Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang. Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin berkongsi tentang Karnival Upin & Ipin. Ruby dapat tahu acara ini melalui laman web Les’ Copaque. Apabila dapat tahu tarikh karnival bermula pada 24 November 2017 – 26 November 2017, terus plan dengan Adam untuk pergi sana. Harga tiket amat berpatutan dan kami seronok sangat.

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Karnival Upin & Ipin 2017 berlangsung di Hall A & Hall C. Hall A menempatkan lokasi aktiviti di pentas, booth jualan, photobooth, pameran MDEC, permaian e-sport dan macam-macam lagi. Paling seronok adalah pentas utama lah. Boleh masuk banyak kali. Pergi makan, masuk balik. Pergi beli minuman Upin & Ipin pastu masuk balik ambil baju yang ruby tempah. Hehehe.

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Aktiviti Di Hall A

Ruby rasa, ruby yang paling teruja bila nampak Upin & Ipin. Sebab ruby dah tonton Upin & Ipin sejak awal lagi. Masa tu usia 21 tahun dan tonton pada bulan Ramadan di pejabat. Al maklumlah keje shift di ofis. Masa berbuka puasa, tengok la Upin & Ipin. Terubat stress bekerja pekhidmatan pelanggan bila tonton Upin & Ipin. Kemudian bila Adam lahir 3 tahun lalu, memang kartun ni ruby duk ulang-ulang bagi dia tengok. Sebab kebanyakan aktiviti yang dipaparkan dalam kartun dah tiada lagi pada zaman kini.

Ruby rindu zaman di kampung, main di padang. Berkawan dan lakukan hobi bersama. Teringat atok dan opah. Hehehe. Kesat air mata bila teringat. Jadi dari kartun ini, ada realiti kehidupan zaman ruby dan orang sebelum ruby. Ia benar berlaku. Terima kasih Le’s Copaque.

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, SerdangSeronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Aktiviti Di Hall C

Hall C ni menempatkan tempat membeli tiket dan dewan Magic. Jadi di sini juga keajaiban berlaku. Permulaan pembikinan Upin & Ipin, bagaimana mereka siapkan dari lakaran biasa. Kemudian memikirkan skrip. Malah di sini juga berlangsung ujibakat suara latar. Mana tau rezeki anak-anak terpilih pula kan? Sebab bila budak dah besar, suara dah berubah kan. Jadi kena cari pengganti. Hall ini terdapat rumah Opah, ruby tak bergambar di dalam sebab ramai orang. Hehehe

Oh ya untuk Dewan Magic ni, anda boleh sekali masuk sahaja. Jadi, manfaatkan saat itu. Belajar cara menulis skrip, masuk rumah Opah, tengok Dino, bergambar dengan Ultraman dan tonton wayang kulit. Hehehe

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, SerdangSeronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, SerdangSeronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Fasiliti Di Karnival Upin & Ipin 2017

Ruang Solat Wanita dan Bilik Ibu & Anak pun ada. Jadi tak perlu risau tiada tempat untuk menyusukan anak. Oh ya tandas dewan pun tersedia dan bersih. Parking disediakan. Cuma jauh sedikit. Pastikan anda tunggu bas percuma tau.

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Harga Tiket Karnival Upin & Ipin 2017

Seronoknya Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS, Serdang

Ruby pilih Pakej VIP RM 100, sebab Adam dan Alif masuk PERCUMA. Hahaha. Jadi anak ruby berpeluang untuk bergambar dengan Upin & Ipin, watak lain, Ultraman dan duduk di hadapan pentas di Hall A yang ada bean bag tu. Kemudian di Hall C boleh bergambar bersama Ultraman. Terima kasih Les’ Copaque.

Makanan & Minuman di Karnival Upin & Ipin 2017

Jangan risau, kerana banyak tempat jualan makanan disediakan. Ada di dalam Hall A set makananan dan tempat makan. Kiranya makan di dalam ni ada penghawa dingin. Hehe. Kemudian di luar ada jualan minuman dan snek Upin & Ipin. Beli dan dapat kupon spin & win. Hadiah Spin & Win pun banyak ruby dapat. hahaha. Lepas tu ada food truck di tepi Dewan C. Meja makan di sediakan. Cuma sediakan wang tunai aje. Hehehe.

www.lescopaque.com
www.upinipinstore.com
www.facebook.com/lescopaque
www.instagram.com/lescopaque

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.