Majlis Pra-Pembukaan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club

Majlis Pra-Pembukaan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club. Assalammualaikum semua! Ruby telah pergi ke Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club ini, masyallah cantik betul lapangan golf dia, kemas, teratur dan tenang. Hari ini Ruby nak berkongsi sedikit pasal Putrade Allsuite Di Royal Perak Golf Club semasa majlis pra pembukaan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club. Putrade Allsuites ini di buka untuk awam dan kepada ahli golf Royal Perak. Lokasinya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang hanya 5 minit perjalanan. Putrade All suites di Royal Perak Golf Club (RPGC) ini menyediakan tetamu tempat yang selesa dan lokasi berdekatan dengan bandar Ipoh yang menpunyai tempat pelancongan yang menarik.

 

Barisan ahli VIP dan tetamu pertama Putrade All Suites di Royal Perak Golf Club

Majlis Pra-Pembukaan Putrade Allsuites Di Royal Perak Golf Club

Putrade All suites ini menyediakan 36 unit suite, setiap satunya mempunyai kepelbagaian perabot  yang kontemporari dan mood kelas yang tersendiri. Setiap bilik sudah pastinya diberikan servis yang terbaik dengan sentuhan moden yang mengambil ciri-ciri mudah dan elegan. Antara kemudahan yang disediakan di dalam setiap Suite termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi.

Selain itu juga, Putrade Allsuite di RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge, kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kenderaan.

Putrade All Suites di Royal Perak Golf Club 3 Bedroom Suites

Putrade Allsuite at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi. Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak RM590 untuk apartment 3 bilik.

Putrade All Suites di Royal Perak Golf Club 2 Bedroom Suites

Putrade All Suites di Royal Perak Golf Club 1 Bedroom Suites

Bukan itu sahaja, Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club juga menawarkan pakej penginapan seminar untuk 2 hari 1 malam dengan kadar bayaran sebanyak RM220 untuk seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada satu masa. Pakej ini amat bersesuaian dengan dengan keperluan dan kehendak untuk organisasi atau syarikat dan badan bukan kerajaan yang ingin menganjur bengkel atau kursus latihan buat kakitangan masin-masing.

Fasiliti Di Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club

Buat tetamu yang menginap di Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club boleh beriadah dan bersukan di sini. Segala kemudahan disediakan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, Gelanggang Tenis, Gelanggang Squash, Kolam Renang beserta Jakuzi, gymnasium dan banyak lagi kemudahan lain.

Jubilee Ballroom Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club

Pelbagai juadah makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal, juadahnya makanan tempatan dan juga makanan antarabangsa.

Putrade Allsuite juga menyediakan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis. Dewan ini boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara- acara besar yang lain dengan berlatarkan padang Golf yang begitu cantik dan aman.

Untuk tempahan boleh hubugi talian di bawah atau email dan juga boleh tempah melalui Agoda, Expedia dan Traveloka.

+6052380022
inquiry@putradeallsuites.com
www.facebook.com/putradeallsuitesatRPGC

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.