Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

      30 Comments on Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim. Assalammualaikum semua pembaca ruby.my. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling ruby nantikan dan tertunggu-tunggu. Bila makin hampir, makin lahir perasaan rindu kepada saudara mara dan kenangan masa kecil. Ruby tidak pasti sama ada anda juga mengalami keadaan itu, ia sesuatu yang membuatkan kita berasa rendah diri dan tercari-cari cara untuk mendekatkan diri kita dengan kenangan itu.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Bila dah bergelar isteri dan ibu, bulan Ramadan paling ruby sibuk. Sebenarnya sebelum bulan Ramadan juga sudah sibuk memikirkan persiapan raya. Nak ruby kongsikan apa aktiviti ruby sepanjang bulan Ramadan untuk persiapan raya? Nanti ruby kongsikan pada artikel seterusnya ya. Bahagian paling sukar untuk ruby sepanjang bulan Ramadan adalah perancangan untuk membahagiakan suami, anak-anak, keluarga emak ruby dan keluarga mentua. Ruby mempunyai 3 orang adik beradik perempuan, dua daripada kami sudah berumahtangga dan satu lagi berhijrah ke Johor untuk bekerja di sana.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Sepanjang bulan Ramadan, ruby sentimental skit. Rasa nak jumpa semua ahli keluarga. Kemudian berbuka bersama, solat berjemaah, bersedekah, buat kenduri moreh dan tahlil. Seronok bila berkumpul dengan semua ahli keluarga. Sebab masa ruby bujang dulu, tiap hari boleh memasak dengan emak, kami berniaga di Bazaar Ramadan. Pakcik saudara, makcik saudara juga selalu datang berbuka bersama. Meriah betul suasana. Kalau bulan Ramadan, makanan paling best. Macam-macam ada! Kadang kena perli, “dah masuk Isyak ni, tak habis lagi makan?”. Hahaha! Betul tak Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim?

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Balik Kampung Mentua Di Kuantan, Pahang

Bila berumahtangga, keluarga menjadi semakin besar. Maka plan untuk pulang ke kampung juga sering berubah. Jika dulu, plan sentiasa tidak menjadi apabila cuti pekerjaan tidak lulus. Sekarang, tidak balik kampung sebab kenderaan sedia ada tidak boleh mendaki Genting Sempah dan perjalanan jauh. Ruby berpeluang memandu Volkswagen Passat Comfortline PLUS selama 3 hari 2 malam. Ia memori yang sangat indah. Sebab berpeluang berbuka puasa bersama keluarga suami di kampung. Anak ruby paling gembira, dapat bermain dengan sepupu, bergurau dengan Atok dan Wan. Ruby pula teruja dengan Bazaar Ramadan di Kuantan. Murtabak besar-besar dan persekitaran bersih.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Menjahit Pakaian Raya Sekeluarga

Ruby beruntung kerana memiliki keluarga yang serba boleh. Hahaha. Ruby sekeluarga akan menghantar kain ela kepada angah. Adik ruby ni ada perniagaan menjahit pakaian, setiap kali seminggu sebelum bulan Ramadan pasti ruby dah hantar kain kepada dia. 2 pasang baju melayu untuk setiap seorang hero ruby. Kemudian 2 pasang baju kurung kedah untuk ruby. Dijangka siap dua hari sebelum raya. Yahoo. Jadi bab pakaian raya dah selesai. Sebab ruby suka sedondon. Kalau nak beli pakaian yang dah siap jahit dan sedondon warnanya memang susah. Sebab pernah buat masa tahun pertama perkahwinan. Cari pakaian di Jalan TAR dan warna yang sedondon tiada. Kami beraya baju warna warni. Hahaha.

Dengan cara ini ruby dapat eratkan siratulrahim sesama adik-beradik. Sambil itu, menambah pendapatan dia. Alhamdulillah.

Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

Berniaga Kuih Raya

Emak ruby masih bekerja dan tinggal bersendirian. Kami kadang-kadang berjumpa, sebab mak di Damansara sahaja. Cuma, ruby rasa sangat jauh dengan mak ruby sebab ruby terlalu sibuk uruskan keluarga ruby. Masa bulan Ramadan ni ruby uruskan perniagaan kuih raya emak, kami jadi kerap berjumpa dan setiap kali jumpa, ruby mesti teringat kenangan beraya sebelum berkahwin. Tidak perlu runsing fikir kewangan pulang ke kampung, kemas pakaian hanya pakaian ruby sahaja. Segalanya mudah. Jumpa saudara mara, peluk dan cium pipi. Ahh rindunya.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Pelanggan Tetap. Hehe. Terima kasih kak Sal, Bob dan Rina

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Hubungan Baik Industri Digital

Anda semua sedia maklum, ruby adalah penulis blog. Setiap tahun, ruby akan manfaatkan pada bulan Ramadan ini untuk eratkan siratulrahim bersama syarikat rakaman, selebriti dan rakan-rakan media. Inilah tanda penghargaan dari mereka kepada ruby dan tanda sokongan ruby kepada mereka. Pelbagai acara diadakan dah diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Semoga kehidupan kita diberkati dan dimurahkan rezeki!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Tips Pemanduan Bersama Volkswagen Passat Comfortline PLUS

Kenderaan memang sangat penting. Ia ibarat diri kedua kita, sama penting dengan nyawa kita. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang kita sayang. Dekatkan keluarga kita yang jauh. Jadi, bagaimana persiapan anda untuk kekal ceria, bersemangat dan jaga keselamatan penumpang ketika pulang ke kampung? Ruby ingin kongsikan dengan anda, tips yang ruby sering lakukan walaupun kereta Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sangat hebat dengan fungsi elektroniknya.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Apabila elektronik sensor dan paparan skrin kenderaan Volkswagen tidak menunjukkan sebarang masalah, anda sudah selesai satu bab iaitu persediaan kenderaan. Jika dulu, ruby akan cek minyak hitam, minyak gear, minyak brek, bateri kereta, tekanan tayar, tukar wiper dan lampu secara manual. Sekarang apabila fungsi elektronik memudahkan untuk memberi tanda amaran jika ada kekurangan. Maka terus hantar ke Volkswagen Service Center yang dipercayai.

Selain dari itu, lakukan semakan terakhir sebelum pulang ke kampung. Perjalanan pulang ke kampung memang seronok kepada penumpang. Tetapi memenatkan kepada pemandu. Jadi, ruby akan sediakan snek kudapan untuk kami sekeluarga. Ada asam buah prune, gula-gula, keropok, minuman bertenaga dan susu untuk anak-anak ruby. Sebab kanak-kanak kalau diberi susu, mereka mudah tidur. Bagasi dan buah tangan untuk ibu bapa di kampung juga sudah masuk ke dalam ruang bonet. Sediakan child car seat ISOFIX untuk anak-anak dan Buckle Up!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

VLOG Tradisi Ramadan Bergaya Raya

Penjimatan Minyak Bagi Volkswagen Passat Comfortline PLUS

Untuk pengetahuan anda bahawa 1 kali isian minyak penuh untuk Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sebanyak 66 Liter dan bernilai RM 120 bagi RON 95. Penggunaan bahan api juga dapat dikesan dari cara pemanduan kita.

  • Urban l/100km: 7.1
  • Extra-urban l/100km: 4.9
  • Combined l/100km: 5.7
  • Co2 emission combined, g/km: 129

Jimat sehingga RM15,000 apabila anda menempah Volkswagen Passat Comfortline PLUS sebelum 30 Jun 2018.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Seperti yang anda mahukan. Sekarang, untuk masa yang terhad sahaja, Passat 1.8TSI boleh didapati dengan penjimatan sebanyak RM15,000 sebelum 30 Jun 2018. Ciri-ciri peralatan Passat 1.8TSI:

  • 1.8TSI langsung menyuntik enjin turbocharged
  • 7 kelajuan DSG (Direct Shift Gearbox)
  • Push start button
  • 6 beg udara
  • Brek letak kereta elektronik
  • Sistem penyaman udara ‘Climatronic‘ dengan kawalan suhu 3 zon
  • Komputer pada ‘Premium’ MFD (Multi-Function Display)
  • 12v soket di konsol pusat, depan dan belakang dalam ruang bagasi
  • Lampu Adaptive LED lighting system
  • Sensor hujan automatik Rain Sensing Windshield Wipers
  • Cermin sisi kiri dan kanan yang boleh laras secara elektrik dengan lampu persekitaran
  • Auto-Dimming Rearview Mirror untuk keselesaan mata anda dari silau lampu tinggi pemandu lain
  • Sistem Pengesanan Keletihan : Driver Alert! Take A Break
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • 6.5 “radio paparan skrin sentuh ‘Komposisi Media’ dengan USB, slot SD Card, Bluetooth dan AUX-In
  • App-Connect (MirrorLink, Apple CarPlay, Android Auto)
  • Kerusi kulit hadapan dengan penyesuai elektrik 12 hala dengan urutan dan ingatan untuk pemandu
  • Park Assist 3.0 untuk bantu anda parking kereta secara automatik dengan jayanya!
  • Boot belakang mudah dibuka
  • 586 Liter saiz ruang simpanan
  • Anggaran minyak penuh RON 95 sebanyak 66 L

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan SiratulrahimBulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Harga Volkswagen Passat Comfortline PLUS yang baru selepas 0% GST iaitu RM174,478 berbanding RM184,980 sebelum ini dengan 6% GST. Harga ini bermula 1 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018. Selain itu kadar penjimatan sebanyak RM15,000 dan kad petrol bernilai RM1,188 akan diberikan kepada semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. Bayaran bulanan Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sebanyak RM 1,726 dengan kadar faedah rendah bermula dari 0.88%! Promosi ini sah untuk kenderaan yang didaftarkan sebelum 30 Jun 2018 sahaja!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus
www.instagram.com/volkswagenmalaysia
www.facebook.com/VolkswagenMalaysia
www.youtube.com/user/VolkswagenMalaysia

30 comments on “Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

    1. Ruby Post author

      Betul, sekarang ni kalau nak bertukar juadah pun tak tau dengan siapa. Jiran tidak selalu ada di rumah. Rindu masa dulu, bertukar juadah masa tu tidak tinggalkan pinggan pun. sebab ibu semua memasak. tukar tukar tu boleh jadi penuh meja dengan pelbagai juadah. Alhamdulillah. Rindu sangat.

      Reply
    1. Ruby Post author

      Waalaikumsalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin ya kak. Terima kasih menjadi pengomen setia blog ruby.my. Ruby terharu sangat.

      Reply
    1. Ruby Post author

      Hahahaha itu kisah water proofing rumah yang dah lama kak. Alhamdulillah dah selesai. Bayar je la. Nak buat macam mana, pemaju pun cuci tangan. Huhu.

      Reply
    1. Ruby Post author

      Kelly, ya seronok kan bulan Ramadan, Bazaar Ramadan, Bufet Ramadan semua juadah sedap enak. Makin lama makin rindu. Because i lebih fokus kepada family semasa bulan ramadan dan syawal ni. I nak spend most of my time. Hehe

      Reply
  1. Lia Hasty

    Sedih bila bulan puasa nak tinggalkan kita. Sepanjang bulan puasa lagi erat berbuka dengan family. Bukan setakat tu kawan yang lama x jumpa pun mesti plan nak berbuka sekali. Bestnya sis Ruby balik memandu dengan kereta Volkswagen.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Lia, betul akak dah mula sedih 2 3 hari sebelum habis puasa. Dah la akak awal puasa bulan mengambang, nak habis puasa pun bulan mengambang. Terasa macam rugi bila tak dapat berpuasa 30 hari macam masa kita kecil. Seronok puasa penuh. Akak balik kampung suami tu. Lama dah kami tak balik sebab kereta yang sedia ada tidak sesuai untuk naik bukit di Genting Sempah dan sepanjang karak. So Alhamdulillah dapat test pandu Volkswagen Passat untuk pulan ke kampung suami. Dia punya happy sampai ke telinga. Asalkan keluarga happy, semuanya ok kan.

      Reply
    1. Ruby Post author

      Maha, betul nampak selesa dan akak rasa yakin bila suami pandu sorang. So akak bleh tido. Wakakaka. Bulan Ramadan memang akak pilu, akak tunggu dan bila dah tiba akak tak dapat buat banyak amalan. Kemudia dia pergi. Huwaaa

      Reply
    1. Ruby Post author

      Alia, sentimental sangat. Sampaikan rasa teruk sangat diri ini. Rindu atok, opah, abah, mak long, pak ngah, mak lang, ayah, makcik, adik naim dan semua yang dah pergi ke rahmatullah tu. Rasa usia kita pun tak panjang. Bila ada peluang untuk berkumpul, ruby manfaatkan dengan Volkswagen Passat ni. Plan balik kampung. Semua suami anak lelaki. Dia mesti rindu ibu bapa dia.

      Reply
  2. Emily

    Ramadan and Hari Raya are always a season of peace and togetherness, not only among family members but also friends and colleagues. Luckily, the world seems smaller with advancement in technology, so it is not that difficult to keep in touch on ordinary days.

    Reply
    1. Ruby Post author

      True emily, dunia di hujung jari. Boleh keep in touch dengan whatsapp, telegram, social media lain. Bila i tengok kawan lama i punya status dan gambar, terus flash back kepada masa happy dulu. So kita keep in touch with that memory. Yang tak sebulu tu, kita maafkan. Hehe.

      Reply
  3. Hanny Abdullah

    Memang betul bulan Ramadan bulan eratkan siratuñrahim.. macam sis adik beradik 12 org..masing2 sibuk dgn kerja n keluarga so bila bulan Ramadan ni kita mmg cari hari yg sesuai utk sama2 berbuka puasa seluruh keluarga dekat rumah arwah mak..serius mmg happy sgt dpt berkumpul dgn seluruh ahli keluarga sambil pot pet pot pet..hehehe. Mcm tu jugak kdg2 berbuka dgn kwn2..harus berkumpul ramai2 samada potluck atau buka diluar..hari biasa mmg jarang sgt sb masing2 kerja.
    Apa2 pun Passat tu mmg chantik dn selesa,sesuai utk ruby berempat

    Reply
    1. Ruby Post author

      Akak, ramainya adik beradik akak. Mesti bergegor rumah happy berkumpul. Tapi tulah bila memasing dah berkeluarga, tak dapat la nak berkumpul serentak. Nanti bila next year, tiada siapa pula datang jumpa kita. Huwaaa. Saya syahdu part berkumpul ni. Sebab saya nak macam masa saya kecil dulu. Semua pakcik mak sedara dan sepupu pulang. Passat Comfortline PLUS ni memang best kak. Saya tengah fikir nak ambil SUV atau Sedan. Susahnya.

      Reply
  4. Zharif Azis

    Samalah ! Sy sekeluarga pon suka sedondon di pagi raya. Tiap tahun mesti hantar kain ela dkt tailor utk jahit. Bertuah kn ada family yg boleh menjahit nie. Mlm raya baru siap baju. Hahaha

    Volkswagen nie menampakkan ciri2 kemewahan pd si pemakai. Xtahulah sbb jenama dia ke, ataupun design dia. Tp mostly mgkn sbb jnma dia. Teringin sgt belu volkswagen beetle.
    Zharif Azis´s last blog post ..Demo Memasak Secara Langsung Oleh Chef ShersonMy Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      Heyyyyy. Charut akak la tu. Malam raya baju baru siap. Jenuh oiii. Kalau lambat sangat, bila akak nak cari tudung matchy matchy. Hahaha. Volkswagen ni nampak mewah, akak pun tertanya sebab apa. Sebab cara dia sebut Volkswagen Das Auto pun satu hal. Atau si pemilik kenderaan rasa gah bergaya tapi orang lain tengok biasa je kereta tu? Tapi who cares kan? Keselesaan kita lah yang pilih. Kalau nak bg orang faham memang takkan faham mereka tu. Lagi satu akak rasa jenama dia nampak gah sebab dia dah lama dalam industi automatif. So kepercayaan tu dah ada sejak lama dulu. Dari Beetle lagi. Betul tak?

      Reply
  5. Bella Jamal

    Ermm bila bulan puasa sgt sedih kalau masa berbuka puasa sorang2. Dah lama tk buka puasa sama2 famili. Tapi harini mak kita dtg buat surprise jengah kita kat rumah sb raya ni keje. Hehe. Sonokla dpt bawak Passad. Tgk bulanan 1.7k mmg menangis. Yg byor 7ratus sebulan pun nak pengsan..anyway Salam Aidilfitri buat Ruby sekeluarga. Nak dtg beraya nanti ya

    Reply
    1. Ruby Post author

      Kak Bell, hahahah untunglah mak datang buat surprise. terus kebah demam kan. Passat ni enjin 2.0 TSI kak bell, kereta ni besar. Sesuai untuk ruby yang besar. Wakaka. 1.7k sebulan tu kena usaha gigih lagi kan kak untuk kumpul duit. Doakan ruby murah rezeki. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin! Kosong kosong!

      Reply
    1. Ruby Post author

      Hehehe kan Khai, bulan lain kita sibuk bekerja, sibuk menabung, sibuk travel dan segalanya sibuk ikut tuntutan kerja. Semoga murah rezeki. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari akak sekeluarga juga.

      Reply
  6. Ezna

    Ramadan bulan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tu memang betul. Bulan yang baik dan mulia ni pasti besar ganjarannya. Bercakap mengenai kereta VW ni bagus tu 3 years free maintenance. Boleh save kos service kat situ. Kereta macam ni banyak alat elektronik. Kalau kena time masih warranty ok lah. Kalau dah habis warranty, alat elektronik ni memang pricey. (Dari pengguna yang pernah menggunakan volkswagen).
    Ezna´s last blog post ..Jadikan Quaker Oats Hero Dalam Pembuatan Biskut Raya Tahun IniMy Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      Kak Ezna, betul. Saya pun baru nak berjinak dengan kereta elektronik macam Volkswagen ni. Nak kena juga buat research after waranty punya kos. Risau. haha

      Reply
    1. Ruby Post author

      Tulah, ruby banyak spend masa dengan family dan kawan kerja je Rawlins. Harap Ramadan akan datang bleh pi berbuka puasa dengan jayanya. Anak dah besar skit. InsyaAllah.

      Reply
  7. aidasue

    Ruby, iols memula ingat entri edisi mengenang kembali rakan2, sekali bawahnya kereta VW. haha suami kita mmg pakai VW, sedap nak mampus naik, minyak jela tak tahan. tapi disebabkan mahal, si aayiz kalau main pintu pon dia tak bagi wei hahaha sedih anak aku.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Hahaha edasue, suka bila kita tak serabut kepala larang anak jangan main pintu, kangan main tingkap tu, jangan jangan jangan. bila naik kereta passat ni, ibu bleh tido sambil ayah memandu. sesedor dah ada dekat R&R giteww

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.