Pencarian Wanita Melayu 2018

      30 Comments on Pencarian Wanita Melayu 2018

Pencarian Wanita Melayu 2018 – Plaza Shah Alam (PWM2018). Assalammualaikum semua! Pasti ramai teruja untuk menyertai program yang ruby ingin kongsikan ini. Program ala-ala ratu cantik, peragaan dan pencarian bakat ini adalah anjuran Plaza Shah Alam. Ia akan membuka tirai bagi tahun 2018 dan ini adalah tahun ke lima. Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini.

Pencarian Wanita Melayu 2018 – Plaza Shah Alam (PWM2018)

Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.

Pencarian Wanita Melayu 2018

Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.

Penyertaan secara atas talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu di laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan mengepilkan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.

Gambar Sekitar Acara Pencarian Wanita Melayu 2017

Pencarian Wanita Melayu 2017 Pencarian Wanita Melayu 2017Pencarian Wanita Melayu 2017 Pencarian Wanita Melayu 2017

Tentatif Program Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

      • 5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
      • 7 April 2018 : Sesi Uji Bakat
      • 21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
      • 22 April 2018 : Mentoring Session
        • Rock Climbing
        • Kelas Etika
        • Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
      • 23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO
        Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley
      • 25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
      • 26 April 2018 : Pertandingan Memasak
        Lokasi: Plaza Shah Alam
      • 28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018
        Lokasi: Plaza Shah Alam
        Masa: 2 – 5 Petang

Syarat Penyertaan Pencarian Wanita Melayu 2018 Edisi Ke-5

Berikut syarat-syarat yang ditetapkan bagi sesi penganjuran tahun 2018

1. Tarikh tutup penyertaan: 5 April 2018
2. Wanita berusia 18 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh tutup penyertaan.
3. Ketinggian minima 160 CM tanpa kasut.
4. Yuran Pendaftaran: RM50 harus dilakukan terus selepas pendaftaran dilakukan ke akaun Maybank YannRifft Resources (562188308679) dan sertakan bukti pembayaran dengan whatsapp ke nombor 0193843944 (Yanti Ahmad)
5. Tarikh Ujibakat: 7 April 2018 / Plaza Shah Alam / 10 Pagi

*Peserta dikehendaki memilih salah satu tarikh dinyatakan. Sebarang pertukaran tarikh hanya akan dilayan sebelum 20 Mac 2018. Semua peserta yang datang ke uji bakat akan dikenakan bayaran MYR50 dan akan menerima hadiah saguhati.

Terdapat Empat (4) Pusingan Ujibakat akan dilakukan

      1. Pengenalan Diri
      2. Sesi catwalk / Peragaan
      3. Sesi soal jawab bersama juri
      4. Persembahan bakat (Talent show)

6. Hanya 30 peserta uji bakat sahaja akan layak ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 28 April 2018 pada jam 2 Petang berlokasi di Plaza Shah Alam. 
7. Hanya 12 peserta sahaja akan dipilih ke peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 28 April 2018 
8. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak sepenuhnya untuk menerbitkan / menyiarkan gambar dan nama Pemenang bagi tujuan promosi dan pengiklanan.
9. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menggunakan maklumat yang diberi atas tujuan pertandingan dan aktiviti Plaza Shah Alam
10. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menukar senarai hadiah jika berlaku sebarang pertukaran akhir.
11. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak berhak menukar syarat-syarat penyertaan tanpa sebarang notis.
12. Keputusan juri adalah muktamad. TIada sebarang pindaan boleh dilakukan. Semua surat-menyurat tidak akan dilayan
13. Peserta yang bersetuju menyertai pertandingan ini hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak penganjur.
14. Pekerja Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam), ahli keluarga dan ejennya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Borang Penyertaan Pencarian Wanita Melayu 2018

Bagi memudahkan para peserta untuk menyertai Pencarian Wanita Melayu 2018 Plaza Shah Alam, anda boleh mengisi borang secara dalam talian. Klik url dibawah dan isi butiran peribadi seperti Nama, No Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Email, No Telefon, Alamat, Tinggi & Berat Terkini dan muat naik gambar

http://www.plazashahalam.com/contests/borang-penyertaan-pencarian-wanita-melayu-2018

“MALAY GIRLS RULE TOO!”

Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak
Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE
TOO!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran
Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.

Mentoring Session

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.

Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.

Penaja Pencarian Wanita Melayu 2018

HABIB JEWELS Selaku Penaja Utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.

http://www.plazashahalam.com
https://www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM/
https://www.instagram.com/plazashahalam/

30 comments on “Pencarian Wanita Melayu 2018

  1. Pingback: Pencarian Wanita Melayu 2018 Kini Bermula - RUBY - Malaysia Lifestyle Blogger

  2. Mek Onie

    Assalamualaikum Kak Ruby, Maaf sangat atas kelewatan balas kunjungan di sini. Terima kasih banyak akak sudi meninggalkan komen di entri onie yang lepas. Yes! Acara yang paling ditunggu-tunggu, nasib baik dekat dengan office onie, maka boleh la singgah tengok-tengok nanti. Macam 2 tahun lepas kawan onie ada masuk dan tak layak ke pusingan yang seterusnya. Semoga dapat meluangkan masa ke acara ini akan datang. Tak sabar nak tengok <3
    Mek Onie´s last blog post ..JOM SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018My Profile

    Reply
  3. Shivani Balraj

    This looks really good and the last year’s winner is just stunning. All the best to all those who are joining in for 2018- it is definitely going to be an experience that they will never forget 🙂

    Reply
  4. seri wangi

    Sekarang ni nak cari Wanita Melayu yg tulen susah dah…kak rasa kalau nak cari wanita melayu yg asli bagi dia masak dapur kayu, suruh kukur kelapa, masak nasi dalam periuk…haaaa…gerenti serender.

    Reply
  5. Syafiera Yamin

    Juara dia memang muka sangat cantik dagu runcing, tinggi memang nampak elegan betul… hopefully yang dah menang nanti gunakan kelebihan buat sesuatu yang positif untuk followers nya instead of buat benda tah apo apo macam kids nowadays hehehe

    Reply
  6. Suria Amanda

    Nasib baik umur akak dah lebih dik..hahahaha..kalau tak memang dah daftar dah..nak masukkan anak dara pun masih blom cukup umur..amboi tinggi betul tu 160cm tanpa kasut…susah nak cari yang tinggi..harap- harap peserta yang dipilih kali ni yang sangat- sangat berkebolehan…
    Suria Amanda´s last blog post ..Sedapnya Durian KampungMy Profile

    Reply
  7. sheayang

    Kena ada pakej lengkap untuk join ni.
    Nasib dah terlebih umur + tak cukup tinggi + tak berapa nak melayu sangat (bab masak). Hihihi.
    Semoga berjaya pada yang bertanding.!

    Reply
  8. Bella Jamal

    Baguslah dah buka peluang kepada gadis ‘Curvy’ yang berbakat. Bolehlah pergi jenguk Elianto, Mid Valley tu. Kebetulan ada pula kawan kerja di sana. Tengok tentattif pun menarik. Memang sesuai sangatlah pertandingan memasak tu. Btw, nak sangat kupasan tentang ‘yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu’ tu. Rasanya sekarang semuanya moden benau, entah kain batik pun tak tau pakai. Hehehe.

    Reply
  9. Shamiera Osment

    Muka sis melayu sangat rasanya tapi terlebih umur and tak cukup tinggi..hahaha.. semoga gadis2 melayu ni pandai buat kuih melayu lah kan..and cakap melayu fluent..hikhik..

    Reply
  10. Del Asyraf

    harap pencarian ini dapat memberikan kan kesan yang manfaat. jangan hanya sekadar cantik luaran tapi dalaman pun kena cantik juga. Thanks for info. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.