Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan dengan anda apakah program yang bakal berlangsung dan manfaat-manfaat yang anda boleh capai. Ramai nak memiliki perniagaan sendiri. Ramai juga yang nak bergelar “founder” sesuatu jenama. Tetapi ramai juga yang mudah putus asa dan hangat-hangat tahi ayam.

Pada pengalaman ruby, konsisten dan fokus pada perniagaan amat penting. Perniagaan bukannya hanya ketika musim perayaan atau goyang kaki tunggu pelanggan beli. Semua perniagaan perlu ada semangat. Betul tak? Jadi, jom beramai-ramai ke HUB 2018! Masuk adalah PERCUMA tapi kena lah daftar dulu! Jom

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018

Apabila sudah memiliki perniagaan dan bergelar usahawan, pastikan anda sentiasa bersemangat positif. Recharge semangat dengan menghadiri Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) yang buat julung kalinya akan diadakan di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018

Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 8 pagi – 6.30 petang
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera atau HUB 2018 merupakan satu program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bertujuan untuk mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan dan PKS.

 

Aktiviti-Aktiviti Yang Akan Berlangsung Sepanjang HUB 2018

  • Sembang Usahawan Selebriti (30 Mac 2018, 3:00 petang)
  • Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri (30 Mac 2018, 4:30 petang)
  • Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018, 8:00 pagi – 6:00 petang)
  • Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
  • Bengkel Digital MDEC
  • Food Truck (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
  • Sembang Santai Usahawan Selebriti
  • Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
  • Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018, 3:00 petang)

Acara Kemuncak HUB 2018 Pada 30 March 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

  • 3:00 petang : Sembang Usahawan Selebriti
    Moderator : Fara Fauzana
    Panelis : Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice & Majdi Ramlee
  • 4:00 petang : Persembahan oleh Faizal Tahir
  • 4:30 petang : – Ketibaan YAB Perdana Menteri
    – Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri & YB Menteri MITI
    – Majlis Pertukaran Dokumen MoU
    – Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik
  • 5:30 petang : Minum petang

Fizo Omar Di Young CEO Summit HUB 2018

Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 8 pagi – 6 petang
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Young CEO Summit adalah platform bagi anda mendalami strategi keusahawanan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya termasuk ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) kepada peserta Young CEO Summit dalam segala aspek. Sesi Transformasi Minda keusahawanan bagi meningkatkan nilai modal insan, jati diri serta pemantapan kualiti emosi (EQ) dan juga kualiti kerohanian (SQ). Sesi Inspirasi bersama Agensi Usahawan Bumiputera sebagai sokongan motivasi dan tauladan untuk membangkitkan semangat usahawan bumiputera.

Pengisian Young CEO Summit 2018?

Modul 1 : Millennial Mindset Mapping oleh Fizo Omar
Modul 2 : Mekanik Wang oleh Abang Abu
Modul 3 : Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
Modul 4 : Marketing & Branding oleh Fizo Omar

Siapa Fizo Omar?

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018
Fizo Omar, adalah usahawan yang berfokus pada perniagaan media sosial. Seorang pelakon terkenal dalam industri hiburan, beliau banyak memberi inspiriasi dalam bidang keusahawanan dan ceramah perniagaan. Fizo Omar membuktikan kesungguhan dalam apa jua kerjaya yang dia laksanakan. Pelbagai cabang perniagaan telah beliau cuba dan terus mengukuhkan karisma dan kredibilitinya secara konsisten dalam bidang yang berbeza termasuk perniagaan.

Prestasi beliau dalam bab keusahawanan adalah menakjubkan dan diiktiraf oleh pelbagai pihak. Beliau dengan penuh semangat membina empayar perniagaannya melalui penubuhan empat syarikatnya iaitu Fizo Omar Channel, Fizo Omar Consultancy, Fizo Omar Catering dan Fizo Omar Centre yang terletak di Bangi.

Fizo Omar juga pernah dilantik sebagai duta HP Malaysia, F&N, Ekspresi Negaraku, iM4U, Himpunan Sejuta Belia, Festival Belia Putrajaya, E-Usahawan, E-Rezeki dan Hari Sukan Negara, Malah beliau juga menjadi speaker di agensi kerajaan seperti SME Corp, MDEC, SSM. Fizo telah dianugerahkan sebagai Ikon Belia Malaysia (2012 & 2013), Emerging Young Entrepreneur (2014), Ikon Belia Keusahawanan (2015) dan telah dijemput sebagai penceramah untuk beratus-ratus program perniagaan sejak 2014.

Beliau melanjutkan pengajian dalam Master in Science Management & Conducting Research in Social Media Advertising untuk Phd. Bercita-cita menjadi ikon Usahawan Sosial di Malaysia. Fizo, mempunyai sikap yang luar biasa yang sering ingin mencuba dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan tidak dapat dinafikan melalui satu siri jatuh bangunnya. Fizo mempunyai pengikut sekitar  5 juta di halaman media sosialnya.

www.fizoomar.com
www.facebook.com/fizoomar
www.instagram.com/fizoomar
www.twitter.com/fizoomar
www.youtube.com/fizoomar

Karnival Jom Niaga 2018

Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 9.00 pagi – 10 malam
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 turut memberi para usahawan berniaga sepanjang program berlangsung. Anda boleh sertai Karnival Jom Niaga 2018 yang berlangsung selama 2 hari bermula seawal jam 9 pagi hingga 10  malam. Objektif Karnival Jom Niaga adalah untuk menyediakan platform bagi PKS menjual produk dan perkhidmatan selain membolehkan usahawan mendapat maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu. Sasaran bagi Karnival Jom Niaga kali ini adalah seramai 20,000 orang pengunjung

Gerai & Aktiviti-Aktiviti Di Karnival Jom Niaga 2018 Oleh SME Corp Malaysia

  • Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI
  • Gerai Buah-Buahan FAMA
  • Street Soccer @ Jom Niaga
  • Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat
  • Pertandingan Gubahan Bunga
  • Pertandingan Teh Tarik Challenge

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

  • Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke)
  • Penampilan dan Persembahan Selebriti
  • Pertandingan Kostum Kanak-Kanak
  • Demonstrasi Hair Styling oleh Joe’s Barbershop

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

  • Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali
  • Demonstrasi Make-Up bersama Syed Dewa
  • Pertunjukan Fesyen
  • Cabutan Bertuah- Kereta, motorsikal, basikal, handphone, barang-barang elektrik
  • Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) & Ejen Ali
  • Kids @ Jom Niaga – Bouncing castle, face painting, clown appearance & sand art
  • Booth Tonton dan Boost
  • e-wallet oleh Boost sebanyak RM20 sehari
  • RM5 diskaun oleh Grab setiap perjalanan : GrabHUB2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Lokasi Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Pelbagai program telah disediakan untuk anda semua. Tidak kira sama ada anda seorang usahawan baru atau lama. Anda peniaga kecil-kecilan atau anda suka membeli-belah. Jom datang beramai-ramai ke Himpunan Usahawan Bumiputera 2018. Masuk PERCUMA! Daftar sekarang!

Aplikasi HUB : HUB2018 
Link Pendaftaran : http://bit.ly/HUB2018REG
Email : hub2018@smecorp.gov.my
No Telefon : 03-27756269 / 03-27756208

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

29 thoughts on “Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

    Hanny Abdullah

    (March 29, 2018 - 12:27 am)

    Alangkah bestnya lah kalau dapat pergi. Mesti banyak ilmu busines leh dapat kat sana. Banyak pulak aktiviti-aktiviti yang di adakan pada hari tersebut. Tak ada rezeki nak join huhuhu

    Khir Khalid

    (March 26, 2018 - 4:47 pm)

    Acara yg mmg bagus utk dikunjungi dan pastinya bnyk input2 bermanfaat terutamanya kpd para usahawan kita dan juga kpd mereka yg berhasrat menceburi bidang keusahawanan sepenuhnya. Mmg patut dikunjungi… menarik.

    Shamiera

    (March 26, 2018 - 3:18 pm)

    Event yang bagus untuk para usahwan yang ingin berjaya dan memajukan bisnes..banyak ilmu boleh di gali di sini and sharing Free dari pakar wajib kena g dengar..

    Afzal

    (March 26, 2018 - 3:07 pm)

    Tazabar nak pegi. Ingat nk pegi jumaat la. Tajut weekend jammed nnti. Kompom2 ramai org trun memeriahkan #hub2018 nnti

    Reef

    (March 26, 2018 - 1:35 pm)

    Program ini bukan sahaja untuk para usahawan menimba ilmu bisnes tetapi semua orang boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan penganjur. Siapa ada selebriti dan cabutan bertuah lagi! Must Go!

    Mohd Norafzal Narawi

    (March 26, 2018 - 11:17 am)

    Best pegi hari tu. Memang happening. Mujur pegi jumaat, xde la pack sangat ngan orh huhu

    Shivani Balraj

    (March 26, 2018 - 3:24 am)

    Love that the entry is free for all – I think a lot of new entrepreneurs would really benefit from something like this and will be willing to take the right risks in whatever business want to pursue. Plus to hear from Fizo Omar- that is really something- he has a lot of insight to the business too.

    Ibu Zaid

    (March 23, 2018 - 6:41 pm)

    Nak dekat pilihanraya ni banyak betul kempen sana sini. Kita ambil peluang mana yang ada
    Ibu Zaid´s last blog post ..Tempat Makan Best Di Melaka? 10 Kedai makanan sedap buat air liur meleleh!My Profile

    Nurhasanah Ismail

    (March 23, 2018 - 2:54 pm)

    Pehh. Padatnya dengan aktiviti. Usahawan memang kena join benda2 mcm ni once in a while. Selain buat sale, bernetworking memang sangat penting untuk kembangkan bisnes dan berpeluang untuk pergi lebih jauh. Thank you atas info!
    Nurhasanah Ismail´s last blog post ..9 Sebab Kenapa Pilih Pengeposan dengan EasyparcelMy Profile

    Ana Suhana

    (March 23, 2018 - 10:48 am)

    Betul tu ruby. Ramai yang bersemangat nak jadi usahawan tapi ramai yg berputus asa di tengah jalan. Bagus ada program macam ni sebab bakal2 usahawan atau usahawan yg sedang menjalankan perniagaan boleh menimba ilmu dan ceduk pengalaman dari pakar2 usahawan yg berjaya. Attend program macm ni pun salah satu usaha utk mantapkan perniagaan kan.
    Ana Suhana´s last blog post ..Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya Dengan Shinsegae MameeMy Profile

    uzu

    (March 23, 2018 - 3:04 am)

    Wahhh fizo omar ke pengasas hub2018. tabik ah. Byk usahawan2 yg ada brand yg akan dtg terutamanya artis. artis skrg kan semua jadi usahawan dah kan hehe. insyawllwh kalau ada free time mmg nak dtg ! dekat je stadium bukit jalil tu heje

    Zaleha | Youth Skincare

    (March 22, 2018 - 11:42 pm)

    Usahawan sekarang ni banyak betul program untuk diorang kan…satu bentuk sokongan yang kuat daripada kerajaan kita sendiri. Bila ada event macam ni mudahlah untuk para usahawan kita ni nak tambah ilmu bagi majukan perniagaan diorang lagi iAllah 🙂

    Mahamahu

    (March 22, 2018 - 11:26 pm)

    Memang Bukit Jalil ni dekat dengan rumah nak pergi tapi mesti jem time tu parking jauh hehehe cuma waktu tu tak ada kat KL balik kampung tak dapat nak hadir. Suka pergi nak makan-makan dan kenal dengan usahawan bumiputera yang banyak sekarang ni…
    Mahamahu´s last blog post ..Lepas Berkahwin Fazura Suka Aiskrim Haagen-Dazs Perisa StrawberryMy Profile

    Hanny Abdullah

    (March 22, 2018 - 11:12 pm)

    Nak berniaga ni kena ada minat dan ilmu. Kena rajin belajar walaupun dah maju..kena rajin ke seminar atau talk2 yang dibuat oleh pakar2. yang telah berjaya. Sis kalau lah ada masa memang sis akan pergi..dah lah masuk percuma, dapat pulak ilmu…memang beruntung siapa yang pergi
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Himpunan Usahawan Bumiputra 2018 – HUB 2018My Profile

    nikkhazami@gmail.com

    (March 22, 2018 - 9:52 pm)

    fizo omar mmg layar jdi salah seorang speaker. tgk la bisnes dia. makin hari makin maju. lagi pun dia muda lagi, so dekat la dekat jiwa usahawan muda
    nikkhazami@gmail.com´s last blog post ..10 Hotel Unik Di MalaysiaMy Profile

    Hilma

    (March 22, 2018 - 9:08 pm)

    Bagus sumber ilmu mcm ni..bkn senang nak dpt..skrg ni ramai yg bg talk psl branding business tp semua mahal..dgn adanya event mcm ni, usahawan muda dpt belajar byk ilmu

    Mazni Azmi

    (March 22, 2018 - 6:42 pm)

    RAjin sis ruby jalan jalan join event macam ni. Buka minda juga jumpa peniaga lain kan. Boleh intai peluang yang ada.
    Mazni Azmi´s last blog post ..6 Skincare terbaik buatan sendiri di rumah! Jimat & Selamat digunakanMy Profile

    innanie

    (March 22, 2018 - 5:52 pm)

    Sekarang ni memang banyak inisiatif Badan NGO dan kerajaan untuk bntu usahawan. Nak meniaga hari ni bukan semata-mata nak cari duit tapi lebih kepada nak add value pada orang lain. Bagus kalau dapat luangkan masa ke sinI!

    Zharif Azis

    (March 22, 2018 - 3:12 pm)

    Tulah, org nak meniaga nie kena ada ilmu. Xleh pakai go je walaupon duit berkepuk. Sbb nak maintain dlm business agak mencabar. Baguslah ada program sebegini. Nak join jugak nanti !
    Zharif Azis´s last blog post ..Menyusuri Selatan Malaysia Selama 6H5M Bersama Sitty Travel & ToursMy Profile

    aisya ismail

    (March 22, 2018 - 3:02 pm)

    Oh ini yang kawan ai sebut-sebutkan. Masuk percuma. Ada macam-macam aktiviti dan food truck! But too bad tarikh tu dah ada event lain. Kalau tak memang boleh pergi.

    Airah

    (March 22, 2018 - 2:08 pm)

    Seronoknya kalau pergi shopping ni jumpa artis lagi haha
    Kena check jadual dlu free tak masa tu

    Jane

    (March 22, 2018 - 1:58 pm)

    Will let my Bumiputra friends know about this gathering. I’m sure it will help them a lot especially in starting a business.

    Fiza Rahman

    (March 22, 2018 - 1:44 pm)

    Wahhhh… Banyak gerai dan aktiviti-aktiviti menarik dekat himpunan usahawan bumiputra ni yer. Speaker dan artis yang terlibat pon semua nya best.
    Fiza Rahman´s last blog post ..Yogurt Fernleaf | Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang SibukMy Profile

    kylie cre8tone

    (March 22, 2018 - 1:23 pm)

    macam best nya himpunan macam ni, bagus untuk usahawan-usahawan….

    learn from the best and success for everyone
    kylie cre8tone´s last blog post ..Printcious – best birthday giftMy Profile

    Qeela

    (March 22, 2018 - 1:23 pm)

    woww macam best lah himpunan nii, banyaknya aktiviti-aktiviti yang menarik yang kita boleh join kan! as a food lover jugak, those food trucks pon menarik tuu hahah. and nampaknya sesuai jugak bawak kids kan since ada jugak aktiviti yang diorang boleh join, yeayy nanti nak jenguk2 jugaklah ke sana insyaAllah ?

    Hasif Hamsyari

    (March 22, 2018 - 12:51 pm)

    Wahh masuk percuma! Memang tak boleh lepaskan peluang macam ni! Bagus betul! Nampak penuh pengisian ilmiah yg secara tak langsung menggalakkan lebih ramai bumiputra menjadi lebih berani untuk berniaga. Iyalah, berniaga kan adalah 9/10 daripada sumber rezeki… Rugi kalau tak menyahutnya!
    Hasif Hamsyari´s last blog post ..Pengalaman Menginap 3H2M di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, SandakanMy Profile

    Jia Shin Lee

    (March 22, 2018 - 12:11 pm)

    Given the content, I am sure you’ll be able to take something away that will help you get one step closer to your business goals. The activities line up is also very interesting, will share this around.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.