Lanun Di Kepulauan Borneo

      25 Comments on Lanun Di Kepulauan Borneo

Lanun Di Kepulauan Borneo. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby mengambil semangat Sabah untuk berkongsi tentang fakta di Kepulauan Borneo. Perairan Sabah sentiasa menjadi tumpuan untuk industri pelancongan, malah ia adalah sumber nelayan mencari hidupan laut untuk dijual segar di pasar. Jika ke Labuan, Semporna dan Sandakan. Pasti nikmat menikmati pelbagai makanan laut yang segar, besar dan murah. Hehehe.

Lanun Di Kepulauan Borneo

Tapi, ramai yang takut-takut untuk bercuti ke Kepulauan Borneo. Takut kena culik oleh lanun dan berlaku peristiwa Lahad Datu lagi. Sebagai rakyat Malaysia, ruby berbangga dengan cara Kementerian Pertahanan Malaysia melaksanakan tugas. Anggota Polis telah menjalankan tugas mereka. Malah ada yang bertanya mengapa Anggota Polis? Bukan Tentera? Sekiranya tentera digunakan terlebih dahulu bermakna Malaysia sudah mengisytiharkan perang dengan Kesultanan Sulu. Kisah 2013 ini masih segar di ingatan kita semua. Jadi, selamat ke bercuti di Kepulauan Borneo? Baca pengalaman ruby di sini http://ruby.my/2017/04/selamat-ke-bercuti-di-kepulauan-sabah/

Lanun Di Kepulauan Borneo

LANUN DI BORNEO – FAKTA

Isu lanun di Kepulauan Borneo, secara khususnya di Sabah adalah satu isu yang telah begitu lama berlarutan sejak zaman penjajahan British sehingga sekarang. Malah isu ini juga dianggap sensitif dari sudut hubungan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina.

Selamat Ke Bercuti Di Kepulauan Sabah?

1) Sebahagian besar masalah tersebut bermula dari penghijrahan kaum Moro ke selatan Filipina sejak pertengahan kurun ke 19. Moro adalah panggilan yang diberi oleh pemerintah Sepanyol untuk menggelar orang Filipina yang beragama Islam. Oleh kerana Filipina ketika itu 86% penduduknya beragama Kristian Katholik, iaitu satu satunya negara Kristian di Asia, tekanan sosial dan politik menghambat kaum Moro untuk berhijrah ke selatan Filipina sekitar Kepulauan Sulu. Lantas sebahagiannya juga merentas ke Sabah terutama dari suku kaum Suluk dan Bajau.

2) Dalam satu catatan oleh Kapten Henry Keppel, ketua ekspedisi British HMS Dido pada 1846, beliau menyatakan tentang kebimbangan mereka terhadap ancaman serangan lanun dari penduduk di Kepulauan Sulu. Ancaman tersebut meliputi kawasan utara, timur laut dan tenggara Sabah. Sejak itu, kaum Moro sering dikaitkan dengan kegiatan lanun. Tambahan pula ketika itu Kepulauan Sulu terkenal dengan perdagangan hamba, maka aktiviti tersebut turut memberi kesan kepada kegiatan lanun.

3) Pada tahun 1910, penempatan Syarikat Hindia Timur Belanda di Celebes juga telah diserang oleh lanun dari Kepulauan Sulu. Pada 1952 dan 1954, penempatan British di Semporna dan Kalabakan terus menerima ancaman lanun yang berpengkalan di Tawi Tawi. Dari tahun 1959 hingga 1962, sebanyak 232 serangan lanun telah direkodkan di Borneo Utara atau Sabah.

4) Sekitar 1970an, penghijrahan kaum Suluk beragama Islam ke Sabah dari Kepulauan Sulu dikaitkan dengan agenda pemimpin Sabah untuk meningkatkan populasi penduduk Islam di Sabah. Ini juga berkaitan dengan tuntutan Filipina keatas Borneo Utara yang masih dibangkitkan sejak era penubuhan Malaysia 1963. Serangan kaum Moro terhadap penduduk tempatan, pelancong dan pihak berkuasa berterusan pada tahun 1979 di Lahad Datu, 1980 di Semporna, 1982 dan 1985 di Timba Timba yang mengorbankan 21 orang. Seterusnya di Boheydulang pada 1987 dan di Semporna pada 1996.

5) Ancaman tersebut masih berterusan hingga ke hari ini dan paling sengit adalah pertempuran di Lahad Datu pada 2013 yang mengorbankan 68 orang termasuk anggota polis. Ekoran dari itu, Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah ditubuhkan pada 2013 untuk mengawal Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

6) Dalam catatan catatan maritime British dari abad ke 18 dan 19, menggelar kaum Iban atau Dayak Laut sebagai ‘Vikings of the Eastern Seas’ atau Raja Di Laut. Mereka digeruni oleh penjajah barat. Mereka dianggap sebagai wira Borneo kerana berjaya menjadikan penjajah British dan pedagang Belanda sebagai tawanan dan hamba. Tindakan sebahagian dari etnik Iban, Balangingi dan Iranun ini telah mengubah persepsi terhadap mereka sehingga mereka digelar Dayak Laut. Walaupun sebenarnya etnik Iban bukanlah sebuah masyarakat maritim seperti Balangingi dan Iranun yang berasal dari Kepulauan Sulu. Etnik Iban lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian berpindah dan perburuan.

7) Istilah ‘Dayak Laut’ diberi oleh penjajah British untuk mengklasifikasikan para lanun yang mengancam mereka. Antara pertempuran terhebat adalah pada 1849 dimana pihak Dayak Laut telah menyerang HMS Albatross. Pertempuran ini telah memusnahkan 88 buah perahu Dayak Laut dan mengorbankan 300 orang. Bagaimanapun agak sukar untuk membezakan antara kegiatan lanun dan perjuangan anti penjajah kerana pembesar pembesar tempatan di Sabah terbahagi kepada dua, samada memihak kepada British seperti Pangeran Raja Muda Hashim dan Orang Kaya Lundu ataupun anti British seperti Pangeran Mahkota, Sheriff Sahap, Sheriff Jaffar dan Sheriff Mullah.

8) Sebarang penentangan dianggap jenayah dan dikaitkan dengan perlanunan, tambahan pula perjuangan menentang British turut melibatkan kerahan tenaga Dayak Laut. Malah, beberapa pertempuran yang berlaku boleh juga dianggap sebagai peperangan saudara antara pembesar tempatan, samada dibantu oleh British atau Dayak Laut. Di samping itu, etnik Iban juga digelar ‘The Headhunters of Borneo’ menunjukkan mereka digeruni oleh British samada di laut mahupun di darat.

9) Kegiatan lanun di Sabah bertolak dari pelbagai sebab dan sudut. Antaranya isu penindasan sosial dan politik, desakan hidup dan motif jenayah. Malah istilah ‘mundu’ digunakan untuk kes lanun yang berlaku di Sabah khususnya kerana coraknya yang berbeza dengan apa yang
berlaku di negara lain.

Selamat Ke Bercuti Di Kepulauan Sabah? Selamat Ke Bercuti Di Kepulauan Sabah?

Diharap perkongsian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang Lanun Di Kepulauan Borneo. Sayang Sabah. Ruby suka travel ke Sabah sebab naik kapal terbang, wang pun guna RM dan passport juga di cop. Hehehe. Rasa macam travel ke luar negara. Tapi yes ia Sabah, Malaysia. #SabahOKBah

25 comments on “Lanun Di Kepulauan Borneo

  1. kinah

    Sabah ni tempatnya memang cantik. Tapi orang takut nak ke sana disebabkan banyak kes lanun. Apa-apa pun kita serahkan saja pada pihak berkuasa untuk banteras jenayah lanun ni. Menarik entri Ruby ni. Sedikit sebanyak dapat input tentang lanun di kepulaun Borneo ni.

    Reply
  2. idayu

    Mmg ramai yg katakan Sabah cantik pemandngannya. Suami dh jejakkan kaki di sana atass urusn kerja. Tapi katanya Nak bawa kami sekeluarga bercuti ke Sana 1 hari nanti

    Reply
  3. Nurul

    HAhahha..memang tak selamat dah..husband kwn saya tentera..posting sana..kwn saya pun kerja sana..dia ckp selalu je husband dia kena standby / take over..setiap minggu aje je case..so bg saya, still not as safe as what we have been told

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.