7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup. Assalammualaikum semua! Musim bola Piala Dunia ni memang seronok, banyak peraduan dan aktiviti disediakan oleh pelbagai pihak. Salah satu peraduan yang sentiasa menarik minat ruby adalah dari 7-Eleven Malaysia. Ruby sentiasa menanti apa yang ditawarkan oleh 7-Eleven, sebab ruby pernah memenangi peraduan komen terbanyak di facebook pada tahun 2010. Menang bola Adidas Jabulani. Kemudian ruby juga gila FIFA World Cup, siap beli vuvuzela tau. Kahkahkah.

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

Bila musim FIFA World Cup tiba, banyak aktiviti rutin harian bertukar. Seperti tidur lewat dan mula menilai pasukan bola sepak negara yang bertanding. Selain dari cuci mata tengok pemain terkenal beraksi seperti Cristiano Ronaldo (Portugal), Lionel Messi (Argentina), Luka Modric (Croatia) dan Harry Kane (England). Hehehe.

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup
SARANSK, RUSSIA – JUNE 25: Cristiano Ronaldo of Portugal challenge for the ball with Saeid Ezatolahi and Morteza Pouraliganji of Iran during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Iran and Portugal at Mordovia Arena on June 25, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Hector Vivas/Getty Images)
7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup
SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 26: Lionel Messi of Argentina celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Argentina at Saint Petersburg Stadium on June 26, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)
7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup
NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JULY 01: Luka Modric of Croatia misses a penalty during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Croatia and Denmark at Nizhny Novgorod Stadium on July 1, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Julian Finney/Getty Images)
7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup
NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 24: Harry Kane of England scores his team’s second goal from the penalty spot during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between England and Panama at Nizhny Novgorod Stadium on June 24, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Sejak dah berumah tangga ni, ruby layan bola sepak di rumah aje bersama keluarga. Masa ini baru boleh terangkan dekat anak-anak lelaki ruby, apa itu bola sepak. Berapa ramai pemain. Gambar bendera negara yang sertai. Walau berbeza agama dan warna kulit, bola sepak menyatukan kita semua. Ruby nak anak-anak faham bahawa tiada halangan untuk bermain atau meminati sukan bola sepak. Jika pasukan itu menang, kita bersorak. Jika tidak mara ke perlawanan seterusnya, boleh cuba pada tahun lain. Seperti tahun 2018, FIFA World Cup Russia membuka mata kita bahawa banyak kejutan dilakukan oleh pasukan “underdog”. Mereka bangkit melawan pasukan negara yang kita sering label “kuat dan hebat”.

Berbelanja RM 5, Kumpul 10 Pelekat & Menangi Keychain / Tag Beg Minions Da! Da! Da!

Ruby tertarik dengan peraduan 7-Eleven Malaysia kali ini yang menampilkan Minions dan pasukan bola sepak. Comel dan menarik. Apa yang perlu ruby lakukan ialah membelanjakan sekurang-kurangnya RM5 dalam satu resit tunggal untuk menebus 1 pelekat. Kemudian kumpulkan kesemua 10 pelekat dan dapat keychain atau tag beg. Ia akan diberikan secara rawak, pekerja di 7-Eleven pun tidak tahu apa yang terkandung dalam plastik tu.

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup 7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

Gambar di atas ini senarai jenama dan produk yang melayakkan anda untuk mendapat pelekat extra!. Kalau beli produk di atas secara automatik akan dapat 1 pelekat tau. Kalau pekerja 7-Eleven lupa nak bagi, korang tanya la mereka k. Oh yaaa, untuk pembelian kad hadiah, tambah nilai, bayaran perkhidmatan di kedai, rokok, tembakau dan aksesori tembakau tidak layak untuk mendapat pelekat tau!

Tempoh Pemberian Pelekat : 29 Mei 2018 – 23 Julai 2018
Tempoh Penebusan : 29 Mei 2018 – 30 Julai 2018

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

Setakat ini ruby dapat 2 keychain dan 2 tag beg. Comel kan? Hahaha. Walaupun tidak dapat memilih pasukan kegemaran, tapi bila buka plastik dapat Spain, France, Mexico dan Belgium. Ruby gembira! Harap-harap lepas ni dapat Portugal, Brazil, Russia dan Sweden.

Minions Da! Da! Da!TM Who’s Your Final 2?

Nak lagi seronok musim FIFA World Cup Russia 2018 ni adalah menjangkakan pasukan negara mana yang akan ke peringkat akhir dan seterusnya bergelar juara! Hehehe. Setelah melihat setiap perlawanan dan kebangkitan pasukan underdog. Ruby rasa France dan Russia. Tapi Belgium dan Sweden juga hebat. Fuhhh mencabar tahun ni!

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

Nak menang kamera Fujifilm Instax Minions? Jom sertai peraduan ni, ruby pun join. Ala nak hadiahkan dekat Adam kamera ni. Sebab comel. Hehehe. Doakan ruby menang eh! Mudah je caranya.

  1. Ambil gambar kreatif bersama dua keychain atau tag beg 7-Eleven Minions Da! Da! Da! negara kegemaran anda yang bakal mara ke final FIFA World Cup Russia 2018.
  2. Muat naik di facebook atau instagram.
  3. Masukkan tanda pagar #MinionsDaDaDa #MDDFinal2 #7ElevenMY
  4. Peraduan bermula 29 May 2018 – 30 July 2018!

Semoga berjaya! Dapatkan keychain dan tag beg 7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup sekarang!

www.7eleven.com.my
www.facebook.com/7ElevenMalaysia
www.instagram.com/7elevenmalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “7-Eleven Minions Da! Da! Da! Sempena FIFA World Cup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.