Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”

| |

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang acara yang ruby hadir baru-baru ini. Ruby tiba sahaja di dalam dewan, ruby lihat ramai pelakon veteran dan penyanyi veteran yang pernah menceriakan ruby ketika membesar. Selebriti yang hadir ini banyak berjasa kerana memberi inisiatif murni dalam menyampaikan dialog dan lirik kepada kita semua. Kita semua membesar dengan televisyen dan radio. Sedikit sebanyak selebriti ini lah yang memberi impak dalam kehidupan kita.

“Eh uncle tu dulu pelakon drama”, “eh uncle tu penyanyi lagu yang mak suka”, “eh aunty wan maimunah”. Ya Allah terus rasa sebak sebab rindu dengan lakonan dan nyanyian mereka. Mereka sudah berusia dan uzur. Tetapi senyuman mereka masih terpahat di ingatan ruby. Mereka semua kekal bersahabat sehingga hari ini. Tiada yang lama, maka tiada yang baru. Beruntung pelakon dan penyanyi muda zaman sekarang, anda ada sebab anda diinspirasikan dari mereka yang lama.

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”

Memetik kata-kata Hukama’,

“Seandainya kita dikurniakan kawan yang setia, maka berbahagialah! Kerana kita telah dikurniakan kekayaan dunia yang paling kekal”.

Pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara “Kawan Setia” ini berhasrat memperingati setiap daripada kita akan peri pentingnya memupuk nilai-nilai kesetiaan dari dalam diri sendiri sebelum memandang ke luar mencari-cari siapakah kawan yang mahu setia dengan kita. Pucuk pangkalnya, diri sendirilah terlebih awal perlulah menyemai nilai-nilai kesetiaan itu. Jika ingin keikhlasan dalam persahabatan dan kekal selamanya, kita lah perlu mulakan dulu.

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara "Kawan Setia"
Dua dari kanan Penasihat Kepada YAB Perdana Menteri Yang Berbahagia Datuk Seri Profesor Dr. Khairil Annas Jusoh melancarkan Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara "Kawan Setia"

Justeru itu, pada Majlis Pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara ‘Kawan Setia’ ini, sejumlah besar warga Penggiat Seni Tanahair yang memerlukan sumbangan terutamanya golongan veteran telah diundang. Selain itu, Insan-Insan Seni, Seniman, Budayawan, Karyawan, Sasterawan, sehinggalah kepada para Penggiat Media Seni Tanahair juga dijemput bagi memeriahkan majlis agar mengeratkan siratulrahim sesama manusia.

Sesungguhnya, Iangkah ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak Kerajaan yang tidak pernah putus terhadap Insan-lnsan Seni khususnya dari lubuk hati terdalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor. Dari semasa ke semasa, keprihatinan itu diteruskan melalui pelbagai program dan inisiatif.

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara "Kawan Setia"

Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”

Pelancaran Album Khas ini adalah rentetan daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan bagi mengiktiraf sumbangan lnsan-Insan Seni. Antaranya termasuklah Dialog Penggiat Seni TN50 bersama YAB Perdana Menteri pada tahun Ialu yang mendapat sambutan dl luar jangkaan; dan Majlis Berbuka Puasa lstimewa Ramadhan 2017 di Seri Perdana, Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, dua siri program umrah telah dikhaskan kepada Penggiat Seni Tanahair iaitu Program Umrah Penggiat Seni I pada Januari Ialu, dan Program Umrah Penggiat Seni II pada penengahan April baru-baru lni.

Seandainya kita peka dengan Iafaz ucapan YAB Perdana Menteri, hampir setiap ucapan besar beliau tidak lupa untuk menyulamkan bait-bait petikan yang terilham daripada nukilan Para Penggiat Seni. lni sebenarnya adalah tanda penghargaan yang amat tinggi oleh YAB Perdana Menteri terhadap para Penggiat Seni Negara bagi yang memahami.

Datuk DJ Dave – Kawan Setia

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara "Kawan Setia"

Rentetan penghargaan ltu, makanya pada Perhimpunan Agung Umno 2017 lalu, YAB Perdana Menteri telah sekali lagl memetik bait-bait yang amat bermakna daripada lagu yang dipopularkan oleh Biduan Tersohor Tanahair, Datuk DJ Dave – Kawan Setia :

‘Sukarnya mencari kawan yang setia, yang sanggup menolong di masa kau susah. Kawan waktu senang, tak payah kau cari-cari, di mana saja mudah kau jumpa. Kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, Dia tak tergamak membiarkan kau sendiri Nasibmu pasti akan dibela”.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri pada Persidangan itu, Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dikategorikan sebagai memiliki kesetiaan seorang kawan yang dlcari-cari.

Komposer –  S. Atan

Sehubungan itu tercetuslah ilham di pihak Pejabat Penasihat Perdana Menteri – bersama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih – untuk memperkembang lagi hasrat YAB Perdana Menteri melihat nilai-nilai kesetiaan dlsemai di kalangan masyarakat Negara kita ini. Lalu, seorang Tokoh Muzik Berpengalaman, S. Atan telah dipelawa sebagai komposer.

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara "Kawan Setia"

Maka terhasillah sebuah Album Khas dengan penuh ketelitian. Dua (2) buah Iagu: Kawan Setia dan NegaraKu Tercinta, adalah  ciptaan S. Atan telah digubah semula. Susunan muzlk yang sesuai melengkapkan komposisinya. Setiap satunya dilringi tujuh (7) tambahan instrumen, antaranya ialah piano, akordian, dua gitar lead, satu gitar bass, biola, dan percussion. Ia bukan sekadar menghimpunkan semula Iagu-Iagu lama, tetapi telah menampilkan sentuhan baru yang memanfaatkan rakaman muzik secara live.

Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara "Kawan Setia"

Selain susunan muzlknya digubah kemball, Datuk DJ Dave juga telah merakam semula vokal bagi kedua-dua Iagu itu. Bahkan Iirik bagi Iagu Negaraku Tercinta telah diperkemas secara bersama dengan Penasihat Kepada YAB Perdana Menteri Yang Berbahagia Datuk Seri Profesor Dr. Khairil Annas Jusoh agar relevan dengan perkembangan masyarakat di Negara tercinta ini.

Ringkasnya, Album Khas Nada Seni Ritma Negara ‘Kawan Setia’ ini menampilkan dua (2) buah Iagu: Kawan Setia (Ciptaan: S.Atan / Lirik: Haron Abdul Majid) dan Negaraku Tercinta (Ciptaan: S.Atan / Lirlk: DJ Dave, Zai, DSKAJ). Album lnl turut diiringi penghasilan sebuah Klip Video Khas yang mentafsirkan inti makna Kawan Setia pada lensa tersendiri.

Video Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”

Selebriti – Selebriti Yang Hadir

Jika anda masih ingat dengan pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi ini, pasti anda tersenyum melihat kehadiran mereka ke majlis ini. Semoga usaha murni ini berterusan dan diberkati. Semoga nawaitu keprihatinan mumi YAB Perdana Menteri Mala sia Dato’ Sri Najib Tun Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, melalui usaha-usaha Pejabat Penasihat Perdana Menteri dan Yayasan Perdana Ummah ini akan membawa impak positif kepada Seni Negara. Paling terutama. moga-moga kelahiran album yang turut dikelola oleh Yayasan Mustika Kasih ini akan memperolehi keberkatan daripadaNya – melampaui apa yang dihasratkan secara manusiawi, lnsyaAllah.

Previous

Bufet Ramadan 2018 “Semarak Rasa” Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2018 Di 5 Cawangan Felda D’Saji & D’Saji Delivery

Next

21 thoughts on “Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia””

  1. I’ll love to hear the songs, this will be so special and meaningful at the same time! Watched the video and it’s sung beautifully, especially the song by Elton John, I love it <3

  2. I can’t wait for the album to be out. I so excited and definitely support our Malaysia singer. Impress with their unity to make the album successful.

  3. wow…dj dave was also there…among all of them I can only point him out because my family kinda had a close relationship with him….love his voice and mannerism too… I haven’t had the opportunity to listen to song yet though.

  4. Sebaknya baca. Betul la, masa senang semua orang dekat. Sebab tu orang kata nak cari kawan sejati, masa kita susah tu dia ada.. itu baru kawan sejati. Susah senang sama2.. dengan program macam ni, nasib mereka terbela.

  5. Wah ada lagu baru lah! Lagu lagu yang dinyanyikan artis artis veteran lah bila dengar sampai ke hati. Lurik puitis dan tersirat. Ramai juga aris veteran yang datang memeiahkan majlis. Kalo DJ Dave yang nyanyi memang sedap. Suara dia ada kelas tersendiri.

  6. Lagu2 evergreen ni dr orang lama mmg sampai skrg x boring dengar. Bila di kumpul kan balik seperti lagu dj dave, mmg menggamit blk memori. Sedih jugakkan bilA kenangkan bagaimana mrk dulu berbanding skrg huhu

  7. I felt so touch reading all this… I have one neighbour just next to me… I bet you all will know her as well. If you are a fan of pi Mai pi Mai Tang tu… Then for sure will still remember cik Lucy….

    Really humble and helpful… Respect gao gao

  8. bila baca kata2 dr Datuk DJ Dave tu ‘Sukarnya mencari kawan yang setia, yang sanggup menolong masa susah…mmg setuju sgt ..mmg tu lumrah dlm kehidupan…kwn yg setia sukar di cari…

    ramai juga selebriti lama yg hadir semasa Video Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia ni

  9. Wahhh artis veteren yg penuh nostalgia nie. Walaupun dgn kehadiran lambakan penyanyi baru dan muda, tp penyanyi lama tetap ada dalam hati setiap peminatnya biarpun sudah lama tidak mengeluarkan album baru.

  10. Bila baca entry ni jadi sebak. Nilai persahabatan tu tinggi sangat. Bukan mudah nak cari kawan yang ada di sisi ketika susah senang. Ada yang cakap kawan ketika senang ramai, dan kawan ketika susah boleh di bilang. Apapun, sentiasa hargai orang-orang disekeliling kita. Tak kiralah kawan rapat atau pun bukan. Sentiasa beri layanan yang baik terhadap sesiapa sahaja. Kelak kita tak tahu siapa dahulu yang bakal menghulurkan tangan membantu kita..

    Lama tak tengok lakonan Norlia Ghani. Minat sangat dengan lakonan dia.

  11. Ada S.Atan la!!! otai berbisa tu, banyak karya yg dia compose memang melekat dalam otak ni, walaupun masa tu kami masih kecil.. baguslah ada usaha sebegini. Setidaknya mereka akan rasa dihargai dan masih disayangi..

  12. wah.. DJ Dave pun adaaa.. mak TB suka sangat DJ Dave .. huhuhu.. kalau dapat jumpa mesti dia happy.. haha.. bagus usaha ni untuk mengekalkan kenangan lagu2 dan artis2 veteran kita agar diingati sampai bila2

  13. Sebaknya hati bila baca entry ni..sebak lagi bila tgok wajah2 artis2 veteran yang berjaya dan gemilang dulu…sama macam kita kan ruby..waktu orang suka kita..penulisan kita ramai yang mendekati..bila sekali silap atau alpa..sampai mati kita diigati tp bukan utk yg baik kita lakukan..silap kita yg menjadi pertikaian..semoga allah permudahkan buat artis2 veteran semua..

  14. Rata-rata muka yang ada muka yang memang selalu menghiburkan kita suatu masa dulu. Bagus bila ada nya program sebegini kerana menghargai jasa-jasa mereka sekaligus membantu pada yang memerlukan. Kalau S. atan yang cipta confirm sedap lagu tu

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.