Sazzy Falak, Sheryl Wong – Commercial Director of Triumph Malaysia and Singapore, Deborah Henry, Elizad Sharifuddin

“Kami sangat gembira bahawa bilik persalinan mudah alih pertama kami direka untuk memberikan pengalaman unik untuk pelanggan kami di seluruh negara. Pada dasarnya, cetusan idea ini memberi peluang kepada para pelanggan kami untuk mencari ketepatan ukuran pakaian dalam mereka dengan mudah serta unik, “kata Sheryl Wong, Pengarah Komersial, Triumph Malaysia dan Singapura.

“Di Triumph, kami sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan kami, dan dalam era kini di mana segala-galanya dihantar sehingga ke depan pintu anda, kami yakin bilik persalinan mudah alih ini akan menjadi tumpuan utama. Bayangkan berjalan masuk ke dalam bilik persalinan yang ditempatkan di tepi bahu jalan, tanpa kepayahan mencari petak meletakkan kereta dan tanpa perlu berjalan di dalam pusat membeli-belah? Apa yang lebih menarik ialah anda ju ga mendapat coli yang sesuai dan sempurna! “

Bilik persalinan mudah alih itu akan memulakan perjalanan pada bulan Oktober dalam usaha memastikan setiap wanita mendapat kesesuaian sempurna dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Singapura untuk tempoh 3 bulan. Triumph akan bekerjasama dengan rakan niaga utama dan pusat beli belah utama di bandar untuk menarik pelang gan setia dan bakal pelanggan Triumph untuk mengalami kesesuaian yang sempurna. Turut dijalankan pada masa yang sama adalah acara ruang legar untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memakai coli yang sempurna.

Triumph Malaysia’s 1st Mobile Fitting Lab

“Kempen bilik persalinan mudah alih ini telah dibangunkan untuk mengukuhkan hubungan antara pelanggan dan jenama kami. Pengalaman persalinan di dalam bilik makmal ini membolehkan penglibatan secara langsung dengan pelanggan. Ini kemudian akan memberi ruang untuk perkhidmatan pelanggan yang lebih rapat dan pemahaman yang lebih baik terhadap keperluan mereka. Ia pasti akan memberikan satu wadah yang hebat bagi kami untuk memperbaiki dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti, dan dalam masa yang sama memperolehi maklum balas daripada pelanggan, “tambah Sheryl Wong.

Melalui perkhidmatan bilik persalinan mudah alih ini, Triumph berhasrat menyediakan pengalaman kepada setiap wanita dalam mencari kesesuaian sempurna dan menemukan coli yang diinginkan untuk setiap keperluan mereka. Sempena pelancaran Bilik Persalinan Mudah Alih ini, Triumph juga akan melancarkan siri koleksi Hari Natal yang baru.

Find The One – Ukur, Cuba & Bayar

Apa yang terdapat disini? Selain dari warna dan dekorasi acara yang menarik, anda akan dapat satu pengalaman membeli-belah yang mudah.

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Koleksi Pakaian Dalam

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Semua koleksi pakaian dalam kegemaran dari ada span, tiada span, push up dan sport bra semua ada di sini.

Bantuan Pakar Mencari “Find The One”

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Puan Agnes sedang mengukur saiz yang sesuai untuk ruby. Malah memberi penerangan bagaimana ingin mendapatkan coli yang selesa.

Di Triumph, ruby memang selesa dengan bantuan pakar mencari “find the one”. Setiap kali ke Triumph, wajib dapatkan ukuran terkini. Mungkin badan kita semakin membesar, mungkin semakin mengecil. Ruby masih ingat ketika mencari mama bra. Memang lain saiz cup yang diperlukan. Triumph sudah menjadi bra pilihan ruby sejak zaman sekolah. Saiz berubah dan keselesaan itu yang penting. Sekarang triumph sudah ada sport bra juga! More Triumph collection! Hehehe.

Bilik persalinan yang selesa!

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Terdapat 2 bilik persalinan untuk anda mencuba pakaian dalam pilihan anda.

Aktiviti & Baucar!

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia. Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Selain itu, terdapat aktiviti diadakan. Banyak baucar TRIUMPH diberikan. Anda hanya perlu menjawab soalan mudah. Hehehe. Ruby dah cuba, soalannya, apakah logo TRIUMPH? Mestilah crown @ mahkota kan?. Ruby dapat baucar RM 80. Yay! Selain itu, untuk 50 pelanggan pertama akan bawa pulang goodie bag bernilai RM 500 untuk setiap pembelian apa-apa sahaja koleksi TRIUMPH. Beli sehelai coli pun dapat RM 500 goodie bag? Bestnya!

Jadual Jelajah Bilik Persalinan Mudah Alih Triumph Malaysia

Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

Trak ini bukan sahaja berada di Klang Valley, malah ia akan menjelajah ke Melaka, Penang, Johor dan Singapura! Jangan lepas kan peluang untuk memeriahkan trak Triumph ni. Sebab ada banyak aktiviti disediakan. Baucar dan goodie bag menanti anda!

Triumph Malaysia

Triumph International adalah salah satu syarikat pakaian dalam intim terbesar didunia dengan 2,000 kedai dan 40,000 pelanggan borong di seluruh dunia. Pengedaran globalnya meliputi 120 negara dan laman web mereka mempunyai sebuah pusat carian “Find the One” yang direka khas.

Sejak tahun 1886, Triumph telah menghasilkan pakaian dalam yang menjadikan penampilan wanita kelihatan lebih hebat dan menarik. Selama lebih dari 131 tahun, jenama ini telah menjadi pakar ketepatan ukuran dan juga mahir dalam mencipta reka bentuk feminin dan produk in ovatif untuk semua majlis, bentuk dan saiz.

Pada tahun 2017, Triumph menyasarkan usaha untuk membantu 3.5 juta wanita dalam “Mencari Yang Satu” atau ‘Find The One’ – coli yang tepat untuk mereka. TRIUMPH adalah tanda jenama dagangan berdaftar Triumph Firm Group.

Jom datang beramai-ramai! Bawa adik, kakak, emak, ibu saudara, nenek, isteri dan rakan-rakan wanita anda k!

www.facebook.com/triumphMY/

www.youtube.com/TriumphMalaysia

www.my.triumph.com

20 comments on “Triumph Malaysia Memperkenalkan Bilik Persalinan Mudah Alih Yang Pertama Di Malaysia.

    1. Ruby Post author

      Triumph ni tahan lama, pastu mereka suka sembang cara penjagaan coli dan apa yang sesuai untuk kita. Banyak pilihan pula tu. hehe

      Reply
    1. Ruby Post author

      Ohhh ha’ah tahu tahu. Ada juga rancangan Just For Laught gunakan toilet tu untuk kenakan org. Dia terbuka lebih awal dr waktu sepatutnya. Nampak kelakar tapi kita yang sedang berurusan dalam jamban mesti malu. Wuwuwuw.

      Reply
    1. Ruby Post author

      Eh perpustakaan tu baru saya teringat. Dulu duduk kat kampung, tiap minggu lori tu datang. Best betul. Ada air cond plak tu. Abang tu ada di situ dari pagi sampai petang. Memang tiap minggu kita beratur tunggu. Hehehe. Aww rindu plak.

      Kedah tak pi, Mai la Penang! Dekat je tu. Hehehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge