Sunset Dinner North Borneo Cruises

      21 Comments on Sunset Dinner North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises. Assalammualaikum semua! Pasti ramai yang tidak sabar menanti perkongsian percutian ruby ke Kota Kinabalu, Sabah kan. Apa ruby buat? Kami menginap di mana? Bagaimana pengalaman bercuti bersama bayi dan anak kecil? Hehehe. Sabar ya, insyaAllah dalam minggu ini ruby kongsikan pengalaman menarik ini. Dua minggu ruby berehat, penat dan selsema demam bergilir-gilir anak beranak. Bila suami dan anak-anak sakit, Ruby juga yang menjaga mereka. Hehehe. Akhirnya ruby pula yang sakit. Well, itulah pusingan kehidupan sebagai ibu. Sentiasa berdoa suami dan anak-anak sihat.

Berbalik kepada percutian pertama ruby sekeluarga menaiki kapal terbang dan mereka menjejakkan kaki ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Terujanya mereka bukan kepalang. Malah selama 3 Hari 2 Malam ruby plan segala acara. Agar percutian ini diingati sampai bila-bila.

Sunset Dinner North Borneo Cruises

Ruby sungguh bertuah semasa plan percutian ke Sabah, ruby mempunyai kakak yang sentiasa membantu menjawab pertanyaan ruby. Nak ke sana bagaimana? Aktiviti apa best? Makan apa best? Senang ke? Ada GRAB ke? Hahaha. Semua ruby tanya kak Zar. Ringan sikit bebanan. Wakakaka. Selain dari makan makanan laut, snorkeling dan aktiviti riadah lain. Kota Kinabalu terkenal dengan Gunung Kinabalu dan lokasi Matahari Terbenam.

Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises

Tapi bergantung kepada keadaan cuaca untuk nampak permandangan tersebut. Ketika ruby menaiki North Borneo Cruises. Ruby tidak beruntung, kerana cuaca hujan dan mendung. Apa yang ruby boleh buat? Ruby makan lah. Hahaha. Sepanjang pelayaran, ruby nikmati permandangan dari dalam kapal dan sambil bertanya dengan Kak Zar, pulau apa tu kak? kita kat mana ni? berapa jam dalam kapal ni? Hahaha. Dah naik kapal pun masih bertanya. Sebab rasa 2 jam tu lama pula.

Peta pelayaran North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises

Pakej Sunset Dinner North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises

Jika anda ingin menyertai Sunset Dinner Cruise seperti ruby, plan perjalanan anda terlebih dahulu. Dari Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa (STAR) kami bertolak jam 4PM ke Sutera Marina Jetty. Jam 4.30PM kami sampai dan berjalan ke kaunter pendaftaran di tepi jeti. Kemudian kami boleh naik ke atas kapal North Borneo Cruises.

Kami melalui kawasan Laut China Selatan dari 5PM – 5.30PM.  Anda bebas bersiar-siar di sekitar kapal. Pemandangan panoramik laut, kehangatan matahari terbenam dan angin laut yang lembut. Sepanjang pelayaran sehingga 7PM anda akan melihat keindahan lautan dan pulau. Malah anda akan nampak kawasan Waterfront, Kota Kinabalu. Makan malam disajikan dengan gaya bufet. Makanlah dan cubalah masakan Sabah. Hehehe. Tapi itu kan International Buffet, tiada ambuyat ya.

International Buffet Dinner North Borneo Cruises

Sepanjang 2 jam anda boleh menikmati makan malam International Buffet, Free Flow Coffee, Tea & Drinking Water. Enjoy!

Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises

Permandangan dari North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises Sunset Dinner North Borneo Cruises

Live Band dan Staff Peramah

Sunset Dinner North Borneo Cruises

Sepanjang pelayaran, selain dari makan dan minum. Kami dimeriahkan dengan persembahan Live Band. Pelbagai jenis lagu mereka nyanyi dan staff juga membuat persembahan dengan menari pelbagai lagu. Ada lagu Korea, ada lagu Thailand dan ia sangat menghiburkan. Hehehe

Jika anda ingin menikmati permandangan indah, makanan enak, muzik meriah dan 2 jam berlayar di kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Tunku Abdul Rahman National Park. Silalah tempah pelayaran anda! Kalau boleh, sila lihat ramalan kaji cuaca. Agar anda tidak terlepas melihat matahari terbenam. Hehehe.

www.northborneocruises.com
www.sabahtourism.com

21 comments on “Sunset Dinner North Borneo Cruises

  1. Bella Jamal

    Seronoknya Ruby bercuti atas cruise. Tapi Bella takut bila nampak air laut semua, naik bot kat sungai pun takut. Sebab fobia rasa macam lemas je. Tapi kalau dapat pergi memang tak menolaklah. Huhu. Sapelah nak bawak kita dating naik cruise ni.

    Reply
  2. Fariza

    Seronok tgk Ruby enjoy tapi 2 jam atas cruise tu tak mabuk ke? Kak nak gak try tp takut mabuk sbb dulu masa naik boat cross english channel dari London ke Paris pun dah mabuk huhu

    Reply
  3. Rohani

    Bestnya lama tidak ke Sabah. Wow memang teringinnya nk naik cruise. Target 2018 kan jd kenyataan utk naik cruise bersama keluarga tersyng.

    Reply
  4. SHAFYQAH AZAHAR

    teringinnya nak naik kapal cruises!!! bestnya dapat pengalaman macam ni tapi kalau dapat tengok sunset mestilah best kan? makanan makanan situ pun nampak menyelerakan eh hehehe.

    Reply
  5. Ana Suhana

    Ana tak tahu pun ada dinner cruise ni dkt KK. Bila tgk peta dkt je dgn TAR park rupanya. Kalau tahu dulu boleh try dinner atas cruise ni. Makanan semua nampak sedap dan meriah. Boleh layan sunset tu yg best. Ana memang plan nk ke KK semula. Boleh cuba dinner cruise ni nanti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge