Neffos Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Penuh

Neffos Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Penuh. Assalamualaikum semua! Tp-link dan Neffos memgumumkan kemunculan produk baru yang lebih menarik dari segi reka bentuk dan fungsi-fungsi yang hebat untuk buat konsumer.

Neffos Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Penuh

Produk yang dilancarkan oleh Neffos adalah Neffox X9, C9, C9A dan Neffos C7A manakala produk TP-Link ialah Deco M9 Plus, sebuah peranti yang mempunyai sistem wifi yang mengandungi hab pintar. Tambahan untuk inovasi yang baru, Neffos memperkenalkan telefon pintar yang mempunyai laser projektor yang boleh memaparkan gambar sebesar 200 inci.

Menurut CEO Jason Xu, telefon yang bagus tidak sepatutnya tidak dikenakan jualan yang tinggi untuk konsumer dan untuk mengukuhkan keterangannya adalah produk Neffos yag baru akan keluar di pasaran nanti.

Pengarah unit pengedaran TP-Link Malaysia Sdn Bhd Hugo Cai berkata dengan produk baru ini boleh menarik lebih ramai konsumer menggunakan Neffos pada harga yang bagus dan akan memberikan khidmat selepas jualan yang memusakan pada konsumer.

Neffos X9

Neffos X9 mempunyai skrin penuh di bahagian depan dan mempunyai 2 kamera serta dilengkapi oleh badan polycarbonate yang memberi sentuhan premium. Kamera belakang dilengkapi dengan 13 dan 5 megapixel manakala 8 megapixel di bahagian depanSkrin 5.99 inci penuh di kuasakan oleh HD+ resolusi menggunakan  teknologi“in-cell”yang khas di bina untuk memberikan kualiti gambar yang bagus. Neffos X9 juga mempunyai sensor cap jari di bahagian belakang dan mempunyai “face unlock”di bahagian depan yang lengkap dengan teknologi AI, mampu menyalinkan lebih 100 jenis muka yang terperinci. Neffos X9 mepunyai 2 jenis varian, 3GB RAM dengan 32GB ruang simpanan pada harga RM599 dan 4GB RAM dengan 64Gb ruang simpanan pada harga Rm799.

Neffos C9 and C9A

C9 mempunyai 8-megapixel “softligt”kamera di bahagian depan, manakala C9A mempunyai 5-megapixel “softlight”di bahagian depan untuk konsumer yang suka selfie. Kedua-duanya dilengkapi dengan 13-megapixel kamera di bahagian belakang. C9 mempunyai 5.99 inci skrin dan C9A mempunyai 5.45 inci skrin. Neffos C9 akan berada di pasaran pada harga RM479.4 dan Neffos C9A pada harga RM429.

Neffos C7A

Neffos C7A di kuasakan oleh 64-bit, quad Core processor dengan 2GB RAM dan 16GB ruang simpanan. Mempunyai 5 inci skrin dan mempunyai HD resolusi, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Neffos C7A akan berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan Ogos 2018 yang berharga RM359.4.

Neffos P1

Neffos P1 adalah produk terbaru dan paling menarik dalam keluar Neffos, ianya mempunyai projektor yang mampu mamancar kandungan HD pada dinding sebesar saiz 200 inci. P1 menggunakan grade tentera Amerika micro elektro mekanikal sistem laser teknologi untuk memberikan imej yang jelas. Ianya juga tidak menggunakan banyak bateri untuk menggunakan fungsi projektor dan boleh bertahan sehingga 4 jam.

TP-Link AC2200 Smart Home Mesh Wi-Fi System Deco M9 Plus

TP-Link sistem Wifi yang mempunyai fungsi sistem hab yang pertama, menyasarkan untuk beri wifi yang laju, pintar dan di mana sahaja. Deco M9 Plus mempunyai wifi signal yang bagus seluas 6500 kaki persegi. Pengguna boleh menikmati wifi yang laju, selamat dan boleh menghubungkan sebanyak 100 peranti dalam satu masa.

AC2200 sistem wifi menyiarkan 3 jenis “band, ianya adalah 400Mps 2.4GHz, 867Mbps 5GHz dan 867Mbps 5GHz. Teknologi pintarnya mengasingkan setiap peranti mendapat kuasa yang optimum untuk mengimbangi wifi yang laju.

Deco M9Plus ini sesuai dengan lampu,suis, soket, kamera, sensor dan lain-lain.Deco M9Plus ini akan berada di pasaran Malaysia pada awal bulan Ogos 2018 pada harga RM999.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh mengakses ke laman sesawang di pautan bawah ini. 

www.neffos.com.my.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Neffos Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Penuh

    akubiomed

    (August 8, 2018 - 11:11 am)

    Semakin cantik dan halus rekaan telefon pintar Neffos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.