Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free. Assalammualaikum semua! Jika anda mengikuti social media ruby, pasti dapat lihat beberapa gambar percutian di Sabah yang ruby telah muat naik. Salah satunya adalah percubaan pertama kali ruby membeli di www.bigdutyfree.com website. Sebenarnya ruby dalam proses mencuba travel with infants. Maybe perlu ada aktiviti di dalam penerbangan. Maybe anak ruby akan meragam jika boring. Maybe Maybe Maybe.

Biasa la kan, mak ni selalu fikir yang negatif dulu. Hahaha. Anak ruby dua-dua lelaki. Panjang akal dan tantrum dia luar biasa. Hahaha. Ruby pasti akan panik jika sepanjang penerbangan anak meragam. Sepanjang penerbangan ruby berdoa, berdoa anak tidak meragam dan berdoa agar cepat sampai. Kahkahkahkah.

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

Setiap kali beli tiket penerbangan, pasti kita akan beli untuk dua hala kan? Pergi dan pulang. Sebab cara ini kita akan jimat masa dan harga lebih murah. Jadi, dapat berjimat. Lagi satu kita tidak mahu kelam kabut dan boleh relax sepanjang percutian. Hehehe. Semasa ruby sedang duduk menunggu di Gate J4. Anak ruby dah super excited nak naik kapal terbang. Dari kapal terbang sampai, parking, masukkan barang, cabin crew dan pilot keluar dia tengok sambil tanya-tanya soalan. Teruja sangat tu.

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

Kemudian ruby terfikir untuk belikan souvenir AirAsia untuk Adam dan Alif. Tapi takkan la nak beli dalam penerbangan. Mesti tak banyak produk mereka bawa. Jadi ruby masuk laman web Big Duty Free dan cuci mata dengan kepelbagaian produk yang disediakan. Ada promosi potongan sehingga 20%! Tiba-tiba nak beli mekap! Hahaha. Haippp tepuk tangan sendiri. Hahaha.

Pre-book + Collect on board

Pre-book + Collect on board adalah perkhidmatan yang membolehkan kita menempah dan membayar barangan bebas cukai dan barangan anda dalam talian dalam tempoh 48 jam untuk penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (D7) sebelum anda terbang dan anda akan mendapat barang-barang anda dihantar ke kerusi anda secara PERCUMA. Anda boleh memilih untuk menyampaikan barangan yang dibeli pada penerbangan berlepas atau ketibaan.

Sebagai contoh, ruby berlepas pada 9 December 2017 9.25AM. Pulang pada 11 December 2017 4.55PM. Maka, ruby perlu membeli 2 hari sebelum penerbangan. Bermaksud, ruby boleh beli dan terima pada penerbangaan pulang ke Kuala Lumpur. Jadi pada 9 December 2017 jam 9AM ruby shopping. Hehehe.

AirAsia Collection

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty FreeKalau nak beli ni. Ruby akan pastikan Adam dan Alif dua-dua produk yang sama. Sebab ruby taknak mereka bergaduh di dalam penerbangan. Abang ada tu, adik tiada mainan ni. Alif dah la sejenis suka mengamuk. Ruby beli AirAsia Kids Fun Box MYR 49.00 dan AirAsia Kids Fun Bag MYR 35.00. 2 unit setiap satu ruby beli. Ia sebagai kenanagan untuk Adam dan Alif yang pernah menaiki penerbangan AirAsia. Lagi pula, produk ini esklusif. Tidak dijual di luar dan hanya terdapat dari penerbangan AirAsia sahaja.

AirAsia Kids Fun Bag

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

Di dalam Bag ini terdapat pensil warna, buku mewarna, puzzle, peralatan menulis dan sticker! Semuanya comel-comel. Hehehe.

AirAsia Kids Fun Box

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

Kemudian untuk Kids Fun Box ni lagi seronok. Ruby suka box besi ni. Boleh la Adam start menyimpan sesuatu di dalamnya. Macam ruby, ruby suka simpan tiket penerbangan di dalam Box. Lepas ni Adam dan Alif boleh la menyimpan kenangan di dalam box. Ewaahhh. Hahaha.

Proses Pembayaran

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty FreeJumlah keseluruhan RM 168, selepas tolak 20% diskaun jadi RM 134.40. Ruby membayar menggunakan FPX (Financial Process Exchange) je. Senang sangat! Selesai membeli, masa checkout tu boleh pilih pembayaran dari Kad Kredit, Kad Debit, Online Banking, AliPay atau UnionPay. Bagi ruby, ruby suka guna online bank in je. Dihujung proses pembayaran akan keluar skrin log in ke bank yang kita guna. Anda daftar masuk dan masukkan kata kunci. Klik TAC dan masukkan kod. Voila siap! Dah boleh relax dan ruby tidak sabar nak tengok reaksi Adam dan Alif bila kakak abang AirAsia Cabin Crew hantar. Hehehehe.

AirAsia Cabin Crew Hantar Kejutan

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

Di dalam Box ini ada permainan dam ular dengan dadu tu. Ada buku mewarna mini dan pensil warna. Buat pengetahuan anda, ini pertama kali Adam main dam ular. Mengekek gelak dalam penerbangan. Menang! Menang! Amboi seronok sungguh. Kalau penerbangan ada anak kecil, memang penumpang lain kena pekakkan telinga. Hehehe. Ampun maaf. Hahaha.

Nampak seronok kan? Memang seronok sangat, Adam dan Alif main dam ular, mewarna, puzzle dan macam-macam lagi. Lepas dah kemas-kemas, baru perasan di plastik tertulis hanya boleh dibuka selepas mendarat. Hahaha. Anak ruby dah buka selepas dapat produk. Wakakaka. Oh ya, sehingga 31 December 2017 sahaja terdapat Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free. Jadi cepat-cepat shopping k!

www.bigdutyfree.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty Free

    […] Tambahan pula, membeli-belah dalam talian juga kini menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan Pre-book + Collect by Big Duty Free. Para tetamu boleh menikmati penjimatan dan lebih kemudahan apabila mereka membeli-belah di bigdutyfree.com sehingga 48 jam untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7), dan pesanan tersebut akan terus dihantar ke tempat duduk anda, sama ada dalam penerbangan yang akan berlepas atau yang akan tiba. Baca pengalaman ruby di sini http://ruby.my/2017/12/diskaun-20-di-airasia-big-duty-free […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.