Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan

Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan. Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin berkongsi cerita tentang ruby sekeluarga. Ruby, suami, anak-anak dan keluarga besar ruby. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling ruby nantikan. Pada bulan ini, ruby berniat ingin melakukan solat teraweh di masjid, surau atau madrasah seperti zaman sekolah dulu.

Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan

Memang indah bulan Ramadan, bagi ruby ia adalah waktu kita muhasabah diri. Ruby lebih rasa tenang, ada masa untuk beramal ibadat, mengaji, menyediakan juadah berbuka untuk suami dan anak-anak. Sahur bersama dan membayar zakat fitrah. Nanti ruby kongsikan dengan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang ruby lakukan pada bulan Ramadan ni. Supaya para pembaca juga seronok dengan apa yang ruby sekeluarga lakukan.Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Diantara amalan ketika bulan Ramadan yang kita boleh amalkan adalah :

  • Sahur
  • Solat Subuh
  • Solat Dhuha
  • Mengaji Al-Quran
  • Solat Zohor
  • Solat Asar
  • Berbuka Puasa Bersama Buah Kurma
  • Solat Maghrib
  • Solat Tarawih
  • Solat Witir
  • Solat Tahajjud
  • Berzikir
  • Qiamullail
  • Bersedekah
  • Moreh
  • Tahlil
  • Zakat Fitrah

Permudahkan Ibu Bapa Kita

Ruby sering teringat cara arwah atok ruby. Tiap kali azan berkumandang, pasti dia akan kayuh basikal ke surau berdekatan atau ke masjid berdekatan. Ketika itu, ruby masih kecil dan berniat “nanti ayu dah besar, ayu nak pandu atok ke surau/masjid atau kemana-mana yang atok nak pergi”. Sekarang ruby dapat rasakan keadaan yang sama apabila pulang ke kampung mentua. Ayah sentiasa mengimarahkan surau dan masjid. Ruby pesan kepada suami, pandu ayah ke surau. Supaya ayah selesa beribadat, dalam masa yang sama merapatkan siratulrahim anak dan ayah. Suami pun boleh solat bersama. Alhamdulillah tertunai hasrat ruby untuk memudahkan ibu bapa kita melakukan ibadah.

Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan

Dengan kenderaan ini juga, kami bawa makanan untuk berbuka puasa untuk jemaah surau. Pasti ada pahalanya kan? Ikhlas beramal ibadah di bulan Ramadan tidak semestinya kepada saudara sesama Islam sahaja, tetapi mereka yang paling dekat dengan kita juga adalah salah satu pahala yang dituntut apabila kita sebagai anak memuliakan kedua orang tua kita. Ruby baru tahu, bahawa ayah tidak jelas penglihatan dan masih memandu kereta pada waktu malam untuk ke surau. Semoga Allah s.w.t lindungi ayah. Ayah memandu berhati-hati.

Zakat Fitrah Drive Thru

Baru-baru ini ruby berkesempatan teman suami menunaikan zakat fitrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). Zakat Fitrah pada tahun ini bernilai RM 7. Mudahnya bayar zakat fitrah drive thru, ruby lihat sendiri prosesnya yang menjimatkan masa. Amil akan bertanya bayaran zakat untuk berapa orang dan akad akan dibaca oleh suami ruby. Akad Zakat Fitrah juga tertera di ruang kaunter untuk memudahkan pemandu membaca dari dalam kereta sambil berjabat tangan dengan Amil.

Siapa Amil? Amil adalah ditakrifkan sebagai mereka yang ditugaskan untuk melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan hal-hal zakat, dari kutipan sehingga peringkat pengedaran. Mereka dibahagikan kepada dua unit asas, iaitu unit pungutan zakat dan unit pengedaran zakat.

Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan

Ikhlas beramal ibadah di bulan Ramadan agar semua pahala yang telah ditetapkan kita dapat untuk bekalan kehidupan seterusnya nanti.

Driver Alert System : Take A Break

Dalam kesibukan kita memenuhkan amal ibadah dan jemputan berbuka puasa. Pastikan kita memandu dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang.

Tanda amaran awal dimaklumkan apabila anda perlu berehat ketika perjalanan yang lama dan meletihkan, menjadikan jalan raya memandu lebih selamat. Ruby sangat suka sistem ini, kerana selepas tanda amaran terpapar. Ruby akan terus mencari lokasi R&R berdekatan untuk berehat dan tidur sebentar.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Kenapa sistem ini diperlukan?

Adakah anda tahu bahawa pemanduan berlebihan menyebabkan sehingga 25 peratus daripada kadar kemalangan di lebuh raya? Kemalangan ini sangat serius kerana pemandu yang mengantuk tidak mempunyai peluang untuk bertindak balas dan mengambil tindakan mengelak. Oleh itu, memberi pemandu amaran awal bahawa mereka perlu berehat adalah penting untuk perjalanan yang lebih selamat.

Bagaimanakah sistem ini berfungsi?

Ia memantau tingkah laku pemandu dengan teliti – mencatatkan pergerakan roda kemudi yang tidak menentu dan penyimpangan lorong, contohnya sistem ini menilai saat anda mulai merasa mengantuk dan perlu berhenti. Ia juga sentiasa menilai isyarat lalu lintas di jalan raya apabila anda memandu pada kelajuan lebih daripada 40mph.

Bagaimanakah ia memberi amaran kepada pemandu?

Jika sistem mengesan bahawa anda mula hilang kepekaan ia akan memberi amaran kepada anda dengan paparan visual di papan pemuka dan bunyi amaran. Sekiranya anda tidak berehat dalam masa 15 minit, sistem akan mengulangi amaran tersebut. Sistem ini dapat membantu anda memandu dengan lebih selamat.

VLOG Tradisi Ramadan Bergaya Raya

Volkswagen Passat Comfortline PLUS

Harga Volkswagen Passat Comfortline PLUS yang baru selepas 0% GST iaitu RM174,478 berbanding RM184,980 sebelum ini dengan 6% GST. Harga ini bermula 1 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018. Selain itu kadar penjimatan sebanyak RM15,000 dan kad petrol bernilai RM1,188 akan diberikan kepada semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. Bayaran bulanan Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sebanyak RM 1,726 dengan kadar faedah rendah bermula dari 0.88%! Promosi ini sah untuk kenderaan yang didaftarkan sebelum 30 Jun 2018 sahaja!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus
www.instagram.com/volkswagenmalaysia
www.facebook.com/VolkswagenMalaysia
www.youtube.com/user/VolkswagenMalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

30 thoughts on “Ikhlas Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan

    Alia

    (June 23, 2018 - 2:00 am)

    Akak n husband tgh cari mpv utk family kitorg…still cant decide which car yg kena bajet dgn kitorg…
    Nanti nak ajk suami pi woksegen ni lah jugak…mana tau kennn
    Alia´s last blog post ..New Domino’s Pizza Ssamjeang Prawn SensationMy Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:21 am)

      Saya pun sedang survey. Sekarang ni memang waktu sesuai beli kenderaan kak. Sebab dari 1 Jun sampai September ni waktu honeymoon GST dan SST. Better buat keputusan cepat. Sebab dengar cerita kereta booking period hampir 10 minggu baru dapat kereta. Nebes nak beli kereta tetiba. tak tau nak beli yang mana satu. Sedan ke, MPV ke, SUV ke. Hikss

    Sunshine Kelly

    (June 20, 2018 - 10:27 am)

    Wow! iklhlas ni. I like Volkswagen car too they have many designs to cater for different lifestyle and needs. I think the golf or polo will suits me more.
    Sunshine Kelly´s last blog post ..Review: SISLEY Hydra-Global Serum Re-Educate Your Skin Hydration MechanismMy Profile

      Ruby

      (June 21, 2018 - 1:22 am)

      Kelly, kalau untuk u i yakin Beetle paling sesuai. Nampak classy dan seksi untuk u. hehe

    Ibu zaid

    (June 19, 2018 - 3:04 pm)

    Amalan yang tak ikhlas tak akan di terima Allah swt. Sama sama kita jaga niat
    Ibu zaid´s last blog post ..Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati? Wah cantiknya! Jalan jalan di 10 lokasi best.My Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:22 am)

      Betul kak, kena ikhlas. Barulah kehidupan kita diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. InsyaAllah

    Sebrinah Yeo

    (June 19, 2018 - 3:04 pm)

    Didn’t know Zakat got drive thru too! And that vehicle of yours is cool! I like the notification to tell drivers to take a break! Good reminder!

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:24 am)

      Yes, i baru tahu berkenaan zakat drive thru. So much convenient and lebih cepat. Sebab ada anak ramai ni, kalau pergi beratur nanti mulalah dia nak berlari sana sini. Volkswagen Take A Break notification tu memang sangat bagus. I teruja bila dia remind. Sebab dia detect dari cara pemanduan kita. Kalau macam tak straight dan asik tayar sini sana. So dari situ lah kereta alert. hehehe.

    Yana

    (June 19, 2018 - 2:55 pm)

    So easy that drive-thru! super convenient and paying the rate is like super simple and effortless. Also, I am saving up for my own VW beetle…it has been my dream car since young. Probably because of the movie Herbie, but yea..super love that car. Does the function only exist for the Passat?

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:28 am)

      Hi Yana, oh for the Take A Break function ada di semua kenderaan Volkswagen. Apabila pemanduan jauh, notifikasi itu akan keluar. Lepas tu keluar notification pula sebelum R&R. Memang i terus berhenti lah. Pergi minum kopi. hahaha. Volkswagen Beetle my dream car too. Suka sangat kereta tu in yellow. Ruby doakan Yana dapat miliki kereta idaman yana! InsyaAllah!

    Rane Chin

    (June 19, 2018 - 2:46 pm)

    Selamat Hari Raya to Ruby and your family. This is such a good tips for all drivers. Tapi I tak setuju as a VW owner hahaha kerana kereta easy rosak after 5 years warranty. My car sent to workshop for months for engine overhaul which everyone couldn’t believe. I saja drive dekat KL saja pun macam itu huhuhu T.T

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:30 am)

      Rane, alahai kesiannya you. I ada baca your facebook status about the overhaul cost. Mahal sangat and continue problem kan. After 5 year tu setelah tamat waranti. Kesian you. Sekarang kereta you macam mana? Ok dah? Or dah tukar kereta?

    Jia Shin Lee

    (June 19, 2018 - 2:08 pm)

    Such a big difference after GST! Volkswagen Passa is a good car, I’ve read many reviews of it and it is a suitable car for family because of its features! Perhaps I should add this into my wishlist.
    Jia Shin Lee´s last blog post ..GDEX online shipping service at http://www.mygdex.comMy Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:32 am)

      Ya banyak beza kan. I pun tengah mencari kereta. Kereta pertama. Hehehe. I suka elektronik Volkswagen, cuma ruby tak pandai lagi about maintenance, road tax, insurance dan warranty. Nak kena banyak tanya. Nanti visit show room i tanya staff bertugas. hehehe.

    Betty

    (June 19, 2018 - 1:54 pm)

    Ramadan is a holy month and it is important to get the task to be fulfill. Like the Volkswagen car that you drive. look exclusive the interior design and definitely a good car to be owned for long distance journey.

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:34 am)

      Betty, ya during bulan Ramadan ni i rindu keluarga i. Kalau boleh nak ziarah kubur my parent, nak berbuka puasa dengan adik beradik. nak balik kampung ruby. Sekarang nak balik kampung, kena plan. Which kampung nak balik? Husband or my side? I pun takmo gaduh, i agree je pulang mana-mana kampung. But yang jadi sedih, mereka dari kampung rindu ruby dan visit ruby di KL. I rasa pilu sangat.

    Murni

    (June 19, 2018 - 1:16 pm)

    Wah!! Baru tau yg skrg nak bayar zakat pun boleh drive thru.. thanks atas perkongsian.. selalunya pembayaran zakat diuruskan oleh adik AM sejak AM bergelar single mother.. alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.. keberkatan ramadhan tahun ini banyak memberi ruang dan membuka mata ttg indahnya & manisnya kehidupan..

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:37 am)

      Akak Along Murni, bila akak cakap camtu. Saya teringat mak saya. Mak saya pun single mother. So bayar zakat oleh pakcik saudara. Murah rezeki pakcik sedara saya. Sebab bayar untuk mak, saya, adik dan adik bongsu saya. Sekarang saya terfikir tentang kelayakan seseorang untuk membayar zakat untuk kita. Bila ruby dah kawin, suami bayarkan. Baru ruby dapat tengok akad dan doa ni kak. Speechless.

    Emily

    (June 19, 2018 - 1:04 pm)

    As a non-Muslim, I was not aware that there are so many things to go through and take care of during Ramadan. Thought just abstain from eating and drinking during daylight. The other day when I was at KL Sentral, saw some people bayar zakat. Now I see that there is drive-thru as well. So convenient, right?
    Emily´s last blog post ..Abby Hotel By The River Town: Strategically Located In The Middle Of Ipoh New & Old TownMy Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:41 am)

      Hi Emily, ya betul. Masa i kecil pun i hanya tahu puasa je. Tak boleh makan minum. Cuma bila i dah berkahwin ni, macam-macam perkara i nak tahu. Sebab i tengok my son banyak soalan about Islam. So i pun sambil terangkan kepada dia, i pun belajar. Hehehe. Zakat Drive Thru i ingatkan banyak kereta. Tapi sebab ia drive thru yang cepat. Around 3 minit je proses bayar zakat dari dalam kereta. Amazing!

    Rawlins GLAM

    (June 19, 2018 - 10:28 am)

    Rawlins suka sebab sekarang nak beribadah pun semakin dipermudahkan dan tanpa was-was. Lebih elok kalau kaunter untuk bersedekah dan amil ini disediakan sepanjang tahun agar lebih ramai boleh bersedekah tanpa was-was. Gitew kan. Hehe
    Rawlins GLAM´s last blog post ..A Trip Home That Changes The CountryMy Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:44 am)

      Betul Rawlins, kita pun tidak kenal amil. Jadi bila Pusat Zakat sediakan kaunter macam ni memang bagus. Sedekah kita pun jadi berkat dan kita tak was-was. Setuju sangat! Kebanyakan yang buka tabung dan minta sedekah hanya di pasar malam dan restoran. Cara approach pun tak selesa. Kesian juga kekadang, tapi masa tu acik tak ada duit. Paling senang nak menderma pi masjid je la kan Rawlins. Derma utk masjid.

    mama hakim

    (June 19, 2018 - 9:29 am)

    Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Ruby

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

    Ramadhan dah habis pun, Semoga ada rezeki jumpa lagi ramadhan tahun depan.

    Semoga pusat zakat telus dan proaktif agihkan kutipan tu. Pejabat dah gah, tapi tak boleh duduk tunggu asnaf datang saja kan
    mama hakim´s last blog post ..8 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! [BEST] Wajah Tak Pedih & Sakit Lagi.My Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:49 am)

      Waalaikumsalam kak, saya plan tiap Ramadan nak banyakkan amalan. Nak taraweh tiap malam macam masa zaman sekolah menengah. Nak tahajud tiap malam. Tapi apakan daya, bulan mengambang. Hahaha. InsyaAllah bulan Ramadan akan datang lebih bersedia. Jika dipanjangkan umur. InsyaAllah kak. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Kaunter zakat tu memang sistematik. Cuma bila bab asnaf tu saya tak pasti kenapa berlaku ramai tidak dapat sumbangan. Kesian sangat. Takkan nak tunggu keluar tv dan newspaper baru nak datang bantu kan.

    Auni

    (June 19, 2018 - 7:50 am)

    Banyak sebenarnya cara untuk kita beramal ibadah di bulan Ramadhan kan. Cuma nak dengan taknak je. Semoga kita semua tergolong dalam orang yang diterima amalannya..aamiin

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:50 am)

      Amin kak. Semoga amalan kita diterima walau sekecil RM 1 derma kita. Subhanallah.

    Ezna

    (June 18, 2018 - 11:29 pm)

    Mudah bayar zakat zaman sekarang. Suami dah bayar zakat kat surau dekat dengan rumah. Ye….selalunya kereta Continental memang ada ciri2 lebih dari kereta negara lain. Tu yg harga mahal sikit tu. Coffee Break tu akan appear selagi kita tak berhenti. Not only that, kalau ada apa2 sistem yg tak betul akan naik sign kat kereta contohnya kalau ada lampu terbakar, sistem gear ada masalah dan lain2 lagi.
    Ezna´s last blog post ..Jadikan Quaker Oats Hero Dalam Pembuatan Biskut Raya Tahun IniMy Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 3:52 am)

      Kak Ezna, ha’ah kereta eropah ni berfungsi secara elektronik sepenuhnya. Sikit je tanda-tanda lain dari yang lain. Dia dah naik alert dah. Seronok naik Volkswagen ni. Selesa dan luas. Doakan saya dapat memiliki Volkswagen kak. Hehehe

    nikkhazami

    (June 14, 2018 - 11:01 am)

    cara untuk bayar zakat makin mudah. bayar online pun boleh. takde alasan ;lagi
    nikkhazami´s last blog post ..Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3My Profile

      Ruby

      (June 25, 2018 - 4:06 am)

      Betul, dah takda alasan dah nak cakap tak sempat. Online pun bleh bayar. Baca akad je. Ada kawan akak, cakap bila bayar zakat online, dia kata tak feel. Nak salam juga amil. Hrrmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.