Ulasan Produk Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Ulasan Produk Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum. Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi blog post ruby tentang Rozita Che Wan Lancarkan Produk Baru Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum. Kali ini ruby ingin kongsikan ulasan tentang produk ini setelah 1 bulan mencubanya! Sebagai blogger, ruby menyediakan ulasan di blog dan video youtube. Supaya anda boleh lihat hasilnya. Pada 28 Mac 2018 adalah genap 30 hari ruby menggunakan produk ini. Setiap hari amalkan memang tidak perasan perbezaannya. Tapi orang sekeliling akan sedar perubahannya. Mereka cakap kulit wajah ruby lebih lembab dan glow. Kembang semangkuk dengar mereka puji. Hahaha

Ulasan Produk Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Kulit wajah kita semua berbeza berdasarkan dari gaya hidup, lokasi, musim setiap negara dan pemakanan. Tidak kira anda menggunakan produk kecantikan apa pun, jika dalaman tidak stabil. Pasti anda tidak mendapat hasil yang baik. Ramai yang mempercayai pakar di klinik estatik. Tetapi kos setiap rawatan amatlah mahal dan bagaimana anda ingin konsisten mendapatkan kulit cantik jika tidak berkunjung kembali ke klinik. Betul tak? Pulang balik kepada cara alami, anda ingin cantik? Anda perlu minum air kosong yang banyak. Minumlah! Minumlah!

Rozita Che Wan Lancarkan Produk Baru Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Air kosong memang sangat penting, berikan kulit anda cantik dan lembab. Kemudian ia bantu menghadamkan segala macam makanan yang anda makan. Apabila kulit kita baik, kita pakai pula Age Lock Concentrated Serum. Barulah meresap dalam kulit wajah dengan baik! Produk ini mengandungi Asid Hyaluronik dan Asid Ascorbic yang bertindak secara efektif dalam melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Gabungan pelembab Asid Hyaluronik dan Vitamin C akan melindungi kulit daripada tekanan yang diterima dari persekitaran luar yang dapat mencetuskan tanda penuaan. Kandungan Aloe Vera juga dapat melembapkan kulit dan membuat kulit menjadi lebih berseri di samping dapat meremajakannya. Kesan penggunaan produk ini adalah menegangkan, menganjalkan dan mencerahkan kulit.

  • Halal & KKM Approved
  • Anti Aging
  • Tightening
  • Lifting
  • Brightening
  • Glowing

Tekstur & Cara Penggunaan Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Setelah mencuba produk ini, cara penggunaan ruby adalah dua kali sehari. Selepas bangun tidur ruby akan mandi bersihkan wajah dan selepas itu ruby akan pam satu kali Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum. Sapu rata disekitar muka. Tekstur produk ini cair dan mudah meresap ke kulit. Serum lebih bertindak pantas dalam memulihkan kulit wajah kita dari tanda-tanda garis halus dan penuaan. Kemudian setelah pakai serum, ruby akan pakai bedak asas yang mengandungi perlindungan UV, lip matte dan eye brow liner. Dah selesai satu bab iaitu mekap.

Pada waktu malam, ruby akan pakai produk ini sebelum tidur. Mudah sangat. Satu pam sahaja sudah memadai. Jangan lupa minum air kosong ya!

Video Youtube Ulasan Produk Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

 

NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM boleh didapati di pasaran bermula pada 28 Februari 2018. Dapatkan produk tempatan Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum oleh Rozita Che Wan pada harga RM 129.90 (20ML). Pengguna boleh mendapatkan NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM oleh Rozita Che Wan daripada stokis dan agen di seluruh Malaysia di talian berikut 011-56935281, 011-56935291,011-56935287, 011-56935283 atau 011-56935289.

www.facebook.com/nellaestheticamy
www.instagram.com/nellaestheticamy

4 comments on “Ulasan Produk Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge