Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia

Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia. Assalammualaikum semua! Yahoo Lazada dah 6 tahun! Happy birthday! Ruby masih ingat lagi 6 tahun lepas membeli-belah di lazada menggunakan laptop. Hahaha. Masa tu buat perbandingan harga dan seronok dengan free delivery. Setiap tahun semakin canggih dan tahun keenam ini Lazada kemaskini lagi aplikasi mereka bagi memudahkan ruby dan anda semua untuk membeli belah.

Lazada Group mengendalikan pusat membeli-belah dalam talian nombor satu di Asia Tenggara dan telah mengembangkan perniagaan hingga ke negara Indonesia (www.lazada.co.id), Filipina (www.lazada.com.ph ), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th) dan Vietnam (www.lazada.vn). Dilancarkan pada bulan Mac 2012, Lazada mempelopori e-dagang di rantau ini dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang mudah dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk tunai semasa penghantaran, penjagaan pelanggan yang meluas dan pemulangan percuma.

Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia

Sempena pesta ulang tahun Lazada yang ke-6, bermula 25 sehingga 27 April 2018, pelantar e-dagang nombor 1 di Malaysia ini telah melancarkan sejumlah pembaharuan yang bertujuan untuk membawa ciri-ciri terbaik membeli-belah di luar talian ke tangan pengguna.

Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Hari ini, Lazada adalah aplikasi membeli-belah yang paling dimuat turun di Malaysia dengan lebih daripada 7 juta muat turun. Dengan kadar penembusan telefon pintar pada suku tahun ketiga 2017 pada 70%, kebanyakan rakyat Malaysia kini memilih untuk menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat membeli-belah yang utama. Bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan kepada pelanggan mudah alih kami, kami menjadikan pengalaman membeli-belah lebih peribadi, sosial, dan interaktif”

Apllikasi Lazada Kini Mempunyai 6 Ciri Baharu Sempena Ulang Tahun ke-6 Lazada Malaysia

1. Personalisasi penuh – Applikasi Lazada kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan perjalanan membeli-belah pelanggan lebih peribadi. Produk dan tawaran kini dipaparkan kepada pelanggan berdasarkan interaksi aplikasi dan sejarah pembelian mereka. Apabila pelangggan menggunakan aplikasi tersebut dengan lebih kerap, algoritma aplikasi berkenaan akan mempelajari pilihan individu mereka. Dari masa ke masa, pelanggan akan melihat tawaran yang berkaitan dengan mereka, dan sekaligus menikmati pengalaman yang lebih menarik setiap kali mereka membuka aplikasi mereka.

2. “Chat Now” – Kini dalam fasa Beta, pelanggan kini boleh menghantar mesej kepada penjual yang terpilih dengan segera melalui aplikasi Lazada untuk mereka bertanyakan sebarang soalan mengenai produk sebelum membelinya. Khususnya, untuk kategori seperti Fesyen, kategori terbesar Lazada berdasarkan jumlah, ciri ini akan membantu dalam memudahkan pelanggan memperjelas saiz, warna, dan status stok.

3. Rebat Tunai dengan “E-Wallet” Lazada – “E-Wallet” Lazada membolehkan pelanggan membayar semua perbelanjaan mereka dengan hanya satu klik, dan menawarkan lebih nilai untuk wang dengan diskaun eksklusif dan rebat tunai. Sempena Pesta Ulang Tahun Lazada, Lazada akan menawarkan sehingga 10% rebat tunai untuk pembelian dengan “E-Wallet”.

4. Mengikuti kedai kegemaran anda – Apabila pelanggan mencari jenama atau penjual yang mereka sukai, mereka kini boleh mengikuti kedai-kedai ini di Lazada. Selepas mengikuti kedai kegemaran mereka, para pelanggan akan menjadi antara yang pertama untuk mengetahui tentang ketibaan produk baru, promosi, dan diskaun.

5. Imbas untuk beli – Pengimbas Kod QR bersepadu Lazada akan membawa pelanggan terus ke halaman promosi, produk atau penjual di dalam aplikasi Lazada. Pelanggan kini boleh mencari kod QR Lazada di kedai berjenama dan penjual luar talian yang terpilih.

6. Goncang untuk tawaran – Ada cara baru untuk mendapatkan lebih banyak diskaun dan tawaran eksklusif, hanya dengan 'menggoncang' aplikasi Lazada. Untuk Pesta Ulang Tahun Lazada, pelanggan yang telah mendaftar masuk ke aplikasi boleh mula menggoncangkan aplikasi Lazada pada 1.30 petang dan 8 malam untuk memenangi baucar sehingga RM100.

Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia
Dari kiri Encik Christophe Lejeune, CEO of Lazada Malaysia & Encik Andrew Gnananantham, CMO of Lazada Malaysia

Diskaun Sehingga 90% Sempena Ulang Tahun ke-6 Lazada Malaysia

Selain daripada ciri-ciri terbaru, sempena Pesta Ulang Tahun ke-6 Lazada Malaysia, pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 90% untuk berjuta-juta produk di Lazada. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama seperti Xiaomi Redmi pra-pesanan secara eksklusif di Lazada, diskaun untuk Carlo Rino dan Maybelline sehingga 70%, serta tawaran hebat daripada HP, MAC, Nescafe, Maggi, dan Milo. Terdapat juga tawaran daripada para rakan kongsi Lazada – termasuk 15% rebat tunai tambahan kepada pemegang CIMB Lazada Prepaid Mastercard, Lazada e-baucar untuk pelanggan PETRONAS Primax dan Kedai Mesra, 15 pasang tiket penerbangan daripada AirAsia Big dan banyak lagi.

Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia-2

Sepanjang pesta yang akan berlangsung selama tiga hari itu, Lazada akan turut menampilkan 1,000 jualan kilat, lebih 1,000 baucar berbeza dan 145 Kotak Misteri. Di samping itu, para pelanggan juga boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 dengan menyertai pelbagai pertandingan di laman Facebook dan Instagram Lazada; menonton 10 sesi LazadaTV – termasuk pertandingan ketika siaran langsung dengan Samsonite, Fujifilm, HP, dan DJI; menonton tip-tip Fesyen dan Kecantikan daripada Levi’s, LOréal, Nivea, Elianto dan Laneige; dan memenangi hadiah (termasuk sistem teater rumah RM16,000 daripada JBL) apabila berinteraksi dengan Trak Lazada yang akan melawat 28 lokasi di sekitar Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia!

www.lazada.com.my/birthday-sale
www.facebook.com/LazadaMalaysia
www.instagram.com/lazada_my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Pesta Ulang Tahun Ke-6 Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.