Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018. Assalammualaikum semua, wah semakin terasa meriahnya Hari Raya Aidilfiti pada bulan Jun 2018. Subhanallah syukur masih bernyawa untuk berpuasa dan beraya bersama seisi keluarga. Dalam hidup ruby, perkara paling seronok dan berkat adalah apabila dapat pulang ke kampung dan berjumpa, makan, bersembang bersama keluarga dan saudara mara. Itu adalah kenangan sepanjang hidup ruby.

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Jika anda perasan, bau waktu pagi raya tu segar dan nyaman. Bau macam ketenangan. Ini berlaku jika ruby pulang ke kampung dan semua ahli keluarga berkumpul. Syaratnya puasa penuh, ziarah kubur, sembahyang raya dan baju raya baru la! Hehehe. Baju raya ni memang penting. Ruby pernah cuba beraya dengan baju raya tahun lepas atau baju yang dah ada dalam almari. Ruby menangis masa pakai baju tu. Sebab ruby rasa sesuatu yang sangat kurang. Pakaian raya ni ibarat penghargaan kepada diri ruby sekeluarga. Sebab ruby hanya beli belah pakaian semasa musim perayaan sahaja. Barulah fesyen dan trend terkini diketahui. Sekarang, ayuh kita membeli di PRIMAVALET. Mereka nak buka cawangan di Wangsa Maju! Dekat dengan rumah ruby! Yayy!

PRIMAVALET, hub fesyen terbesar di Malaysia telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam satu acara gilang gemilang yang berlangsung di Hotel The Majestic Kuala Lumpur malam tadi. Majlis dihoskan oleh Faizal lsmail dan Elfira Loy dihadiri seramai lebih 800 tetamu. Diantaranya adalah tetamu tetamu kehormat, barisan selebriti tanahair, pelanggan tetap PRIMAVALET, ejen, personal shoppers, bloggers, insta femes dan ramai lagi. Bertemakan glam lebaran, koleksi raya ini ternyata mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya menawan hati semua tetamu yang hadir.

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Menghimpunkan lebih daripada 126 orang model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 Dijual Pada Mei 2018

Antara koleksi yang diperagakan pada malam tersebut termasuk Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon famili dan juga himpunan koleksi baju kurung berasakan fabrik saree yang begitu memukau mata tetamu yang hadir pada malam tersebut. Semua busana yang diperagakan pada malam ini akan mula dijual di seluruh cawangan PRIMAVALET bermula pada bulan Mei 2018.

Jenama Di Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Koleksi raya ini adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari PRIMAVALET sendiri iaitu PV Man, PV Woma0n dan PV Kids. Selain dari jenama ini, koleksi koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet PRIMAVALET sempena hari raya nanti.

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018
Ezuwan Ismail, Pereka Fesyen Antarabangsa
Koleksi PRIMAVALET Raya 2018
Koleksi rekaan Ezuwan Ismail
Koleksi PRIMAVALET Raya 2018
Koleksi rekaan Ezuwan Ismail
Koleksi PRIMAVALET Raya 2018
Koleksi rekaan youmeandhunny
Koleksi PRIMAVALET Raya 2018
Pengasas youmeandhunny

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Stars of PRIMAVALET

Turut mencuri perhatian apabila PRIMAVALET memperkenalkan barisan duta 2018 yang digelar “Stars of PRIMAVALET” yang menampilkan selebriti yang bukan calang calang antaranya Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Amyra Rosli, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam. Barisan bintang yang cukup gah ini pasti mampu menarik Iebih ramai pelanggan baru dan lama untuk membeli belah di PRIMAVALET samada di outlet mahupun di atas talian.

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Menurut Pengarah Urusan PRIMAVALET, Dr. Arshad, pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan PRIMAVALET dan jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

“Untuk Syawal kali ini, PRIMAVALET akan melancarkan Iebih dari 70 koleksi dan rekaan untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ni adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Untuk raya 2018 ini kami tampil dengan koleksi dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga untuk mereka yang sukakan konsep sedondon di pagi syawal”, ujar Dr. Arshad lagi.

Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

Busana yang diperagakan pada pertunjukan fesyen pada malam ini, akan berada di semua outlet PRIMAVALET secara berperingkat peringkat bermula 1 Mei ini sehingga 1 Ramadhan dan pelanggan yang berminat boleh terus mendapatkan koleksi koleksi ini di outlet, juga online di www.primavalet.com dan juga melalui ejen dan personal shopper rasmi PRIMAVALET

Ulang Tahun Pertama PRIMAVALET

Mencapai usia genap setahun pada hari ini, PRIMAVALET terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen untuk pakaian muslimah dan kontemporari tanah air. Selain mempunyai outlet, terbesarnya di Ostia Bangi, PRIMAVALET turut mempunyai cawangan di Senawang, Negeri Sembilan dan di Kota Bharu, Kelantan dan bakal membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018 ini.

VIDEO LIVE Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 Di Facebook PRIMAVALET

Tahniah PRIMAVALET untuk Ulang Tahun Pertama. Semoga terus sukses dan memberi kualiti terbaik. Tahun ni ayuh beli baju raya di PRIMAVALET! Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 menjanjikan harga berpatutan bermula dari serendah RM 70 hingga RM 200. Jaminan kualiti fabrik terbaik. Anda boleh pulang kembali pakaian jika tidak selesa dalam tempoh 3 hari! Bagus kan?

www.primavalet.com
www.instagram.com/primavalet
www.facebook.com/PrimaValetOfficial

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

24 thoughts on “Koleksi PRIMAVALET Raya 2018

    […] semua! Masih ingat lagi liputan ruby berkenaan PRIMAVALET? Sebelum ini mereka melancarkan Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 yang menampilkan ramai selebriti dan pereka fesyen. Sekarang mereka melebarkan sayap dengan […]

    […] semua! Masih ingat lagi liputan ruby berkenaan PRIMAVALET? Sebelum ini mereka melancarkan Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 yang menampilkan ramai selebriti dan pereka fesyen. Sekarang mereka melebarkan sayap dengan […]

    D.Marcel

    (May 16, 2018 - 2:44 pm)

    Hi Ruby,
    This is a truly fantastic post! I especially appreciated the section on the photographs.
    Thanks for sharing this article with us.

    D.Marcel last blog post…BEST WOMEN’S HIKING BOOT

    Mama Hakim

    (May 3, 2018 - 3:14 pm)

    Promosi besar besaran moga untungnya setiampal. Kalau tidak pulang modal habis menyesal
    Mama Hakim´s last blog post ..Ubat kencing manis tradisional? Bagusnya Petua! Ini 10 Herba untuk kawal gulaMy Profile

    Ibu Zaid

    (April 30, 2018 - 7:07 pm)

    Amboi bukan main vogue lagi pelancaran koleksi raya kan. Memang terbaik tu
    Ibu Zaid´s last blog post ..Makan Sedap Di KL? Aduh Laparnya! Ini 10 Tempat Best di Kuala LumpurMy Profile

    Rawlins GLAM

    (April 27, 2018 - 4:45 pm)

    Ramainya Duta Primavalet ye! Teruja Rawlins tengok fesyen dia. So, adakah tahun nie Rawlins akan shopping baju di situ? Hehe. Ruby mesti terpikat tengok yang famili nyer kan?
    Rawlins GLAM´s last blog post ..Earn More Online via #YouCanDuitMy Profile

    Racheal Loh

    (April 27, 2018 - 11:54 am)

    Woooo… I like to see youandmehunny rekaan. Cantik and elegant la. I heard about primavalet and pernah juga beli Satu kebaya for myself. Can share this with my friends…
    Racheal Loh´s last blog post ..Nasi Bendang – Best to eat at Paddy Field | MAEPS SerdangMy Profile

    Nurhasanah Ismail

    (April 27, 2018 - 11:34 am)

    Jatuh hati pula tgk design Ezuan Ismail tu. Simple dan sweet gitu. Hopefully harganya affordable boleh la nak beli sebarang dua. Hihii
    Nurhasanah Ismail´s last blog post ..5 Sebab Yang Menandakan Perniagaan Anda Perlukan Website e-Dagang Untuk BerkembangMy Profile

    Nadia johari

    (April 27, 2018 - 9:45 am)

    Setiap tahun mesti ada baju baru..hehee..nak kene usha website promavalet ni..tengok bajunya cantik2 je..70 koleksi tu untuk raya kali ni..terbaikla..mesti banykpilihan
    Nadia johari´s last blog post ..ALTHEA BARE ESSENTIALS : CANTIK DENGAN 3 LANGKAH SAHAJAMy Profile

      Ruby

      (April 27, 2018 - 9:59 am)

      Bukan 70 koleksi, harga bermula serendah RM 70 kakas

    Ayu rafikah

    (April 26, 2018 - 11:19 pm)

    Untuk koleksi tahun ni semuanya nampak cantik. Akk plg suka jns kain sari. Potongan baju dia nmg cantik dan menarik. Btw kurta pun lawa2 juga
    Ayu rafikah´s last blog post ..Kempen #YOUCANDUIT Untuk Kita Yang Ingin Menjana Lebih Pendapatan!My Profile

    Liez

    (April 26, 2018 - 10:04 pm)

    Cantik betul koleksi baju2 primavalet ni.nasib la.liez bdn besar klau tidak mmg dh sambar sepasang dua. Nak melaram gak dihari raya nnt..

    Zayani Zulkiffli

    (April 26, 2018 - 10:00 pm)

    Aww. Sukanya dengan koleksi baju raya wanita deorang. Sangat sesuai nak pakai beraya sebab design sopan je.
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Masakan Cina & Steamboat Halal: Kungfu Steam SeafoodMy Profile

    Syafiera Yamin

    (April 26, 2018 - 9:55 pm)

    wahhhh nampak macam plain plain sikit design nya… heee tapi tu la… mungkin orang lain rasa rekaan kali ni menarik… not really sure… i hope harganya setanding macam rekaannya…

    apa pun ramai juga yang cover PrimaValet raya ni semalam…
    rasa macam bestnya kalau berpeluang dapat pergi ke fashion show macam ni …
    tAPI MEsti masa tak kena…

    Bonde Zaidalifah

    (April 26, 2018 - 9:21 pm)

    Tahniah Primavalet , Koleksi tahun ni sangat menarik sekali, lama melekat dekat entri cuci mata tengok koleksi baju raya, senang nak match sedondon satu family… Tak sabar nak raya!
    Bonde Zaidalifah´s last blog post ..PENGALAMAN INDAH NAIK CRUISE TASIK PUTRAJAYA DAN MENIKMATI IFTAR FI SOFINAMy Profile

    Lia Hasty

    (April 26, 2018 - 8:46 pm)

    Happeningnya Fashion Show Prima Valet. Lagi best kalau dapat tengok depan2 kan. Rasanya dah boleh membeli baju raya readymade dekat Prima Valet ni. Nak glamour juga bila pagi raya nanti.
    Lia Hasty´s last blog post ..Tempah Hadiah Hari Jadi Untuk Orang Tersayang di PrintciousMy Profile

    Zharif Azis

    (April 26, 2018 - 8:13 pm)

    Wahhh tahniah buat Primavalet di atas anniversary nya yg pertama. Semoga terus sukses dan memperjuangkan busana muslimah. Ramai betul model yg terlibat ya. Koleksi2 yang ditampilkan juga menarik dan cantik2. Harap2 tak mahal lah.
    Zharif Azis´s last blog post ..Sos Sweet & Spicy Samyeang Keluaran Domino’s PizzaMy Profile

    mamatisya

    (April 26, 2018 - 7:59 pm)

    meriah dpt pi tgk fashion show koleksi raya ni….aritu nmpk banner primavalet ni akan buka kt wangsa maju ..hah dkt la skit dgn umah..nanti bole terjah…tk pernah lg pi event fashion show ni…cantik2 model menggayakan koleksi raya

    Hafizah Zainal Abidin

    (April 26, 2018 - 4:19 pm)

    Koleksi PRIMAVALET Raya sangat menepati citarasa para pelanggan untuk membeli baju raya. Cantik2 sungguh baju2 yang diperagakan oleh model. Makin tak sabar2 nak tunggu hari raya. Hehehe. 🙂

    Afizah Abd Rahman

    (April 26, 2018 - 4:04 pm)

    Bahang berpuasa dan raya dah mula terasa ni. Bestnya dapat tengok koleksi baju-baju raya Primavalet. Menarik can cantik juga koleksi-koleksi baju raya ni. Banyak juga jenama yang ambil bahagian.
    Afizah Abd Rahman´s last blog post ..Waspada Dengan Serangan ‘Panic Attack’My Profile

    Eyqa Hasnan

    (April 26, 2018 - 3:19 pm)

    Cantiknya baju yang macam songket tu. Puasa belum tapi dah terasa bahang raya weyy. Bahaya ?

    Hanny Abdullah

    (April 26, 2018 - 12:21 pm)

    Puasa lom lagi tapi dah makin terasa-rasa nak raya dah ni bila baca entry ni..hehehe. Tengok baju2 yang diperagakan oleh model tu terasa pulak nak berbaju cecantik macam tu…tapi tapi sis sedar diri sure tak muat punya..hahaha.
    Ni pun lom lagi pikir pasal baju raya utk diri sendiri..rasanya pakai je lah yg lama2
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Day 2 – Pengalaman Mendebarkan Di Umgawa Zipline Eco Adventure LangkawiMy Profile

    Diah

    (April 26, 2018 - 12:19 pm)

    Wah kak dah dekat la kalau nak buka di Wangsamaju tu. nanti boleh la singgah tengok kot berkenan boleh shopping untuk suami terus.
    Kami pulak selain baju raya memang kena matching satu family dan setiap keluarga (adikberadik) dah kena cop awal-awal warna pilihan sebab tak mau bertembung warna. 🙂
    Tapi tahun ni semangat berbaju raya slow sikit sebab dahulukan anak-anak je. Biar diaorang rasa excited.

    Abby Onety

    (April 26, 2018 - 11:48 am)

    Tepat banget nih pelaksanaan fashion by PRIMAVALET karena mendekati ramadhan dan hari raya nanti. Jadi bisa pesan baju baju raya pada desainerx . Cantik bajunya yang dikenakan para model.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.