DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

      25 Comments on DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran.Syukur alhamdulillah berkat bulan puasa, Ruby dapat mencuba satu lagi drone baru yang dikeluarkan oleh DJI. Ianya di panggil Tello, dengar nama pun dah kiutkan. Tello ni saiz dia lebih kecil dari DJI Spark, ramai yang anggap Tello ini tidak ubah seperti mainan kerana saiznya yang kecil.

DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

Drone yang bagus untuk “amatur”

Setiap produk DJI yang keluar di pasaran ada mengikut perkembangan level kepenggunaan kita, kenapa Ruby cakap bagus untuk amatur adalah untuk mengendali drone yang besar kita perlu belajar selok belok cara navigasinya dahulu jika tidak pasti akan kekok. Lalu akan habiskan bateri dengan pantas. Dengan navigasi yang mudah membuatkan Tello lebih senang di kendalikan oelh orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Saiz dan Reka Bentuk

Tello ini berdimensi 98 x 92.5 x 41 mm dan beratnya hanya 80 grams sahaja. Cukup kecil dan kompak, walaupun bersaiz kecil Tello mampu memberi kualiti yang bagus.

Dibina dengan DJI Smart

Dji adalah ketua dalam teknologi drone, setiap aspek perlu di ambil kira untuk membina drone yang bagus mengikut kehendak pasaran dan harga sesebuah drone. Tello mempunyai teknologi DJI yang baru untuk membantunya terbang dengan lebih stabil dan memberi banyak fitur lain semasa dalam mod penerbangan.

Masa Penerbangan

Masa penerbangan juga penting kerana kita kena pandai set masa untuk dapatkan “footage” yang menarik, kerana bateri drone hanya tahan untuk beberapa minit. Tello pula mampu bertahan selama 13 minit dalam penerbangan.

 

Kamera

Tello mempunyai kamera 5MP, walaupun tidak sebesar seperti drone yang lain, kualiti gambar juga tidak menghampakan dan ia juga tiada gimbal tetapi mempunyai “stabilizer” pengimejan yang mamppu merakam video 720p.

Jarak penerbangan

Tello penerbangan Tello daripada pengguna adalah sejauh 100 meter sahaja. Anda juga boleh menggunakan telefon atau alat kawalan yang lain. Jika anda mahu tambah jaraknya, anda boleh menggunakan WiFi extender.

Harga

Sejujurnya harga juga salah satu faktor untuk membeli drone kerana kekangan ekonomi. Harga yang dijual adalah bermula dari Rm400 – Rm500 dan ianya dijual berasingan dengan perkakasan lain.

Kepada yang minat dengan Drone ini, anda boleh mengikuti perkembangan di laman sesawang DJI dan di kedai-kedai DJI yang lain. Tello ini diedarkan oleh ECS ASTAR SDN BHD dan sekiranya mempunyai masalah drone juga boleh menghantar servis di alamat ini. Nantika full review Tello pada masa akan datang.

Lot 3, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

25 comments on “DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

  1. Nandaledg

    DJ Tello emang bagus sih. Aku juga pake ini buat keseharian liburanku. Walaupun kecil tapi punya kelebihan kaya yang mahal-mahal hahaa. ­čśÇ

    Reply
  2. Hanny Abdullah

    Best kalau ada drone ni..boleh ambik video cecantik kalau pandai kawal. Kalau akak cuba sure hancus berderai langgar sana sini..hahaha.
    Lagipun kat kawasan rumah akk ni memang tak sesuai sebab banyak pokok2 dan wayar letrik

    Reply
  3. Mimi

    Yang minat dengan drone memang patut cuba belu drone tello ni. Kira murahlah kan. Selalu nampak orang main drone ni, nampak seronok pulak. Sebelum ni fikir drone ni digunakan lebih pada tugas tugas menyiasat macam citer omputih selalu buat tuh kan.. Hehehe..Tapi ad aje yang sewa drone untuk ambil video dan gambar kan.
    Mimi┬┤s last blog post ..FOLDABLE SUEDE TRAVEL BAG DARI PTT OUTDOORMy Profile

    Reply
  4. Suria Amanda

    Drone ni semakin famous sekarang kan..akak tak rasa akak perlukan drone ni..hehhe..tapi boleh la suggest kat kawan- kawan opis yang suka..sure diorang nak punya sebab diorang ni bab gadget memang berhantu..hehehe..dah ada drone ni bleh la amik video raya hebat2 kan…
    Suria Amanda┬┤s last blog post ..Pengumuman Top Komentator May 2018My Profile

    Reply
  5. Norashidah

    Nak beli drone juga ?.. Lama teringin.. Ada je jual yang murah tapi takut tak tahan lama. Tak berbaloi investment. Tgk yang ruby share solid Dan siap detail lagi. Gila suka gadget2 ni.

    Reply
  6. emi

    Uiihhh, emi duk berkenan nk drone tau. Tapi rasa mahal pulak, so KIV la dulu. Simpan duit utk benda2 yg lebih penting, sobs. Ada rezeki nanti nak beli jugak. Tapi lambat lagi la kot, hehe

    Reply
  7. Fieza Sani

    en.asben ada hint2 nak beli drone ni tapi tak dapat kelulusan dari iolls sbb bini dia ni tak tahu apa fungsi menda alah ni..dah la harga dia boleh tahan mahai…hat kecik macam ni pun main ratus rega dia…fuhhh…

    Reply
  8. Faries

    Penggunaan drone sekarang ni agak penting dan keluaran terbaru ni dri DJI mungkin menarik ramai pembeli atas faktor size yang kecil dan harga yang berpatutan. Dulu kaki survey drone jugak tapi semua drone mempunyai saiz yang agak besar dan mahal. Thanks for sharing ruby. Harap2 ada rezeki nk dapat Drone Tello ni…

    Reply
  9. Kisah si dairy

    Mula baca tajuk, memang tak tahu apa yang dimaksudkan ruby, dah baca baru tau, nilah yang hubby dok teringin sangat nak beli. Nanti nak suggestkan pada dia sebab range harga tu macam berpatutan sangat2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.