Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

      8 Comments on Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®. Assalammualaikum semua! Wah pasti ramai diantara kita yang menggunakan kanta sentuh. Ada pelbagai warna, saiz diameter dan harga. Semua ni adalah perkara yang sering kita utamakan. Tapi, sejak dah lama menggunakan kanta sentuh, ruby sudah pandai sedikit memilih kanta sentuh. Beberapa tahun ini ruby mencari kanta sentuh yang mempunyai diameter 14.5 dan tinggi kandungan air. Sebab mata yang kering dan sepet macam ruby, perlukan kelembapan optimum. Sekurang-kurangnya kanta sentuh itu boleh tahan sehingga 8 jam. Tapi belum sampai 6 jam mata kering dah merah. Maknanya ia tidak bagus. Huhu.

Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

AIR OPTIX® plus HydraGlyde® menggabungkan 2 teknologi eksklusif – SmartShield TM
Technology dan HydraGlyde® Moisture Matrix. Sebanyak 72% pemakai kanta sentuh di Malaysia menikmati tahap keselesaan yang ketara sehingga penghujung hari apabila menggunakan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®

Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata dan sebahagian daripada syarikat Novartis, telah melancarkan produk terbarunya untuk pasaran di Malaysia hari ini. Kanta sentuh pakai buang bulanan, AIR OPTIX ® plus HydraGlyde ® direka untuk mengurangkan penglihatan yang kabur sepanjang 1 bulan penggunaannya. Dengan menggabungkan dua teknologi terkini, SmartShield TM Technology dan HydraGlyde ® Moisture Matrix, pengguna kanta sentuh pakai buang bulanan tidak perlu lagi bersabar dengan penglihatan yang kabur atau rasa kering di pertengahan bulan.

AIR OPTIX® Plus HydraGlyde® AIR OPTIX® Plus HydraGlyde® AIR OPTIX® Plus HydraGlyde® AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Dari semasa ke semasa, deposit protein dan lipid (minyak) berkumpul pada permukaan kanta sentuh bulanan lalu menjadikannya kering dan kabur semasa dipakai. Tambahan pula kesan daripada produk kosmetik seperti maskara, pembayang mata, penanggal mekap mata dan krim sapuan tangan pada kanta sentuh; ia menjejaskan penglihatan dan menyebabkan ketidakselesaan pada kanta sentuh.

AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

SmartShield™ Technology, teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh AIR OPTIX ® , mengatasi masalah ini dengan membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh yang melindungi pengguna daripada deposit 2-3 yang dinyatakan. Dengan itu, pengguna akan menikmati perlindungan daripada gangguan harian 2-3 dan menikmati penglihatan jelas yang konsisten 4 . Tambahan pula, 7 daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia bersetuju bahawa mereka selesa memakai AIR OPTIX ® plus HydraGlyde ® sepanjang satu bulan penggunaannya.

Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Teknologi kedua yang terdapat dalam AIR OPTIX ® plus HydraGlyde ® adalah HydraGlyde® Moisture Matrix, yang membolehkan pengguna mengalami peningkatan kelembapan yang berpanjangan dengan menarik dan mengekalkan kelembapan pada kanta sentuh 6-7 . Teknologi ini menyelaputi kanta dalam kelembapan dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama selepas 16 jam 6-7 , justeru memberikan keselesaan kepada individu aktif yang inginkan ketenangan fikiran.

“Apa yang berbeza tentang kanta sentuh AIR OPTIX ® plus HydraGlyde ® adalah keupayaannya untuk menangani dua masalah sekaligus – iaitu pembentukan deposit dan keperluan kelembapan sepanjang hari. Kami percaya bahawa pengguna kanta sentuh tidak patut berkompromi dengan masalah penglihatan kabur di pertengahan bulan atau penglihatan yang tidak selesa apabila menghampiri penghujung hari. Pengguna kini boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disukai, tanpa perlu ‘menyerah kalah’ kepada penglihatan yang tidak jelas dan tidak selesa”. kata Sandeep Tewari, Pengurus Besar Negara kepada Alcon Malaysia

Kempen #NeverSettle Germaine Yeap

Pelancaran AIR OPTIX ® plus HydraGlyde ® turut memperkenalkan kempen #NeverSettle (Tidak Menyerah) yang diwakili oleh Germaine Yeap, seorang bekas jurubank berusia 32 tahun yang kini merupakan peninju Muay Thai dan pelakon lagak ngeri wanita. Beliau merupakan seorang individu yang menepati saranan Alcon untuk memiliki penglihatan yang jelas pada setiap masa.

Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Sifat #NeverSettle Germaine mendorong beliau untuk mempunyai gambaran jelas tentang apa yang ingin dicapai, walaupun mustahak atau remeh, dan dia berusaha keras untuk mencapai matlamatnya meskipun mengalami pelbagai cabaran. Begitu juga betapa pentingnya penglihatan jelas bagi Germaine ketika beraksi. Penggunaan kanta sentuh AIR OPTIX ® plus HydraGlyde ® membolehkan Germaine melihat dengan jelas dan selesa, tanpa gangguan, supaya dia boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik ketika bertinju.

Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®Kisah mengenai bagaimana dia mengekalkan visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihatan mahupun kerjaya, adalah motivasi supaya orang ramai tidak mudah menyerah kalah kerana kita layak untuk mendapatkan yang terbaik. Cerita penuh tentang kisah #NeverSettle Germaine boleh didapati di laman Facebook Alcon Malaysia.

Rabun Dan Kaca Mata Tiada Lagi

Untuk membeli Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®, ruby suka pergi ke kedai dan dapatkan power mata terkini dari pakar. Kemudian, tanya pendapat. Sebab apabila membeli kanta sentuh, ada beberapa perkara perlu dititikberatkan.

AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Paris Optical Bangsar

AIR OPTIX® Plus HydraGlyde® AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

  1. Power dua belah mata kita tidak sama. Perlukah kita beli kanta sentuh yang sama power untuk kedua-dua mata? Dari nasihat pakar, seeloknya pakai power mata yang berlainan. Seperti ruby, sebelah power -3.75 manakala lagi sebelah 4.00. Jadi sebaiknya pakai power mengikut kesesuaian rabun mata. Mitos bahawa pakai kanta yang sama mengikut mata yang power kurang adalah salah. Nanti mata sebelah lagi bertambah rabun la kan?
  2. Kanta sentuh bulanan atau harian? Ruby suka bulanan punya kanta sentuh sebab boleh berjimat. 30 hari pakai dan pastikan kita jaga kebersihan kanta sentuh agar tiada benda asing terlekat.
  3. Bewarna atau tidak bewarna? Ruby tahu apabila memakai kanta sentuh bewarna, mata kita lebih menyerlah dan diameter besar membuatkan lebih cantik. Ditambah pula dengan mekap manis-manis. Tapi kanta sentuh bewarna tidak boleh pakai lama, sebab ia cepat kering. Jadi ruby suka pakai yang tidak bewarna. Sama ada mekap atau tidak, ia tetap cantik. Hehehe
  4. Lagi satu ruby nak tahu ruby ada astigmatism atau tidak.

Pengalaman Menggunakan Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Sebagai wanita berhijab, rabun dan berkaca mata memang ia sangat mengganggu. Nak melaram cantik-cantik terbatas. Nak buat apa aje kena pakai kaca mata. Kemudian kalau tidur malam, ruby kena letak kaca mata berdekatan ruby. Agar apabila di awal pagi ruby boleh capai kaca mata dan teruskan aktiviti suri rumahtangga. Sekarang, bangun pagi dan mandi. Terus pakai kanta sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®. Di rumah, ke pejabat atau ke acara media. Ruby pakai kanta sentuh ini dengan selesa dan berkeyakinan.AIR OPTIX® Plus HydraGlyde® AIR OPTIX® Plus HydraGlyde® AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

Harga AIR OPTIX® plus HydraGlyde®

Kanta sentuh pakai-buang bulanan AIR OPTIX ® plus HydraGlyde® boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandungi 3 kanta, dengan harga jualan yang disyorkan pada RM86.90 setiap kotak (termasuk GST). Untuk power mata yang berlainan boleh beli 2 kotak power berbeza. Maka ruby memiliki 3 pasang kanta sentuh yang boleh digunakan selama 3 bulan!

www.alcon.com
www.facebook.com/alconmalaysia

8 comments on “Kanta Sentuh Alcon AIR OPTIX® Plus HydraGlyde®

  1. Ernie Widhyharti

    Brand ni memang favourite saya dari dulu jika nak beli contact lens. Tak kering pada mata, kadang2 tu ampai terlupa nak keluarkan lens sebab rasa macam tak pakai apa2 hehe. Nice review! 🙂

    Reply
  2. Mieza Everdeen

    thanks for the review kak ruby! mieza selalu nampak iklan kanta sentuh ni kat instagram, insyaAllah nak try beli esok lusa and pakai for a month. while running and hiking i always have problem tiba2 contact lens nampak kelabu/kabur je sebab pakai outdoor lama kan. hopefully this one will work better than my usual lenses.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Samalah Mieza! Tengah berlari, bleh kabur. Akak dah la memang rabun. Berhenti lari dan pejam mata kekuat. Selalu kena buat camtu. Sekarang dah pakai lens ni, ruby takda dah kena buat camtu. Tu yang best tu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge