Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018

Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018. Assalammualaikum semua, pada jumaat lepas ruby berkesempatan ke program tarian tradisional. Semasa berada di sini, ruby dapat rasakan keseronokan dan hubungan seni dan tarian sangat kuat. Terkenang semasa muzik dan tarian Irama Malaysia menjadi fenomena. Tambahan pula selebriti Noraniza Idris sering mengangkat budaya seni ini ke satu tahap yang lebih baik setiap tahun.

Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018

Kini, program Akar Kita Zapin telah memasuki ke tahun keempat. Buat pengetahuan anda, dari tahun 1985 Noraniza Idris memperjuangkan Muzik Irama Tradisional dan Tarian Tradisional. Ini adalah semangat yang kita sendiri tidak akan mampu. Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana beliau terus memperjuangkan Irama dan Tarian Tradisional. Betul tak? Selebriti yang turut hadir ialah Noraniza Idris dan Khai Bahar di majlis tersebut. Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj turut merasmikan pelancaran Tingkah Geruh 2018.

Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018

Ini adalah tahun pertama ruby hadir ke program sebegini dan ruby amat berbangga dan tertarik dengan sorotan program yang disediakan. Festival Akar Kita Zapin 2018 berlangsung bermula 27 April 2018 Jumaat hingga 29 April 2018 Ahad di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti disediakan bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Parking di Dewan Bahasa dan Pustaka RM 3 sekali masuk.

Selepas kemeriahan Empayar Akar Kita Zapin hampir dua tahun yang lalu, Persatuan Tatihseni Malaysia, bersama-sama Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza ldris Production Ventures Sdn. Bhd. kini kembali dan tetap komited berjuang memartabatkan seni budaya menerusi Program Pemasyhuran Budaya Tingkah Geruh 2018, sempena Festival Akar Kita Zapin 2018, bermula 27 hingga 28 April 2018, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Rakaman Siaran Tertunda Eksklusif RTM

Buat pertama kalinya juga selepas 4 tahun dianjurkan, penganjur diberi kepercayaan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi RTM untuk menerbitkan program Tingkah Geruh 2018 sebagai sebuah rancangan realiti berkonsep hiburan umum berdurasi 2 episod untuk peringkat Kebangsaan dan 01 episod x 120 minit untuk peringkat Nusantara. Program ini akan menjadi penerbitan siaran tertunda eksklusif RTM.

Dengan penambahbaikan format pertandingan daripada musim yang lalu, Tingkah Geruh 2018 membawakan dua segmen utama iaitu Geruh Bertandak dan Tingkah Geruh yang akan menampilkan 8 kumpulan peserta kebangsaan untuk merebut tempat sebagai Juara Tingkah Geruh 2018 dan selerusnya akan berentap dengan lkon Akar Kita Zapin untuk gelaran Ikon Tingkah Geruh 2018. Dua terbaik ini nanti akan menempah tempat untuk bertanding kehebatan bermain zapin dengan wakil dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tingkah Geruh

Kumpulan yang mengambil bahagian peringkat Kebangsaan ialah Nyala Dance (Kuala Lumpur), Masyhur Zafana (Sekolah Seni Malaysia Johor), Adikarma (Universiti Sains Malaysia), Persadatari (Universiti Malaysia Terengganu), Pertubuhan Kesenian Tradisi, Jalinan Anak Seni Teater, Tari & Sastera Kelantan – Senitra Jastera (Kelantan), Nilakarma (Universiti Sains Malaysia), Auramustika (Universiti Malaysia Terengganu) dan Majlis Kesenian Daerah Kluang (Johor). Dengan penampilan khas Ikon Akar Kita Zapin,

Kumpulan Nusantara pula terdiri daripada kumpulan kesenian Era Dance Theatre Ltd (Singapura). Sanggar Latah Tuah (Universiti Islam Negeri Sultan Kassim, Riau, Indonesia). Penggiat Seni Tanahair Brunei (Brunei) dan Sanggar Tasek Seminai (Siak, Indonesia).

Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018

Selebriti Jemputan :
Datuk Seri Shah Rezza
Liza Abdullah

Pengacara :
Fee Haiqal
Fizi

Juri :
Norsheila Amin
Pak Ngah
Khai Bahar

Pengetua :
Seth Hamzah

Peserta Tingkah Geruh Peringkat Kebangsaan 2018

1. Nilakarma Pulau Pinang
2. Persadatari Terengganu
3. Masyhur Zaffana Johor
4. Auramustika Terengganu
5. Majlis Kebudayaan Dan Kesenian Daerah Kluang Johor
6. Adikarma Pulau Pinang
7. Nyala Dance Theater Kuala Lumpur
8. Artis Tari Senitra Jastera Kelantan

Tingkah Geruh Sesi Pertama :

  • Nilakarma Pulau Pinang vs Persadatari Terengganu
  • Masyhur Zaffana Johor vs Auramustika Terengganu
  • Majlis Kebudayaan Dan Kesenian Daerah Kluang Johor vs Adikarma Pulau Pinang
  • Nyala Dance Theater Kuala Lumpur vs Artis Tari Senitra Jastera Kelantan

Tingkah Geruh Sesi Kedua :

  • Nilakarma Pulau Pinang vs Masyhur Zaffana Johor
  • Majlis Kebudayaan Dan Kesenian Daerah Kluang Johor vs Nyala Dance Theater Kuala Lumpur

Tingkah Geruh Sesi Ketiga :

  • Nilakarma Pulau Pinang vs Nyala Dance Theater Kuala Lumpur

Bonus Tingkah Geruh Sesi Ketiga Bersama Ikon Tingkah Geruh iaitu Sanggar Budaya Sri Pengkalan (Kuala Lumpur) yang mengekalkan Kejuaraan Tingkah Geruh Kebangsaan dan Nusantara 2012, 2014 dan 2015

  • Nyala Dance Theater Kuala Lumpur vs Sanggar Budaya Sri Pengkalan Kuala Lumpur

Pemenang Peserta Tingkah Geruh Peringkat Kebangsaan 2018

  • Pemenang Anugerah Platinum Tingkah Geruh Peringkat Kebangsaan 2018 : Nyala Dance Theater Kuala Lumpur (RM 5000)
  • Pemenang Anugerah Emas Tingkah Geruh Peringkat Kebangsaan 2018 : Nilakarma Pulau Pinang (RM 3000)
  • Pemenang Anugerah Perak Tingkah Geruh Peringkat Kebangsaan 2018 : Majlis Kebudayaan Dan Kesenian Daerah Kluang Johor (RM 2000)
  • Pemenang Anugerah Gangsa Tingkah Geruh Peringkat Kebangsaan 2018 : Masyhur Zaffana Johor (RM 1000)

Peserta Tingkah Geruh Peringkat Nusantara 2018

1. Sanggar Latah Tuah Indonesia
2. Pestab Brunei
3. Sanggar Tasik Seminai Indonesia
4. Era Dance Theater LTD Singapura
5. Nyala Dance Theater Kuala Lumpur
6. Sanggar Budaya Sri Pengkalan Kuala Lumpur

Pemenang Tingkah Geruh Peringkat Nusantara 2018

  • Pemenang Anugerah Platinum Akar Kita Zapin Peringkat Nusantara : Sanggar Budaya Sri Pengkalan Kuala Lumpur (RM 8000)
  • Pemenang Anugerah Emas Tingkah Geruh Peringkat Nusantara 2018 :  (RM 5000)
  • Pemenang Anugerah Perak Tingkah Geruh Peringkat Nusantara 2018 : Sanggar Tasik Seminai Indonesia (RM 3000)
  • Pemenang Anugerah Gangsa Tingkah Geruh Peringkat Nusantara 2018 : (RM 1500)

Festival Akar Kita Zapin 2018

Seiring dengan kesedaran untuk menjadikan idea kreatif sebagai pencetus perniagaan, Festival Akar Kita Zapin 2018 kali ini telah disusun agar menjadi sebuah platform kemahiran yang berpotensi ke arah menjana ekonomi digital melalui sesi bimbingan latihan Mentor Mentee.

Program yang dilaksanakan dalam Festival Akar Kita Zapin 2018 pada 27 hingga 29 April 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan utama seramai 120 orang yang mengambil bahagian dalam beberapa acara yang telah disusun sebagai tugasan, dilatih sebagai ketua kumpulan kepada peserta-peserta berdaftar menerusi aktiviti “Bengkel Pembangunan Modal lnsan Sesi Latihan Mentor Mentee”.

Terdapat lebih 20 buah acara menarik sebagai platform latihan peserta sepanjang 3 hari. Melalui sambutan yang menggalakkan, peserta berdaftar ini mencecah lebih 2200 orang berusia antara 15 hingga 40 tahun daripada kalangan pelajar sekolah, Universiti Awam dan Swasta, lndividu, NGO serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk turut secara percuma.

  • Makanan warisan di Gerai Kuih Kedai Kopi MWCP
  • Cenderahati di kedai Kraf MWCP
  • Menonton persembahan kesenian dan kebudayaan enam kaum etnik yang terdapat di Malaysia oleh Artis Budaya MWCP
  • Bengkel Muzik Nusantara
  • AKZ Idol 2018
  • Bengkel Zapin Nusantara Bersama 5 Pengasas
  • Pertandingan Kompang Berirama
  • Pertandingan Peragaan Fesyen Busana Raja Sehari
  • Santai Gamelan
  • Mewarna Ceria Anakku
  • Tingkah Geruh 2018 Peringkat Kebangsaan 27 April 2018
  • Tingkah Geruh 2018 Peringkat Nusantara 28 April 2018

Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018 Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018Program ini merupakan sebuah platform bengkel kemahiran yang berpotensi menjana ekonomi digital dengan menjadikan idea kreatif sebagai pencetus perniagaan melalui sesi latihan Mentor Mentee. la menyediakan platform pengetahuan dan kemahiran melalui pengkhususan penggunaan alat telefon pintar sebagai medium yang bakal dikendalikan oleh pakar bidang dan profesional dalam industri. Bahkan program ini juga telah mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan serta Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Kalendar Program “Malay World Cultural Paradise”

Persatuan Tatihseni Malaysia juga kini sedang giat menggerakkan misi pembangunan budaya dalam kalangan belia dengan membawakan kalendar program “Malay World Cultural Paradise” yang memberi pendedahan ilmu kesenian secara PERCUMA setiap hujung minggu bertempat di Billk Latihan Stor Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semenjak 6 Januari hingga kini.

Semoga usaha membangunkan budaya dalam kalangan belia ini menjadi iltizam masyarakat penyayang di seluruh Malaysia dan luar negara untuk mengenali Malaysia ke arah pembentukan belia berbudaya, teguh dengan prinsip cinta agama, bangsa, bahasa dan negara. Ruby harap, program ini akan diteruskan sampai bila-bila.

www.akarkitazapin.com.my
www.facebook.com/sanggarbudayamalaysia
www.instagram.com/akar.kita.zapin

21 comments on “Tingkah Geruh Di Festival Akar Kita Zapin 2018

  1. Tengkubutang

    first time TB dengar tentang nama Tingkah Geruh tu.. ingatkan apa tadi rupanya tentang tarian tradisional kesenian dan kebudayaan.. Cuma agak kurang familiar dan kurang pendedahan tentang tu.. Elok juga ada program macam ni.. dapat memasyhurkan kembali muzik tradisional dan tarian tradisional kita untuk tatapan anak muda kita nanti.. wah Rakaman Siaran Tertunda Eksklusif RTM pun akan ada nanti.. terbaik ni.. TB pun suka gak dengan irama malaysia ni..
    Tengkubutang´s last blog post ..AFYAT BABY FOOD – MAKANAN BERKHASIAT UNTUK TUMBESARAN BAYIMy Profile

    Reply
  2. Hanny Abdullah

    Seperti irama dan lagu tak dapat dipisahkan, begitu juga muzik dan tarian..sentiasa berkait rapat..tiada salah satu pencanglah ia.
    Sis pun tabik kat Noraniza Idris ni..masih memperjuangkan kebudayaan dan seni traditional sampai sekarang. Harap2 ramai lagi yg perjuangkan kebudayaan tradisi kita supaya tak pupus dek budaya barat
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Tracync Scarves Dengan Koleksi Tudung Bertakhta Batu Swarovski di Pertunjukkan Gaya Koleksi Raya 2018 My Profile

    Reply
  3. Ezna

    Pertama kali dengar perkataan Tingkah Geruh ni. Memang klasik tarian zapin ni sebab ingat masa kat sekolah dulu selalu tengok tarian zapin ditarikan. Akak juga pasukan tarian sekolah rendah. Pemakaian macam ala Tun Fatimah di mana baju macam baju melayu siap bersampin. Akak suka la aksesori kepala macam gambar terakhir Ruby ni. Klasik sangat dan cantik.
    Ezna´s last blog post ..Bila kereta meragamMy Profile

    Reply
  4. Abby Onety

    Waalaikumsalam Ruby. Tarian tradisional adalah aset budaya bangsa yang harus di lestarikan. Ini penting banget ditampilkan setiap ada pagelaran keaenian agar anak anak jaman sekarang dan semua orang dapat familiar dengan budaya bangsa.

    Reply
  5. Betty

    Such happening and meaningful event. You get to enjoy the traditional dance and the song. It also encourage youngster to participate at the festival

    Reply
  6. Diah

    Masih ingat lagi zaman Pertandingan Juara Lagu/Muzik-Muzik yang ada kategori etnik kreatif. Teruja nak tunggu persembahan dari Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. Unik dan bagusnya mengagungkan budaya Kita.
    Syabas pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menaikkan lagi adat budaya negara kita. Saya pun personally suka tarian zapin rasa nak menari je kalai dengar alunan muzik nya.

    Reply
  7. Eiza GreenAppleKu

    Yeay! Penang menang walaupun nombor 2. Baca event ni teringat masa eiza join Kelab Kesenian dan Kebudayaan di sekolah dulu. Gema Nusantara johan dan dapat wakil Penang ke peringkat negeri.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge