Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang wangian. Wangian ni sangat unik, ia boleh menukar mood seseorang. Selain itu, ia dapat mengembalikan ingatan kita kepada sesuatu kenangan lama. Tiap bau badan, aroma sekeliling dan wangian yang ruby hidu. Semua ada cerita. Tatkala hadir ke pelancaran acara Forestry Oudh. Ruby teringat bau wangian ini ketika di pusat membeli-belah di Dubai! Nampak tak betapa rindunya nak ke negara timur tengah ni.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Dato’ Dr. Jalaluddin Harun hari ini melancarkan produk minyak wangi dan penjagaan kulit semula jadi, buatan tangan yang diinspirasikan dari minyak gaharu bernama Angeli, keluaran Forestry Oudh, di KL Hilton.

Ramuan utama koleksi Angeli Essentials ini ialah pati minyak asli gaharu dihasilkan dari pokok gaharu di Malaysia. Pokok gaharu merupakan ramuan asli yang paling mahal di dunia dengan minyak gaharu berkualiti dijual sehingga AS$50,000 sekilogram.

Gaharu dikenali kerana ciri-ciri anti oksidan, anti-penuaan, anti-stres, antimikrobial, anti-ashmatik dan aphrodisiak, antara lain manfaatnya. Secara saintifik, minyak gaharu juga bersifat bahan penetap bermaksud minyak wanginya akan kekal lama pada kulit.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

“Tahun lalu, jumlah keseluruhan eksport gaharu hanya RM15 juta yang mana produk kayu dan balak mewakili RM40 bilion bagi eksport domestik dan antarabangsa. Kita memiliki ruang untuk berkembang, dan kita berharap untuk melihat Kumpulan Perhutanan menyumbang kepada eksport gaharu menerusi dagangan serpihan Gaharu Aset Perhutanan dan secara tidak langsung menerusi pemasaran jenama Angeli,’’ kata Dato’ Dr. Jalaluddin Harun.

Angeli Autumn Sky 2017

Angeli memperkenalkan koleksi pertamanya, “Autumn Sky 2017” pada majlis tersebut, dengan 17 produk penjagaan kulit buatan tangan yang diberi nama sempena tempoh tuaiannya yang unik.

Koleksi artisanal eksklusifnya merangkumi oudh-based eau de parfum bagi lelaki dan wanita, dan produk penjagaan kulit asli termasuk sabun buku, gel mandian, bombs mandian, minyak pelembab badan, wap badan, losyen tandan dan badan, sapuan lumpur dan garam.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Forestry Oudh, Pn. Ariza Norhalim, “Setiap produk dalam produk Angeli direka hanya daripada ramuan asli, dan direka untuk fungsi khusus – sama ada mengurangkan stres, penyucian kulit atau manfaat-manfaat lain. Setiap produk mengandungi minyak gaharu yang sangat dicari-cari, yang datang dari pokok gaharu atau agarwood. Penggunaan serpihan gaharu untuk tujuan perubatan dan kecantikan telah diketahui beribu tahun dalam kalangan kerabat di raja dari dinasty Moghul, kerabat Jepun, Raja Louis XIV di Perancis selain tokoh-tokoh dihormati dari pelbagai agama. Hari ini, ia telah menjadi bahan koleksi yang amat bernilai.”

Ariza juga menjelaskan bahawa minya gaharu menjadi matang berubah mengikut masa dan suhu badan – menjadikan ia minyak asli yang unik. Disebabkan itu, setiap koleksi yang diperkenalkan oleh Angeli akan menjadi koleksi edisi terhad.

“Faktor-faktor seperti keadaan cuaca semasa menuai, kehidupan organisme di dalam pokok, struktur tanah dan proses distilasi mempengaruhi hasil kualiti minyak asli gaharu dan bau. Oleh kerana perubahan ini bertukar dari semasa ke semasa, setiap kelompok distilasi minyak gaharu adalah berbeza antara satu dengan yang lain,’’ jelas Ariza.

Beliau menambah, “Setiap produk Angeli adalah buatan tangan bagi memastikan nilai dan bauan gaharu dan lain-lain ramuan minyak asli di dalam produk ini kekal dan tidak hilang akibat habas dan proses kimia disebabkan mesin pengeluaran yang besar. Produk-produk juga selamat daripada kimia berbahaya seperti sodium lauryl sulphate (SLS) dan parabens.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu
Dari kiri Co-Founder of Forestry Oudh, En Eshmael Rao; Co-Founder of Forestry Oudh, Ariza Norhalim; Director-General of Malaysian Timber Industry Board, Dato’ Dr Jalaludin Harun; MATRADE Director of Lifestyle, Life Sciences and Medical Devices, Mr Abu Bakar with Angeli’s brand new range.

Roman Abdullah

Koleksi Angeli Essentials direka cipta oleh Roman Abdullah, pakar minyak wangi yang merupakan waris generasi kelima keluarga yang telah berkhidmat dengan kerabat Moghul.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu
Wangian Sweet Floral dari Roman Abdullah

Koleksi Angeli Essentials

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu
Angeli Autumn Sky 2017 Collection Pour Elle & Angeli Autumn Sky 2017 Collection Pour Homme bersaiz poket 18ML ini tidak dijual.
  • Angeli Autumn Sky 2017 Collection Pour Elle (50ML) – RM 300.00

Wangian untuk wanita, direka khas bersama Agalocha Oudh, dicampur bersama sweet notes of Vanilla, Turkish Rose dan Jasmine. Ia untuk memberi wanita kelihatan cantik, berkeyakinan dan bersemangat untuk menggapai keinginan dan sukses dalam kehidupan. Wangian ini akan menemaninya sepanjang perjalanan. Bau ini membuat kita lebih esklusif. Ia lain dari wangian biasa di pasaran. Susah untuk ruby gambarkan. Ia pertama kali buat ruby menggunakan wangian ini. Segar, manis, yakin dan buat ruby tersenyum.

  • Angeli Autumn Sky 2017 Collection Pour Homme (50ML) – RM 300.00

Wangian untuk lelaki, didominasi oleh Malaccensis Oudh. Dicampur bersama Bergamot, Kaffir Lime dan Lavender. Diilhamkan oleh karakter lelaki yang berjaya, inovatif dan mengambil risiko yang menjalani kehidupan mereka sepenuhnya dan tiada hadnya.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

  • Moisturizing Body Oil (30ML) – RM 60.00

Terdapat dua jenis, Relaxation dan Joint Pain. Relaxation adalah Gabungan Tea Tree, Eucalyptus dan Lavender, memudahkan pernafasan, melapangkan minda dan menenangkan saraf. Pakai minyak selepas mandi atau semasa mengurut, ia juga melindungi kulit kita daripada kuman yang tidak diingini.

Manakala Joint Pain mengandungi gabungan Clove, Ginger, Cinnamon dan Frankincense. Bau begini sangat sesuai ketika mual dan sakit kepala. Travel suka bawa bauan begini. Hehe

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

  • Hand & Body Lotion (80ML) – RM 80.00

Mengandungi Sandalwood, Rose dan Lemon. Ia lotion yang menyegarkan walaupun Saldalwood digunakan. Tahukah anda Sandalwood adalah pati minyak yang paling mahal?

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

  • Bar Soap (100gm) – RM 25.00

Terdapat dalam 3 variasi iaitu Sandalwood & Cinnamon, Pine & Bergamot dan Oudh & Vanilla. Warna hijau di atas adalah Pine & Bergamot, bau yang meningkatkan semangat anda dengan bau Pine dan Bergamot yang menyegarkan. Tenangkan fikiran anda dengan baik menggunakan manis Oudh Vanilla, atau Sandalwood dan Cinnamon yang meremajakan.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

  • Bath Bomb (250GM) – RM 30.00

Mempunyai 4 variasi bagi memenuhi keinginan anda. Pilih dari Frankincense, Lavender, Bergamot atau Jasmine. Bath Bomb adalah pertama kali ruby dapat dan baru tahu fungsinya! Nanti boleh bawa ke hotel yang ada bath tub. Hehehe. Ia bagus untuk menenangkan fikiran. Ketika berendam di dalam bath tub, ia adalah saat relax dan tenang.

Tadah air suam ke dalam tub mandi anda. Masukkan bath bomb dan nikmatinya!

  • Bath Gel (120ML) – RM 50.00
  • Fruit Bomb Body Mist / White Floral (50ML) – RM 40.00
  • Salt Scrub (500GM) – RM 100.00
  • Dead Sea Mud Scrub (50GM) – RM 100.00

Bagaimana Proses Mendapatkan Pati Minyak Gaharu?

Ruby pasti ramai tertanya-tanya bagaimana proses mendapatkan pati minyak Gaharu. Proses penanaman poko Gaharu mengambil masa beberapa tahun. Lagi lama, lagi mahal harganya kerana semua bahagian pokok itu boleh diguna untuk pelbagai produk. Manakala untuk proses mengekstrak pati minyak asli gaharu mengambil masa lebih kurang sebulan.

Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

Angeli adalah jenama dimiliki Forestry Oudh Sdn Bhd yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Forestry Assets yang memiliki ladang pokok gaharu di Malaysia. Makmal bagi penyelidikan dan pembangunan produk minyak gaharu dan pokok gaharu terletak di Damansara Perdana, Selangor manakala kilang gaharu berpusat di Semenyih, Selangor.

Pada masa ini, pokok-pokok gaharu dikategorikan sebagai spesies terancam dibawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES) dan minyak gaharu dilabel sebagai minyak asli paling bernilai tinggi di dunia disebabkan sumbernya yang terhad.

Dapatkan produk Angeli Essentials secara dalam talian menerusi laman web tertera.

www.facebook.com/Angeli-Essentials

www.angeliessentials.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

20 thoughts on “Angeli Essentials Inspirasi Dari Pati Minyak Asli Pokok Gaharu

    Sunshine Kelly

    (December 27, 2017 - 2:35 pm)

    I love the soap! the scent lingers on and the rest of their products too.
    Sunshine Kelly´s last blog post ..【 2018 Winter Olympic 】 PyeongChang Forum for the Earth and its CitizensMy Profile

    Zayani Zulkiffli

    (December 27, 2017 - 5:07 am)

    Eh eh. Siap ada bath bomb lagi. Gaharu ni wangi kalau deorang pandai mix kan dia. Suka dengan botol packaging dia, elegant.
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017My Profile

    azrinros

    (December 26, 2017 - 4:04 pm)

    Saya ada terbaca mengenai Essential Oil digunakan untuk rawatan tingkahlaku Autism dapat ditenangkan.
    azrinros´s last blog post ..Tabung simpanan orang muda jangan terlewatMy Profile

    Hanny Abdullah

    (December 26, 2017 - 1:39 am)

    Melepas tak gi event produk ni..kalau pergi hari tu dapatlah sis merasa bau kayu gharu n bawak balik barang satu dua..hehehe…sure wangi kan..:D
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Penginapan Dan Persembahan Kebudayaan Perkahwinan Traditional Perak Di Sayong Resort, Kuala KangsarMy Profile

    JMR

    (December 23, 2017 - 4:52 am)

    Banyak fakta tentang gaharu baru ku tahu..tak sangkat, harga sekilo dah macam harga emas hehe.. bau gaharu memang sedap kan, kalau dijadikan wangian mesti lagi sedap bau tu.

    “sudah gaharu, cendana pula, sudah tahu bertanya pula”

    JMR´s last blog post ..Pulangan Dividen ASB Tahun 2017 8.25 sen . Mesti Ramai Senyum Lebar!My Profile

    kinah

    (December 22, 2017 - 11:23 pm)

    Minyak wangi ni mahal sebab bukan mudah nak dapatkan pokok gaharu ni. Teringat masa di plkn gua musang dulu kitorang masuk hutan dan renjer hutan tunjuk pokok gaharu tu. Katanya Pokok gaharu ni ambil masa yang lama untuk matang jadi tak hairan la harganya sangat mahal

    kylie cre8tone

    (December 22, 2017 - 2:27 pm)

    Tak pernah dengar ini brand… Pokok gaharu pun ada pati minyak? nampak bagusnya..

    Mazni Azmi

    (December 22, 2017 - 11:10 am)

    Minyak gaharu ada khasiat untuk kesihatan dan memberikan kesan ketenangan kepada minda
    Mazni Azmi´s last blog post ..Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling KelakarMy Profile

    Ririey

    (December 22, 2017 - 9:39 am)

    Harga dia pengsan jugak dgr tapi berbaloi dgn mutu dia. Kata orang nak beli brg yg mahal biar berkualiti & it’s worth your money.

      Ruby

      (December 22, 2017 - 1:11 pm)

      Tulah perfume ni harga dia memang mahal sebab Pati Asli. Tahan lama bau dekat badan. Memang pure ni.

    Rafzan Tomomi

    (December 22, 2017 - 8:48 am)

    Banyak juga produk keluaran Angeli Essentials ni ya. Yang bath bomb tu macam best je hehe
    Rafzan Tomomi´s last blog post ..Kos Sara Hidup – Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan?My Profile

    Hasif Hamsyari

    (December 22, 2017 - 7:39 am)

    Suka produk dengan menggunakan bahan asli ni kak. Rasa lebih yakin dan selamat untuk digunakan! Teringin nak tau bagaimana baunya. ?
    Hasif Hamsyari´s last blog post ..Masjid Seribu Selawat di Pulau Pangkor!My Profile

    aira

    (December 22, 2017 - 7:00 am)

    memang kayu gaharu ni terkenal dengan wangi dan mahal. worth la bagi mereka yang berkemampuan 🙂

    Bella Jamal

    (December 22, 2017 - 3:48 am)

    Menarik tapi RM300 tapi 50ML, pitam kita nak beli. Padanla harganya sebab pati gaharu kan. Pokoknya memang mahal. Btw, sedap tak baunya Ruby? Agak2 bf pakai meletop tak nanti. Hehe.

    dboystudio

    (December 22, 2017 - 3:30 am)

    mesti wangi sebab pokok gaharu nie memang mahal baru jer semalam jalan-jalan kat kebun gaharu di perak.
    teh gaharu pun sekarang dah ada dan sedap.

    Suria Amanda

    (December 21, 2017 - 8:44 pm)

    Boleh tahan jugak harganya ye..packaging pun nampak mahal..x sangka minyak wangi dari kayu gaharu dh ada di pasaran..
    Suria Amanda´s last blog post ..Mini Chocolate Moist SedapMy Profile

    zaza iman

    (December 21, 2017 - 6:53 pm)

    minyak gaharu mmg best.. bau sedap.. duulu abah zaza rajin tanam ank pokok gaharu..kdg di masuk hutan cri kayu gaharu..zaza pun mmg suka produk2 berasaskan myk kayu gaharu ni..bath boom tu comel la..cute je bulat2 hehe

    Cik Ash

    (December 21, 2017 - 5:11 pm)

    pernah taw pasal pokok gaharu tak sangka ada syarikat yang mengeluarkan produk daripada pokok gaharu ya untuk ambik jadikan pati minyak .. nampak produk yang dikeluarkan mungkin agak rumit sebab harga pokok gaharu memang mahal dipasaran

    Ibu Zaid

    (December 21, 2017 - 3:40 pm)

    Mahal minyak kayu gaharu ni

    Memang susah nak jaga sebab tu harga melambung
    Ibu Zaid´s last blog post ..Tempat Jalan di Melaka – 8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti!My Profile

    TENGKUBUTANG

    (December 21, 2017 - 9:52 am)

    wahh.. angeli essential ni inspirasi dari pati minyak asli pokok gaharu? fuh.. best ni.. mesti bau sedap kan? tertarik pulak tengok bath bomb tu.. actually baru 1st time pun dengar pasal bath bomb tu.. haha.. yang penting merelakskan.. ye tak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.