Adam & Alif Belajar Kaedah Penanaman Hidroponik Bersama GROW Di Tropicana City Mall

Adam & Alif Belajar Kaedah Penanaman Hidroponik Bersama GROW Di Tropicana City Mall. Assalammualaikum semua. Jarang betul ruby nak menulis tentang anak-anak. Kadang-kadang memang teringin nak berkongsi perkembangan mereka. Tapi ibu tak sempat nak snap gambar. Zaman sekarang kalau penulisan blog tiada gambar macam hambar je kan. Hehe. Jadi, ibu pun redha anak membesar dengan pantas. Adam kini berusia 4 tahun dan Alif 2 tahun. Cepatnya masa!

Adam & Alif Belajar Kaedah Penanaman Hidroponik Bersama GROW Di Tropicana City Mall

Anak-anak ruby jarang berkebun, mereka hanya tahu pokok tu tinggi dan besar. Tetapi mereka tidak tahu sayuran hanya tanaman yang mudah dan selepas 44 hari sudah boleh dituai. Contohnya sayuran bayam ni. Hehe. Tunggu tinggi sampai 20cm dan usia 44 hari. Dah boleh ambil dan masak. Mudah je, tambahan menggunakan kaedah Hidroponik. Jimat ruang, jimat masa dan tenaga. Hehe

GROW Di Tropicana City Mall GROW Di Tropicana City Mall GROW Di Tropicana City Mall GROW Di Tropicana City Mall GROW Di Tropicana City Mall

Mudah je proses yang dilakukan. Tapi Adam dan Alif masih sangat baru berkebun. Dia punya taknak cuba tu jenuh ruby memujuk. Pujuk pelan-pelan baru la nak pegang pokok. Hahaha. Mula-mula tuai pokok bayam. Pokok bayam boleh di tuai selepas 44 hari atau melihat ketinggian 20 cm – 24 cm. Sudah tuai, kita boleh bersedia untuk sediakan tanaman seterusnya. Mudah sangat, tanah, bekas dan biji benih. Kemudian letak dalam tempat hidroponik. Pastikan ada air yang mencukupi di bahagian bawah. Mudah kan?

Pusat Beli-Belah Tropicana City dan pusat membeli-belah The Mines (The Mines) dengan sukacitanya mengumumkan mengenai pelancaran Kempen GROW di Tropicana City Mall yang mensasarkan untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim dengan menjadikan mereka terlibat dan direndam ke realiti faedah dari alam sekitar dengan itu membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan cinta kepada alam semula jadi.

GROW

Aktiviti GROW melibatkan siri penanaman organik di rumah hijau masyarakat oleh kanak-kanak, makan sihat dan memelihara alam sekitar sepanjang tahun di mana pembeli muda dan pelajar dari sekolah akan dijemput ke mel untuk menanam dan menuai sayuran melalui Kaedah Hidroponik. Aktiviti ini juga menumbuhkan kebiasaan untuk memberikan kembali kepada masyarakat di kalangan generasi masa depan kerana penjualan dari hasil akan disumbangkan kepada organisasi amal.

Kempen GROW Hari ini dilancarkan di Tropicana City Mall yang diadakan bersempena dengan Hari Bumi dan sebagai sebahagian daripada siri pertama kempen GROW sepanjang tahun yang melibatkan anak-anak pembeli ‘menuai sayur-sayuran dan menanam sayur-sayuran baru di rumah hijau.

GROW Di Tropicana City Mall

GROW Di Tropicana City MallTerdahulu semasa Earth Hour pada 24 Mac di The Mines menyaksikan 50 pelajar berusia 5 hingga 12 tahun dari Global Modern International School dan Wendy Montessori menanam benih di rumah hijau masyarakat menggunakan sistem hidroponik. Tutorial dan demonstrasi dijalankan oleh landscaper profesional; Profesor Kajendiran Latchmanan. Kempen GROW di The Mines siri kedua telah diadakan pada 20 April dengan anak-anak yang sama kembali semasa menuai dan dengan bantuan dari kedai runcit tempatan Oliver Gourmet mengemas sayur-sayuran untuk dijual di Oliver Gourmet dan penjualan dari hasil akan disumbangkan kepada sebuah amal organisasi.

Pengurus Komunikasi Pemasaran; Paulin Lim berkata pusat membeli-belah The Mines dan Tropicana City Mail dengan sukacitanya akan bekerjasama dengan kedai runcit tempatan Oliver Gourmet dalam kempen GROW sepanjang tahun ini yang mensasarkan untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim dengan menjadikan mereka terlibat dan tunduk kepada faedah sebenar dari alam sekitar dengan itu mengembangkan kemahiran berkebun dan cinta alam.

Hasil Tanaman dijual di Oliver Gourmet

GROW Di Tropicana City Mall
Dari kiri Paulin Lim; Pengurus Komunikasi Pemasaran, Profesor Kajendiran Latchmanan; Landscaper Profesional dan Tham Oi Loon; Pengarah Urusan Oliver Gourmet

GROW Di Tropicana City MallPengarah Urusan Oliver Gourmet; Tham Oi Loon berkata sebagai penjual tempatan mereka bangga menjadi sebahagian daripada program yang memberikan kembali kepada masyarakat dan apa lagi untuk membantu golongan yang istimewa.

Mulai sekarang hingga 31 Disember 2018, ahli CapitaStar akan diberi ganjaran sebanyak 500 STAR$ dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 termasuk sebarang produk GROW dari Oliver Gourmet di Tropicana City Mall dan The Mines. Pertama kali ruby masuk Oliver Gourmet, suka dengan pastry panas-panas dari mereka. Sayuran semua segar dan suasana membeli barang dapur yang aman!

GROW Di Tropicana City Mall

www.tropicanacitymall.com/en
www.facebook.com/tropicanacitymall
www.instagram.com/tropicanacitymall

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

22 thoughts on “Adam & Alif Belajar Kaedah Penanaman Hidroponik Bersama GROW Di Tropicana City Mall

    Jia Shin Lee

    (April 30, 2018 - 5:13 am)

    This is such a great program for kids, it is great to advocate them since young, I’ve not been to Oliver Gourmet before must pay this place a visit, look very interesting for me, I wanna learn more about this program.
    Jia Shin Lee´s last blog post ..Be With Me Collection by Inflority Preseved Flower and Yuki’s FioriMy Profile

    JMR

    (April 29, 2018 - 8:56 pm)

    wah..bagusnya program sebebgini. Anak-anak saya pun, bila balik kampung je la baru ikut nenek diorang kenal pokok itu pokok ini. BIla balik KL, kenal pokok bunga je hahah
    JMR´s last blog post ..Cipta Peluang, Jana Pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki. #YOUCANDUITMy Profile

    Lia Hasty

    (April 28, 2018 - 8:38 am)

    Best kan program Grow macam ni bukan sahaja untuk kanak-kanak, Dewasa pun turur serta juga bagi yang sibuk dengan kerja dan tak sempat menikmati alam hijau ni. Program macam ni juga bagi pendedahkan kepada anak-anak dari peringkat muda lagi kan. Supaya semangat cintakan alam hijau ini telah dipupuk. Comel lah anak-anak sis ruby ni.
    Lia Hasty´s last blog post ..The Habitat, Tarikan Terbaru Alam Semulajadi di Bukit Bendera, Pulau PinangMy Profile

    Alia

    (April 28, 2018 - 1:17 am)

    Bestnya konsep tanaman hidroponik ni..akak berkenan sungguh..dah la.memang suka menanam..nanti nak cari la hidroponik set ni.boleh buat aktiviti dengan anak2 tanam kat balcony rumah kan
    Alia´s last blog post ..RAMADHAN BUFFET DINNER DI LEXIS SUITES PENANGMy Profile

    Liez

    (April 28, 2018 - 12:41 am)

    program mcm ni bukan saja bagus utk kanak-anak tapi utk kita juga. boleh sama-sama belajar bercucuk tanam walaupun hanya utk makan sendiri, lebih selamat tanpa bahan chemical

    Hanny Abdullah

    (April 28, 2018 - 12:04 am)

    Bestnya ada program macam ni, boleh tanamkan minat anak-anak bercucuk tanam dan cintakan alam sekitar. orang tua-tua cakap, melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak! Dalam masa yang sama mereka akan tahu jenis-jenis sayuran…senang bila dah sekolah nanti atau dah khawin…tak le bila isteri suh beli bayam depa beli sawi..hahaha
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Ramadan Buffet 2018 Ancasa Hotel & Spa Yang Bertemakan Kampong BoyMy Profile

    Mommy irra

    (April 27, 2018 - 9:55 pm)

    Mommy ni pon minat nak buat hyroponic juga. Elok makanan organik ni. Hari tu tengok orang share tanam pokok dari kolam ikan.. kira najis ikan tu jadi baja kepada sayuran. Segar segar sayuran dia tanam. Siap dibuat kelas untuk belajar cara menanam. Syok!
    Mommy irra´s last blog post ..8 sebab memilih Ilham Qaseh ShawlMy Profile

    Ana Suhana

    (April 27, 2018 - 9:48 pm)

    Bagus adanya program macam ni. Boleh dekatkan anak-anak kenal dan sayang pada tumbuhan terutamanya sayuran. Ye lah bila mereka dah merasa tanam sendiri jadi lebih hargai lah kan. Boleh lah Ruby start tanam guna hidroponik lepas ni dekat rumah ye.
    Ana Suhana´s last blog post ..Bufet Ramadan Dengan Lebih 100 Juadah Masakan Melayu Asli di Rajawali Coffee House, Awana Hotel GentingMy Profile

    nikkhazami

    (April 27, 2018 - 9:09 pm)

    masa zaman sekolah dulu hydroponik ni sgt famous. entah mcm mana ia makin tenggelam sekarang. mungkin juga kurang berkempen. harap hidup balik program bagus macam ni
    nikkhazami´s last blog post ..REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay MaskMy Profile

    Abby Onety

    (April 27, 2018 - 8:22 pm)

    Adam dan Alif, salam sayang dari bunda di Makasaar Indonesia. Semoga kalian berdua bisa menjadi pecinta tanaman ya nak. Banyak loh manfaat dari tanaman yang telah diberikan kepada pertumbuhan tubuh kita. Banyak vitaminnya . Sayang tanaman ya Nak? ?

    Nadia Johari

    (April 27, 2018 - 8:02 pm)

    bagus ada pendedahan seperti ni untuk anak-anak. Walaupun tengok muka adam dan alif macam tak happy je, mungkin dia malu kot..hehee..tapi mesti ada rasa best dan suka buat sesuatu yang baru..Penanaman hidroponik ni bagus, selamat dan bersih..boleh je buat dekat rumah..
    Nadia Johari´s last blog post ..ALTHEA BARE ESSENTIALS : CANTIK DENGAN 3 LANGKAH SAHAJAMy Profile

    Zharif Azis

    (April 27, 2018 - 5:20 pm)

    Menarik ya kempen GROW nie. Baru tahu dalam masa 44 hari dah boleh tuai sayur bayam tu. Ingatkan ambil masa yg lama. Anyway, mmg tanaman menggunakan hypotonic apa bnda namanya nie cepat membesar kan ? Sbb dulu ada juga join trip and melawat kawasan tanaman halia. Guna kaedah yg sama.

    Psst : awat berkerut muka si Adam tu. Hahaha. Mesti dia tak biasa tanam2 nie. Hahaha
    Zharif Azis´s last blog post ..Sos Sweet & Spicy Samyeang Keluaran Domino’s PizzaMy Profile

    Ayu rafikah

    (April 27, 2018 - 4:16 pm)

    Seronok bila tengok anak2 kecil bersungguh2 belajar menanam. Secara tidak langsung mengajar mereka untuk lebih peka tentang kehidupan bumi ?
    Ayu rafikah´s last blog post ..3H2M Percutian Best di Equatorial HotelMy Profile

    Mahamahu

    (April 27, 2018 - 1:16 pm)

    Kenapa Adam tu macam sedih jer nak kena tanah pokok tu hehehe tak apa Adam nanti dah besar pokok tu boleh masak untuk makan dan yang penting tanaman hydroponic ni sihat tiada bahan beracun…
    Mahamahu´s last blog post ..Dulu Peniaga Makanan Kecil Kini Mampu Jana Ribuan Ringgit Dengan #YOUCANDUITMy Profile

    Airah

    (April 27, 2018 - 1:13 pm)

    Mesti bebudak seronok dapat join program macam ni. Airah kalau nak tanam pokok tu banyak je masa.nak siram sampai mati la pokok tak siram
    Airah´s last blog post ..Innisfree Green Tea Seed SerumMy Profile

    Suria Amanda

    (April 27, 2018 - 11:44 am)

    Bagus aktiviti ini dapat perkenalkan pada anak- anak kita teknik menanam sayuran menggunakan kaedah hidroponik. Bagus anak- anak didedahkan dari awal kan..dan hasilnya sangat bagus apabila jualan dari sayur- sayuran ini di salurkan kepada badan kebajikan..kat mana nak cari bekas hidroponik tu erk..ada ke dijual..macam minat plak akak nak cuba..boleh suruh abah bercucuk tanam..rumah bandar kan takde tanah..guna konsep ni pun bagus kan
    Suria Amanda´s last blog post ..Layan IlaoIlao Yogurt Tatkala Stress Adalah Awesome..My Profile

    TENGKUBUTANG

    (April 27, 2018 - 11:31 am)

    Comeynya anak-anak Ruby.. eh.. yang kecil tu ke baby hari tu??? ke ada babay lain? huhu.. rasa macam baru je Ruby bersalin.. haha..

    TB nak sangat bercucuk tanam guna cara hidroponik ni Ruby tapi itulah.. tak ada tempat nak buat semua ni.. kalau buat kat balconi mahunya jadi tempat kucen poo poo pulak.. haha.. apap-apa pun.. thank you atas entri ni sebab TB baru lah tahu yang sayuran ni kalau ditanam dah boleh tuai selepas 44 hari.. huhu.. bestnya.. nak makan sayur segar, petik aje yea.. hehe

    Nina Mirza

    (April 27, 2018 - 11:16 am)

    Comel jer memek muka Adam terpaksa redha mama nya berjaya pujuk cuba menanam. Yelah, bukan mudah nak ajak anak² buat aktiviti yang mereka tak pernah buat. Hehe. …
    Beruntung nya dapat join aktiviti sebegini. Moga lepas ni Adam & Alif suka makan sayur.
    Nina Mirza´s last blog post ..Korang panggil Belebat ke Lepat pisang? Yang pasti bukan pelipat kannn? HahahaMy Profile

    nurmisnan

    (April 27, 2018 - 11:09 am)

    wow bestnya belajar tanam pokok sayur oeganic.. pandainya adam adiks belajar menanam. kak nowa suka menanam tapi tgn panas. pokok majuk. hehehehe

    hari tu pun dapat dr body shop bab plant tapi sayang x dapat pegi.. boleh belajar sesuatu yg bagus..
    nurmisnan´s last blog post ..Resipi keria antarabangsa aka keria gula melakaMy Profile

    Mimi

    (April 27, 2018 - 10:55 am)

    Bagus kempen GROW ni diadakan sebab ia memupuk generasi muda sekarang nih kenal dengan lebih terperinci mengenai perubahan iklim dan membuatkan mereka lebih “mesra” dengan alam sekitar. Kempen ini juga boleh mendekatkan anak anak dengan aktiviti sihat iaitu berkebun. Sambil berkebun sambil kenal nama nama tanaman yang di tanam kan.
    Mimi´s last blog post ..Musim Sakura Akhirnya Tiba Jua!My Profile

    Bonda chanteq

    (April 27, 2018 - 10:31 am)

    Bagus ada pendedahan sebegini untuk anak2 kecil…..supaya mereka dilatih ttg agro dari kecil lg

    Jueliza Jamani

    (April 25, 2018 - 10:19 pm)

    Sayur bayam tu sedap.. nak basuh pun senang sebab takder tanah sgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.