LEDGIT The Future of Blockchain Industry

LEDGIT The Future of Blockchain Industry. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan tentang Teknologi Blockchain. MasyaAllah rasa terlalu tua untuk memahami teknologi baru ni. Pada tahun 2018 ruby baru tahu, sedangkan ia sudah mula dimanfaatkan sejak 2008. Blockchain dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 untuk digunakan dalam bitcoin cryptocurrency, sebagai lejar transaksi awam. Penciptaan blockchain untuk bitcoin menjadikannya mata wang digital pertama untuk menyelesaikan masalah transaksi tanpa memerlukan pihak lain atau pelayan pusat. Sehingga hari ini, reka bentuk bitcoin telah menjadi inspirasi untuk aplikasi lain.

LEDGIT The Future of Blockchain Industry

Forum masa depan industri Blockchain ini sangat bermanfaat untuk semua, ruby baru tahu bahawa manfaat Blockchain boleh digunakan dalam menganalisa ketepatan data. Tidak hanya tertumpu kepada Bitcoin yang kita sedia maklum. Diantara syarikat yang menggunakan Teknologi Blockchain adalah LEDGIT, SEDA, Blockchain Games Company (Malaysia) dan Blockhong.

Banyak lagi boleh digunakan dengan Teknologi Blockchain. Ruby tahu, ramai tidak faham tentang Bitcoin, ruby juga tidak faham dan kenapa sejak akhir-akhir ini sering terbaca tentang Bitcoin. Sedangkan ia sesuatu yang sukar difahami oleh orang biasa. Jika ruby yang berkelulusan Teknologi Maklumat juga membuat kajian tentang Teknologi Blockchain, bagaimana pula anda? Manfaatkan teknologi ini dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang bakal dibina untuk pengguna tidak lama lagi. Ia adalah sesuatu yang hebat!

LEDGIT

Sebuah syarikat milik Malaysia, LEDGIT mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan menganjurkan ‘The Future of Blockchain Industry Forum’. Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi ’blockchain’ dan ‘cryptocurrency.’ Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LEDGIT. Encik lvan Ku, forum ini telah dihadiri lebih dari 1000 peserta.

Panel penceramah antarabangsa terkenal dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri. Kewujudan teknologi ‘blockchain’ seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai rakan ke rakan dan untuk memperbaiki ekosistem kewangan.

The Future of Blockchain Industry Forum

Panel penceramah yang dijemput adalah Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha lnstitut Blockchain Dunia (China), Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia), Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia), En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia), Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia) dan Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran).

Mr Ivan Ku, CEO of LEDGIT

LEDGIT

“Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseluruhan, “kata Ketua Pegawai Eksekutif LEDGIT, Encik Ivan Ku.

Teknologi ‘blockchain’ sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, LEDGIT telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terutamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi ‘blockchain’ dan aplikasi pintar.

“Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untuk memahami industri dari sudut perspektif yang berbeza. Barisan panel adalah dari pelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Dengan menggunakan trend digital terkini, pemilik perniagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industry berlainan,” tambahnya.

 

LEDGIT LEDGIT LEDGIT The Future of Blockchain Industry Forum

Apa itu LEDGIT?

LEDGIT adalah gabungan perkataan ‘Lejar’ dan ‘Legit’, yang bermaksud buku Iejar yang merangkumi pelbagai maklumat disamping mengekalkan legitimasi. LEDGIT menggunakan teknologi “Smart Contracts” dan mengintegrasikan “Aplikasi Pintar” bagi menyediakan platform ketelusan yang tinggi, provinsi yang tepat, legitimasi dan kecekapan merentasi asal-usul dalam dua aspek iaitu sumber produk dalam rantaian bekalan dan salasilah keluarga dan budaya. Aplikasi ini juga membolehkan maklumat diteruskan kepada generasi akan datang.

Panel 1 : Mr. Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia)

Semasa En Mark Pui membentangkan statistik tentang pelaburan dan tips jika anda ingin mengambil risiko dalam mana-mana pelaburan. Ambil tahu dan mencari info tentang portfolio mereka, adakah mereka sukses? pengalaman mereka? produk apa? berapa yang dijanjikan? adakah mereka mendapat manfaat yang sama? struktur bonus / diskaun dan dari mana sumber semua pulangan itu akan datang? Ambil tahu! Sebab tahun 2017 adalah tahun yang bagus untuk melabur, tetapi tahun 2018 sangat sukar.

The Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum

Panel 2 : Mr Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia)

Perkongsian dari SEDA juga sangat menarik, dimana mereka mengumpulkan data yang tepat dan benar. Sebagai contoh isu pemalsuan sijil diploma, ijazah, phd doktor falsafah juga dapat di analisa. Sudah tentu mereka akan rujuk pihak universiti diatas permintaan majikan. Bagus kan? Membantu HR untuk mengumpul maklumat pekerja.

The Future of Blockchain Industry ForumThe Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum

www.getseda.io

Panel 3 : Mr Fengsen, Pengasas Blockhong (China) dan Timbalan Ketua Setiausaha lnstitut Blockchain Dunia (China)

The Future of Blockchain Industry Forum

www.blockhong.com

Panel 4 : Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia)

The Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum

Panel 5 : Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran)

The Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum

Panel 6 : En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia)

The Future of Blockchain Industry ForumThe Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum The Future of Blockchain Industry Forum

Manfaat Teknologi Blockchain Untuk Ketelusan Maklumat

Pada pendapat ruby, Teknologi Blockchain ni boleh dimanfaatkan dalam beberapa situasi di Malaysia

  1. Menganalisa ketepatan data pengundian pilihan raya. Data ini boleh memudahkan untuk pihak berwajib mengesahkan taraf kerakyatan dan status mengundi.
  2. Memberi maklumat tepat kepada syarikat yang mencari pekerja agar tidak tertipu dengan dokumen palsu. Pekerja menipu dengan dokumen ijazah palsu dari universiti dan majikan tidak dapat mengenalpasti sama ada ia dokumen yang betul atau tidak. Jadi, kerjasama diantara pihak universiti dan majikan seluruh Malaysia pasti dapat mencari pekerja yang yang diinginkan. Malah menjimatkan kos majikan untuk melatih dan hantar kursus.
  3. Membantu mencari asal usul keluarga, mungkin kita dapat melihat susur galur keluarga kita dengan Teknologi Blockchain.
  4. Mengesahkan jenama produk asli, agar pelanggan tidak tertipu lagi. Isu yang berbangkit seperti peralatan kosmetik, produk kosmetik, bag tangan berjenama, susu formula dan macam-macam lagi.

Semoga program seperti The Future of Blockchain Industry Forum akan diadakan lagi dan kita boleh ketahui apa lagi yang dibina dengan Teknologi Blockchain. Teknologi Blockchain adalah sesuatu yang baru bagi ruby dan ia sangat menarik untuk dipelajari. Untuk lebih maklumat, anda boleh baca di www.wikipedia.org/wiki/Blockchain

www.ledgit.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

24 thoughts on “LEDGIT The Future of Blockchain Industry

    wong yee shin

    (May 15, 2018 - 8:42 pm)

    Hi, Thank you for the posting of the for the even & LEDGIT as well.

    Ika Sani

    (April 19, 2018 - 10:43 pm)

    Blockchain Ika tak pernah dengar lagi la kat Malaysia. Bitcoin people nah. Online money kan? Ramai yang dapat untuk through bitcoin tapi quite scary kalau tak tahu mcm.mana huhu
    Ika Sani´s last blog post ..Althea Bare Essentials: I Want Glass Skin TooMy Profile

    Zayani Zulkiffli

    (April 18, 2018 - 10:16 pm)

    First time dengar tentang teknologi macam ni. Tak sangka dah maju Malaysia, semua benda ada dalam teknologi, tak lama, duit pun da tak laku.
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Dakwat Di Jari: Program Khas Politik Wanita Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14My Profile

    Mazni Azmi

    (April 18, 2018 - 2:20 pm)

    Salam rabu dari Maznee kepada sis ruby. Bagus ikuti perkembangan teknologi
    Mazni Azmi´s last blog post ..Skincare Routine Malaysia? Ini Cara Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Seperti Wanita Korea!My Profile

    Mama Hakim

    (April 17, 2018 - 6:19 pm)

    Semoga malaysia kekal makmur dan aman damai mudah untuk cari rezeki dan tolong orang susah
    Mama Hakim´s last blog post ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang ManaMy Profile

    Azmi Abdul Rahman

    (April 17, 2018 - 4:07 pm)

    Memang nama tu di ambil dari perkataan legit atau sah kan. Bagus ikut teknologi tu
    Azmi Abdul Rahman´s last blog post ..Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018My Profile

    Mawardi

    (April 17, 2018 - 11:52 am)

    Company Malaysia rupanya LEDGIT ni. Ingatkan overseas. Walaupun agak heavy untuk pembacaan saya, kena ambil tahu tentang hal-hal terkini seperti ni. Nanti nak study morelqh. Tq for sharing
    Mawardi´s last blog post ..PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP AMBASSADOR PUTRAJAYAMy Profile

    Ibu Zaid

    (April 17, 2018 - 10:50 am)

    Sana sini semua sembang tentang teknologi block chain. Memang pantas teknologi berkembang
    Ibu Zaid´s last blog post ..Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang? Wah Cantiknya!My Profile

    Racheal Loh

    (April 17, 2018 - 10:31 am)

    Finally I understand how this Ledgit going and this is no more new to the market. I have seen a lot report of bitcoin and been trying to roll into this. However it is true that if we’re don’t understand how the whole process running, definitely we never realized the risks that going to happen… This article really impressed me and your effort in making is understand.
    Racheal Loh´s last blog post ..Sushi Zanmai is now available at Sky Avenue, Resorts World Genting | 24hours Food-TrailMy Profile

    Bro Framestone

    (April 17, 2018 - 9:09 am)

    Wowwwww ini sesuatu yang berbeza dan membuka mata bro tentang Teknologi ‘blockchain’.

    Selama ini, bila orang sebut pasal Teknologi ‘blockchain’, dalam kepala otak dok fikir bitcoin je…..
    Bro Framestone´s last blog post ..Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 Dedah Peluang Keusahawanan Kepada BumiputeraMy Profile

    Rawlins GLAM

    (April 17, 2018 - 8:17 am)

    Betul cakap Ruby. Even Rawlins pun banyak kali baca tapi still tak paham. But sepertimana Quran, kalau baca tak paham pun tak guna dan seeloknya jangan tafsir sendirian – takut jadi ilmu songsang. Hahaha. Maka better bertanya pada yang pakar kan? Bagus tindakan mengadakan seminar sebegini. Ianya memberi peluang dan ruang untuk orang awam memahami dan mendalami berkenaan Bitcoin.
    Rawlins GLAM´s last blog post ..Epic Burgers & Durian Dishes by EzieTech Cafe, NilaiMy Profile

    Annur Syuhadah

    (April 17, 2018 - 5:33 am)

    Great! Akhirnya blockchain dah semakin banyak diaplikasikan kat malaysia. Memang susah nak faham kalau kite tiada minat dalam bidang ni.
    Annur Syuhadah´s last blog post ..Cara memohon kebenaran pulang awal satu jam bagi pegawai wanita hamilMy Profile

    syafiera

    (April 17, 2018 - 12:00 am)

    bitcoin ke forex ke, husband cakap kalau tak faham tak pandai jangan memandai nak join nanti takut orang ambil kesempatan, sejak dia cakap macam tu memang tak berminat nak ambil tahu pasal tu, apa-apa jadi sape nak cover. 🙁 banyak kali baca pun tak faham faham jadi jangan ambil risiko je..

    Cindyrina

    (April 16, 2018 - 11:03 pm)

    Topic ni memang agak berat. Tapi tidak salah jika kita cuba mempelajari nye since this gives more benefit than harm. I am interested in this since last year.

    Abby Onety

    (April 16, 2018 - 9:05 pm)

    Abby baru dengar kata “Teknologi Blockchain”. Menurutku.sih teknologi ini sangat penting untuk diketahui dan dipelajari orang ramai sebab banyak sekali manfaat yang bisa.kita dapatkan. Tetapi jujur, tidak mudah untuk mempelajari teknologi ini. Terus belajar pasti bisalah tentunya

    Ayu rafikah

    (April 16, 2018 - 3:04 pm)

    Baru akk phm tentang black chain, lejat dan legit. Banyak juga info melalui artikel yg dikongsi. Plg akk cuba paham ttg mata wang, bunyi macam kompleks ttpi as org awam kita kena amik tahu juga
    Ayu rafikah´s last blog post ..derma365 Mampu Memelihara Kulit Sepanjang Hari Sehingga 365 HariMy Profile

    Diah

    (April 16, 2018 - 2:14 pm)

    Saya pernah baca tentang bitcoin dijadikan salah satu bentuk matawang, nak gunakan pun secara online (tak arif sangat). Blockchain betul-betul benda baru.

    Kalau berdasarkan contoh Kak Ruby bagi, memang bagus kalau negara kita gunakan blockchain untuk sistem yang lebih telus.

    Bagus kalau pihak terlibat banyakkan lagi aktiviti awareness tentang Blockchain.

    Hanny Abdullah

    (April 16, 2018 - 1:01 pm)

    Memang betul kata Ruby, memang berat sungguh artikel ni utk sis fahami. Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan tidaklah berpelajaran tinggi..memang sis kurang memahami apakah itu blockchain..kena study betul2 ni..hehehe
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Day 1 – Influencers FAM Trip Resorts World LangkawiMy Profile

    Fiza Rahman

    (April 16, 2018 - 12:29 pm)

    Terima kasih atas perkongsian Ruby. Tak pernah dengar lagi pasal Blockchain. Kena baca banyak kali untuk lebih faham. Tapi pernah dengar lah pasal Bitcoin. Itu pon tak tahu apa fungsinya. Kena ambil tahu juga pasal benda-benda ni kan.
    Fiza Rahman´s last blog post ..Merawat Batuk Dan Selsema Bayi Dengan NARINAR FLUtherapyMy Profile

    Cik Rose

    (April 16, 2018 - 10:51 am)

    Banyak kemajuan teknologi yang Ros sendiri tertinggal. dengan adanya pendedahan macam ni, barulah tahu. Sebenarnya kita sendiri kena cari peluang dan luangkan masa untuk mengikuti kemajuan teknologi jika atak mahu ketinggalan. Ros tertarik dengan keupayaan teknologi Blockchain dalam mencari susur galur keluarga tu.
    Cik Rose´s last blog post ..Nak Kurus Kena Kuat SemangatMy Profile

    Betty

    (April 16, 2018 - 10:32 am)

    My company has started with Blockchain since 2017 and we can see the transformation. Is not easy to understand Blockchain term unless your company is into it. Now we can see most the global or multi company are ready to invest in Blockchain.

    Zharif Azis

    (April 16, 2018 - 10:25 am)

    Betul, agak heavy artikel ini untuk difahamkan. Tapi lepas baca, sy boleh simpulkan satu perkara. Blockchain nie kira satu medium untuk mengenalpasti ketelusan sesuatu data itu (maaf kalau silap). Perkongsian dari panel kedua mengenai pemalsuan degree/sijil/ijazah kedotoran tu semua mmg bagus. Sebabnya org skrg akan guna segala cara utk dapatkan sesuatu termasuklah menipu dan memalsukan sijil pendidikan. Jadi, syarikat2 kena lah bijak utk menepis isu penipuan ini. Terima kasih Ruby di atas perkongsian artikel yg bermanfaat ini
    Zharif Azis´s last blog post ..CO2 Fractional Laser Treatment at Premier ClinicMy Profile

    Mak LIn

    (April 16, 2018 - 9:53 am)

    Pernah dengar cryptocurrency, bitcoin tapi tak pernah lagi dengar pasal blockchain. Heavy reading untuk Mak yang bidang Medical ni (^_____^)” Tapi memang hebat kan dengan teknologi saja kita boleh tahu susur galur family dan keturunan kita

    kylie cre8tone

    (April 16, 2018 - 9:30 am)

    Blockchain industry is still very new to me…. Interesting to know some facts about blockchain industry… Looks like a very informative forum with very details graph analytics.. Good one..
    kylie cre8tone´s last blog post ..Johnson’s 125 years in caring for baby’s delicate skinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.