Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia roKKi WiFi

Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia roKKi WiFi. Assalammualaikum semua! Hehehe. Bertemu kembali! Kali ini kita sembang tentang roKKi WiFi. WiFi di dalam kapal terbang domestik! Memang lain dari yang lain. Sebab selama hari ini mana ada wifi di dalam mana-mana penerbangan domestik. Ini satu peningkatan! Terima kasih AirAsia.

Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia roKKi WiFi

Jika dulu, kemana sahaja penerbangan domestik pasti bosan. Tiada hiburan dan hanya ada makanan enak. Syukur alhamdulillah. Tapi kalau ada hiburan pun bagus. Hehehe. Tapi lagi bagus ada WiFi! Apabila AirAsia menyediakan perkhidmatan roKKi WiFi, ruby teruja! Ruby plan bawa iPad, telefon pintar dan headphone dua. Dalam bag ruby penuh peranti untuk kegunaan 4 orang! Suami nak guna telefon pintar untuk whatsapp, Adam guna iPad untuk tonton Ejen Ali, Alif guna telefon pintar untuk tonton kartun dan ruby pula guna telefon untuk membalas email. Fuh semua sibuk!

Santan Combo Meal

roKKi WiFi ni PERCUMA untuk semua penumpang. Tapi syarat untuk PERCUMA adalah anda hanya boleh tonton dan nikmati hiburan yang disediakan sahaja. WiFi ini boleh diakses apabila kapal terbang sudah mencapai 10,000 kaki ketinggian di awan biru. Enjoy!

Akses Ke roKKi Wifi

  1. Sebelum penerbangan bermula. Pastikan anda set telefon pintar anda ke mod penerbangan. Kemudian OFF peranti anda. Tidak kira apa sahaja peralatan elektronik. Sila matikan.
  2. Apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan. Anda boleh ON peranti anda dan pergi ke paparan WiFi. Anda akan lihat roKKi WiFi tersedia. Klik!
  3. Buka browser anda. Jika guna Google Chrome, anda taip www.rokki.com.
  4. Anda akan lihat paparan promosi dari roKKi dan anda boleh pilih hiburan yang anda inginkan.
  5. Jika anda ingin menggunakan Internet Plan / Chats Plan, anda masukkan Token ID di ruang yang disediakan.

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

3 tawaran dari roKKi WiFi

  1. Wifi PERCUMA. Anda hanya boleh menikmati hiburan yang disediakan sahaja. Contohnya menonton rancangan dari TONTON. Adam tonton Ejen Ali. Habis semua episod. Haha
  2. roKKi Internet Plan RM 18, 10MB Data. Anda boleh upload gambar, video di social media. Cek email, balas whatsapp dan update blog
  3. roKKi Chats Plan RM 9, 3MB Data. Ni untuk anda yang ingin menggunakan aplikasi Whatsapp, WeChat, LINE, Kakao Talk & Viber

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Bagaimana Ingin Tahu roKKi WiFi Tersedia?

Ramai tidak tahu wujudnya wifi di dalam penerbangan AK. Anda boleh tahu penerbangan tersebut ada wifi dengan melihat pintu masuk dan kerusi penumpang.

Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia ROKKI WiFi Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia ROKKI WiFi

Bagaimana Membeli roKKi WiFi?

Anda boleh dapatkan roKKi WiFi – roKKi Internet Plan RM 18 & roKKi Chats Plan RM 9 dari AirAsia Cabin Crew yang sedang bertugas atau membeli dalam talian di https://www.airasia.com/my/en/what-we-offer/fly-with-rokki-wi-fi-on-airasia.page. Apabila anda beli di dalam talian, anda akan dapat diskaun RM 1!

Bayaran secara tunai sahaja diterima apabila anda membeli dari AirAsia Cabin Crew. Manakala melalui laman web rokki.com, anda boleh bayar menggunakan kad kredit.

Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia ROKKI WiFi

Rancangan Hiburan di roKKi

  1. Obviously Harith Iskander
  2. Crap.Tv
  3. International music videos
  4. Regional music videos
  5. AirAsia travelogues
  6. Viddsee
  7. AirAsia Runway Ready Designer Search
  8. Sports
  9. Movie trailers
  10. AirAsia stories
  11. Insider TV
  12. Cartoons
  13. Monster Strike
  14. GoPro Awards
  15. Cheddar
  16. From The Kitchen of Baba’s
  17. Classic English Movies
  18. Classic Chinese Movies
  19. Malay Movies
  20. Malaysian Entertainment by tonton
  21. Media Star Indonesia

Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia ROKKI WiFi

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua! Jangan mengeluh lagi apabila tidak dapat membalas email, kemas kini instagram dan membalas whatsapp!

www.rokki.com

www.facebook.com/rokki

www.instagram.com/rokki_official/

2 comments on “Penerbangan Domestik Lebih Ceria Dengan AirAsia roKKi WiFi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge