Kini Anda Boleh Kumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG Loyalty Melalui Online Shopping!

Kini Anda Boleh Kumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG Loyalty Melalui Online Shopping! Assalammualaikum semua! Yaaaa betul, hari ini ruby ingin berkongsi tentang AirAsia BIG Loyalty. Siapa yang sudah mendaftar? Pasti ramai yang sudah mendaftar. Mungkin treveller tegar suka kumpul mata ganjaran dari setiap tiket penerbangan yang anda beli dari AirAsia. Tapi, untuk anda yang tidak membeli tiket penerbangan tetapi teringin nak travel menaiki kapal terbang AirAsia. Jom! Ada solusi terkini untuk anda! Jangan sedih lagi k. Mungkin mata ganjaran anda lebih banyak dari mereka yang membeli tiket penerbangan. Hehehe. Solusinya adalah Online Shopping! Yaaassssssss

Kini Anda Boleh Kumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG Loyalty Melalui Online Shopping!

Program Kesetiaan AirAsia BIG hari ini telah melancarkan butik dalam talian yang menawarkan produk gaya hidup terkini, di mana Ahli BIG boleh berbelanja dan mengumpul Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas. Pelancaran ini adalah selari dengan komitmennya untuk terus memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya yang kian meningkat di seluruh Asean.

Butik dalam talian itu membolehkan 13 juta Ahli BIG di Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk membeli-belah dengan lebih daripada 150 jenama gaya hidup dan perjalanan dalam satu platform airasiabig.com dan bakal didapati menerusi aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG pada masa akan datang.

Nikmati pengalaman membeli-belah yang tersendiri dengan jenama-jenama terkemuka, seperti Uniqlo, Hotels.com, 11street, Digi, Fave serta ezbuy, dan kumpul Mata Ganjaran BIG dengan lebih mudah. Tawaran gaya hidup menerusi butik dalam talian ini bakal menjadikan Program Kesetiaan BIG sebagai pemain utama dalam industri perniagaan dan perjalanan dalam talian.

Video Tutorial AirAsia BIG Loyalty

 

Nilai Mata Ganjaran AirAsia BIG Loyalty

Malaysia : 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap MYR 1 yang dibelanjakan
Thailand : 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap THB 10 yang dibelanjakan
Indonesia : 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap IDR 4,000 yang dibelanjakan

Kini, dengan seramai 10,000 Ahli BIG baharu dan laman web yang menjana lebih 167,000 trafik setiap hari, Ahli BIG dapat menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian dengan lebih lancar, di mana barangan yang dibeli akan dihantar terus kepada mereka. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, mereka akan mendapat satu (1) Mata Ganjaran BIG atau lebih.

Pelancaran AirAsia BIG Loyalty e-Store

Pengasas bersama AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Pembukaan butik dalam talian ini adalah cara yang hebat untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli yang setia dengan kami serta peluang untuk membeli apa sahaja yang mereka inginkan dan mengumpul Mata Ganjaran BIG dalam masa yang sama. Ini adalah cara yang mudah untuk menerbangkan ahli-ahli kami secara percuma, di samping menjadikan program kesetiaan ini sebagai salah satu cara untuk menikmati tambang rendah kami.”

 

AirAsia BIG Loyalty

(Dari kiri ke kanan) Mr. Khairul Syafiq, Marketing Manager of Photobook; Mr. Peter Lee, VP of Marketing at 11street Malaysia; Mr. Yeoh Chen Chow, Co-Founder of Fave; Mr. Victor Kaw, Chief Commercial Officer of AirAsia BIG Loyalty; Mr. Jimmy How, Chief Executive Officer of Involve Asia; Miss Yen May So – Loyalty, Rewards & Privileges of Digi; and Dato’ Eddy Leong, Chief Executive Officer of AirAsia BIG Loyalty at the AirAsia BIG Loyalty eStore opening event held at Pietro Ristorante, Damansara Heights today.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Program Kesetiaan AirAsia BIG, Dato’ Eddy Leong berkata, “Butik dalam talian ini adalah inovasi digital terbaru yang selari dengan dedikasi kami untuk memberi ganjaran kepada para ahli dengan lebih mudah, lebih cepat dan lebih baik. Dengan berbelanja dalam talian, para ahli boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas daripada melancong.

Mereka yang berbelanja sebanyak RM100 untuk mana-mana jenama pilihan mereka di platform ini juga akan mengumpul 100 Mata Ganjaran BIG atau lebih. Walaupun mereka mungkin tidak selalu melancong, tetapi membeli-belah merupakan rutin harian mereka. Justeru, dengan butik dalam talian ini, mengumpul Mata Ganjaran BIG akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.”

Jualan BIG 12.12

Sempena pelancaran ini, Program Kesetiaan AirAsia BIG akan menganjurkan ‘Jualan BIG 12.12’ pada 12 Disember 2017, di mana para ahli berpeluang untuk memenangi baucar eksklusif atau hadiah utama sehingga 160,000 Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan ke Seoul, Osaka atau Tokyo. Ahli-ahli BIG juga boleh mengumpul sehingga 10X Mata Ganjaran BIG ketika jualan ini, sehingga 1,000 mata ganjaran, yang bersamaan dengan perjalanan pergi-balik ketika Jualan Panggilan Akhir bulanan, dengan perbelanjaan RM100.

Diantara Jenama Yang Anda Boleh Kumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG Loyalty

1. Travel : 

AirAsia BIG Loyalty

2. Lifestyle :

AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty AirAsia BIG Loyalty

AirAsia BIG Loyalty

Program Kesetiaan BIG AirAsia ditubuhkan pada November 2011 dan dimiliki serta dikendalikan oleh Think BIG Digital Sdn Bhd, anak syarikat AirAsia Bhd dengan kerjasama Aimia Inc. Program Kesetiaan BIG AirAsia membolehkan ahli-ahlinya menikmati tambang penerbangan terendah di seluruh rangkaian AirAsia. Ahlinya boleh mendapatkan Mata Ganjaran Big untuk penerbangan AirAsia serta pihak hotel dan runcit yang turut serta dalam program ini, rakan kongsi e-dagang serta pengembaraan dan gaya hidup di rantau ini, dimana semua tempat duduk boleh ditebus dengan menggunakan Mata Ganjaran BIG.

Keistimewaan ahli eksklusif lain termasuk tempahan keutamaan 24-jam untuk semua jualan AirAsia. Program Kesetiaan BIG AirAsia dinamakan Program Kesetiaan Tahun bagi 2016 dan memenangi emas untuk Kempen Pemasaran Kesetiaan Serantau Terbaik, Penggunaan Terbaik Pemasaran Langsung dan Penggunaan Sosial Terbaik di Anugerah Kesetiaan dan Penglibatan 2016.

AirAsia BIG Loyalty Hanya Di Laman Web

Buat masa ini, anda boleh membeli-belah menggunakan laman web www.airasiabig.com sahaja. Pembinaan aplikasi di telefon pintar sedang di kemaskini. Jadi, tips ruby untuk anda kaki online shopping. Anda masuk kedai online anda terlebih dahulu. Sebagai contoh 11street di telefon pintar anda. Kemudian add cart. Bila buka laptop, anda login laman web AirAsia BIG Loyalty. Pilih 11Street dan login masuk ke kedai 11Street menggunakan email dan pasword anda. Kemudian anda akan lihat cart anda tersedia untuk checkout. Bayar dan voila! Dapat AirAsia BIG Loyalty dan tunggu parcel k. Kumpul banyak-banyak mata ganjaran dan ayuh travel!

Daftarlah sebagai Ahli BIG untuk mula membeli-belah di www.airasiabig.com dan kumpul Mata Ganjaran BIG sekarang! Lebih banyak jenama gaya hidup dan perjalanan boleh didapati tidak lama lagi. Muat turun aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG untuk terus menerima maklumat terkini mengenai ‘Jualan BIG 12.12,’ penebusan penerbangan AirAsia, serta melihat baki dan urus niaga Mata Ganjaran BIG anda.

www.airasiabig.com

www.facebook.com/airasiabig

www.instagram.com/airasiabig

www.twitter.com/airasiabig

19 comments on “Kini Anda Boleh Kumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG Loyalty Melalui Online Shopping!

  1. idayu

    Bagusnya, happy2 shopping dpt plak Mata ganjaran, bleh plak tebus Mata ganjaran utk dptkan ticket.wow wow wow berbaloi2

    Reply
  2. Ana Suhana

    Ana selalu collexct point masa book tiket flight je. Jenuh nk kumpul sbb jarang naik flight. Tp skrg dgn shoppping pun boleh.byk paltform pulak tu. Bestnya. Untung2 boleh redeem tiket flight free kan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge