Asia Comic Con Malaysia

Asia Comic Con Malaysia! Assalammualaikum semua! Finally Comic Con diadakan di Malaysia. Baru lah seronok! Hahaha. Nak pergi dengan anak-anak pun seronok. Cuma hari ini pada 13 Julai 2018 ruby berkesempatan hadir ke acara perasmian Asia Comic Con di Sunway Pyramid Convention Centre. Jadi dapat lah ruby kongsikan dengan pengikut ruby di laman sosial tentang apa yang terdapat di Asia Comic Con Malaysia. Ramai yang bertanya, cosplay dah ada ke? Amboi-amboi kemain ya. Hahaha. Mestilah dah ada, dalam 10 orang memakai cosplay. Tapi ruby tidak tahu watak apa.

Asia Comic Con Malaysia

Asia Comic Con Malaysia

Acara yang paling dinantikan oleh peminat animasi dan superhero kini diadakan di Malaysia! Asia Comic Con (ACC) 2018 membuka tirainyo hari ini. Dirasmikan oleh Pengasas Serantau, Krit Vitayasamrit dan Penganjur dan Rakan Kerjasama di Malaysia, Tan Mong Chon, Michael Zchang dan Vincent Low daripada Hub Advertising, acara ini turut disertai oleh artis selebriti seperti Nobuo Yamada atau NoB, Chie Nokomoru atau moo, Siam Dream dan Sweatl6. Mempunyai jumlah pengikut yang besar dari serata dunia, acara yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini (13 15 Julai) di Sunway Pyramid Convention Centre merupakan acara budaya pop terbesar tahun ini.

Asia Comic Con Malaysia
Dari kiri Thanachai Klomchicharoen; ACC Regional Founder, Vincent Low; Business Development Director ! Hub Advertising; Tan Mong Chon, Pengerusi dan Pengarah Syarikat ! Hub Advertising, Krit Vitayasamrit; ACC Regional Founder dan Michael Zchang; General Manager ! Hub Advertising

Sehingga kini, ribuan tiket telah habis terjual, termasuklah tiket VIP. Namun peminat masih berpeluang mendapatkan pas 3 hari dengan harga RM50 atau pas satu hari dengan harga RM30. Tiket boleh didapatkan secara dalam talian dan di kaunterkaunter tiket berdekatan. Inilah peluang anda untuk menyaksikan budaya-budaya pop terkenal di serata dunia di bawah satu bumbung!

“Secara peribadi, saya juga sebenarnya salah seorang peminat budaya pop, dan saya amat terharu diberi peluang untuk membentangkan suatu acara komik yang besar yang dapat mengumpulkan peminat-peminat francais adiwira, permainan video dan koleksi terhad di Malaysia. Comic Con Asia mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana peminatnya datang dari negara-negara antarabangsa dan Asia,” kata Tan Mong Chon, Pengerusi dan Pengarah Syarikat, ! Hub Advertising.

Asia Comic Con Malaysia

“Saya berasa bangga melihat perkembangan acara ini yang pertama sekali diadakan di Thailand pada 20l7 kemudian diteruskan di Malaysia pada 20l8. Harapan saya agar acara ini dapat terus berkembang di negara-negara Asia lain pula selepas ini.”

Michael Zchang, Pengurus Besar Hub Advertising, berkata, “Kami berbesar hati dapat menganiurkan Comic Con Asia yang pertama di Malaysia dan kami berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi dan pembekal yang turut memberi sokongan dalam menjayakan acara berteraskan budaya pop yang mempunyai peminatnya yang tersendiri ini.”

“Sokongan yang diterima daripada peminat juga sangat memberangsangkan. Khas untuk mereka, kami telah menyediakan enam zon yang terdiri daripada komik, filem, rancangan bersiri. manga, animasi, permainan, permainan video, dan cosplay,” tambahnya lagi.

“Penerimaan yang baik daripada peminat Comic Con Asia di Malaysia telah membuktikan kemampuan kami dari segi sumber dan pengurusan majlis yang berskala besar. Kejayaan ini memberi kami lebih semangat untuk terus menganjurkan acara yang lebih hebat pada masa akan datang,” kata Vincent Low, Pengarah Pembangunan Perniagaan, I Hub Advertising. “Gabungan aktiviti dan penampilan khas oleh personaliti terkenal dalam satu acara mega seperti ini akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada peminat.”

Beli Lightsaber Di Asia Comic Con Malaysia

Selama hari ini ruby mencari Lightsaber, bukan untuk anak ruby. Tetapi untuk ruby. Dapat pegang dan rasa pun dah seronok oiiii. Hahaha. Ruby jumpa kedai AC Lightsabers dari Encik Alan Cheong. Macam-macam jenis pemegang Lightsaber ada, kemudian boleh pilih nak lampu warna apa. Paling best sekali siap En Alan terangkan macam mana nak swing dan pegang lighsabers tu. Pergghh rasa macam dalam filem Star Wars tau! Hahaha. Harga? Ada macam-macam harga ikut kemampuan. Ruby suka yang harga RM 600++ tu. Just nice pegang, berat dan panjang pun cun. Korang pun nak beli? Nah tengok di www.facebook.com/ACLightsabers

Senarai Pameran

Peminat pasti teruja untuk menyaksikan sendiri koleksi terhad, memorobilia, dan pameran unik daripada filem-filem Marvel, DC, Star Wars dan banyak lagi. Selain itu mereka juga boleh cuba bermain permainan Dungeons & Dragons atau Magic: The Gathering.

Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia

Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia

XM Studios

HADO MALAYSIA

FIFA ONLINE 3

Kehangatan bola sepak yang masih dirasai juga tidak dilupakan menerusi Pertandingan Moh Skor E-Sporfs yang menampilkan FIFA Online 3, FlFAl8 dan permainan fantasi kegemaran ramai, Mobile Legends. Peminat anime pula pasti teruja untuk bertemu artis-artis hebat Nobuo Yamada aka NoB (Super Sentai dan Saint Seya) dan Chie Nakamaru aka mao (Doraemon).

Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia

The Legend of Zelda

Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia

Jadual Aktiviti

Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia Asia Comic Con Malaysia

Tiket Asia Comic Con Malaysia

Asia Comic Con Malaysia

Jangan terlepas peluang menyaksikan Comic Con Asia 2018, sehingga 15 Julai ini di Sunway Pyramid Convention Centre. Tiket boleh didapati di kaunter dihadapan Sunway Pyramid Convention Centre atau di kedai Gamers Hideout atau beli secara dalam talian di www.eventbrite.com.au

www.facebook.com/asiacomicconmalaysia/
www.instagram.com/asiacomiccon/

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Asia Comic Con Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.