Hot Wheels 50th Anniversary

Hot Wheels 50th Anniversary telah rasmi mengadakan sambutannya di Malaysia. Pelbagai sorotan program disediakan. Rugi jika kita tidak turut serta! Sepanjang tahun ini, ruby mula mengumpul Hot Wheels. Apa yang ruby suka tentang kereta Hot Wheels ni sebab ia lasak dan besi. Ruby tidak risau bila ia terjatuh, tercampak dan terbang tinggi. Anak-anak pun seronok. Kalau keluar kemana-mana mesti bawa 1 kereta, supaya mereka boleh jaga kereta mereka. Ruby juga ajar mereka, bahawa setiap kereta ini tiada gantinya. Kalau nak cari semula, memang tak ada.

Hot Wheels 50th Anniversary

Semangat untuk bersaing, kereta lumba permainan (die-cast) dan litar lumba berwarna jingga merupakan ciri-ciri tepat bagi menggambarkan Hot Wheels. Logo bercorak api merah dan kuning ikoniknya juga menterjemahkan sempurna energi serta keterujaan yang diterajui jenama tersebut. Tahun ini, Hot Wheels meraikan Ulang Tahun ke-50. Sepanjang separuh abad, Hot Wheels menjadi inspirasi kanak-kanak mencabar halangan menerusi perlumbaan di atas Iitar jingga dengan meluncurkan kereta lumba mereka penuh bergaya.

Hot Wheels 50th Anniversary
Ulangtahun Ke-50 Hot Wheels telah dirasmikan oleh Jazeman Jaafar, Malaysian International Racing Driver; Asep Ahmad Iskandar, Founder of Art of Speed; Dmitriy Shakhmatov, Global Hot Wheels Product Design Manager; Ivan Franco, Country Manager of Mattel Southeast Asia dan Christian Coujin, RWB Porsche

Hot Wheels 50th Anniversary

Jelajah 50 Tahun Asia Tenggara (SEA) Hot Wheels yang dilancarkan turut dihadiri Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels, Dmitriy Shakhmatov. Malaysia menjadi destinasi pertama dengan pelancarannya diadakan di MAEPS, Serdang, sejajar dengan penganjuran tahunan Art of Speed bagi tahun yang ke-7. Acara itu dihadiri ramai peminat automobil dari seluruh negara. Para pengumpul koleksi (collector) pastinya peka bahawa acara tersebut adalah peluang terbaik bagi mendapatkan koleksi istimewa yang terhad keluarannya.

“Kami amat berbesar hati kerana Hot Wheels telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada para peminatnya sepanjang tempoh 50 tahun ini. Kami percaya bahawa cabaran perlu dihadapi secara imaginatif dan kreatif. Ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan manfaat nilai-nilai sebegitu dapat dirasi generasi baharu,” ujar Pengurus Cawangan Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco.

“Chase Your Dream” – Dmitriy Shakhmatov

Jenama tersebut turut menganjurkan pertandingan reka cipta dengan meminta pelajar berumur 9 hingga 12 tahun sekitar Lembah Klang menghantar idea reka cipta kereta Hot Wheels terbaik mereka. Ramai yang menyahut cabaran itu dan menonjolkan kreativiti masing-masing. Setiap penyertaan individu diadili Dmitriy Shakhmatov sendiri. Shakhmatov telah bersama dengan jenama tersebut bermula 2015 dan sejak itu berjaya merealisasikan impiannya.

Hot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th Anniversary

“Saya masih rasa seperti bermimpi apabila rekaan peribadi Aristo Rat saya direalisasikan. Itulah janji Hot Wheels. Jika anda boleh memasang impian, anda juga mampu untuk menjelmakannya menjadi realiti. Semestinya saya akan menyertai pertandingan sebegini sekiranya saya seorang kanak-kanak. Saya gembira melihat Hot Wheels® bertindak proaktif dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka,” kongsi Shakhmatov.

Sesi Autograf Bersama Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels, Dmitriy Shakhmatov

Pada acara Art of Speed 2018 Malaysia, Shakhmatov meluangkan sedikit masa bertemu sebahagian kanak-kanak, pengumpul koleksi dan peminat Hot Wheels. Beliau juga dilihat menandatangani autograf dan berbuaI-bual berkongsi minatnya terhadap kereta. Keterujaan beliau dapat disaksikan apabila beliau dikejutkan dengan hadiah berupa kolaj 50 penyertaan terbaik daripada pertandingan reka cipta tersebut.

Hot Wheels 50th Anniversary

Rekaan Car Culture 2019 & RWB Porsche 911

Bukan sahaja rekaan kereta yang memenangi pertandingan tersebut diumumkan, malah acara itu turut menyaksikan kemunculan kali pertama rekaan Car Culture 2019 yang ditunggu-tunggu. Ia merupakan hasil kerja Shakhmatov dengan kerjasama RWB Porsche. Perekanya bersama wakil RWB Porsche. Christian Coujin merasmikan rekaan baharu kolaboratif itu bagi menggandakan keterujaan pengunjung. Mereka turut menunjukkan buat kali pertamanya kepada umum model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels RWB Porsche 911 bersaiz kereta sebenar.

Hot Wheels 50th AnniversaryHot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th Anniversary

2018 Hot Wheels Epic Championship & Made To Race Fun Run

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyertai keseronokan ini, usah khuatir! Anda masih berpeluang untuk menunjukkan semangat mendepani cabaran pada Jelajah Kejohanan Hot Wheels Asia Tenggara 2018! Hot Wheels mengalu-alukan penyertaan berpasukan Yang terdiri daripada ibu bersama seorang anak (berumur 5 hingga 12 tahun) bagi menguji ketepatan, kepantasan dan kreativiti. Jelajah ini akan ke 50 bandar-bandar sekitar Asia Tenggara. Hanya enam pasukan akan melangkah ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada November 2018.

Hot Wheels 50th Anniversary
Hot Wheels 50th Anniversary

Selain itu, Hot Wheels juga akan mengadakan larian santai “Made to Race” pada 12 Ogos 2018 di Kuala Lumpur. Ruby join! Tak sabar nak berlari dengan anak-anak di Padang Merbok.

Set Edisi Terhad Sempena Hot Wheels 50th Anniversary

Pengumpul koleksi Hot Wheels boleh merebut Set Edisi Terhad sempena Ulang Tahun ke-50 di booth. Pelbagai jenis kenderaan Hot Wheels disediakan. Ada semua koleksi Fast & Furious. Kemudian ada track yang besar dan harga berpatutan. Pakaian Hot Wheels di jual pada harga yang berpatutan. RM 69.90 untuk dua helai.

Hot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th Anniversary

  1. Hot Wheels® 50th Black and Gold Collection
  2. Hot Wheels 50th Originals Collection
  3. Hot Wheels® 50th Track Stars 5-car Pack
  4. Hot Wheels© 50th Anniversary Favourites
  5. Hot wheels® 50th Zamac Flames Collection
  6. Hot wheels® 50th Stars and Stripes Collection
  7.  Hot wheels® 50th Camaro Collection
  8. Hot wheels® 50th Throwback Collection
  9. Hot Wheels 50th Anniversary 10-car Pack

RM 260 Hot Wheels 50th Anniversary Shopping Haul

Ini adalah kali pertama ruby ke acara Art of Speed dan memang dah letak anggaran untuk membeli belah di sini. Sekitar RM 300 budget ruby. Tetapi tidak sangka ada promosi beli Hot Wheels track ROTO Revolution dan kereta Hot Wheels dalam harga RM 250, akan dapat free gift poster, almari kereta dan kereta ’69 Chevelle SS 396. Yahoo!

Hot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th AnniversaryHot Wheels 50th Anniversary Hot Wheels 50th Anniversary

Minat ruby dengan kereta Hot Wheels dari zaman sekolah. Cuma hanya tengok je di stesen minyak. Tak mampu nak beli. Bila ruby dah kahwin, tengok anak lelaki ruby mula main anak patung, heeeyyyy kenapa main anak patung. Sepatutnya anak lelaki bina impian dari kecil. Bersukan, suka automotif, lasak dan belajar seni mempertahankan diri. Ia bermula di TESCO, ada kereta Hot Wheels murah-murah dijual. Ruby belek-belek kereta, tengok rekaan dan warna. Kami mula beli. Bila jalan-jalan di GIANT, ada pula keluaran baru. Dari situ kami mula mengumpul, cuma tahun 2018 ni special sikit. Sebab 50th Anniversary, banyak rekaan cantik-cantik. Terutama Black & Gold tu. My fav!

www.facebook.com/hotwheels

#ChallendeAccepted
#HotWheels50

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Hot Wheels 50th Anniversary

    akubiomed

    (July 31, 2018 - 1:57 pm)

    HotWheels sudah menyambut ulang tahun ke 50 rupanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.