NARINAR FLUtherapy Khas Untuk Bayi

      24 Ulasan pada NARINAR FLUtherapy Khas Untuk Bayi

NARINAR FLUtherapy Khas Untuk Bayi. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi dengan anda satu produk yang akan membantu anda ketika anak anda sedang mengalami selsema, batuk, demam, sukar tidur, kembung perut dan sembelit. Jika dahulu, ruby hanya menggunakan minyak telon sahaja. 1 botol untuk semua keadaan dan ia tidak membantu terus kerana bau minyak telon tidak mesra sangat. Betul tak? Penggunaan balsem juga tidak sesuai untuk bayi kerana isi kandungannya boleh mengakibatkan sawan kepada bayi. Kenapa boleh jadi sawan? sebab ada Camphor melebihi 11%. Tidak semestinya produk yang selamat untuk orang dewasa, sesuai untuk bayi kita. NO! NO!

NARINAR FLUtherapy Khas Untuk Bayi

Ruby suka terapi dari minyak pati. Ia lebih natural dan sesuai untuk semua keadaan. Boleh jadi minyak sapu di kulit, dihidu dan dicampurkan ke dalam diffuser. Sebagai ibu, apa yang ruby sering risaukan adalah anak ruby yang dari usia selepas habis berpantang sudah di hantar ke taska. Faham-faham lah di taska berapa ramai bayi dan kanak-kanak.

Kalau balik rumah pasti bersin, batuk, hidung berair dan badan panas. Bila ruby lihat anak tidak sihat begitu, ruby tidak hantar ke taska. Risau anak-anak orang lain berjangkit. Tapi, ibu bapa lain seakan membiarkan aje anak mereka ke taska dan pihak taska tidak boleh buat apa-apa. Mereka serba salah. Sama ada anak anda di vaksin atau tidak, sakit pasti ada. Cuma cara kita menangani tulah yang penting. Nanti dah makin teruk seperti bronchitis dan radang paru paru atau pneumonia baru nak beri perhatian kepada anak. Memang dah terlambat. Masa seterusnya akan dipenuhi dengan Unpaid Leave, Emergency Leave dan MC. Dah ganggu reputasi kerjaya ibu bapa. Hurmmmm.

NARlNAR FLUtherapy

Produk NARINAR FLUtherapy membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk tanpa perlu diambil secara oral. Anda sedia maklum bahawa bayi dibawah usia 2 tahun tidak akan diberia sebarang ubat apabila mereka demam, selsema dan batuk. Doktor akan menasihatkan anda terus menyusu anak anda dan anda sebagai ibu perlu menjaga pemakanan anda agar susu yang terhasil lebih berkualiti. NARINAR FLUtherapy merupakan gabungan pati tumbuhan eksotik yang diformulasi khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah. Bagus kan? Melihat Alif mudah lena dan tantrum tiada, ruby lega dan tiada lagi malam-malam yang bingit dengan tangisan dia.

Produk NARlNAR FLUtherapy

NARlNAR mempunyai NARlNAR T-SERIES, iaitu set terapi urutan lengkap untuk ibu bapa. Pada permulaan ketika ingin sapu dekat Alif punyalah susah. Sebab dia memang tidak suka perkara yang lambat. Lepas mandi terus pakai baju. Kalau tidak, mulalah nak mengamuk marah. Tapi sebagai ibu, ruby tidak boleh putus asa. Ruby amalkan NARINAR FLUtheraphy dan NARINAR Tummy Theraphy setiap kali selepas Alif mandi. Sekarang, dia pula mencari botol kecil NARINAR ni. Jadi, ruby beri yang NARINAR Sleep Therapy tu untuk dia pegang. Takdalah bergaduh anak beranak nak botol NARINAR FT & TT. Hahaha. Pada waktu malam ruby sapu NARINAR Sleep Therapy kepada Alif. Alif tidur, ruby pun tidur.

1. NARlNAR FLUtherapy – NARINAR FT

NARlNAR FLUtherapy

NARINAR FLUTherapy mengandungi 100% bahan semulajadi iaitu Gam arab (Boswellia Carteri), Minyak zaitun, Lavender, Pudina dan Pati lemon. Isi kandungan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan apabila digabungkan menjadi minyak pati yang serba boleh untuk kelegaan bayi anda.

NARlNAR FLUtherapy NARlNAR FLUtherapy

2. NARlNAR Tummy Therapy – NARINAR TT

NARINAR TT adalah gabungan 100% ekstrak pati aloevera, serai wangi, lemon dan pudina yang sangat segar untuk kelegaan segera dari perut kembung, sembelit dan cirit birit. Gunakan NARINAR TT selepas mandi, pasti anak akan rasa lega. Lagi pula dengan tapak tangan kita yang panas. Mesti anak minta urut lagi dan lagi.

NARlNAR FLUtherapy NARlNAR FLUtherapy

3. NARlNAR Sleep Therapy – NARINAR ST

NARlNAR ST (Sleep Therapy) sesuai untuk memberi ketenangan segera pada bayi dan anak-anak kecil dengan gabungan 100% pati semula jadi dari ekstrak lavender, epal hijau, oren, bunga chamomile dan bidara. Bukan sahaja boleh digunakan oleh bayi, kanak dan ibu bapa. Malah seisi keluarga boleh menggunakan NARINAR ST. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, sapu NARINAR ST di bahagian nadi dan urut lembut leher anda. Pasti terus terlelap walaupun sedang pegang telefon pintar. Hahaha

NARlNAR FLUtherapy NARlNAR FLUtherapy

Panduan menggunakan NARINAR

NARINAR (FT) FLUtheraphy

Kekerapan anak ruby selsema boleh dikatakan setiap bulan. Hidung berair aje. Bila cuaca tak menentu, terus demam dan batuk. Ruby gunakan NARINAR FT ni paling kerap. 10ML dalam masa 2 minggu untuk Adam dan Alif. Mereka berdua suka bila ruby sapu NARINAR FT. Tapi paling ruby bimbang adalah Alif. Sebab masih bayi. Tak sanggup kalau dia kena sedut kahak di hospital. Dah la masih kecil. Hurmmm. Jika Alif selsema dan berkahak, ruby selalu amalkan memandikan Alif dengan air suam dan kami berdua duduk dalam bilik mandi yang berwap. Kemudian lakukan tepukan percussion. Nanti boleh lihat hingus dia meleleh keluar. Selepas selesai mandi, guna NARINAR FT.

TIPS :

  1. 2 hingga 4 titis NARINAR FT
  2. Urut lembut

Jika Bayi Selesema / Batuk :

  • Sapu di tapak kaki menggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan.
  • Calit nipis di hidung jika tersumbat.
  • Ulang setiap 15 hingga 30 minit selama dua jam. 
  • Lakukan urutan lembut di zon-T wajah bayi. 
  • Lakukan teknik urutan Vitafiex memfokuskan pada poin sinus dan paru-paru.
  • Lakukan teknik tepukan percussion/cupping untuk melonggarkan kahak dan lendir.

Jika Bayi Demam :

  • Titiskan NARINAR FT di pelipat kaki dan tangan.
  • Titiskan NARINAR FT di sepanjang tulang belakang.
  • Urut lembut

NARlNAR FLUtherapy

NARINAR (TT) Tummy Therapy

Bila ada anak usia bawah dua tahun, kekerapan perut meragam tu sentiasa ada. Kadang-kadang sebab salah makan, pernah si Alif makan lemang secuit. Dah kembung perut. Kesian dia tak boleh tidur lena. Kemudian bila mencuba susu formula yang tidak serasi, najis cair dan kulit punggung dia terbakar. Aduhhh kesiannya. Dah la cirit birit, kulit pula iritasi. Tapi dalam banyak-banyak kesakitan, yang paling comel bila dia sembelit. Muka Alif nak buang air besar tu baik sangat. Very good boy. Sebab anak ruby ni lasak, jarang la nampak mereka muka tenang. Hahaha.

TIPS :

  1. Titiskan 2 hingga 4 titis NARINAR TT di perut
  2. Urut lembut
  • Jika kembung perut. Urut perlahan-lahan agar kepanasan tapak tangan beri keselesaan kepada bayi
  • Jika sembeiit, urut lembut perut anak secara membulat tetapi pusingan arah jam.
  • Jika cirit birit, urut lembut perut anak secara membulat pusingan lawan arah jam.

NARlNAR FLUtherapy

NARINAR (ST) Sleep Therapy

  1. Titiskan 1 hingga 2 titis NARINAR ST di atas tapak tangan
  2. Sapukan di titik nadi pergelangan tangan, belakang telinga dan tapak kaki
  3. Urut lembut dan dijamin anak anda tidur selepas itu. Hahaha

Narinar FLUtherapy

Harga Produk NARINAR FT, TT & ST

Narinar FLUtherapy

  • NARlNAR FLUtherapy – NARINAR FT : RM 59 (10ML)
  • NARlNAR Tummy Therapy – NARINAR TT : RM 59 (10ML)
  • NARlNAR Sleep Therapy – NARINAR ST : RM 59 (10ML)
  • Essential Baby Therapy Kit (T-Series) Pack Combo : RM 159

Anda tidak perlu risau mengenai tahap keselamatan kerana NARlNAR FLUtheraphy telah melalui tiga siri ujian termasuklah alahan kulit yang dilakukan oleh makmal yang mendapat pengiktirafan standard Malaysia dan antarabangsa menepati piawaian dan penyelidikan perindustrian Malaysia. Melalui kajian tersebut, disahkan bahawa NARlNAR FLUtherapy bebas logam berat yang berbahaya, bebas mikroorganisma berbahaya dan mesra kulit. Jangka hayat produk NARINAR FT, NARINAR TT, NARINAR ST adalah selama 12 bulan!

Senarai Stokist Narinar FLUtherapy :

Dapatkan NARINAR FLUtherapy Terapi Selsema Bayi Pertama Di Malaysia sekarang!

1) Marliana Hamzah (Johor Bahru & Johor) 017-6641119
2) Wan Lotfiza Inez Wan Sulaiman (Setiawangsa & Lembah Klang) 019-2182769
3) Siti Raikhan Aina Bogal ( Sepang & Putrajaya)019-3454121
4) M Hidhir Ibrahim (Melaka) 013-6449017
5) Armida Sumaryanti (Kedah & Utara) 011-15433879
6) Noramrina Saat (Putrajaya) 010-2161047
7) Fatimah (Kemaman & Pantai Timur) 012-2376793

www.narinar.com
www.flutherapy.com.my
www.facebook.com/flutherapyofficial
www.instagram.com/narinar.malaysia

24 comments on “NARINAR FLUtherapy Khas Untuk Bayi

  1. Mak Lin

    Banyak juga Mak baca review tentang Narinar ni. Semua positif. So gaji ni Mak nak beli Narinar pula la untuk anak Mak. Thanks kongsi review Ruby.

    Reply
  2. adianiez AIDA

    aida terpaksa setuju. ini bagus utk terapi kesihatan anak2 kita.
    aida guna oil gini jugak, ruby. ada spray jugak. pantang la ada member jual, aida beli 🙂 ha ha ha
    sebab, izzat memang mudah selsema batuk.
    faktor tadika satu hal. izzat sejak umur 3 bulan dah dok nursery, ruby. seksa nyer anak selsema batu demam ni, Allahu Akbar.
    gi pakar kanak2. imunisasi lebih dari kakak2 nyer. ubat jgn ckp la. aduhai…
    then, aida terpaksa cari alternatif. this kind of terapi memang sgt sesuai utk kanak2.
    natural.
    alami.
    terapi healing nyer lost lasting.
    adianiez AIDA´s last blog post ..Otak Saya Amat Kompleks !My Profile

    Reply
  3. Jane

    My son always got flu and sometimes I also don’t know what to do since Vitamin C given. I should give this a try and hopefully it works on my son too..

    Reply
  4. Suria Amanda

    NARINAR ni jadi pilihan ibu- ibu sekarang..adik akak pun guna ni..tiap malam dia sapu kat anak dia..pastu akak nampak time lepas mandi pun dia sapu kat perut ngan tapak kaki…kalau orang dulu2 sapu vicks kat kat perut baby..akak plak kalau therapy oil ni guna masa nak tido..akak jenis payah nak tido malam kalau letih sangat badan…sekali sapu je..lelap sampai pagi…
    Suria Amanda´s last blog post ..Preview Ramadhan Buffet Sajian Timur Di Bangi Golf ResortMy Profile

    Reply
  5. Syafiera Yamin

    sekarang ni memang musim, bukan budak kecil je yang selesema kita yang dewasa pun dok selesema juga,
    common disease tapi memang kena cara untuk rawatan la…
    ada orang nak cegah flu guna vaksin flu tapi kena juga flu..
    ada orang kena flu dia rawat guna natural < ni bagus..
    huhuhuhuh…..

    jadi pilihlah apa pun produk yang penting boleh rawat simptom flu tu..
    kalau macam I guna lemon buat mandi, lepas tu guna strimar bersihkan hidung guna penyedut tarik keluar hingus anak tu.. selagi tak keluar hingus tu sellagi tu la tak selesa dorang ni, heee..

    nampak macam menarik narinar ni, sebotol pun not bad gak harganya huuu..

    Reply
  6. Ezna

    Serius memang betul Ruby cakap tu. Anak kecik memang senang terkena penyakit ni. Tambahan kalau tinggal di nurseri waktu yang lama sebab ada mak mak yang hantar nurseri 1/2 hari ajer. Perlu ada la combo ni untuk mereka yang ada anak kecik sebab anak kecik ni kalau sakit selalunya merengek-rengek…..
    Ezna´s last blog post ..New Breed of CryptocurrencyMy Profile

    Reply
  7. Ana Suhana

    Ana pun prefer produk dari bahan semulajadi especially dari pati minyak macam produk NARINAR ni. Rasa selamat nak guna dekat anak2. Lagipun pati minyak banyak kebaikan dia dan lebih berkesan. Wajib ada lah senang kata dekat setiap rumah.

    Reply
  8. Irismyra

    Sekarang ni memang musim demam batuk selsema.. Lagi2 ank kecik snang sangat berjangkit.. Kna cuba juga minyak ni selain ubat ubatan hospital.. Usaha dan tawaakal jgk la..

    Reply
  9. Ema

    Paling tidak suka bila ada parents mementingkan diri sendiri tetap hantar anak yang tidak sihat ke taska. Kita sedia tahu, anak² kecil antibodi pun tidak kuat. Bagus sangat ada produk seperti ini, tidaklah selalu kita bergantung dengan ubat makan bila anak sakit.

    Reply
  10. akubiomed

    Anak kecil mudah terkena jangkitan selsema. Lagi lah yang hantar nursery boleh terjangkit dari anak orang lain yang turut berada di nursery yang sama.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge