PRIMAVALET Wangsa 118

Cawangan Baru PRIMAVALET Wangsa 118. Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi liputan ruby berkenaan PRIMAVALET? Sebelum ini mereka melancarkan Koleksi PRIMAVALET Raya 2018 yang menampilkan ramai selebriti dan pereka fesyen. Sekarang mereka melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan terbaru iaitu dekat dengan ruby. Hehehe.

Ruby seronok sangat bila dimaklumkan ada butik hebat di Wangsa Maju. Kalau buka di Wangsa Maju, penduduk di kawasan Ukay Perdana, Wangsa Melawati, Taman Melawati, Ampang, Gombak dan Kuala Lumpur boleh datang ke sini! Lokasi ini amat strategik, sebab berdekatan dengan Wangsa Walk Mall dan AEON BiG Wangsa Maju.

Cawangan Baru PRIMAVALET Wangsa 118

Jika anda menaiki pengangkutan awam, naik LRT ke stesen Sri Rampai dan tempah GRAB. Jika nak sihat sikit, jalan kaki dari Sri Rampai, melalui jejantas ke kawasan parkir Wangsa Walk Mall dan lalu di hadapan Balai Polis Wangsa Link. Nak parkir PERCUMA? Pergi AEON BiG dan jalan kaki ke PRIMAVALET. Kebiasaannya ruby buat begitu sebab memang akan beli barang dapur di AEON BiG. Lepas tu beli makanan kucing dekat Pet Safari. Bagus lah PRIMAVALET dibuka di Wangsa Maju. Kami happy tak perlu ke Bangi atau Shah Alam untuk dapat pakaian ala-ala selebriti.

Hub fesyen terbesar di tanah air, PRIMAVALET mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju. Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah, barisan ”Stars of PRIMAVALET” seperti Alif Satar, Jannah Nick, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Aqeef Anaqi. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan Nabil Ahmad sebagai pengacara pada hari tersebut.

PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118

Pengunjung berpusu-pusu menghadirkan diri pada majlis perasmian PRIMAVALET Wangsa 118 untuk mendapatkan promosi jualan murah sempena pembukaan serta peluang untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka. Pembukaan cawangan terbaharu ini bukan sahaja memberi tawaran istimewa kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, malah membuktikan komitmen PRIMAVALET untuk menjadi pengasas pakaian siap tanah air walaupun baru setahun bertapak di Malaysia.

PRIMAVALET Wangsa 118

Berkeluasan 10,000 kaki persegi, PRIMAVALET Wangsa 118 terletak di bangunan yang merupakan tanda terbaru di Wangsa Maju, behadapan dengan pasaraya AEON BiG. Pembukaan cawangan Wangsa 118 juga akan memudahkan warga Kuala Lumpur untuk mendapatkan koleksi pakaian siap untuk Hari Raya tanpa perlu pergi jauh ke Bangi.

PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118

Koleksi-Koleksi PRIMAVALET Wangsa 118

PRIMAVALET Wangsa 118

Pengarah Urusan PrimaValet, Dr Arshad berkata, “cawangan PRIMAVALET Wangsa 118 akan menjual semua Koleksi Raya 2018, dari koleksi biasa sehinggalah ke koleksi premium. Menurut beliau lagi, setiap koleksi yang dijual di cawangan utama PRIMAVALET Ostia Bangi akan turut dijual di PRIMAVALET Wangsa 118 seperti, koleksi Baju Melayu dan Kurta PV Man, koleksi Kurung PV Woman, koleksi PV Kids, koleksi Kurta Arjuna, koleksi Zoud serta koleksi eksklusif pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Koleksi PV Raya 2018 sememangnya direka dan dihasilkan untuk anda semua secara eksklusif. Kami mengutamakan kualiti kain, rekaan yang terkini dan elegan untuk memenuhi keperluan dan cita rasa pelanggan dari pelbagai kategori “.

PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118 PRIMAVALET Wangsa 118

Nik Muhd Amin Nik Mahamed Pemilik Utama PRIMAVALET Wangsa 118

Cawangan Baru PRIMAVALET Wangsa 118 pasti pemilik utama butik ini sangat teruja. Turut berkongsi berita gembira ini adalah pemilik utama PRIMAVALET Wangsa 118, Encik Nik Muhd Amin Nik Mahamed, yang berharap pembukaan PRIMAVALET Wangsa 118 ini dapat membuka mata warga Kuala Lumpur untuk membeli-beiah di ruang yang selesa dan tidak perlu bersesak seperti biasa.

PRIMAVALET Wangsa 118

“Saya percaya, cawangan baru PRIMAVALET Wangsa 118 ini akan mendapat sambutan yang baik dari pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, kerana mudah untuk diakses iaitu menerusi lebuhraya DUKE, MRR2 atau AKLEH, serta mempunyai kawasan tempat letak kereta yang agak luas,” katanya ketika merasmikan PRIMAVALET Wangsa 118. Menurutnya lagi, pihaknya memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membuka gedung berkenaan.

Mengenai PRIMAVALET

Sebuah pusat “one stop centre“, PRIMAVALET (PV) ditubuhkan pada April 2017 dan terus meIebarkan sayapnya dengan membuka cawangan pertama di Ostia Bangi, Selangor. Ia adalah hab fesyen yang menawarkan pelbagai pakaian dan produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik untuk lelaki dan wanita.

PRIMAVALET (PV) mengambii inisiatif untuk memasarkan semua produk pakaian di bawah satu (1) bumbung dengan menghimpunkan pelbagai jenama dari pereka muda dan tempatan. Penubuhan pusat fesyen ini adalah salah satu (1) cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan memiliki rekaan koleksi kegemaran mereka yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui media sosial serta laman web.

Jenama Oleh PRIMAVALET

Antara jenama yang berjaya disusun oleh PRIMAVALET (PV) adalah Meylana, Shasya Habib, Arjuna, Zoud, Nur Aishah, UAI, Youme&Hunny, Buranku.Co, Kuku Besi, Syus Couture serta jenama eksklusif Ezuwan lsmail. Setiap pemilik jenama menghasilkan produk sendiri dengan memenuhi keperluan dan citarasa pengguna. Tidak Iupa juga, PRIMAVALET telah menghasilkan produk sendiri di bawah jenama PV Man, PV Woman dan PV Kids.

Kain berkualiti tinggi, warna dan reka bentuk yang sesuai dan butiran adalah tiga eiemen utama yang diperketengahkan dalam setiap koleksi. Ini adalah objektif utama PRIMAVALET iaitu untuk mewujudkan rasa kebangkitan semula untuk wanita dan ciri-ciri maskulin untuk lelaki untuk semua peringkat umur.

PRIMAVALET Wangsa 118

Cawangan Baru PRIMAVALET Wangsa 118, Jom datang beramai-ramai. Ruby berkesempatan jumpa rakan sekolah semasa di pelancaran PRIMAVALET. Setelah 15 tahun baru jumpa. Huyoo dia kenal ruby lagi!

PRIMAVALET Wangsa 118

Waktu Operasi : 11AM – 9PM (Setiap Hari)

www.primavalet.com
www.instagram.com/primavalet
www.instagram.com/primavalet118
www.facebook.com/PrimaValetOfficial

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.