Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional

      20 Comments on Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional

Assalammualaikum semua, pada hari jumaat yang lepas ruby dan suami berkesempatan ke Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional di Dewan Tun Razak, PWTC. Kami berhasrat mencari rumah di luar bandar sebab kos kehidupan di Klang Valley ni sangat mahal dan suami ruby sering kerja luar. Jadi kalau kekal menyewa di sini bakal papa kedana. Hahaha. Tapi, alhamdulillah nasib baik ada skim rumah pertamaku. Jadi, ruby pun selalu tengok pameran rumah di pasaraya dan banyak kali melawat showroom rumah-rumah, tetapi masih tidak berkenan di hati. Kawasana, keluasan, nama pemaju dan sistem keselamatan tidak berjaya memikat hati ruby dan suami.

Jadi, ruby ada terbaca Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional. Senang la nak mencari rumah mengikut negeri dan jenis rumah teres dua tingkat. Hehehe. Banyak rumah tersedia untuk kita pilih dan beli. Dapat 3 pilihan rumah impian. Happy betul masa tengok rumah tu di bahagian hujung (corner lot), ada balkoni, pencahayaan dan pengudaraan bagus. Boleh bercucuk tanam. Ke arah menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional – Ke Arah Sejuta Impian

Ekspo ini adalah Ekspo Perumahan TERBESAR di Malaysia.
Lokasi: Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh: 24 Mac hingga 1 April 2018

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah, rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40), akan mendapat manfaat daripada lebih daripada 600,000 rumah yang akan dipamerkan di “Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian , Alami Gaya HidupSejahtera “, Edisi Nasional, ekspo rumah terbesar di seluruh negara yang diadakan di bawah satu bumbung.

  • Golongan B40 iaitu isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860
  • Golongan M40 iaitu isi rumah yang berpendapatan purata bulanan antara RM3,860 hingga RM8,319.

Ekspo “Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian”, yang menjadi bukti komitmen Kerajaan untuk menyampaikan agenda perumahan nasionalnya, dianjurkan oleh pelbagai agensi perumahan Persekutuan dan Negeri termasuk Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), dan Kerajaan Negeri.

Perasmian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional

Ekspo edisi kebangsaan, yang bermula dari 24 Mac – 1 April 2018 menampilkan rumah dari pelbagai agensi, termasuk 267,640 rumah PR1MA yang direka dengan gaya hidup dan ciri komuniti yang disediakan untuk rakyat Malaysia M40. Sebahagian daripada rumah ini berharga serendah RM150,000. Diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pembukaan ekspo dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari Sabtu, 24 Mac 2018.

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta ImpianEkspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

“Kerajaan memahami keperluan rakyat setiap peringkat pendapatan. Ekspo ini adalah kesaksian visi, usaha dan komitmen Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah bagi majoriti penduduk di negara ini, “kata Dato ‘Abdul Mutalib Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA.

“Kami menggesa orang ramai untuk mengambil kesempatan untuk menyertai kami di pameran ini yang akan bertindak sebagai pusat sehenti ke arah memiliki harta untuk pembeli rumah. Kami sedar bahawa tidak mudah membuat keputusan untuk membeli rumah. Namun program di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional akan menjadi tempat terbaik untuk memulakan perjalanan pemilikan rumah itu, ” katanya.

“Terdapat pelbagai pilihan rumah yang sesuai untuk setiap peringkat pendapatan di pameran ini. Terdapat lebih daripada 100 pameran yang dikategorikan mengikut Negeri dan kategori produk untuk memudahkan pengunjung. Kami amat menggalakkan semua warga Malaysia melawat Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya HidupSejahtera, Edisi Nasional, ” kata Dato ‘Abdul Mutalib Alias.

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta ImpianEkspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

Bagaimana Memohon Rumah PR1MA di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta ImpianRuby dan suami berkenan dengan rumah PR1MA di luar negeri seperti Lumut, Perak. Seremban, Negeri Sembilan dan Gambang, Pahang. Apa yang ruby lakukan pada hari jumaat adalah :

1. Check CCRIS di kaunter Central Credit Reference Information System (CCRIS). Isi borang, bagi Kad Pengenalan dan bayar RM 10 utk mereka print report.

2. Pergi ke ruang pameran Bank Islam dan buat semakan gaji dan komitmen. Bila dah tambah tolak bahagi. Nanti dapat berapa kemanpuan harga rumah yang anda boleh cari. Jika 300,000. Banyak la rumah boleh dilihat-lihat. Hehehe. Skim Rumah Pertamaku masih ada. Tak perlu bayar apa-apa.

3. Pergi ke pameran rumah PR1MA dan tengok lakaran rumah tersebut. Tanya berkenaan keluasan, harga berapa, rumah di kawasan mana, corner lot berapa harga, jiran atas bawah ke? Rumah dah siap ke. Berapa banyak unit yang masih ada? Tanya je. Jangan malu ya.

4. Setiap pameran rumah PR1MA ada kaunter untuk scan lucky draw. Sambil lihat rumah, sambil scan QR code. InsyaAllah anda menang. Amin! Senang je kan? Bawa bag sesiap untuk masukkan segala pamplet ya. Hehehe

5. Submit permohonan anda melalui kaunter PR1MA yang disediakan atau secara dalam talian atau melalui aplikasi. Mudah kan?

Jenis Rumah

  • Teres Satu Tingkat
  • Teres Dua Tingkat
  • Bertingkat Apartment (750 sqf – 1000 sqf)
  • Bertingkat Kondominium (1000 sqf ke atas)
  • Bandar Kluster

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

Keselamatan

  • Pengawasan CCTV 24 Jam
  • Pegawai Keselamatan
  • Komuniti Berpagar
  • Komuniti Berpengawal

Kemudahan Awam & Prasana Sosial

  • Masjid
  • Surau
  • Taman Permainan
  • Tadika / Taska
  • Dewan Komuniti
  • Akses ke Lebuhraya
  • Pengangkutan Awam
  • Lapangan Terbang
  • Klinik Kesihatan
  • Hospital
  • Balai Polis
  • Balai Bomba
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Pusat Pengajian Tinggi
  • Pusat Membeli-Belah
  • Kedai Serbaneka
  • Stesen Minyak

Facebook Live Sekitar Majlis Perasmian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Tentatif Program Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional, Cabutan Bertuah & Persembahan Selebriti

Sementara itu, pengunjung boleh memenangi hadiah cabutan bertuah yang termasuk dua buah rumah PR1MA, sebuah kereta baru, baucar perjalanan serta barangan rumah dan gaya hidup di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional. Caranya mudah sahaja dan pasti anda teruja untuk menyerai dua jenis cabutan bertuah. Cabutan bertuah kecil ketika anda mendaftar. Manakala cabutan bertuah besar melalui scan QR Code di semua ruang pameran PR1MA. Lebih kurang 30 booth anda boleh melawat! Enjoy!

Cabutan Bertuah Harian akan diadakan tiga kali sehari sepanjang ekspo, manakala Cabutan Bertuah Hadiah Utama akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, pada 24, 25, 31 Mac dan 1 April. Semoga bertuah!

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

Anda juga akan dihiburkan oleh selebriti jemputan seperti Dato Hattan, Ella, Tomok dan Marsha. Sila rujuk gambar program dibawah untuk anda plan lawatan ke Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta ImpianEkspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

Muat Turun Aplikasi PR1MA

Anda boleh hantar permohonan rumah PR1MA di kaunter PR1MA yang disediakan Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional, laman sesawang utama PR1MA dan melalui aplikasi PR1MA. Muat turun sekarang di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pr1ma.hubs.mobile&hl=en ATAU https://itunes.apple.com/my/app/pr1ma/id1113892387?mt=8

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional - Ke Arah Sejuta Impian

Sehingga kini, acara Ekspo Jualan Perumahan itu juga telah sampai kepada rakyat di seluruh negara termasuk Kedah, Perak, Terengganu dan Sabah, dan akan terus menjadi tuan rumah di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis sepanjang bulan April.

https://www.pr1ma.my
https://www.facebook.com/PR1MAHomes
https://www.instagram.com/pr1mahomes
https://www.youtube.com/pr1mahomes

20 comments on “Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional

  1. Yana

    hope by next year i will be able to buy a house…and at that time i surely will visit this expo…need to know my options too..hehehhe

    Reply
  2. Huda

    Thanks sharing Ruby tentang event ekspo jualan rumah Edisi Nasional ni. Bagus la inisiatif kerajaan nak bantu seorang mampu miliki rumah sendiri, skrg harga rumah mahal sgt2. Sempat lagi ni nak ajal suami terjah event ni, mana tau rezeki masuk lucky draw tu boleh menang rumah ke nanti ?

    Reply
  3. Zharif Azis

    Owhhh ini ye event nya. Nampak dekat insta story hri tu. Zaman skrg nie, harga hartanah makin memuncak naik. Dengan adanya inisiatif mcm nie, boleh lah bantu warganegara malaysia utk beli rumah. Yelah, utk golongan mcm sy nie yg baru nak mulakan kehidupan, mmg agak susahlah nak memenuhi syarat yg ditetapkan oleh pemaju kt luar sana tu. Hopefully dgn inisiatif ini dpt membantu golongan sperti sy. tgh survey2 jugak rumah, walaupon rasa mcm xsedia lg utk ada rumah sndri. Hahaha.
    Zharif Azis´s last blog post ..Jom Makan Buffet Ramadhan di Hotel Hilton Petaling JayaMy Profile

    Reply
  4. Mimi

    Bagus Ruby dan suami grab peluang macam nih. Sekarang nih harha rumah memang melambung lambung naik. Bila dah berpeluang tengok rumah PRIMA nih kira satu rezeki. Saya banyak.kali dapat jemputan rumah Prima tapi x pergi pun sebab suami dha beli rumah. Tapi bukan kata tak nak ada rumah sendiri. Nak juga sebab tuhlah aset kita kan. Satu hati nanti kalau dipanggil untuk lihat rimah prima memang nak pergi
    Mimi´s last blog post ..Gigi Putih dan Sihat Dengan Tooth Beauty KitMy Profile

    Reply
  5. Cik Rose

    Harga rumah makin hari, makin meningkat. Bagus bila ada nya Projek PR1MA ni. Setidak-tidaknya yang berpendapatan sederhana ke bawah dapat memiliki rumah sendiri. Rose sendir pernah apply masa tahun 2015. Kawasan Sungai Petani 🙂

    Reply
  6. Shamiera Osment

    Nak tunggu yang kat Pahang la nanti.. best ke rumah kat Gambang tu Ruby? Tak sempat nak g ke expo ni..kita check kat website pon ok lah kan..tp rugi xdpt join lucky draw..hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.