Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina. Assalammualaikum semua! Wah Shopee ni memang gila kan. Tiap kali musim perayaan atau musim jualan murah sedunia. Mesti dia pun join buat kempen. Memang mesra rakyat. Ehhhhh. Hahaha. Ruby pun diantara penyumbang utama kepada 32% pelanggan tetap di Shopee yang join membeli-belah. Baru-baru ni ruby beli sarung telefon dan screen protector tempered glass. Sebab telefon ruby ni dia istimewa. Kedai telefon di sekitar rumah ruby tidak jual dan hanya dijual di kedai rasmi jenama sahaja yang bermaksud mahal berganda. Huhu

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan
Beg Wanita.

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32%  Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32%  Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shopee.my&hl=en.

Selamat membeli-belah! Harga berbaloi-baloi hanya di Shopee!

#WangWithShopee
www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY

25 comments on “Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

  1. Racheal Loh

    Really pantang to see this as I really love shopping online. It makes my life so convenient and easy. Shopee was my first platform i used 2 years ago. From seller became buyer.. ya… became buyer cos can never resists to see all the gadgets and stuffs in there.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Shopping online kena pandai letak limit kak. Macam shopee limit satu kedai RM 30 dan free shipping. So sebulan sekali bleh je akak beli apa-apa yang akak perlukan. All the way from China. Harga murah.

      Reply
  2. Syafiera Yamin

    sepupu husband suka betul bershopee ni, I nak beli tripod travel senang lah bawa ke sana ke sini, harganya around 13 tapi bila caj delivery mahal pula dari item nye, eh btw kak rubi dah beli anything ke kat shopee.. nanti kongsi ya…

    Reply
  3. Bella Jamal

    Nampak sangat Shopee semakin popular semenjak dilancarkan. Platform baik untuk para pembeli online sebab ada banyak choice dan yang penting murah. Tapi kita tak suka delivery caj je. Hahaha.

    Reply
  4. Dik bee

    Rasanya saya penyumbang jugak peratusan ni. Mana taknya duk survey telefon kat shopee dan akhirnya saya beli jugak sebab lepas compare harga kat shopee paling murah.. hehe

    Reply
  5. Jia Shin Lee

    Keep seeing ads from Shopee, since they are running such a great promo, guess I got to download the app and start shopping! Hopefully I am lucky enough to win something in return too hehehe

    Reply
  6. emi

    Emi sendiri pun dah addicted dengan shopee ni. Nak beli pape mesti usha dekat shopee dulu. Senang. Lagipun harga macam lagi murah je kat shopee. Hihi

    Reply
  7. Ana Suhana

    Shopee ni ada peminatnya yang tersendiri. Family ana semua kaki shopee. Memang antara penyumbang 32% tu juga kiranya. Mana tak asyik sale saja. Sampai 90% pula tu. Rugi lah kalau tak terjah

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge