OneRepublic Live In Malaysia 2018

OneRepublic Live In Malaysia 2018. Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin berkongsi tentang hiburan konsert. Masih ingat lagi kumpulan OneRepublic yang terkenal dengan lagu Secrets pada tahun 2010 dari filem The Sorcerer’s Apprentice? Kemudian lagu Apologize dan Good Life hits pada tahun 2011. Best kan? Manakala, pada tahun 2013 lagu seperti Counting Stars, If I Lose Myself dan lain-lain menjadi kegemaran kita semua. Ketika konsert pada tahun 2013 pun dah seronok dengan lagu sebegitu. Sekarang dah tahun 2018 lagi lah banyak lagu yang akan OneRepublic sampaikan. Paling best, ia secara langsung!

OneRepublic Live In Malaysia 2018

Pada tahun 2014 lagu I Lived dan Love Runs Out hangat disiarkan di stesen radio dan pada tahun ini ruby bersalin Adam tidak cukup bulan. Memang lemah semangat, putus asa. Tapi, lirik lagu ni buat ruby bangkit. Bangkit demi Adam, suami dan diri sendiri. Lagu-lagu dan muzik OneRepublic sangat serasi dengan ruby. Sebab ia lebih jelas dan lirik menusuk kalbu. Lagu Let’s Hurt Tonight pada tahun 2016 memberi impak kepada ruby sebab tahun ni ruby banyak sangat dugaan. Jika pada tahun 2013 konsert OneRepublic telah berjaya memberi kenangan hebat kepada ruby. Kini, mereka kembali lagi! Yahoo!

OneRepublic Live In Malaysia 2018

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kumpulan ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My. Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

OneRepublic Live In Malaysia 2018

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013. Keterujaan peminat untuk menonton persembahan kumpulan ternama itu menyebabkan jualan tiket kategori CAT 4 (tempat duduk bebas) telah habis dijual, sementara tiket untuk tempat duduk VIP pula jualannya semakin laris.

Peminat masih lagi boleh membeli tiket VIP yang semakin laris jualannya dan categori lain seperti berikut:

  • RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor, Semakin Laris)
  • RM578 (Rock Zone)
  • RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
  • RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas, Habis Dijual)
    *Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Siapa OneRepublic?

Kumpulan OneRepublic terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis). Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital daripada 13 juta hingga 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini. Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

www.facebook.com/OneRepublic
www.instagram.com/onerepublic/

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

22 thoughts on “OneRepublic Live In Malaysia 2018

    Sunshine Kelly

    (March 31, 2018 - 12:45 am)

    Wow! I nk pergi konsert one republik memang fangirl dia orang. Ala ticket paling murah dah habis dijual pulak huhuhu
    Sunshine Kelly´s last blog post ..REN Perfect Canvas Skin Priming Serum ReviewMy Profile

    Yana

    (March 23, 2018 - 11:45 pm)

    I too listen to OneRepublic! Not as often but yea i do love some of their songs…and still can’t believe that they are doing a concert right here. My friends who are their fans can’t stop raving about them either..and i wont be surprise if a whole bunch of them are the reason to why the there’s a sold out of tickets for that back portion…
    Yana´s last blog post ..Obsessed With Shyan Korean Nail PolishMy Profile

    Aliff Asyraf Mohd Zainal

    (March 23, 2018 - 12:56 pm)

    Im so a big fan of One Republic, tapi kali ni macam tak dapat pergi je sebab kesempitan kewangan. Hopefully they’ll come back nanti so that I can attend!

    JMR

    (March 22, 2018 - 9:07 pm)

    hehe..lepas baca blogpost ni baru nak cari di Youtube..no wonderlah boleh bagi semangat kat ruby..melodi dan lirik yang diterjemahkan dalam satu lagi memang buat pendengar jadi ‘teruja’.
    JMR´s last blog post ..Pengalaman Terbang 7 Jam ke Osaka bersama Anak KecilMy Profile

    Mazni Azmi

    (March 22, 2018 - 6:43 pm)

    Salam khamis sis ruby dan selamat bercuti hujung minggu
    Mazni Azmi´s last blog post ..6 Skincare terbaik buatan sendiri di rumah! Jimat & Selamat digunakanMy Profile

    Racheal Loh

    (March 21, 2018 - 11:17 pm)

    This is really my favorite group of singer. Omg… I really can’t wait for this….
    Racheal Loh´s last blog post ..NAFAS CUBE @ MAEPS Serdang: Staycation with Malaysia Tourism Council during RTAT3My Profile

    Sally Samsaiman

    (March 21, 2018 - 7:00 pm)

    Tell me what you want to hear~ Something that will light those ears~ Sick of all the insincere…So I’m gonna give all my secrets away…ohyemgeeee…teringat lagu ni blk…kenapa CAT 4 hbs dah 🙁
    Sally Samsaiman´s last blog post ..PAKEJ MURAH SEOUL 2018 (5H4M) – SPRINGMy Profile

    uzu

    (March 21, 2018 - 12:07 pm)

    Hehehe ingatkan One repuclic ni indonesia punya band. Rupanya org putih. alamakk kita tak kenal lak penyanyi on putih ni kak ruby hehe. Tak dengar radio / tv dah bertahun. Layan korea je hehe. eh apa pun tahnias atas come back mereka slps bdekad ni ye..

    Betty

    (March 21, 2018 - 9:40 am)

    Omg One Republic will be in Malaysia. Worth to grab their tickets. And the tickets is selling fast like hot cake. I don’t want miss this.

    Lia Hasty

    (March 21, 2018 - 6:18 am)

    Bestnua One Republic nak datang Malaysia. Kalai sempat nak pergi konsert ni. Lagu2 One Republic memang hits dan selalu duk nyanyi dulu. Bukan selalu One Republic nak datang Malaysia kan.

    http://www.liahasty.com
    Lia Hasty´s last blog post ..Kulit Bertambah Cantik dan Berseri Dengan Hanya Kunyah Tablet Snow Crystal dari ElldoraMy Profile

    Bella Jamal

    (March 21, 2018 - 1:33 am)

    Lagu dari kumpulan One Republic semua best2. Suka sangat lagu dorang. Tak sangka Ruby pun minat. Teros bukak you tube playlist One Republic. Walaupun mahal tetap orang beli yer. Dapat sponsor pegi tak???

    Mahamahu

    (March 21, 2018 - 12:19 am)

    Peminat tegar sungguh Ruby dengan kumpulan Onerepublic ni hehehe kita kurang sikit tapi kalau ada kat radio lagu mereka layan juga lah ada yang sedap dan menarik. Nak buat konsert kat Malaysia bestnya peminat boleh tengok live.
    Mahamahu´s last blog post ..Mengantuk Ketika Memandu Heed Energy Drinks Pilihan TerbaikMy Profile

    Alia

    (March 20, 2018 - 10:34 pm)

    Wah…kita mmg suka one republic ni dr lagu apologize tu…
    Penyanyi dia pun mcm cute!
    Kahkah….
    Tapi kan..one republic ni remind me a lot about linkin park…xtau nak explain psaipa teringat kat linkin park
    Alia´s last blog post ..Adriana’s milestoneMy Profile

    nikkhazami

    (March 20, 2018 - 9:19 pm)

    berbaloi pergi kalau betul2 minat dan tahu semua lagu2 one republic. tapi saya cuma tahu single yang top je. hehe.
    nikkhazami´s last blog post ..NiagaHoster – Penyedia Web Hosting/Domain Termurah AsiaMy Profile

    adianiez AIDA

    (March 20, 2018 - 5:29 pm)

    Aida x tau la grup ni, ruby.
    Tak in trend btol la ekk Aida nih!
    Nanti jap lg Aida search kat utube.
    Nak juga le amik tahu 🙂
    adianiez AIDA´s last blog post ..Simple English For Kids : Answers To QuestionsMy Profile

    Marsha

    (March 20, 2018 - 5:23 pm)

    Marsha tak familiar sangat dengan group ni tapi Marsha percaya ramai peminat group ni terdiri dari remaja kan? Zaman marsha 911, backstreetboys dll. Tapi if dengar lagu mungkin familiar. Sebab Marsha ni masalah nak ingat penyanyi..hihi
    Marsha´s last blog post ..Tayar Pancit?? Serah Pada Pakar | KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & InflatorMy Profile

    Marsha

    (March 20, 2018 - 5:23 pm)

    Marsha tak familiar sangat dengan group ni tapi Marsha percaya ramai peminat group ni terdiri dari remaja kan? Zaman marsha 911, backstreetboys dll. Tapi if dengar lagu mungkin familiar.
    Marsha´s last blog post ..Tayar Pancit?? Serah Pada Pakar | KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & InflatorMy Profile

    Del Asyraf

    (March 20, 2018 - 4:35 pm)

    best nya kalau dapat ticket free..hahah tak pernah hidup rasa pergi konsert besar-besar.

    Jane

    (March 20, 2018 - 4:01 pm)

    One Republic is my favourite band. Their songs are always on the top chart and I can’t wait to meet them live in Malaysia now.

    cik tom

    (March 20, 2018 - 2:42 pm)

    ciktom pun minat sangat dengan lagu2 onerepublic.. tapi gulp harga tiket buat tersenyum jela..hihi…lagi2 ada anak kecik ni.. masih myusu.. memang tak kena mana la jawabnya..
    cik tom´s last blog post ..Packaging Baru Rahsia Cantik dengan Royal Expert Advance Brightening CreamMy Profile

    Jiashinlee

    (March 20, 2018 - 12:39 pm)

    Omg I used to love them in my teen days, they were one of those really good bands! Such a pity I’ll be on confinement during the time they’ll be here otherwise I’ll join the party and have fun!

    Suria Amanda

    (March 20, 2018 - 12:21 pm)

    Ni zaman- zaman Ruby la ni kan group ni..zaman akak takde kot..hahaha..kalau dengar muzik diorang boleh la kenal kot..jap lagi akak cuba check kat youtube sebab bmacam tak ingat..tudiaa…belum pape tiket paling atas dah habis terjual..
    Suria Amanda´s last blog post ..Keeping Your Electronics Clean Doesn’t Have To Cost A BombMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.