Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

| |

Amy Nurtinie dinobat sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin berkongsi tentang kemenangan pertandingan ratu cantik. Pertandingan ini lain dari yang lain. Ini kerana ia adalah Pencarian Wanita Melayu 2018. Wanita Melayu pada zaman sekarang lebih hebat. Ini kerana, mereka mempunyai taraf pendidikan tinggi, cantik dan pandai memasak! Mana nak dapat pakej lengkap macam tu di zaman moden? Jika anda masih ingat blogpost ruby http://ruby.my/2018/04/pencarian-wanita-melayu-2018-kini-bermula/. Ruby ada cerita senarai peserta yang menyertai Pencarian Wanita Melayu 2018 Plaza Shah Alam #PVM2018. Tahniah kepada Amy Nurtinie kerana memenangi dan terus bergelar sebagai Ikon Wanita Melayu 2018.

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie Abd Aziz atau lebih mesra dipanggil sebagai Tini telah berjaya melalui semua sesi di dalam program Pencarian Wanita Melayu 2018. Tini juga memenangi cabaran memasak semasa program ini berlangsung. Ini lah calon Ikon Wanita Melayu yang kita semua cari. Cantik, tinggi, pandai memasak dan sopan santun. Jawapan kepada persoalan siapa Ikon Wanita Melayu tahun ini terjawab apabila pengacara majlis Karl Shafek mengumumkan nama Amy Nurtinie Abdul Aziz sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Amy Nurtinie mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung.

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018
Kemenagan Amy Nurtinie dikongsi bersama ibu dan ayahnya yang turut hadir memberi sokongan

Tinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Merapati Tinie sebagai saingan, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00

Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu musim kelima bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice Watch bermula Januari lalu mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya dating daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman. Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu. Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Antara penaja lain yang menyumbang dalam PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.

Sesi Pertama : Pakaian Tradisional Dunia

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018 Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Sesi Kedua : Soalan Dari Juri

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018 Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Sesi Ketiga : Memperagakan pakaian dan barang kemas Habib Jewels

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018 Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018 Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Sesi Keempat : Memperagakan pakaian dan jam tangan Ice Watch

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018 Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Senarai Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018

Ikon Wanita Melayu 2018 : Amy Nurtinie Abdul Aziz

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Naib Juara : Nur Fatihah Sazali

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018Tempat Ketiga : Alya Iman Abdul

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018Miss Personality : Huda Saber

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Miss Photogenic : Siti Raihana Rahamat

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Miss Social Media : Nur Ezzeyanti Natasha Norazman

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Tentang Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Nasiron.

Tentang Plaza Shah Alam

Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.

Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.

www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu
www.plazashahalam.com
www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM
www.instagram.com/plazashahalam

Previous

Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018

ORGANIQUE By Olinda Spring Kini Di Farmasi Guardian

Next

20 thoughts on “Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018”

  1. Amy Nurtinie ni famous lagi sebelum join IKon Wanita Melayu lagi. Selalu sangat photo Tini terpampang di laman facebook photographer dan juga catwalk dan acara peragakan baju wanita ni. Orangnya pun cantik dan nampak menawan.

  2. Tahniah kepada Tinie sebagai juara Ikon Wanita Melayu 2018. Cantik2 peserta2 ni semua ya.. Dan barang2 Habib pun tak kurang hebat juga. Kalau Bella, memang tak layak la nak sertai pertandingan ni. Melainkan ada ikon wanita gangster malaya boleh la kot? Hahaha

  3. Congrates to Amy sebab menang ikon wanita melayu 2018 . Betul zaman sekarang ni mmg perlu cari wanita yg lengkap termasuk pandai memasak.. Jangan carca merba je main taram.. Skrg rmi je wanita yg pura2 semua boleh buat tp sebenarnya tidak. Bagus program sebegini diadakan dan uji masakan seseorang skli.. Sopan santun, pandai masak, bijak mmg pilihan hati..bkn setakat tau menarik org minat dgn cre populariti je.. Tahniah skli lagi tinie sbb menang… !

  4. Tahniah kepada semua pemenang… Bagus Plaza Shah Alam sebab berjaya buat program seperti ini setiap tahun… Hadiah yang ditawarkan juga tidak mengecewakan.. Berbaloi sangat kalau menang.

  5. Akak! Kita awal-awal lagi boleh jangka tinie ni menang. Siap ada supporter lagii! Memang havoc la… Pastu tengok cara dia perform pun ‘Yess, she did it well so far’ Dah la berusia muda lagi. Matang segalanya…Kalah onie,hahahahha… Tahniah Tinie. Moga terus menjadi Ikon kepada seluruh wanita di luar sana 😀

  6. seronok bila kita dapat lihat wanita melayu cantik dan bijak. dengan adanya pertandingan seperti ini mampu mempertengahkan pakaian tradional dan juga moden, melihat gaya hidup wanita melayu muda hari ini dan a lagi. Gabungan nama-nama besar jenama bagi menjayakan pertandingan ini juga satu yang hebat. buat pemenang tahniah diucapkan 🙂

  7. Tahniah kepada amy Nurtinie atas kejayaan merangkul title wanita melayu PWN. Mmg sekrang wanita melayu kena lebih berpendidikan tinggi dan lagi penting menjaga tatasusila agar sama taraf dgn wanita bangsa lain.

  8. Tahniah kepada Amy Nurtinie kerana menjuarai Ikon Wanita Melayu 2018. Dah lah cantik, bijak, siap pandai masak lagi. Tergugat kejap kita yang baca ni. Nak lagi tergugat nampak family Amy tu mix kan. Lagi lah malu. Haha. Bagus juga ye pertandingan seperti ni di adakan. Semoga lebih banyak wanita2 melayu yang berwibawa dan hebat di lahirkan dari pertandingan ini.

  9. Tahniah kepada juara Pencarian Ikon Wanita Melayu dan harap dapat bawa nama Melayu tu lebih bagus dan mejadi contoh wanita yang terbaik di luar sana bukan sekadar cantik tapi juga bijak dan penuh dengan kesopanan sebagai wanita Melayu terakhir gituwwww…

  10. Hadiah dia banyak betul..perghh..beribu-ribu wowww..tahnaih akepada artinie..perempuan sekarang kalau lengkap semua memang patut diambik sebagai ikon..pandai bergaya, pandai masak, pandai bahagi masa..woww..respek sangat..cantik artinie ni, bapaknya orang putih erk..?? Tahniah sekali lagi..

  11. Suka pulak dengan event macam ni. Boleh tunjukkan yang wujud lagi wanita Melayu yang lemah lembut, bekerjaya, yakin dan pandai masak. She deserve to win, tahniahh kat pemenang dan semua peserta sebab berani mencuba.

  12. Tahniah buat Amy Nutinie kerana menjadi juara pencariaon Ikon Wanita Melayu 2018. Bukan mudah untuk mencari ikon wanita Melayu sekarang nih kan kena pilih yang betul betul layak. Banyak kriteria yang diambil kira. Bila baca mengwnai Amy Nurtinie sememangnya dia layak jadi ikon.

  13. Lengkapnya pakej seorang Amy Nurtinie ni. Lawa, educated dan pandai memasak. Ini boleh dijadikan batu loncatan untuk ke level yang lain. Mungkin ada tawaran pengacaraan, berlakon. Moga tanggungjawab sebagai seorang icon wanita melayu 2018 dibawa dengan jayanya.

  14. Bestnya dia jadi juara..cantik orangnya..lembut perwatakkanya..she deserved this..eh.anak kacukan rupanya..ayah dia mat salleh Tahniah kepada Amy tinie menjadi icon wanita melayu..harap dapat kekalkan ciri-ciri wanita melayu yang terbilang…

  15. Omg semua cantik belaka. Tertiba terberangan nak cam derang juga. Eh. Tahniah kepada Amy Nurtinie atas kemenangan merebut gelaran juara. Congrats juga for those others yang menang.

  16. Congrats to Amy Nurtinie as she proof to the judges she worth to be chosen. Actually I proud the women that bravely stand on the stage to show their skill in front of public. I attend once the event last year. This year miss the fun.

  17. Selamat kepada Amy Nurtinie Abd Azis yang telah berhasil dinobat sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Semoga amanah dalam mengembang tanggungjawab sebagai icon wanita Melayu 2018.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.