Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

      18 Comments on Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi perkara yang kita semua suka sertai iaitu peraduan. Mana lah tahu kot kot ada rezeki kan. Tetapi rezeki Allah s.w.t tidak pernah salah pintu kan. Jika ia untuk kita, pasti Allah permudahkan. Lagi pula untuk sertai peraduan bukannya mudah dengan hanya mengisi borang. Tetapi perlu berbelanja untuk layak menyertai dan sentiasa berdoa. Ruby suka sertai peraduan anjuran Jakel. Sebab mereka suka bagi baucar membeli belah RM 250. Bagi ruby, RM 250 tu cukup bermakna untuk membeli kain. Boleh berjimat untuk pakaian raya Aidilfitri nanti. Nak sedondon. Hehehe.

Kain di Jakel dijual dengan harga berpatutan dan kain berkualiti. Pihak Jakel selalu adakan jualan murah. Jika anda peminat Jakel, pasti mengikuti setiap jualan murah yang Jakel anjurkan. Rangka promosi dari pihak Jakel juga sangat kreatif. Iklan di akhbar, lebuhraya, social media dan banner besar! Memang memanggil-manggil suruh datang ke Jakel. Hehehe. Jadi, kalau nak pulangan semasa membeli belah, anda beli kain di Jakel dan sertai peraduan. InsyaAllah akan menang. Ruby pun join tau. Hehehe.

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Pusat gedung tekstil tanah air, Jakel Trading Sdn Bhd akan membawa 80 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka menunaikan ibadah Umrah, dalam sebuah penganjuran uniknya untuk menyumbang semula kepada pelanggan setia Jakel. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan mock-up cek kepada Tabung Haji ini juga meraikan 40 pemenang. Setiap pemenang akan menunaikan Umrah bersama pasangan mereka. Maka, Jakel membawa 80 pemenang menunaikan Ibadah Umrah.

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Pihak Tabung Haji Travel menerima cek dari pihak Jakel

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel bersama 80 Pemenang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah

Hadiah Eksklusif Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017

Penganjuran majlis ini adalah lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017 yang diadakan pada kempen Jualan Akhir Tahun 2016 sehinggan bulan Mei 2017 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Jakel memberikan kelainan pada edisi kempen Jualan Akhir Tahun 2016 yang lepas dengan mengadakan PERADUAN BELI & MENANG untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Jakel memenangi hadiah pakej ibadah UMRAH yang julung kalinya diadakan selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu.

Penyertaan peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1,000 dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 26 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Perlaksanaan penganjuran kempen peraduan ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu, Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan kepada para pelanggan dengan berkongsi semula keuntungan tersebut kepada pelanggan.

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan Umrah, dimana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel secara keseluruhannya. Memandangkan majoriti pembeli di Jakel merupakan bangsa melayu dan beragama islam ini menjadikan Jakel ingin membantu membawa pelanggan mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu juga, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelangganya, selain menunjukkan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

En Hj Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel & Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel

Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, kempen ini telah mendapat respon yang sangat positif dan sangat memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang sangat ramai daripada para pelanggan Jakel di seluruh Malaysia. Pemenang-pemenang ini telah dipilih dengan menggunakan mekanisme cabutan hadiah. Penganjuran majlis ini juga membuktikan bahawa kempen Peraduan Beli & Menang di Jakel adalah satu peraduan yang telus dan tidak hanya sekadar nama sahaja kerana hari ini Jakel telah berjaya mengumpulkan kesemua para pemenang Hadiah Eksklusif Pakej Menunaikan Ibadah Umrah.

“Pemenang Umrah meliputi dari seluruh negeri di Malaysia. Saya dimaklumkan ramai antara pemenang berasa terkejut dan bersyukur dengan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan hadiah kemenangan yang diberikan bahkan ada yang tidak menyangka bahawa mereka memenangi hadiah menjadi tetamu Allah. Sebagai makluman kempen ini adalah bagi menzahirkan penghargaan kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka yang berterusan. Jakel sentiasa mencari peluang untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada para pelanggan kami melalui produk dan perkhidmatan yang menarik atau program ganjaran seperti ini,” tambah beliau.

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel dan Datuk Hj Mohamed Nizam Bin Mohamed Jakel

Bagi menjadikan urusan ibadah umrah ini berjalan dengan lancar dan membantu para pemenang melakukan ibadah ini dengan sempurna, Jakel bersama dengan Tabung Haji Travel Sdn Bhd akan memastikan pengurusan para jemaah Malaysia di Mekkah diuruskan dengan baik.

Bagi mempermudahkan urusan ibadah umrah bagi kesemua para pemenang, Tabung Haji Travel telah membahagikan para pemenang kepada dua kumpulan rombongan yang mana setiap kumpulan akan disertai oleh 40 orang. Kumpulan pertama bakal berlepas ke Mekkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 19 sehingga 29 November 2017. Manakala kumpulan kedua yang disertai 40 orang juga akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada 22 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Ahmad Suhaimee bin Ismail; Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Travel bersama warga kerja Tabung Haji Travel yang lain.

Semoga usaha murni pihak Jakel membawa 80 pemenang menunaikan Ibadah Umrah memberi perniagaan ini keberkatan dunia dan akhirat. Semoga semua pemenang dapat melaksanakan Umrah Mabrur. Peluang untuk menunaikan ibadah Umrah adalah satu impian tiap umat Islam. InsyaAllah tahun depan kita pula. Amin.

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Syarikat Tekstil 100% Bumiputera PERTAMA

Jakel adalah Syarikat Tekstil 100% Bumiputera PERTAMA menawarkan pelbagai peraduan kepada pembeli dan berjaya melaksanakan pemberian hadiah kepada pemenang tanpa gagal! Ia bukan peraduan menipu pelanggan. Ini kerana bagi pihak Jakel, menghargai pelanggan adalah keutamaan mereka. Ruby juga pernah menyertai peraduan Social Media Jakel Textile dan berjaya memenangi 2 kali baucar membeli-belah di Jakel bernilai RM 250. Sedar tidak sedar, peraduan yang sudah bermula dari 2010 ini semakin mendapat sambutan. Malah hadiah semakin hebat. Ia adalah Jihad Ekonomi bagi Pihak Jakel Textile. Alhamdulillah!

Peraduan Jom Beli & Menang

Berikut adalah Peraduan yang telah dilaksanakan oleh pihak Jakel Textile. Ruby dapat kesemua poster ini dari laman facebook Jakel dan peraduan bermula pada tahun 2012. Bagi tahun 2010 dan 2011 ruby tidak jumpa.

Setiap peraduan yang dilaksanakan oleh pihak Jakel sentiasa menerima penyertaan positif dan lebih 300,00 penyertaan. Apabila cabutan telah dibuat di setiap 20 cawangan Jakel, seramai 6000 pemenang telah dipilih. Ini adalah jumlah keseluruhan tahunan penyertaan peraduan di Jakel. 1 cawangan akan membuat cabutan bertuah 2 kali untuk satu minggu. Best kan?

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah UmrahPeraduan Pengantin & #FlyMeToHoneymoon

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah UmrahJakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

Jualan Murah & Promosi Jakel

Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

  • Jualan Akhir Tahun & Penghabisan Stok (November – January)
  • Jualan Hebat (February – March)
  • Jualan Mega Sempena Cuti Sekolah (March – April)
  • Jualan Murah Pra Ramadan & Hari Pekerja (April – Mei)
  • Jualan Murah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 (Jun / Malam Raya)
  • Jualan Merdeka & Promosi Pengantin (Ogos – September)
  • Jualan Jumbo (September – Oktober)

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017

Jakel Charity Run For RohingyaSelain dari hadiah cabutan bertuah, peraduan beli & menang, #flyme2honeymoon dan jualan murah gilerr. Pihak Jakel akan mengadakan larian amal pada 10 December 2017 bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Hadiah lumayan menanti! Goodie bag dari penaja terkemuka! Jom daftar di www.racexasia.com/event/the-great-jakel-run-2017

Ingat kain, Ingat Jakel. Tahun 2018 pasti lebih meriah. Pihak Jakel akan berikan 1500 unit jam ice watch (bernilai RM 369) kepada pemenang cabutan bertuah, wang tunai RM 500 dan Pakej Umrah kepada 100 pemenang. Jumlah 200 orang bakal menunaikan Ibadah Umrah anjuran Jakel. Syukur!

www.jakel.my
www.facebook.com/GedungTekstilJakel
www.twitter.com/JakelTextile
www.instagram.com/jakeltextile
www.youtube.com/Jakeltextile

18 comments on “Jakel Membawa 80 Pemenang Menunaikan Ibadah Umrah

  1. Ai

    Ai suka shopping kat jakel sebab banyak pilihan kain kat situ. Harga mahal sikit, ehhh banyak, tapi jakel selalu buat promosi. Semoga yang dapat menunaikan umrah tu selamat pergi dan selamat pulang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge