Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS

Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS. Assalammualaikum semua! Dah lama tidak berkongsi cerita tentang penjagaan kesihatan. Melalui pengalaman ruby, ruby amalkan rutin minum air kosong ni sejak dari sekolah. Mak ruby selalu sediakan botol air. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Diantara contohnya adalah mungkin ruby dahaga di sekolah dan air di kantin semua air manis. Kemudian air di kantin mahal. Air di mesin layan diri juga mahal. Hahaha. Jadi mak ruby dah siapkan air sendiri, boleh minum di dalam kelas dan tidak tertumpu untuk minum air hanya pada waktu rehat. Betul tak? Setelah itu, rutin minum air kosong sentiasa menjadi gaya hidup ruby untuk kekal hidrasi dan salah satu remedi menjaga kecantikan kulit.

Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS

Bila dah berusia lebih 25 tahun, tiap apa yang kita lakukan sebagai rutin akan menjadi mudah. Nak bawa botol air setiap kali keluar dari rumah dan amalkan minum air setiap jam, memang agak sukar bagi yang baru ingin menjadikan rutin. Tetapi ia amat berkesan pada badan kita. Detox paling mudah, percuma dan tiada kos adalah minum air kosong. Pasti korang happy bila perut tidak buncit, wajah lembab berseri dan kulit kita sihat. Bila dah kurus cantik, ingat kecantikan tu akan kekal selamanya? Kita kena konsisten dalam apa sahaja yang kita lakukan, termasuklah amalan dan rutin minum air kosong. Kebiasaannya bila dah dapat apa yang diidamkan, orang perempuan ni lupa diri. Lupa dah air kosong dan mula la minum air manis. Terutamanya ketika musim perayaan. Betul kan? Hahahaha!

Tips Minum Air Kosong

Berikut adalah beberapa gambar untuk korang faham kenapa air sangat penting untuk tubuh badan kita. Bukan setakat untuk nampak kulit sihat, tetapi organ dalaman kita yang sentiasa bekerja tanpa henti juga  sihat. Minum air pun ada caranya, malah lagi memudahkan apabila kita mengetahui waktu yang sesuai. Sebagai umat Islam, kita ada bulan puasa dan amalan sunnah. Jadi, mana yang terbaik kita amalkan. Manfaat adalah kepada badan kita.

Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS

Sekarang berat badan ruby adalah lebih kurang 80kg. Ruby perlu minum 3.5 Liter air, yang bermaksud 14 Gelas dalam masa 24 jam. Cara ruby jadikan ia rutin harian adalah dengan mengira waktu ruby berjaga dan tolak dengan berapa jam ruby tidur. Nampak mudah kan? Tapi masa dulu nak ikut jadual ni memang susah!! Bila dah biasa, air tu macam kawan kita. Minum berlebih-lebih kadang-kadang. Kalau cuaca panas lagi lah, botol air BROS pun ada di sebelah walaupun ruby berada di rumah. Hahaha.

1 Hari bersamaan 24 Jam, 2 Liter bersamaan 8 Gelas, 1 Gelas bersamaan 250 ML

  • 5AM : 2 Gelas Air (Selepas Bangun Tidur)
  • 6AM : 1 Gelas Air (Selepas Solat Subuh)
  • 8AM : 1 Gelas Air
  • 10AM : 1 Gelas Air
  • 12PM : 1 Gelas Air (Sebelum Makan Tengahari)
  • 2PM : 1 Gelas Air (Selepas Solat Zohor)
  • 4PM : 1 Gelas Air
  • 5PM : 1 Gelas Air (Selepas Solat Asar)
  • 6PM : 1 Gelas Air (Sebelum Makan Malam)
  • 7PM : 1 Gelas Air (Selepas Solat Maghrib)
  • 8PM : 1 Gelas Air
  • 9 PM : 1 Gelas Air (Selepas Solat Isyak)
  • 10PM : 1 Gelas Air (Sebelum Tidur)

Manfaat Air Kosong

  1. Membersihkan usus
  2. Mencegah sakit Kepala
  3. Menghasilkan sel darah merah
  4. Membuang sisa toksin
  5. Meningkatkan kadar metabolisma
  6. Menurunkan berat badan

Ruby Travel Bersama BROS

Ruby pilih koleksi Wego, mempunyai dua saluran untuk memudahkan ruby minum dan isi semula. Bahagian penutup boleh dipegang dan material tali sangat utuh! Walau kemana-mana, ruby mesti bawa air kosong dalam botol BROS kegemaran ruby. Warna kuning yang ceria dan ada kata-kata semangat di sekitar botol. Work Hard Travel Harder!

Menajdikan rutin minum air kosong bersama BROS lebih seronok apabila ada yang bertanya kat mana beli botol ada quotes macam tu? Kadang-kadang mereka tidak tanya, tapi intai-intai jenama BROS di penutup botol air. Hehehe.

Rutin Minum Air Kosong Bersama BROSRutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS

Koleksi Produk BROS

Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS

Mempunyai 6 jenis produk iaitu botol plastik, tumblers, termal, botol kaca, aksesori dan bekas makanan. Di dalam setiap produk juga terdapat beberapa siri yang menarik. Crystal, Capa, Flip, Wego, Vaso, Luna, Yoga, Mug2Go, Flass dan Aksesori. Setiap produk BROS mempunyai keunikan tersendiri. Anda boleh memilih botol melalui beberapa faktor, sama ada dari pemilihan warna kegemaran, saiz kapasiti, harga, reka bentuk botol dan tujuan botol itu. Mungkin ketika untuk anda bersukan, travel atau untuk kegunaan di tempat kerja. Semuanya sesuai!

Harga Botol Air BROS

BROS menawarkan harga yang sangat berbaloi-baloi dari botol air, bekas makanan dan aksesori tambahan. Bagi ruby ini adalah harga yang sangat murah di dunia! Harga bermula dari RM 3.60 hingga RM 113.10.

20% Diskaun Di www.bros.com.my/v2/shop/

Ruby nak bagi 20% diskaun untuk korang yang ingin membeli di BROS eStore www.bros.com.my. Diskaun kod “RUBY20” boleh digunakan dari sekarang sampai  26 August 2018. Masukkan kod tersebut semasa di akhir pembayaran. Best kan? Enjoy

Jadi, inilah kisah rutin minum air kosong bersama BROS. Diharap perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa dapatkan botol BROS. Pasti anda suka!

www.bros.com.my/v2
www.instagram.com/brosmalaysia
www.facebook.com/brosnews

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

18 thoughts on “Rutin Minum Air Kosong Bersama BROS

    Wawa Ashihara

    (July 25, 2018 - 1:25 am)

    Terima kasih sbb bg tips tntg air minuman kita.. Skrg dh terbiasa bawak botol besar trus klo xde tmpt tdo…lagi 1 cantik2 la botol yg ada… Ingtkn nme BRO. Rupanye bros… First time dgr jenama bros ni..hehehe
    Wawa Ashihara´s last blog post ..ID.AZ Dermastic Clay Mask Korea in 5 Minutes!My Profile

    Hanny Abdullah

    (July 25, 2018 - 12:42 am)

    Terima kasih atas perkongsian dan tips ni ruby. Sis ni jenis yang kurang minum air kosong, nak habiskan air sebotol besar tu 1 hari memang susah..hehehe. Dah ada tips ni bolehlah sis amalkan..lagi senang kalau ada botol air Bros ni kan..:D

    TENGKUBUTANG

    (July 24, 2018 - 6:23 pm)

    TB minum dalam botol Tupperware tapi tak cukup 3 litter.. hahaha.. dulu minum dalam botol yang 3 liter terus.. gigih habiskan satu botol tu.. haha.. sekarang ni botol tu pun dah kemana.. kih3.. ni macam best je tengok botol BROS ni.. comell.. ada diskaun tu.,. boleh la TB try beli satu.. InsyaAllah

    Emily

    (July 24, 2018 - 10:09 am)

    I drink a lot of water, because it’s my habit and I always bring along a bottle of water wherever I go. That’s why my bag is so heavy! BROS bottle looks like something that I should get. Will check it out.
    Emily´s last blog post ..KLCC Attraction: Petrosains, The Discovery CentreMy Profile

    Kak Su @KakSu

    (July 24, 2018 - 12:59 am)

    Ok.. lari dari tajuk because I cant help but notice Ruby dah tukar theme dan logo sekali lagi hihi.. Nice.. Akak pon suka theme IsleMag. Bab minum air tu, memanglah akak sehari tak tau berapa liter mesti nak minum, tu pon macam tak cukup2 gitu rasa nya pastu bizi up n down ke toilet haha

    8 Cara Buat Duit Dengan YouTube

      Ruby

      (July 25, 2018 - 1:45 pm)

      Hahahaha logo sama kak. Theme tu tukar. macam boring je sebelum ni. Wakaka. Nanti tukar lagi. miahaha

    Nina Mirza

    (July 23, 2018 - 7:17 pm)

    Setuju Air mineral memang penting kena minum 8 gelas sehari minima. Kak nina pun akan usahakan minum 2 litter sehari mengikut berat walaupun berat kita tak cecah 50kg
    1 litter tuk 25kg berat badan.
    Botol. BROS memang cecantik, for Mak Pak ok tapi for anak-anak bawak pi sekolah risau mamanya nangis tak berlagu. Sayang nya kalau terhilang. Huhuuu
    Nina Mirza´s last blog post ..BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!My Profile

    ayu rafikah mohd amin

    (July 23, 2018 - 6:09 pm)

    rutin minum air kosong ni bagus..dan baik untuk kesihatan..selain untuk elak penghidratan minum air kosong dia ada zat mineralnya tersendiri…btw akk pun suka jenama bros ni..cun!!
    ayu rafikah mohd amin´s last blog post ..Produk Kesihatan dan Ubatan Yang Halal Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan KeluargaMy Profile

    ina

    (July 23, 2018 - 5:05 pm)

    ala,cantiiknya botol ni.Terima kasih ruby.MEmang nak cari satu untuk suami.. banyak baeli yang taktahan.Tapi yang ruby tunjuk ni,kualiti tu lasak nampaknya.. Menarik lahh,Terus rasa nak grab 2 teruslah..,sebab ina jenis payah sikit minum air masak ni.Kalo botol cantik,nak minum air masak tu semangat dan rajinlah sedikit.tehehehe

    Nadia Johari

    (July 23, 2018 - 4:57 pm)

    Ingatkan nama air kosong tu bros, rupanya botol..hehee.. Comelnya botol dia..murah juga erk..boleh usha ni..lagipun dalam rumah ni pun kuat minum air kosong..nak pergi mana-mana pun kena bawak air kosong. Bawak botol ni bagus juga..
    Nadia Johari´s last blog post ..SAMBUT BIRTHDAY SIMPLE JE, MAKAN BURGER BAKAR ABANG BURN DI DAGANG AVENUE FOOD COURT AMPANGMy Profile

    aira

    (July 23, 2018 - 2:08 pm)

    Minum air kosong memang sangat membantu selain beri tenaga. aira sendiri memang ada botol khas jugak ke hulu ke hilir bawak sebab takut terlupa nak minum air secukupnya setiap hari. hihi. sekarang botol ni macam nak kena cari ganti jer, boleh try usha Bros. hehe thank you 😀

    Afizah Abd Rahman

    (July 23, 2018 - 2:01 pm)

    Thanks for the tips ruby. Nak kena print letak dekat office dengan letak dekat rumah sebab kadang-kadang lupa minum air masak. Minat betul dengan botol BROS ni.
    Afizah Abd Rahman´s last blog post ..Sertai BeQueen Video Challenge Dan Menangi iPhone X Setiap MingguMy Profile

    cindyrina

    (July 23, 2018 - 1:31 pm)

    I always make sure to drink at least 2 liters in the office. Then at home during the night at least another 500ml. Ye la malam if minum banyak karang asyik ulang toilet je. susah ar nak tidor. I love Bros punya bekas minum. Nampak solid and nice

    Min Shamsuddin

    (July 23, 2018 - 12:49 pm)

    Menarik pulak bros ni. hehehe..kte memang sejenis yang tak boleh tak ada air masak. Kte kurang minum manis ni sebenarnya. Jadi 1 hari biasanya kte akan pastikan ambil air masak 3 liter sehari hehehe..tak boleh la banyak minum manis ni rasa tersekat manis kat tekak dan kte kalo minum manis badan memang cepat naik ekekeke..cam skrg badan naik sbb banyak makan kuih rasa hari tu hahaha..apa pun air masak memang terbaik.

    Ezna

    (July 23, 2018 - 12:36 pm)

    Botol air Dania pun pernah beli brand ni. Beli sebab BPA Free. Design pun banyak yang lawa2. Memang Dania bawa 1 botol air ke sekolah so senang la nak minum kat sekolah. Kalau kurang minum air, kulit kita pun boleh kering.
    Ezna´s last blog post ..Bila teringin sotong bakar….My Profile

    Mek Onie

    (July 23, 2018 - 12:06 pm)

    honestly, pengambilan air masak yang betul onie tak dapat follow lagi. Minum bila haus je.. Takde la nak ikut siang berapa gelas, malam berapa gelas. Tak disiplin langsung kadang tapi kena juga belajar demi tubuh badan yang sihatkan… Thank you kak ruby atas perkongsiannya 😀

    Ibu Zaid

    (July 23, 2018 - 12:00 pm)

    Macam macam cara ada nak jaga kesihatan kan sis
    Ibu Zaid´s last blog post ..8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti! Berbaloi ke menginap disini?My Profile

    Jia Shin Lee

    (July 23, 2018 - 11:34 am)

    This is a great move, I’ve also started to learn how to drink more water daily, I notice it really helps with my constipation issues. Now I’ve got to try and train my daughter to do the same.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.