Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Nasihat perjalanan AirAsia untuk pengalaman percutian yang lebih lancar. Assalammualaikum semua! Hehehe. Macam iklan pula kan. Sebenarnya ruby ni panik teruk masa plan percutian dengan suami dan anak-anak ke Sabah pada 9 December 2017 yang lalu. Semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Cuma, ruby nak berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara yang dapat memudahkan anda plan semasa daftar masuk.

Kebiasaannya ketika nak daftar masuk penerbangan, kita macam kelam kabut mencari kaunter kan? Tambahan di KLIA2. Tidak nampak logo penerbangan seperti di KLIA1. Jadi, minda ni kena cepat bertukar bahawa anda berada di KLIA2. Dimana-mana sahaja boleh daftar masuk. Cuma membezakan ia adalah penerbangan dalam negeri atau luar negara. Sebab tu kena datang awal! Ia awal! Kalau nak 4 jam awal pun boleh. Bagi ruby 2 jam awal tu dah menakutkan. Oh No!

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Para tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal berikutan kerja-kerja
menaik taraf kaunter sedia ada di klia2 bermula 20 November 2017.  AirAsia dan AirAsia X ingin menggalakkan para tetamu yang akan terbang semasa musim cuti sekolah untuk mengikuti nasihat perjalanan agar pengalaman percutian anda lebih lancar. Tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X bagi melepasi kesemua formaliti penerbangan dan mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku semasa musim percutian ini.

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Pelbagai Cara Untuk Daftar Masuk

AirAsia juga ingin mengingatkan para tetamu supaya daftar masuk sendiri sama ada melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk bagi memudahkan perjalanan mereka berikutan kerja-kerja menaik taraf kaunter sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bermula 20 November 2017. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia, dan sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

  1. Web Check-In
  2. Mobile Check-In
  3. Kiosk Check-In
  4. Counter Check-In (Jika anda hamil atau terbang bersama anak kecil)

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Kiosk daftar masuk sendiri dan tag bagasi sendiri tersedia di klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Lapangan Terbang Labuan, Lapangan Terbang Miri, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Tawau.

Kepada para tetamu yang terbang ke atau dari Singapura pula, AirAsia kini beroperasi di Terminal 4 yang baharu serta lebih canggih dan automatik di Lapangan Terbang Changi Singapura, yang boleh diakses dengan teksi, kereta sewa, bas atau pengangkutan peribadi. Para tetamu yang berlepas dari Terminal 4 dinasihatkan untuk tiba 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk ke terminal baharu itu.

Baggage Drop

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter imigresen, anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

Jika anda di lapangan terbang klia2, astikan anda mempunyai Boarding Pass yang sudah siap print untuk memudahkan anda masuk. Staff bertugas akan semak butiran penerbangan anda dan membantu anda untuk beratur.

Daftar Masuk Di Kaunter

Tetamu yang membuat tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. Kakitangan AirAsia yang berada di lapangan terbang bersedia untuk membantu dan memastikan perjalanan yang lancar untuk semua disepanjang musim percutian ini.

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Oleh kerana ini adalah pertama kali travel dengan anak kecil. Risau ya amat! Terus ke kaunter pertanyaan AirAsia dan staff bertugas bantu. Terima kasih banyak-banyak. Untuk travel with Infant, anda boleh daftar masuk di kiosk juga. Lepas dah dapat boarding pass, terus ke kaunter baggage drop. Mak dah panik, serahkan semua kat staff bertugas. Nasib baik!

Penerbangan Bersama Bayi

Setiap seorang tetamu (kecuali bayi) hanya dibenarkan membawa SATU beg cabin (tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan ke atas pesawat. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg. Para tetamu juga disarankan untuk pra-tempah peruntukan berat bagasi untuk lebih penjimatan. Pilih ‘Urus Tempahan Saya’ untuk menambah berat bagasi di laman airasia.com sehingga empat jam sebelum waktu berlepas, atau menerusi aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android.

Santan Combo Meal

Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal

Para tetamu juga dinasihatkan untuk membuat pra-tempahan dalam talian bagi hidangan kombo Santan yang hanya RM10 dalam penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 dalam penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7), untuk memastikan hidangan pilihan akan disediakan kepada mereka. Para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka juga boleh membuat pra-tempahan bagi hidangan kanak-kanak istimewa, Lil’ Star Combo yang menyajikan piza mini, minuman dan snek istimewa. Pra-tempahan boleh dibuat hingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan menerusi pautan ‘Urus Tempahan Saya’. Boleh tengok menu di https://www.airasia.com/my/en/promotion/introducing-our-new-santan-combo-meal.page

Santan Combo Meal Santan Combo Meal Santan Combo Meal Santan Combo Meal Santan Combo Meal

AirAsia ROKKI Wifi

Selain itu, ceriakan pengalaman perjalanan anda dengan hiburan dalam penerbangan PERCUMA termasuklah filem, muzik dan panduan perjalanan yang popular apabila anda menyambung ke ROKKI Wi-Fi pada peranti mudah alih anda. Bagi mereka yang ingin melayari Internet, mereka boleh mendapatkan pelan ROKKI dari serendah RM9. Bukan itu sahaja, AirAsia juga menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian dengan tawaran eksklusif daripada ROKKI Shop. http://ruby.my/2017/12/penerbangan-domestik-lebih-ceria-dengan-airasia-rokki-wifi/

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Ada 3 tawaran dari ROKKI:
1. Wifi PERCUMA. Anda hanya boleh menikmati hiburan yang disediakan sahaja. Contohnya menonton rancangan dari TONTON. Adam tonton Ejen Ali. Habis semua episod. Haha
2. ROKKI Internet Plan RM 18, 10MB Data. Anda boleh upload gambar, video di social media. Cek email, balas whatsapp dan update blog
3. ROKKI Chats Plan RM 9. Ni untuk anda yang nak guna Whatsapp, WeChat, LINE, Kakao Talk & Viber

AirAisa Big Duty Free

Diskaun 20% Di AirAsia Big Duty FreeTambahan pula, membeli-belah dalam talian juga kini menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan Pre-book + Collect by Big Duty Free. Para tetamu boleh menikmati penjimatan dan lebih kemudahan apabila mereka membeli-belah di bigdutyfree.com sehingga 48 jam untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7), dan pesanan tersebut akan terus dihantar ke tempat duduk anda, sama ada dalam penerbangan yang akan berlepas atau yang akan tiba. Baca pengalaman ruby di sini http://ruby.my/2017/12/diskaun-20-di-airasia-big-duty-free

Mudahnya bila kita dah plan segalanya kan? Setidak-tidaknya bahagian kita dah selesai dan tiada apa-apa masalah. Diharap Nasihat Perjalanan AirAsia ini banyak membantu anda semua!

www.airasia.com
www.twitter.com/AirAsia
www.facebook.com/AirAsia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

21 thoughts on “Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

    TENGKUBUTANG

    (December 28, 2017 - 4:26 pm)

    Betul tu.. kena ada disana awal 3 jam.. tapi TB kalau boleh nak awal lagi.. boleh la pi jalan2 kat dalam tu.. hahahaha.. sambil selfie amik gambo.. eh.. boleh lagi ke ambil gambar kat dalm outlet2 kat situ entah..

    jana

    (December 28, 2017 - 11:33 am)

    Simptom mak2 memang macam tu. mudah panik walhal takde apa pun.haha.. btw, penerangan yg sangat detail. thumbs up

    siti rudzilah

    (December 28, 2017 - 11:17 am)

    Memang kat klia2 jangan lengah-lengah. Better masuk awal and tunggu dekat dalam than you habis nafas berkejar nanti.

    Huda

    (December 28, 2017 - 9:29 am)

    terima kasih Ruby. Perkongsian yang lengkap tentang Air Asia.

    Bonde Zaidalifah

    (December 28, 2017 - 6:45 am)

    Padat info dan tips berkaitan Air Asia… terima kasih atas perkongsian moga jadi rujukan dan panduan pada yang memerlukan.
    Bonde Zaidalifah´s last blog post ..BELUM BAYAR ZAKAT? JOM SERTAI KEMPEN YEZ 2017 (Year End Zakat)My Profile

    Maisarah

    (December 28, 2017 - 3:35 am)

    Info yang sangat bagus, padar terperinci. Betul, kena plan elok-elok dari awal .. insyaAllah lancar. Banyak kemudahan yang disediakan oleh mereka. pasti selesa perjalanan menuju ke destinasi
    Maisarah´s last blog post ..Penyelesaian Masalah Skrin Hitam Siaran Digital myFreeviewMy Profile

    Zharif Azis

    (December 28, 2017 - 1:09 am)

    Banyak info bermanfaat. Kadang pelik org yg dok maki hamun sbb terlepas flight. Dah ko yg dtg lewat pasaipa. Anyway, data tu mmg 10MB je k ? Mna cukup 10MB nk update blog. Bukak intagram sekali zuppp terus habis ??
    Zharif Azis´s last blog post ..Assam House Ipoh Menghidangkan Hidangan Asia Yang TerbaikMy Profile

    Lia Hasty

    (December 28, 2017 - 12:49 am)

    Detailsnya penerangan sis ruby ni. Lia pun pengguna Air asia jugak. Selalu juga terbang domestik & kadang2 international. Kalau check in bag memang awal sebab takut ramai orang & kaunter tutup. Rindu nak travel lagi dengan air asia.
    Lia Hasty´s last blog post ..Minumlah semasa anda berbelanja!My Profile

    Ibu Zaid

    (December 27, 2017 - 11:50 pm)

    Bagus tips tips travel yang ruby bagi ni

    Ibu ni tak biasa naik flight mana la tau semua ni
    Ibu Zaid´s last blog post ..Tempat Jalan di Melaka – 8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti!My Profile

    dboystudio

    (December 27, 2017 - 10:41 pm)

    fuhhh best dan setailnya perjalanan melaui air asia. tak sangka pulah boleh berinternet kat atas kapal terbang tu.

    ina

    (December 27, 2017 - 10:05 pm)

    thanks ruby. Penerangan yg details.sekarang dah jelas tentang penerbangan bersama air asia.

    Khaidir Zaraai

    (December 27, 2017 - 9:14 pm)

    Saya kalau nak fly, kena sampai airport awal. Banyak aral melintang boleh berlaku. Jalan jam. Nak uruskan bagasi. Terima kasih share. Nak bookmark page ini. Saya tak pernah lagi berpengalaman naik Air Asia. Saya pergi Jakarta dulu pun naik MAS. Lepas ini kena pakai Air Asia. Saya merancang nak fly ke Padang. Hanya Air Asia je yang fly ke Padang. Thanks. Artikel paling bermakna. 🙂

    Shasratul

    (December 27, 2017 - 8:22 pm)

    Wahh. Tq kak share panduan ni.. tak pernah lagi guna khidmat air asia.

    Hanny Abdullah

    (December 27, 2017 - 8:03 pm)

    Bagus info ni buat mereka yg belum pernah menggunakan penerbangan AirAsia. Info yg lengkap..tapi kenkadang kita yg selalu terbang ni pun leh kelam kabut jugak..hehehe

    Jia Shin Lee

    (December 27, 2017 - 7:35 pm)

    Thanks for the reminder, these are really useful infos! It’s so easy to miss a flight nowadays because the airport is packed.

    Hasif Hamsyari

    (December 27, 2017 - 5:31 pm)

    wah.. lengkapnya panduan ni, Kak Ruby! Rujukan yang bagus ni. Banyak disenaraikan antara sebab kenapa saya suka dengan khidmat AirAsia ni. Walaupun penerbangan kos tambang murah, mereka langsung tak berkompromi soal keselesaan penumpang. 🙂
    Hasif Hamsyari´s last blog post ..Kecantikan Memukau Tokong Fu Lin Kong, PangkorMy Profile

    syafiera

    (December 27, 2017 - 5:14 pm)

    bestnya dah lama tak naik airplane, maybe next year kot start travel lagi sekali.. memang aim Air Asia sebab jimat walaupun murah compared others tetap rasa selamat.
    syafiera´s last blog post ..SunFeet International Pakar dalam Servis Orthotics & ProstheticMy Profile

    […] bersama AirAsia ke Kota Kinabalu, Sabah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Ini semua sebab Nasihat Perjalanan AirAsia yang ruby baca dan hadam. […]

    […] bersama AirAsia ke Kota Kinabalu, Sabah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Ini semua sebab Nasihat Perjalanan AirAsia yang ruby baca dan hadam. […]

    Mimi

    (December 27, 2017 - 11:46 am)

    Belum berpeluang naik airasia..tapi artikel nih sgt membantu sy beri info penting. Mana tahu akan dtg berepluang naik flight airasia boleh praktik tips nih

      Ruby

      (December 27, 2017 - 12:16 pm)

      Terima kasih kak mimi. Betul. Saya jenuh google info sebelum terbang. Risau kak. Sebab saya yang uruskan trip ni. Agar semuanya berjalan lancar. Hahaha. Tapi tulah, kita extra penat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.