Marini Naturale Magic Kish Kish Lip Scrub

      15 Comments on Marini Naturale Magic Kish Kish Lip Scrub

Marini Naturale Magic Kish Kish Lip Scrub. Assalammualaikum semua! Terima kasih sudi baca blog ruby. Hari ini ruby ingin berkongsi tentang kecantikan bibir. Bibir kita sentiasa terdedah dengan produk lipstick, lipmatte, lipbalm, liptint dan banyak lagi produk bibir yang lain. Tetapi untuk membersihkan sisa kotoran pada bahagian bibir tidak sama seperti kita mencuci muka dengan cleanser. Walaupun ia seakan-akan membersih sekali gus dengan buih sabun pencuci muka. Hakikatnya tidak membersih sedikit pun. Hahaha! Sebab itu pentingnya makeup remover.

Makeup remover juga menghasilkan kesan kering kepada bahagian bibir, malah menghasilkan kulit kering. Jika anda menghadapi keadaan seperti ini. Silalah scrub bibir tuuu. Rutin scrub bibir tidak perlu dilakukan hari-hari. Sebaiknya lakukan seminggu sekali sahaja. Buat pun perlahan-lahan sahaja. Jangan kasar tonyoh-tonyoh bibir tu. Sayangi aset anda. Wahh gitu..

Marini Naturale Magic

Marini Naturale Magic mempunyai pelbagai produk homemade, organik dan bebas bahan kimia. Banyak isi kandungan natural di dalam setiap produk Marini Naturale Magic. Jika anda perasan, semua produk ini membantu kita semua untuk menjaga penampilan diri dengan menggunakan hasil bumi. Dari buah biadara, daun sireh, pati minyak, muntah belut, kunyit, bunga kemboja, daun pandan, santan, bedak sejuk dan banyak lagi. Semuanya adalah rutin kecantikan nenek moyang kita dulu. Tradisi ini sangat sesuai untuk kita semua yang sememangnya berada di Malaysia.

Tips untuk tahu sesuatu produk itu bagus atau tidak. Pastikan pengasas produk secantik puan Marini. Hahaha. Ruby gurau je. Sebab produk kecantikan kebanyakannya tidak sesuai untuk kulit orang Malaysia. Kita bercuaca panas lembab. Matahari terik nak pakai mekap pun tak tahan. Jadi, lebih baik kita jaga kulit kita ni, nanti bila pakai mekap nipis je dah cun. Hehe. Ruby nak kongsikan 3 produk yang ruby dah cuba.

Marini Naturale Magic Kish Kish Lip Scrub (20ml) RM 30

Marini Naturale Magic Marini Naturale Magic Marini Naturale Magic Marini Naturale Magic

  • membantu membersihkan bibir kering dan retak
  • 100% bebas bahan kimia
  • licin dan melembutkan bibir
  • menanggalkan sel-sel kulit mati
  • memunggilkan bibir

Marini Naturale Magic Bidara (Sidr) Manja Oil (60ml) RM 30

Marini Naturale Magic

  • Minyak buah Bidara / Sidr membersihkan dan detoksifikasi
  • Ketidakselesaan perut yang menenangkan
  • Melegakan sembelit dan merangsang pencernaan yang sihat
  • Baik untuk sakit otot dan sendi arthritis
  • Juga boleh digunakan untuk rawatan rambut dan kulit
  • Baik untuk kekejangan haid

Marini Naturale Magic Sireh (Betel) Soap (55g) RM 10

Marini Naturale Magic

  • Daun Betel / Sireh dikenali sebagai pencuci feminin yang baik
  • Berguna untuk merawat luka bakar kulit, ulser dan cirit-birit
  • Melegakan kegatalan
  • Sesuai untuk pesakit kanser
  • 100% bebas bahan kimia

Dapatkan produk Marini Naturale Magic dengan menghubungi terus, beli secara dalam talian di Lazada atau Shopee. Juga boleh dapatkan produk di The Label dan ejen berdaftar. Ruby dah sediakan url di bawah untuk anda membeli-belah! Jom cantik semulajadi!

Hubungi :

014-669 1078

www.lazada.com.my/marini

www.shopee.com.my/marininaturalemagicofficial

www.facebook.com/MariniSignatures

www.instagram.com/marininaturalemagic

15 comments on “Marini Naturale Magic Kish Kish Lip Scrub

  1. Qisstiera

    Nak try. Kulit bibir selalu pecah dan kering. Natural warna gelap. Mana tau kalau cuba boleh cerahkan bibir ni. nanti nak tgk kat lazada lah.

    Reply
  2. Ccl

    Scrub bukan untuk kulit wajah, tapi apply untuk bibir pun boleh . bibir kita juga mengalami pengelupasan kulit mati. bila kita rutin menggunakan lipstik. Sisa-sisa lipstik kadang dicuci sehabisnya .so sekali sekala apply scrub ni boleh tanggal sel kulit mati
    Ccl´s last blog post ..SERONOKNYA SHOPPING DI SHOPEE.MYMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge