High Power Audio System MUTEKI MHC- V90DW

      No Comments on High Power Audio System MUTEKI MHC- V90DW

High Power Audio System MUTEKI MHC- V90DW. Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin kongsikan sistem audio yang akan membantu anda untuk membuat majlis anda hebat dan mudah! Kebiasaannya apabila mengadakan majlis kecil. Pasti sibuk mencari DJ dan PA sistem. Kos untuk mengupah seorang DJ, peralatan, pendawaian dan seleksi lagu juga menelan belanja tinggi. Tetapi dengan MUTEKI, anda hanya perlu beli satu kali sahaja dan majlis anda berjalan lancar! Hehehe.

High Power Audio System MUTEKI MHC- V90DW

Semasa pelancaran di Kota Kinabalu, Sabah. Ruby tertarik dengan perkongsian dari Sony Malaysia. Kebolehan MUTEKI bukan hanya untuk kaki parti sahaja. Ia serba boleh! Bunyi yang dikeluarkan sangat hebat, ini kerana memiliki BASS yang membuatkan kualiti bunyi sedap di dengar. Bukan membingitkan suasana.

Apa yang menarik tentang MUTEKI MHC- V90DW

Sony membawa semua sistem audio berkuasa tinggi baru kepada campuran fungsi hebat. Bunyi berkualiti tinggi dengan MHC-V90DW. Tiap muzik dimainkan bersama lampu pencahayaan yang menyeronokkan. Majlis anda, cara anda!

MUTEKI MHC-V90DW

1. Saiz kompak, mudah dibawa dan diselenggara

Sistem Audio Kuasa Tinggi MUTEKI MHC-V90DW dari Sony adalah besar dari segi saiz, kualiti, ciri, pencahayaan dan bunyi. Berdiri setinggi 170cm, reka bentuk menara pembesar suara ini besar dan bermakna muzik dapat dilihat dan didengar dengan sangat baik. Cahaya malam dengan pilihan ciri pencahayaan cemerlang dan dengan kualiti bunyi yang sangat baik.

MUTEKI MHC-V90DW2. Bunyi Hebat

V90DW dicipta dengan teknologi dan tekanan bunyi untuk membawa bunyi berkualiti tinggi untuk pelbagai acara dan mencapai kawasan yang lebih besar. Bunyi kuat untuk memeriahkan majlis. V90DW mempunyai Sound Spread Generator (kabinet jenis belakang terbuka) yang menyokong penyebaran dan jarak muzik berkualiti tinggi. Untuk meningkatkan julat dan penyebaran bunyi, bahagian hadapan pembesar suara berbentuk Angled Speakers 20 darjah. Pembesar suara membawa gaya seperti ‘horn’ yang boleh memaksimumkan bunyi di seluruh ruang.

MUTEKI MHC-V90DW

MUTEKI MHC-V90DW

3. Mainkan musik dari aplikasi dengan menggunakan NFC, Bluetooth, Wifi atau USB

V90DW menyokong perkhidmatan muzik termasuk terbina dalam Google Chromecast1 dan Spotify. Sekarang TV pun ada wifi kan? Boleh jadi home theater juga! Wow!

MUTEKI MHC-V90DW

4. Mempunyai aplikasi Sony Music Centre dan Fiestable

Dengan aplikasi mudah alih Sony Music Centre dan Fiestable, V90DW secara wayarles (melalui Wi-Fi).

MUTEKI MHC-V90DW MUTEKI MHC-V90DW

5. Anda Boleh Jadi DJ!

MUTEKI MHC-V90DW

Bagi mereka yang melihat diri mereka sebagai DJ dan berjiwa parti, produk ini mempunyai semua ciri parti untuk anda mempamerkan bakat tersebut. Dengan menyambungkan melalui aplikasi Sony Music Centre dan Fiestable, pengguna boleh menyesuaikan pencahayaan, menambah sampler dan kesan DJ serta kawalan fungsi asas pembesar suara. Dengan gelombang tangan, pelbagai pilihan boleh dikawal melalui kawalan Isyarat, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini.

6. Anda Pengacara Majlis

Pasangkan mikrofon dan mulakan kata-kata aluan. Pasti semua tetamu terpukau.

7. Karaoke & Jaming Bersama Gitar Kegemaran Anda!

MUTEKI MHC-V90DW

8. Warna Pembesar Suara Berubah Mengikut Rentak!

Apa lagi yang memeriahkan suasana selain lampu LED? Tetapi ia lagi mudah apabila satu peranti boleh melakukan segalanya! Bunyi bagus, malah ada lampu menarik! Antara muka pengguna panel sentuh yang mudah digunakan, jadi ia mudah di lihat di dalam gelap apabila cuba melangkau trek. Walau bagaimanapun, lampu pembesar suara dan lampu woofer berbilang warna yang berubah mengikut denyutan.

MUTEKI MHC-V90DW

MUTEKI MHC-V90DWMHC-V90DW boleh didapati di semua peniaga sah Sony di Malaysia pada harga RM2,999. Berbaloi-baloi!

www.sony.com.my
www.facebook.com/SonyMalaysia
www.instagram.com/SonyMalaysia

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge