Ulasan Filem : Loveless

      4 Ulasan pada Ulasan Filem : Loveless

Ulasan Filem : Loveless. Assalammualaikum semua! Dah lama ruby tidak mengulas filem antarabangsa. Kali ini adalah filem dari negara Russia iaitu Loveless. Kisah menyayat hati seorang anak. Melihat kehidupan ibu bapa yang sering bergaduh. Masing-masing sudah tidak mempunyai rasa cinta sesama pasangan. Malah ia lebih tragis apabila anak ini dianggap tidak tahu apa yang sedang berlaku. Percaya tak bahawa anak-anak kita memerhati setiap tindakan kita? Filem ini sarat dengan informasi. Lovelessss

Ulasan Filem : Loveless

Filem ini mengisahkan satu pasangan, yang mempunyai kisah hidup yang tidak gembira, memandangkan kedua-duanya inginkan penceraian sampai pada satu tahap mengabaikan tanggungjawab kepada anak.

Disebabkan kebencian yang meluap-luap antara satu sama lain, Zhenya asyik sibukkan diri dengan telefon pintar dan teman lelaki tua yang kaya, manakala Boris sibuk dengan kerja dan teman wanita yang sarat mengandung.

Alyosha tertekan dengan masalah rumah tangga ibubapanya lalu lari dari rumah. Zhenya hanya perasan apabila guru sekolah telefon memberi tahu anaknya sudah 2 hari tidak hadir ke sekolah.

Kejadian itu mengundang masalah pada Zhenya lalu memberitahu pada Boris dan jawapan yang diberikan kepada Zhenya amat mengecewakan. Boris langsung tidak mengendahkannya dan mengangap perkara itu remeh.

Setelah membuat aduan polis mereka meminta tolong agensi “NGO” untuk mengesan kemana si anak melarikan diri. Kamera litar tertutup pun tidak membantu kerana si anak pandai mengelakkan diri dari di rakam CCTV.

Aktivis kumpulan melakukan pelbagai cara untuk mengesan Alyosha.

Dapatkah mereka mencarinya dan bolehkah keluarga ini di selamatkan daripada penceraian.

Suasana filem ini amat suram memandangkan keadaan negara yang kucar kacir, keluarga yang bermasalah membuatkan filem ini mempunyai nilai yang kita selalu terlepas pandang. Hakikatnya, perkara ini berlaku di depan mata kita samada kita hendak menjadi sebahagiannya atau mengelakkan dari hidup kita. Filem yang padat dengan unsur saspen dan cinematografi yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu dan berpadanan dengan tajuk cerita, cerita ini tidak di galakkan menonton bersama anak-anak kerana banyak ‘scene’ dewasa. Ruby memberi 7/10 kerana geram pada kedua ibubapa yang mementingkan diri sendiri.

Filem ini memenangi 2 anugerah dari 2017 Cannes – Winner of Jury Prize dan 2017 Munich filem festivel – filem terbaik.

http://www.palacefilms.com.au/loveless/

https://movie.douban.com/subject/26785590/

4 comments on “Ulasan Filem : Loveless

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge