VOTE Ruby di Kerala Blog Express Season 5

| |

VOTE Ruby di Kerala Blog Express Season 5. Assalammualaikum semua! Happy new year 2018. Alhamdulillah permulaan tahun baru masih rileks dengan anak-anak. Ruby plan tahun ni homeschooling Adam Solihin dan jaga baby Alif Daniel. Tahun ni Adam genap 4 tahun dan Alif 2 tahun. Ruby kurangkan ke acara pelancaran dan beberapa acara lain agar dapat menjaga anak. Ruby terima review produk dan travel trip buat masa ini. Hehe.

VOTE Ruby di Kerala Blog Express Season 5

Ruby pada mulanya nak berehat dari travel. Tapi apabila Kerala Tourism sentiasa post status tentang Kerala Blog Express. Ruby terus teringat plan ruby beberapa tahun lalu. Ketika Kerala Blog Express Season 1 sedang berlangsung pada tahun 2014, Ruby sedang sarat hamil. Kemudian Kerala Blog Express Season 2 ruby sibuk jaga anak. 2016 hamil lagi. Hahaha. 2017 sibuk jaga anak teruna yang super aktif. Hahaha.

Kerala Blog Express
Kerala Blog Express Season 1 Participant. Photos courtesy of http://dreamweaverdiaries.in/2014/04/07/kerala-blog-express/
Kerala Blog Express
Kerala Blog Express Season 2. Photos courtesy of http://keralablogexpress.com/2015/04/11/experience-kerala-blog-express/
Kerala Blog Express
Kerala Blog Express Season 3 Participant. Photos courtesy of http://www.welcomekeralaonline.com/blog/kerala-blog-express-enters-season-3
Kerala Blog Express
Kerala Blog Express Season 4 Participant. Photos courtesy of http://www.duniaindra.com/2017/04/kerala-blog-express-4-celebrities-season.html

Kerala Blog Express Season 1 ruby menyaksikan rakan blogger dari negara Filipina menyertai Kerala Blog Express iaitu Edgar dan Gael, Kerala Blog Express Season 2 pula ruby melihat kak Donna dari Indonesia sertai. Kerala Blog Express Season 3 pula ruby dapat lihat wakil dari Malaysia! Farah berjaya terpilih! Yayy! Kemudian Kerala Blog Express Season 4 adalah Evelyn! Ruby masih ingat semasa dia kumpul vote. hehehe. Harap-harap Eve kembali sembuh dari kemalangan baru-baru ini di Klang. Rindu nak sembang tentang plan larian.

Kerala Blog Express Season 5

Mungkin ruby akan dipilih untuk menyertai Kerala Blog Express Season 5? InsyaAllah. Ruby sedang mengumpul VOTE. 1 Negara akan diwakili oleh 1 Blogger sahaja. Jadi, ruby sedang berusaha menjalankan kempen VOTE di Instagram Photo, Instagram Story, Facebook Page, Facebook Personal, Facebook Group, Share di Whatsapp dan maybe usaha seterusnya akan minta orang awam daftar masuk ke dalam website http://keralablogexpress.com. Hehehe.

Kerala Blog Express Season 5
Top VOTE diantara keseluruhan negara yang ingin menyertai Kerala Blog Express Season 5
Kerala Blog Express Season 5
Blogger Malaysia yang menyertai Kerala Blog Express Season 5. VOTE untuk ruby ya!

Kenapa Kerala, India?

Apabila ruby kongsikan dan hebahkan tentang VOTE yang ruby perlukan. Ruby dapat soalan, kenapa Kerala, India? Ruby sentiasa suka meneroka, tentang agama, budaya, adat, makanan, masyarakat dan keindahan sesuatu negara yang ruby travel. Travel bukan sekadar lapang minda berehat. Tetapi bagi ruby ia adalah melihat apa yang ada di dunia. Dunia kita terbentang luas. Malah South East Asia serumpun. Bagaimana adat perkahwinan kita merenjis tu sama dengan cara majlis Hindu? Ini kerana pada awalnya, agama hindu adalah agama terawal di Asia. Malah pedagang dari tanah India menjual rempah ratus. Panjang sejarah kita semua. Seronok untuk tahu sejarah kita dari cara kita sendiri mengkaji. Buku sejarah hanya rujukan sahaja.

Cara VOTE Ruby di Kerala Blog Express Season 5

1. Klik http://keralablogexpress.com
2. Klik LOGIN / JOIN NOW
3. Klik Register with Email
4. Register the form as a VOTER
5. Klik Approved Entries at the Top Menu
6. Search by name : Rabiatul atau
Search by country : Malaysia
7. Klik VOTE

Kerala Blog Express Season 5
VOTE untuk ruby!

VOTE Tamat pada 10 January 2018

1 Blogger, 1 Negara! Terima kasih untuk undian anda!

Previous

Guna GRAB Rewards di Kota Kinabalu, Sabah

3 Tahun Pertama Anak-Anak

Next

23 thoughts on “VOTE Ruby di Kerala Blog Express Season 5”

  1. Mama doakan ruby berjaya wakili Malaysia dalam program ni

    Nampak Ruby pun periang orangnya, menjemput rezeki

    TAk tahu kenapa, tapi rasanya Ruby ni anak yang ambil tahu urusan ibu bapa, sebab tu rezeki murah

  2. Sis dah pergi Kerala, memang best sangat Ruby, dapat duduk dalam house boat dan dilayan mcm queen dn banyak benda menarik yg tak rugi lah kalau pergi. Harap2 Ruby salah seorg yg berjaya ke sana. Sis dah vote Ruby..G’luck tau

  3. Devi tu kawan saya jugak. Selalu jumpa masa #tsdayout dulu hehe
    All the best ya Ruby!

    Saya try submit jugak, tak tahu lepas tak sebab siapalah kita ni kan haha

  4. Dah Undi Ruby, undi yang ke 52 tadi.
    All the best ya Ruby. Nanti boleh share pengalaman RUby disana pula InsyaAllah, hugs.
    Blog saya mungkin belum layak lagi. Bila disemak peserta dari Indonesia agak ramai juga ya.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.