Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang. Assalammualaikum semua! Ruby ingin kongsikan dengan anda acara warisan yang anda semua perlu ambil tahu. Ia adalah salah satu suku bangsa melayu yang ada di Malaysia. Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang dan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang pada 28-29 Julai 2018 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 9:00pagi hingga jam 10:00 malam. Jom meriahkan fiesta ini!

Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang akan menganjurkan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG. Acara yang diadakan buat julung kalinya ini dibuat atas kesedaran tidak ramai yang mengetahui tentang sejaran dan tradisi orang orang Bugis sebenarnya kecuali label ‘lanun’ yang dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum bugis.

Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Bagi mengelakkan stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PBMS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang bugis kepada semua. FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG akan diadakan pada 28-29 Julai 2018 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 9:00pagi hingga jam 10:00 malam. Ianya akan dirasmikan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 28 Julai 2018, pada jam 9:00 pagi.

Apa itu LINO MALOANG

Perkataan Bugis “LINO MALOANG” memberikan pengertian “DUNIA NAN LUAS” ini disertakan dengan nama acara sebagai symbol semangat kaum bugis. Ianya dirasakan bertepatan dengan peranan dan sumbangan serta budaya merantau orang-orang Bugis dari tanah asal mereka di Sulawesi yang merantau dan menetap ke hampir seluruh pelusuk Nusantara, dan juga beberapa negara lain di seluruh dunia.

Penganjuran FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG ini turut mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Ia juga turut mendapat sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negeri lain, juga beberapa negara lain seperti Batam dan Singapura.

Aktiviti Di Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang 2 hari tersebut, antaranya

a. PERSEMBAHAN SENI TARI MELAYU & BUGIS
1. Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja)
2. Tari Paduppa
3. Tari Indo Logo
4. Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api)

b. PENCAK SILAT ALIRAN BUGIS
c. PERTANDINGAN BUSANA TRADISI BUGIS
d. KULINARI MASAKAN TRADISI BUGIS
e. PAMERAN SENJATA DAN BUSANA BUGIS

Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Selebriti Yang Terlibat Di Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam. Orang ramai dijemput hadir ke acara ini dan mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti aktiviti yang diadakan.

Tonton Promosi Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang Secara LIVE

Tonton secara LIVE promosi Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang  pada 27 Julai 2018 di Astro502, Unifi TV 631, MYTV 121 atau tonton dari https://bernamanews.live, Facebook Page: Bernama News Channel dan Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=SYP-s7ymx2c

www.facebook.com/PMBSKLANG

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang

    nikkhazami

    (July 27, 2018 - 12:11 pm)

    kadang kadang kita kena alert dengan bangsa dgn budaya macam ni. sebab di malaysia ni memang ramai orang bugis. yang takda darah bugis pun boleh ikut serta memeriahkan event ni
    nikkhazami´s last blog post ..Xiaomi Mi A2 Hanya RM1199 di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.