K-Food Fair 2018 Di Isetan Suria KLCC

K-Food Fair 2018 Di Isetan Suria KLCC. Assalammualaikum semua, ruby teruja sangat ingin berkongsi tentang K-Food Fair 2018 yang berlangsung di Isetan Suria KLCC. Banyak produk makanan Korean terdapat di sini. Bagi anda yang meminati kimchi, susu pisang, topokki dan mee ramen. Disinilah tempatnya untuk anda berbelanja.

K-Food Fair 2018 Di Isetan Suria KLCC

Tarikh : 4 Mei 2018 – 16 Mei 2018
Hari : Jumaat – Rabu (13 hari)
Masa : 10AM – 10PM
Lokasi : CF Foodmarket, Isetan KLCC

K-Food Fair 2018 Di Isetan Suria KLCCK-Food Fair 2018 Di Isetan Suria KLCC

Susu Binggrae

Jika anda sudah melancong ke negara Korea pasti merindui susu pisang, susu strawberry dan susu tembikai susu dari Binggrae. Tapi sekarang anda boleh mengubati kerinduan dan mengidam tu, sebab KMT Trading Sdn Bhd adalah syarikat terkemuka yang bertanggungjawab membawa masuk produk Korean yang popular seperti mi segera, rumpai laut, perencah makanan, minuman dan snek popular Korean ke pasaran Malaysia. Susu Binggrae dah banyak dijual di Malaysia. Horaaay dan dijamin HALAL! Jadi, datanglah ke K-Food Fair 2018 di Isetan KLCC.

Pelbagai Jenis Kimchi

Pelbagai makanan Korean Side Dish telah disediakan untuk anda, anda boleh pilih dari ramuan kegemaran anda. Kimchi je ruby tahu, tapi bila tengok menu side dish yang lain. Rasa nak cuba! Makan dengan nasi panas, mesti yummy!

OISO Korean Traditional Cuisine & Cafe

Jika anda teringin menikmati masakan panas Korea, kafe ini menyediakan menu makanan terkenal Korea. Anda boleh cuba bersama pasangan anda, ini kerana saiz hidangan sangat bersesuaian untuk dua orang. Hahaha. Buat anda yang pertama kali mencuba makanan Korea, mereka menggemari masakan pedas masam. Paling ruby suka Tteokbokki rice cake. Hehehe.

Ramen Mee Segera

Ramen menjadi trending sejak tahun 2016 dek kerana cabaran menikmati ramen pedas dari jenama Samyang. Hahaha. Ruby pun tidak terlepas dari mencuba dan melakukan cabaran bersama suami. MasyaAllah pedas sangat! Macam mana la rakyat Korea boleh selamba makan! Ingatkan sambal kita dah cukup pedas power. Mereka lagi pedas. Itulah keunikan makanan di dunia. Definisi pedas berbeza di setiap negara. Ia sesuatu yang subjektif dan susah nak diterjemahkan. Hahaha.

PEPERO

Pepero ni memang kegemaran ramai. Ada isu halal dan kita sebagai umat Islam berasa hampa kerana isu ini berbangkit sedangkan PEPERO mendapat sijil Halal Korea. Alhamdulillah masyarakat mula memahami bukan hanya JAKIM yang mengeluarkan sijil halal. Sebagai umat Islam kita tahu jenis-jenis sijil Halal dari negara luar berpandukan pengesahan di www.halal.gov.my

Coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF). Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Sekarang kalau nak makan PEPERO, tanpa was-was. Hehehe.

Cuci Mata Di K-Food Fair
Video LIVE Ruby Berbelanja Di K-Food Fair 2018 Di Isetan Suria KLCC

Selamat membeli-belah. Ruby beli susu pisang, strawberry dan melon. Minum satu hari satu, jimat sikit. Tapi bila dapat dekat Adam dan Alif, punyalah seronok dia. Minum 3 perisa satu hari. Ayoyoyoyo.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.