Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia

Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ruby berkesempatan ke pelancaran Fashion On Wheel. Ini adalah trak pertama yang menyediakan rekaan fesyen dari pelbagai jenama. Disini anda boleh membeli pakaian raya, pakaian ikut musim, pakaian trend terkini, hijab, bag dan aksesori. Beruntung bagi wanita bekerjaya kerana anda mempunyai masa untuk membeli pakaian raya. Kebiasaannya sibuk dan sukar untuk membeli untuk diri sendiri. Ada kalanya pakaian anak-anak dan suami sudah selesai sebelum Ramadan. Kita punya belum lagi cari. Hahaha.

Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia

Konsep trak fesyen bukanlah baharu, Ia telah diadaptasi jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai satu bentuk promosi bergerak. Di Malaysia, ia belum pernah diperkenalkan mana-mana jenama. Peluang yang ada itu digunakan sepenuhnya Lenny Farina Hazree untuk mengasaskan trak fesyen pertama Malaysia, Fashion on Wheels (FOW).

Tercetusnya FOW adalah bagi memudahkan pengguna untuk membeli busana menjelang musim perayaan Aidilfitri. Dengan hampir 15 jenama popular di Malaysia, nantikan trak merah jambu FOW yang akan bersingah ke 10 lokasi di sekitar Lembah Klang. Dengan adanya FOW, para pengguna boleh memilih fesyen terkini hari raya tanpa perlu ke mana-mana. Trak FOW akan datang ke tempat yang telah dipilih dan orang ramai boleh membeli-belah dengan mudah.

Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia

“Sambutan tahun ini akan menjadi penentu untuk gerak kerja pengurusan dan promosi tahun depan. FOW menjangkakan penambahan lokasi dengan capaian di luar Lembah Klang menjelang Aidilfitri tahun depan,”  jelas Lenny Farina pada majlis pelancaran FOW di Tasik Perdana.

Jadual Pergerakan Fashion On Wheel

Fashion On Wheel Pertama Di MalaysiaTrak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula puku 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berkahir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Berikut merupakan jadual pergerakan FOW:

Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia

15 Jenama Popular Terlibat

Menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah bumbung trak FOW meliputi pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. Jenama yang terlibat ialah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.

Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia

Bilik Persalinan Disediakan

Jika ke butik, pasti kita ingin mencuba pakaian dan hijab. Sesuai ke dengan warna kulit kita? Bentuk badan kita? Bentuk muka kita? Kesesuaian bagi setiap orang adalah subjektif. Malah wanita juga ada keinginan untuk tampil cantik dan manis. Jadi bilik persalinan untuk anda cuba semua jenama terkenal ini tersedia! Mana nak dapat lagi tempat yang menyediakan jenama Minaz, Bella Ammara, By Fatin Suhana dan lain-lain?

Bayaran Secara Tunai, Kad Debit dan Kad Kredit

Anda boleh membuat pembayaran secara tunai, kad debit dan kad kredit. Semua tersedia untuk anda dan ia amat memudahkan. Tidak perlu bergegas ke pusat membeli belah untuk keluarkan duit. Fashion On Wheel sediakan perkhidmatan tip top untuk anda semua!

www.instagram.com/fowheel18

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

23 thoughts on “Fashion On Wheel Pertama Di Malaysia

    Mazni Azmi

    (June 5, 2018 - 3:19 pm)

    Boleh shopping baju raya dengan mudah lepas ni
    Mazni Azmi´s last blog post ..Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin!My Profile

    Mama Hakim

    (May 25, 2018 - 6:17 pm)

    Nak membeli belah semua di mudahkan. Usahawan memang memudahkan urusan marhaen
    Mama Hakim´s last blog post ..10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!My Profile

    Mak Lin

    (May 24, 2018 - 9:57 am)

    Ini memang best dan sesuai sangat untuk wanita yang sibuk. All-in-one place. Beli online memang ok dan lebih pantas, tapi bab baju or pakaian ini sebenarnya lagi bagus kalau kita dapat cuba dulu before-hand. Bijak orang yang buat startup macam ni.

    Jia Shin Lee

    (May 23, 2018 - 5:42 pm)

    This is like a pop up store right? Such a fun concept, first time seeing this la, I shall visit when they stop by at NSTP because I have my eyes on the handbags, it’s so pretty.
    Jia Shin Lee´s last blog post ..#createyourtyle with SchwarzkopfMy Profile

    Racheal Lih

    (May 23, 2018 - 12:56 pm)

    This is what we called think our of the box. Not necessary to be food truck or automobiles. Fashion trading can also be one of it. Smart idea and can bring so much convenient for this who wish to grab it

    uzu

    (May 23, 2018 - 11:35 am)

    Bestnya kak! Memang first time
    dengar juga ni butik on trak. Selalunya
    food truck. Bisnes in boleh tiru kot cara niaga macam ni sebab satu benda yang unik dan menarik perhatian. Lagipun vendor vendor yang ada di track tu semua dari butik berjenama.

    Ibu Zaid

    (May 23, 2018 - 8:37 am)

    Kalau sebelum ni fenomena food truck, sekarang ni butik fesyen bergerak. Memang macam macam cara berniaga
    Ibu Zaid´s last blog post ..Tempat menarik di Kelantan waktu malam & siang! 10 Lokasi Comel LoteMy Profile

    Sunshine Kelly

    (May 23, 2018 - 8:20 am)

    I love this innovative concept, they can park near the office area so during ramadan time those puasa can go check out and buy baju raya. This also will help the owner to safe rental and they are mobile and versatile to go anywhere there is demand.
    Sunshine Kelly´s last blog post ..New Malaysia! My Experience During Malaysia 14th General Election 2018My Profile

    Ayu rafikah

    (May 23, 2018 - 7:29 am)

    Bestnya bila ada mobile bergerak macam ni. Salah satu cara marketing yang memang hebat. Senang dan mudah
    Kita nak dapatkan pkaian dari Pelbagai label yg terkemuka. Jimat masa dan tenaga
    Ayu rafikah´s last blog post ..Promosi Hebat di Jakel Shah Alam Bersempena Dengan #JakelBarulahRayaMy Profile

    Zharif Azis

    (May 23, 2018 - 6:23 am)

    Wahhh semakin mudah netizen nk dptkan baju2 tempatan yg berjenama. Mudahlah, siap ada bilik persalinan, boleh bayar guna kad lagi. Padahal meniaga atas truck je. Semakin advance ya sekarang nie.
    Zharif Azis´s last blog post ..Review : Canon EOS M6My Profile

    Mahamahu

    (May 22, 2018 - 10:14 pm)

    Orang perempuan untung sebab baju raya ready to wear memang banyak dan pelbagai fesyen. Tapi yang ni mungkin susah sikit lah sebab bila ia dah pindah tempat jadi nak kena tahu kat mana next lokasi hehehehe bukan lokasi yang tetap. Kalau dah ada dekat tu memang kena terus beli jer hehehe …
    Mahamahu´s last blog post ..Promosi Ramadan, Bazar Raya Dan Peraduan Ulang Tahun ke 2 LuLu HypermarketMy Profile

    Bonde Zaidalifah

    (May 22, 2018 - 9:10 pm)

    Menarik ni, baru pertama kali Bonde nampak ada promosi macam ni, ikut jadual ada 2 sesi dekat Putrajaya nanti bolehlah pergi dekat situ, nak borong apa yang best untuk raya nanti.. Thanks Ruby kongsikan FOW ni… teruja nak memborong ni…
    Bonde Zaidalifah´s last blog post ..KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN?My Profile

    Mek Onie

    (May 22, 2018 - 9:01 pm)

    WAHHHHHHHH! TERBAIKLAH FOW NI, MEMUDAHKAN ORANG RAMAI BETUL TERUTAMA GOLONGAN WANITA. RASA MACAM NAK PERGI YANG KAT SACC MALL TU LA…TENGOK BARANG YANG DIJUAL PUN MENGGODA.MOGA BERKESEMPATAN LA NAK MENYINGGAH NANTI,HEHE
    Mek Onie´s last blog post ..MAWARRED TAMPIL DENGAN KOLEKSI BAJU LEBARANMy Profile

    Lia Hasty

    (May 22, 2018 - 1:40 pm)

    Wow bukan setakat food truck tetapi Fashion On Wheel untuk memudahkan kita memilih sendiri Dan membeli. Konsep Yang sangat menarik. Tak perlu juga bersesak di dalam mall. Nak sangkut dalam jem lagi kan.

    khai artzfar

    (May 22, 2018 - 1:02 pm)

    wah menariknya! serius gempak sebab x payah bersesak just tunggu je dia datang. plus siap ada fitting room tu. power! by the way hanya satu je lori? ke ada banyak
    khai artzfar´s last blog post ..Berbuka Hidangan BBQ Berkonsepkan Taman Di Pulse Grande Hotel PutrajayaMy Profile

    Suria Amanda

    (May 22, 2018 - 12:59 pm)

    First time dengar dan tau FOW ni selalu ingat ada food truck je..ada rupanya utk fashion..menarik la idea ni dan yang paling dekat ngan akak pun kat Menara TM Bangsar…menarik dan bagus idea peniaga macam ni..
    Suria Amanda´s last blog post ..Berbuka Puasa Dengan Buffet Murah Selera Warisan Desa Di 9KedondongMy Profile

    Ezna

    (May 22, 2018 - 12:59 pm)

    Menariknya konsep ni. Sebelum ni kita dah terbiasa dengan food truck. Kali ni truck fashion pulak. Bestnyer sebab truck tu datang kat kita. Kita kena tengok la lokasi yang berdekatan. Konsep ni masih baru lagi kat Malaysia tapi menarik konsep ni.
    Ezna´s last blog post ..Jalan jalan di negara matahari terbit?My Profile

    Afizah Abd Rahman

    (May 22, 2018 - 12:10 pm)

    Kretif sangat ni. Selalunya food truck. sekarang ni fashion on the truck pulak. Lepas ni mesti ramai yang tiru Tapi bagus juga diorang buat macam ni. Tak payah nak berpusu-pusu pergi butik. Tapi itu lah, kena tengok lokasi persinggahan dia kat mana and kena sentiasa alert. Banyak juga jenama yang best-best ni.
    Afizah Abd Rahman´s last blog post ..Resipi Ayam Masak Phat Phet Paling Mudah Dan SimpleMy Profile

    Emily

    (May 22, 2018 - 12:07 pm)

    What a genius concept to bring fashion to the people. And with 15 popular brands, there is surely something for everybody. I would love to check them out if they came to Ipoh, but too bad it is not in their itinerary.

    nikkhazami

    (May 22, 2018 - 11:38 am)

    senang la kalau mcm ni. tak perlu pergi jauh2. sekarang ni mall mesti penuh,
    nikkhazami´s last blog post ..Siapa Dr Maszlee Malik? Ini Biodata Ringkas Tentang Menteri Pendidikan MalaysiaMy Profile

    Nina Mirza

    (May 22, 2018 - 10:35 am)

    Wah … Menarik! Konsep baru gini amat memudahkan dan paling best sebab digabungkan beberapa jenama terkenal setempat. Senang kita nak buat pilihan. Terbaik laaaa…
    Thanks Ruby, kak Nina nak standby kat lokasi berdekatan KL tu….

    Betty

    (May 22, 2018 - 9:18 am)

    The concept is good as no need a fixed location. At the same time owner can market her fashion to different people and increase the volume. Fashion on wheel is new to me but I find the owner has brilliant idea.

    penaberkala

    (May 22, 2018 - 9:05 am)

    Rakyat malaysia ni makin kreatif dan inovatif dalam business. Tumpang bangga tengok. Konsep FOW ni sangat wow. At least boleh reach customer kat beberapa kawasan tertentu.

    Out of the box punya idea ni. Tak pernah terfikir akan ada butik pakaian bergerak macam ni
    penaberkala´s last blog post ..PEMERIKSAAN KAKI PERCUMA DI SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTREMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.