Mood Republik KL Raya Fest 2018

      22 Comments on Mood Republik KL Raya Fest 2018

Mood Republik KL Raya Fest 2018. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang perkara yang semua wanita dan lelaki suka! Shopping persiapan raya! Hoorayy. Teruja kan nak siap kan persiapan raya, walaupun raya tu 3 hari pertama je bergaya. Tapi, kita perlu membeli pakaian untuk hari-hari biasa juga. Betul tak? Hahaha. Ruby ada pengalaman ke Mood Republik dan ia tidak berapa seronok ketika pendaftaran. Tapi, perasaan seronok hadir bila dah masuk ke dalam dewan PWTC. Ruby shopping banyak juga disana. Mood Republik ni memang kental dalam menangani pelbagai kecaman dan menerima semua pendapat. Jadi, tidak hairanlah mereka terus melangkah untuk tahun yang ke-5! Tahniah Mood Republik! Inilah satu-satunya festival yang menghimpunkan lebih 900 peniaga online gergasi dan 97 selebriti terkemuka tanahair!

Mood Republik KL Raya Fest 2018

Tarikh : 8, 9, 10 Jun 2018
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
Masa : 10AM (8 Jun 2018) – 10AM (11 Jun 2018)
Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur

Mood Republik sekali lagi bakal mengulangi kejayaan dengan mengadakan temasya terbesar iaitu KL RAYA FEST 2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat 8 Jun 2018 seawal jam 10 pagi dan akan berlarutan tanpa henti pada 9, 10 Jun dan diakhiri pada 11 Jun, 10 pagi, dan ianya akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti. Temasya ini bakal menghimpunkan lebih daripada 1,000 jenama yang majoritinya diterajui oleh usahawan generasi muda bumiputera Malaysia.

Mood Republik KL Raya Fest 2018

Festival yang dianjurkan ini merupakan satu-satunya temasya yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksklusif di bawah satu 1 bumbung. Penaja-penaja utama Mood Republik 2018, antaranya adalah pusat sehenti membeli belah secara atas talian. Shopee yang juga akan membawa jenama-jenama besar ke pentas Mood Republik.

Tradisi Hujan Duit & Hadiah

Tradisi Mood Republik akan diteruskan lagi dengan kemeriahan hujan duit di mana pada tahun inl RM 100,000 wang tunai bakal menghujani Lobi PWTC pada upacara pembukaan dan bersedia untuk di rebut sebagai tanda terima kasih Mood Republik kepada pengunjung setia. Bukan itu saja, bahkan 100,000 pengunjung pertama bakal memperoleh 100,000 beg hadiah percuma sumbangan kesemua jenama yang terlibat.

Aktiviti ini diawasi oleh pegawai RELA, kanak-kanak, bayi dan warga emas tidak dibenarkan join. Orang dewasa yang membawa anak juga tidak dibenarkan join demi keselematan semua pihak.

Jenama Dan Selebriti Yang “Turun Padang” Pada Mood Republik KL Raya Fest 2018

MEMASUKI TAHUN KE-5 Penganjuran KL RAYA FEST, Mood Republik terus kekal relevan sebagai Festival Fesyen dan Kecantikkan yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksldusif di bawah satu 1 bumbung. Antara jenama besar yang turut serta pada kali ini adalah Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D’herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscarf, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle, Naelofar Hijab, Lily Petuna, Zawara, Bokitta Hijab, Alflo Raldo, Dyxy Cosmetic dan banyak lagi.

Turut memeriahkan lagi festival ini adalah artis dan selebriti yang mempunyai jenama sendiri iaitu MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nur Sajat RTW by Nursajat, Ziana Zain World by Ziana Zain, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick , MF Shawl by Mira Filzah , Wak Doyok, Bellaz Beauty by MUA Bella, Wawa & Azril Zafril, Charms Foundation by Hael Husaini, Malaed by Hairul Azreen , Vida Beauty by Dato Sri Vida, D’herbs & Aliff By Sha by Date Sri Aliff Syukri, Jubah Lima (5) Waktu by Wawa Zainal & Aeril Zafril, Emma RTW by Emma Maembong , Mika Series by Zoey Rahman, Cakenis by Haniz Zalikha, Owl by Nora Danish, El by Elfira Loy, Impian by Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Mood Republik KL Raya Fest 2018 Mood Republik KL Raya Fest 2018 Mood Republik KL Raya Fest 2018 Mood Republik KL Raya Fest 2018 Mood Republik KL Raya Fest 2018

Mood Republik juga tidak ketinggalan menjemput artis dari seberang iaitu Rossa bersama produknya Rossa Perfume dan Randy Pangalila Secret Perfume by Bellessa. Selain dapat mendekati para peminat para selebriti yang telah bergelar usahawan ini juga akan turut sama menjual dan mempromosikan produk-produk mereka kepada para peminat secara langsung.

Kerjasama Mood Republik KL Raya Fest 2018 Bersama GRAB & PRASARANA Untuk Lanjutkan Masa Perkhidmatan

Memasuki tahun ke 5 penganjuran, festival Aidilfitri terbesar Asia ini akan berlangsung di hall 3 & 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Lokasi ini dipilih bagi memberikan keselesaan untuk usahawan dan juga pengunjung kerana mempunyai akses mudah bagi yang mempunyai kenderaan sendiri dan juga pengangkutan awam seperti LRT, komuter, bas serta teksi. Pihak Grab juga akan menyediakan rebat istimewa yang terkandung di dalam aplikasi Grab bagi memudahkan pengunjung menghadiri acara Mood Republik KL Raya Fest di PWTC.

Kenapa Lokasi Di PWTC?

  • Berbuka Puasa Di Restoran Riverside
  • Solat di Surau PWTC
  • Solat Taraweh di PWTC
  • Sahur di PWTC
  • Suasana berpenghawa dingin
  • Tidak perlu berpanas dan berhujan
  • Semua jenama kegemaran ada
  • Selebriti kesayangan anda sentiasa ada selama 72 jam

Tips Ke Mood Republik KL Raya Fest 2018

  1. Bawa Wang Tunai
  2. Gunakan Pengangkutan Awam seperti Grab dan LRT
  3. Pakai pakaian dan kasut yang selesa.
  4. Plan perjalanan anda, contohnya shopping selepas berbuka puasa di Restoran Riverside di PWTC, kemudian membeli belah di Mood Republik KL Raya Fest 2018 sampai puas. Haha
  5. Semak jenama kegemaran anda di booth nombor berapa agar mudah untuk anda membeli-belah.
  6. Jaga keselamatan dan pantau anak-anak anda
  7. Jaga juga bag anda, risau ada yang melakukan aktiviti menyeluk saku atau mencuri
  8. Hormati orang sekeliling, sabar dan bertenang.

Shop & Win Contest 2018 Dan Menang Volkwagen Beetle Sports

Mood Republik KL Raya Fest 2018

Selain dari itu, setiap pengunjung akan mengalami keterujaan dan keseronokkan setiap kali berada di Festival ini kerana bukan sahaja dapat membeli barangan dari jenama-jenama kesukaan tetapi mereka juga berpeluang untuk memiliki sebuah Volkwagen Beetle Sports yang bernilai RM230,000 serta RM10,000 wang tunai apabila membeli belah dengan hanya serendah RM97 di dalam satu 1 resit sepanjang Mood Republik Tour Sarawak sehinggalah Y.E.S Festival 2018, dan melayakkan pengunjung untuk bersama kami dalam “Shop & Win Contest 2018”.

Back to Back Raya Galore Festival 2018

Mood Republik KL Raya Fest 2018

Sepanjang bulan ramadan ini Mood Republik bukan sahaja tertumpu di PWTC tetapi juga akan berkunjung di lokasi-lokasi yang lain yang dinamakan Back to Back Raya Galore Festival 2018. Ianya akan bermula di Kelantan pada 18 & 19 Mei, Kedah 1 & 2 Jun, Pahang pada 2 & 3 June dan lokasi kemuncak di PWTC 8, 9 & 10 Jun.

Back to Back Raya Galore Festival 2018 ini juga suatu gandingan kolaborasi utuh yang menghimpunkan pelbagai jenama pemiagaan di alam maya daripada industri fesyen lelaki, wanita, kanak-kanak, makanan dan produk kecantikan di negara kita. Ini juga adalah gandingan dalam usaha murni mereka bagi memeriahkan lagi industri pemiagaan Islam dari pelbagai produk dan sudut.

Festival Fesyen Nombor Satu Malaysia

Seorang lagi pengasas syarikat penganjuran ini, Yusri Ismail berkata, kepakaran Mood Republik adalah membantu usahawan menjalankanjualan dan mempromosikan produk dengan menyediakan ‘platform premium’ dengan sasaran pengunjung melebihi 1 juta orang dalam satu festival.

Mood Republik KL Raya Fest 2018

“Uniknya, Mood Republik mendapat sokongan daripada jenama-jenama fesyen ‘online’ ternama tanah air dan nama-nama besar ini akan hanya menyertai festival anjuran Mood Republik demi menjaga eksklusiviti, seterusnya menobatkan Mood Republik sebagai Festival Fesyen Nombor Satu 1 Malaysia.

“Misi penubuhan Mood Republik adalah sangat jelas, iaitu untuk menambah nilai kehidupan lebih ramai insan yang memerlukan melalui sumbangan amal daripada usahawan yang dikumpulkan pada setiap festival. Setakat ini, hampir RM 1.3 Juta telah disumbangkan kepada organisasi tempatan dan antarabangsa,”katanya.

Mood Republik Charity

“Mereka bukan sahaja menjual untuk meraih keuntungan semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah memberikan sumbangan daripada hasil jualan seikhlas hati kepada institusi-institusi kebajikan. Apa yang lebih menarik penganjur mengamalkan konsep ‘sadaqah’ secara ikhlas para usahawan yang terbabit. Mereka boleh memberikan sumbangan seikhlas hati daripada hasil jualan mereka kepada Mood Republik untuk disampaikan kepada beberapa institusi amal yang telah dipilih”

Pada KL RAYA FEST 2018 kali ini, Kimi dan Yusri menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM500,000 dengan fokus utama untuk membantu memperbesar Maahad Sains Al-Quran Al-Amin Mood Republik , di Puchong dan Madrasah Huraidahah di Kota Bogor. Kedua dua entiti ini adalah penerima terbesar sumbangan Mood Republik Charity sejak 2014.

Fuh ruby tidak sabar nak ke Mood Republik KL Raya Fest 2018. Ruby dan adik-beradik dah plan untuk ke Kuala Lumpur pada hari sabtu 8 Jun 2018 berbuka di PWTC dan terus shopping. Jumpa anda di sana!

www.moodrepublik.com
www.facebook.com/moodrepublik
www.instagram.com/moodrepublik

22 comments on “Mood Republik KL Raya Fest 2018

  1. Mek onie

    MasyaAllah kak, 1000 jenama. Banyaknya. Mesyi kelabu mata habis pengunjung nanti. So far onie tak pernah lagi sampai mood republik. Mesti ramai gilakan oeang nanti. Tradisi duit tu.. memang wowwwww gila.. banyaknya sampai rm100k . Gileh ah..ni kalau buat gigih ni memang dapat ni. Haha

    Reply
  2. Zharif Azis

    Setiap tahun, mood republik sering menjadi tumpuan. memang satu jualan besar-besaran dari seluruh jenama gergasi tempatan. Tapi agak sedih jugaklah sebabnya harga dia agak mahal. jadi bila datang situ, tak beli apa-apa pon. sekadar ambik mood shopping nak beraya. Tahun nie harapnya takdelah melampau sangat harganya.

    Reply
  3. Hanny Abdullah

    Sis belum pernah lagi ke Mood Republik ni. Mesti meriah dengan pelbagai fesyen terkini. Mesti ramai yang akan berpusu pusu untuk bershopping Raya kat sana. Masalahnya pada sis ni, sis paling tak suka dengan suasana org yang terlampau ramai, jadi sesak dan pening…kalau ke jalan Tar tu pun dah rasa nak pitam. Cuma tahun ni rasanya tak bershopping Raya kot, pakai je baju lama2
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Buffet Aneka Selera Ramadhan Di Royale Chulan, Bukit BintangMy Profile

    Reply
  4. Bonde Zaidalifah

    Mood Republic memang meriah setiap kali menyambut hari raya.. Macam tahun lepas kawan sakan bershopping tengah malam, sebab waktu perniagaan dia 24 jam
    … Balik terus singgah sahur senang. tapi rupanya ingat datang tengah malam tak ada orang dekat sana.. Rupanya.. memang ramai juga pelanggan datang waktu malam. Setuju dengan cadangan Maha tentang sistem yg diberi. takut la ni macam-macam cara org buat dan ambik kesempatan.
    Bonde Zaidalifah´s last blog post ..MERIAH JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM, BERSAMA DUTA JAKEL DAN LELONGAN SEHINGGA 85 % DISKAUNMy Profile

    Reply
  5. Wawa Ashihara

    Wahh nmpak makin lama makin meriahlah mood republik kali ini kan.. Dgn bermacam2 pilihan dari jenama2 artis dan brand yg lain.. Kalau kita ke sini mmg rambang dah mata ni.. Pwtc best klo buat event.. Besar dan senang kan.. Teringin nk jumpa fazura.. Huhu.
    Wawa Ashihara´s last blog post ..Resepi Ikan Pari Masak PecelMy Profile

    Reply
  6. Cik puan ena

    Banyak jugak company yg bkerjasama dgn mood repuplik ni. Ena suka event ni sbb senang cari barang dalam 1tempat shj. Lg bulan puasa ni xlarat nk bjemur luar lama2 kan. Cuma mungkin xselesa la untuk bawa anak kecik takut meragam dengan crowded n suasana bising.

    Reply
  7. Ezna

    Mood Republik ni tak pernah pergi sebab tahu memang orangnya berpusu-pusu kat sana. Takut tak selesa je. Cuma ada kawan yang pernah pergi kata memang dapat good bargain. Kalau rajin menatap dari satu booth ke booth yang lain. Hujan duit tu memang sinonim la dengan Mood Republik ni tapi kan akak punya pendapat la kan….kalau buat tangkap duit dalam kaca yang berkipas kuat tu lagi elok kot dari hujan duit dengan lelaki perempuan campur tu berebut duit.
    Ezna´s last blog post ..Bila artis follow balik kat InstagramMy Profile

    Reply
  8. Suria Amanda

    Alaaa…ada lagi mood republik ni..tak berkesempatan nak terjah sebab crowd ramai giler kan..akak kalau bab crowd ramai ni susah skit nak bawak anak dara tu..tapi kali ni tak kira nak pergi jugak..mesti havoc kan..harap2 ada je keperluan raya yang menarik hati nak beli nanti..yang penting banyak contest activity untuk shoppers dan hadiah yang wow…kena save the date ni…
    Suria Amanda´s last blog post ..Zul Ariffin Kini Signature Montcabana.my Minyak Wangi Premium Tahan 24 JamMy Profile

    Reply
  9. Betty

    Mood Republik going to wow the shoppers with variety of Fesyen and also accessories. One stop place to shop for upcoming Raya. I think the shoppers will be crazy shopping on 8 June until 11 June. And more prizes awaiting for shoppers to win.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.