Tony Fernandes Flying High : My Story From AirAsia to QPR

Tony Fernandes Flying High. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi buku yang terbaru ruby beli iaitu Tony Fernandes Flying High : My Story From AirAsia to QPR. Tan Sri Tony Fernandes sentiasa menjadi idola dan ikon kepada semua rakyat Malaysia. Pelbagai desas desus tentang kejayaan beliau dan tidak lari juga dari pembenci. Tetapi bagaimana Tan Sri melalui keperitan ini membuatkan ruby terinspirasi dengan cara beliau. Jalan terus dan selesaikan masalah secepat mungkin.

Pembenci boleh mengaitkan tentang isu bangsa, kerakyatan dan siapa Tan Sri. Tetapi sebagai usahawan, pendekatan yang Tan Sri sentiasa gunakan adalah jangan biarkan orang sekeliling mengganggu perjalanan kejayaan. Bukan baru sehari dua AirAsia. 3 tahun membina segalanya, dari jenama dan promosi berterusan. Kini, AirAsia dekat dihati seluruh dunia! Jika ke negara Asean, pasti menaiki AirAsia.

Tony Fernandes Flying High

Tan Sri Anthony Francis “Tony” Fernandes, CBE lahir pada 30 April 1964 adalah seorang usahawan Malaysia. Beliau adalah pengasas Tune Air Sdn. Bhd yang memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah pertama iaitu AirAsia kepada rakyat Malaysia dengan slogan “Now Everyone Can Fly” (Sekarang semua orang boleh terbang). Fernandes berjaya menukarkan AirAsia, syarikat penerbangan komersil yang gagal kerajaan, menjadi syarikat penerbangan tersenarai dalam syarikat penerbangan bajet yang sangat berjaya. Beliau juga pengasas syarikat Tune Group.

Beliau juga berperanan dalam melobi Perdana Menteri ke-4 Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 2003, untuk mencadangkan idea perjanjian langit terbuka dengan negara jiran Thailand, Indonesia, dan Singapura. Manfaatnya, negara-negara ini telah memberikan hak pendaratan kepada AirAsia.

Bukan mudah kan? Tetapi dengan bertanya, memberi cadangan, menerangkan objektif AirAsia. Maka lihatlah pada hari ini, AirAsia berdiri teguh.

Tony Fernandes Flying High Tony Fernandes Flying High

Tony Fernandes Flying High : My Story From AirAsia to QPR

Flying High menceritakan perjalanan Tan Sri dari seorang lelaki muda yang penuh dengan impian. Sepanjang perjalanan itu, beliau membina kerjaya dari Warner Music dan akhirnya sebagai ketua AirAsia. Buku ini menceritakan apa yang mendorong Tan Sri dan detik-detik yang membentuknya, termasuk pertemuan dengan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson. Merupakan kisah peribadi inspirasi pemimpin perniagaan yang luar biasa yang mencipta syarikat penerbangan bajet pertama dan perjalanan udara demokratis di Asia, membina AirAsia menjadi sebuah syarikat berbilion-bilion dolar.

Konsep buku ini adalah biografi. Padat dengan pelbagai pengalaman lengkap Tan Sri. Apa yang menarik perhatian ruby adalah setiap isu yang dihadapi pasti Tan Sri tangani terus dan tidak akan berdiam diri. Sebagai usahawan, pastinya buku ini memberi inspirasi kepada kita semua bahawa komunikasi sangat penting. Berterus terang dan kejar impian. Kemudian jaga impian kita agar ia kekal memberi perkhidmatan yang terbaik.

Tony Fernandes Flying High Tony Fernandes Flying High Tony Fernandes Flying High

Ruby tertarik dengan cara rangka promosi AirAsia. Tulisan dan jenis font AirAsia juga unik. Mudah dibaca. Warna tema merah cili. Dari logo, pakaian pramugari yang cantik dan promosi penerbangan yang murah menjadikan ia tarikan istimewa AirAsia. Ruby masih ingat lagi, masa menunggu jam tempat 12am untuk membeli tiket ke Langkawi bernilai RM 9! Pertama kali dapat terbang. Seronok sangat. Sebab kebiasaannya ke Langkawi perlu memandu jauh dari Kuala Lumpu ke Kuala Perlis. Lepas tu naik feri. Sakit kepala, memang muntah-muntah la dalam feri tu. Hahahaha.

Harga Buku Tony Fernandes Flying High

Tony Fernandes Flying High

Dijual pada harga RM86.95 (termasuk GST), Flying High kini boleh didapati di semua kedai buku utama, pra-buku di bigdutyfree.com dan dalam penerbangan AirAsia bermula dari 6 Nov 2017. Ruby beli di Kinokuniya dan menggunakan kad keahlian. Dapat 10% diskaun! Yay!

Jika anda sedang putus asa, bacalah buku ini. Semoga ia melarikan diri kita dari rasa putus asa dan anda kembali bersemangat. Masalah kita tidak sebesar Tan Sri Tony Fernandes. Masih ada jalan penyelesaian. InsyaAllah!

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 comments on “Tony Fernandes Flying High : My Story From AirAsia to QPR

  1. Bella Jamal

    Seronoknya Ruby dijemput. Memang menjadi inspirasi sebab dah terbukti Air Asia berjaya. Lagi berjaya dar MAS kini. Kemana-mana pun travel mesti Air Asia jadi pilihan. Betul tu, setiap maslah ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge