Pencarian Wanita Melayu 2018 Kini Bermula

Pencarian Wanita Melayu 2018 Kini Bermula. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan program ratu cantik serikandi Melayu dah bermula! Masih ingat artikel ruby http://ruby.my/2018/03/pencarian-wanita-melayu-2018/ ramai yang bertanya “masih ada ke wanita melayu yang sopan santun?” “masih ada ke wanita melayu yang pandai memasak?” “masih ada ke gadis melayu yang bijak dan hebat seperti serikandi?”. Apabila ruby mendapat persoalan sebegitu, ruby mula terfikir, “wah susah juga apabila sudah bergelar Ikon Wanita 2018 nanti.

Pencarian Wanita Melayu 2018 Kini Bermula

Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.

Penyertaan secara dalam talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.

Karl Shafek Bersama Pemenang PWM Sebelum Ini

Sesi uji bakat bakal diadakan pada 7 April 2017 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.

“MALAY GIRLS RULE!”

Pencarian Wanita Melayu 2018
Puan Azura Mokhtar (tengah) diapit Karl Shafek dan Encik Rizwan (General Manager Ice-Watch) bersama pemenang Pencarian Wanita Melayu 2014-2017

Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.

MENTORING SESSION

Pencarian Wanita Melayu 2018
Pemenang PWM Dari kiri Ashira Kaseh (2014) Hazwani Zaini (2015) Ayu Harris (2016) dan Nurul Ain (2017).

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.

Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.

HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)

Pencarian Wanita Melayu 2018
Puan Azura Mokhtar Bersama General Manager Ice-Watch En Rizwan

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

Tentatif Program Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

  • 5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
  • 7 April 2018 : Sesi Uji Bakat
  • 21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
  • 22 April 2018 : Mentoring Session
    Rock Climbing
    Kelas Etika
    Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
    Sesi Fotografi
  • 23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO
    Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley
  • 25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
  • 26 April 2018 : Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza
    Lokasi: Plaza Shah Alam
  • 28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018
    Lokasi: Plaza Shah Alam
    Masa: 2 – 5 Petang

ACARA MENARIK FINAL PENCARIAN WANITA MELAYU 2018

Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang abakal berlangsung pada 28 April ini.

Top 30 Semi Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018

Pencarian Wanita Melayu 2018-1 Pencarian Wanita Melayu 2018-1

  1. Nur Athiyah Hazirah 23
  2. Siti Nurizzah 21
  3. Ismahana Halid 28
  4. Amelia Farhana 20
  5. Nur Syuhada 23
  6. Nurul Intan 24
  7. Nursara Dina 25
  8. Nurul Shaqierin 22
  9. Nadjaliza 30
  10. Amy Nurtinie 22
  11. Nurfarah Wahidah 23
  12. Siti Sarah 26
  13. Siti Raihana 18
  14. Siti Mastura 28
  15. Nur Ezziyanti 20
  16. Nurul Nabilah 23
  17. Nur Amira 22
  18. Nur Qistina 23
  19. Malihah Liyana 19
  20. Huda Saber 29
  21. Nur Arweyddah 28
  22. Nur Fatihah 25
  23. Alya Iman 25
  24. Elsa Amalina 22
  25. Nur Aishah Razak 25
  26. Aunee Azrina 25
  27. Nurdini Farina 23
  28. Zawin Najah 25
  29. Nurul Din Nadhirah 24
  30. Sakinah 25

Semoga berjaya kepada semua finalis dan jika anda ingin ketahui apa yang mereka lakukan, boleh ikuti di www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu

www.plazashahalam.com
www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM
www.instagram.com/plazashahalam

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Pencarian Wanita Melayu 2018 Kini Bermula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.