Tollyjoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Tollyjoy Baby Day 2018. Assalammualaikum semua! Ya ini tahun kedua ruby join Tollyjoy Baby Day. Sedar tidak sedar dah 4 tahun telah diadakan program seperti ini! Tahniah Tollyjoy! Bila ada program macam ni, barulah rasa dekat dengan jenama kegemaran ibu ibu. Kalau ada bayi, pasti ada produk Tollyjoy di rumah. Hehehe. Sama ada dari segi pakaian bayi, pencuci botol, botol susu, permainan dan keperluan ibu & bayi. Mesti ada kan? Hehehe

Tollyjoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Tollyjoy Baby Day bukan sahaja untuk meraikan kelahiran bayi. Tetapi ia adalah hari dimana kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Penglibatan dari jenama Tollyjoy dan pakar iaitu Cik Jessie Foo; Clinical Psychologist, KIN & KIDS dan pusat kebajikan OrphanCARE membuka ruang fikiran kita bahawa kita tidak bersendirian. Dari program sebegini, ruby belajar erti bersyukur. Ruby berpeluang bergelar ibu. Ruby berpeluang melahirkan anak walaupun menghadapi pelbagai komplikasi. Ruby lebih mengetahui tentang produk dari jenama Tollyjoy dan akhir sekali, ruby mula berkongsi dengan masyarakat bahawa OrphanCARE ada baby hatch center untuk anda letak bayi anda. Jangan buang bayi atau baling bayi kedalam semak. Jangan bunuh bayi yang tidak berdosa.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi
Cik Grace Ng; Location Manager, Tolllyjoy Corporation

 

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi
Cik Jessie Foo; Clinical Psychologist, KIN & KIDS

Kemurungan Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau lebih senang digelar sebagai meroyan adalah gejala yang sering ibu bapa lepas bersalin ingin elak. Tanpa disedari, sebenarnya ibu yang baru melahirkan bayi ini sedang menghadapi kemurungan. Sama ada boleh dikawal atau tidak. Gejala mungkin termasuk kesedihan melampau, tenaga rendah, keresahan, episod yang menangis, mudah marah, dan perubahan pola tidur atau makan. Punca itu dipercayai merupakan gabungan faktor fizikal dan emosi. Ini termasuk faktor seperti perubahan hormon dan kekurangan tidur. Faktor risiko termasuk episod awal kemurungan postpartum, gangguan bipolar, sejarah keluarga kemurungan, tekanan psikologi, komplikasi melahirkan anak, kurang sokongan, atau gangguan penggunaan dadah.

Pengalaman ruby, ruby pernah alami kemurungan selepas bersalin. Kedua-dua kelahiran anak ruby berbeza. Ruby kontraksi lama, kemudian anak pertama lahir secara normal tetapi pramatang dan memerlukan ruby tinggal bersama bayi di NICU. Perlu menyusu anak secara eksklusif. Pam susu, bagi susu dekat bayi yang baru 2kg. Bayangkan macam mana stressnya ruby. Apabila berat bayi dah maintain 2kg, kami boleh pulang ke rumah. Tetapi Jaundice pula menjelma. Ambil darah di klinik kesihatan, pergi hospital dan ulang-alik. Hampir sebulan ruby melalui semua itu. Tidak cukup tidur, penat, letih dan kadang-kadang macam berhalusinasi sorang-sorang. Ruby berpantang 1 minggu pertama dengan mak, kemudian mak pergi kerja. Ruby di rumah bersama bayi. Tunggu suami dan mak balik kerja. Bayangkan dari 6am – 6pm bersendirian ditemani dengan bayi dan televisyen. Fuhhhh! Selawat dan zikir banyak-banyak.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Kisah Alif, anak kedua ruby pula adalah ruby bersalin secara cesarean. Allahuakbar, memang ruby tekanan bila berpantang, sakit, tak cukup tidur. Ruby sampaikan taknak pegang anak ruby. Alhamdulillah suami ruby banyak main peranan. Dia berjaga malam, siang pun dia siapkan segala untuk bayi. Mandikan, masak lauk berpantang dan siap pesan dekat ruby tak perlu mandikan bayi, nanti balik kerja suami mandikan. Ruby banyak berehat dan baring sebelah baby. Cuma tekanan dan kemurungan kali ini lebih mendiamkan diri. Ruby asingkan diri dari Adam, Alif dan suami. Bila teringat balik, ruby kesian dekat Adam. Dah la ada adik baru, perhatian ruby dan suami kepada dia berubah 360 darjah. 6 bulan selepas ruby dah sihat, ruby pujuk dia balik. Alhamdulillah dia memahami. Sedihnya!

Kesihatan Mental Bayi

Pentingnya kesihatan mental bayi adalah setiap emosi, skil komunikasi, keberanian mencuba, sikap dan perkembangan bayi akan terganggu. Jadi, pada usia begini me.reka amat memerlukan perhatian kita sebagai ibu bapa atau insan sekeliling. Jika diperhatikan keadaan bayi apabila inginkan perhatian adalah ketika menangis, ketawa tentang perkara mudah, tantrum dan mendiamkan diri. Rutin bayi tidak lah selalu tidur semata-mata dan tidaklah selalu berjaga. Cuma apabila mereka ingin kan kita melayan karenah mereka, bersiap sedia beri 100% fokus kepada mereka.

Kedua-dua anak lelaki ruby pernah menunjukkan kesihatan mental yang tidak memberangsangkan. Walaupun kita lihat ia seperti comel apabila mereka merajuk. Ia sebenarnya memberi satu persepsi lain kepada mereka. Sebab mereka tidak faham, tetapi apabila merajuk itu memberi impak kepada ibu bapa. Mereka akan lakukan dengan kerap. Sebagai contoh apabila berebut permainan. Ruby perlu sediakan permainan yang sama untuk dua-dua anak ruby. Untuk wujudkan sikap berkongsi, agak ambil masa yang lama. Sebab Adam mula rasa ruby tidak beri perhatian kepada dia sejak Alif lahir. Jadi, perlahan-lahan ruby akan ajar mereka berkongsi. Ibu bapa perlu kreatif! Bagus kan program Tollyjoy Baby Day 2018. Seba ia mengingatkan diri kita tidak pentingkan diri sendiri. Anak-anak lebih berharga dari kerjaya.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

OrphanCARE Foundation

OrphanCare Foundation menganjurkan dan bekerja untuk memberi anak-anak yang berada di institusi dan bayi baru lahir yang tidak dirancang yang hidup berisiko peluang untuk membesar dalam menjaga keluarga yang penuh kasih. OrphanCare Foundation bekerja rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka telah bekerjasama dengan Lumos, organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang menasihatkan negara-negara mengenai Deinstitutionalisation, untuk menyelaraskan peralihan dari penjagaan institusi ke sistem penjagaan keluarga dan komuniti berasaskan komuniti. Boleh baca info lebih lengkap di sini www.orphancare.org.my

Baby Hatch Centres

TollyJoy Baby Day 2018

Program baby hatch centres bukan program menggalakkan wanita membuang bayi, tetapi ia adalah solusi untuk meyelamatkan bayi yang tidak berdosa. Dibuka 24 jam, OrphanCare mengendalikan 3 baby hatch di semenanjung Malaysia; di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani di Kedah. Selain itu, OrphanCare Foundation juga bekerjasama dengan KPJ Hospital iaitu kumpulan penjagaan kesihatan yang mantap di negara ini. Hospital-hospital KPJ mengendalikan 8 buah baby hatch centres di seluruh negara. Baby Hatch ini mengikut sistem Jerman. Ruang ini berhawa dingin, selamat dan mempunyai CCTV 24 jam untuk bayi. Notifikasi akan memberitahu penjaga apabila bayi ditinggalkan di dalam Baby Hatch Centres.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Semoga usaha murni Tollyjoy Malaysia mengadakan Tollyjoy Baby Day 2018 dapat diteruskan sampai bila-bila. Ruby hargai program sebegini. Jumpa lagi di Tollyjoy Baby Day 2019. Hehehe.

www.facebook.com/tollyjoymalaysia
www.instagram.com/tollyjoymalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

20 thoughts on “Tollyjoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

    Alia

    (August 1, 2018 - 10:12 am)

    Baguslah ada kempen kesedaran n mndidik masyarakat macam ni…postpartum depsression jangan buat main2 kadang2 kesan dia bukan lepas bersalin ja tapi melarat sampai ke tua kalau tak cure
    Alia´s last blog post ..Resipi : Air Asam Lokan / KepahMy Profile

    Seri wangi

    (July 29, 2018 - 9:56 am)

    Kak puji program Tollyjoy utk membimbing ibu2 Dan keluarga yg bermasalah…kesiannya Ruby terpaksa melalui pengantin begitu,kak tau bagaimana perasaan Ibu yg dlm pantabg tiada penjagaan rapid Dan terpaksa melalui ya sorang diri..Kita kena byk bersabar agar tidak terkena angin meroyan.

    Sharon Lee

    (July 29, 2018 - 12:14 am)

    This workshop is so useful for those mummies out there! We need to spread this awareness out there. Btw your kids looks so cute!

    Mawardi

    (July 28, 2018 - 7:04 am)

    Datang cedok ilmu parebting kat sini. Baguslah kalau diorang dpt anjur program ni setiap tahun. Bagus untuk ibu2 muda join

    Betty

    (July 28, 2018 - 12:05 am)

    A big clap to Tollyjoy for the good programme. This is first time heard about baby hatch. This programme actually save the baby from been neglected. Hope they will more programme for mummy and their kids.

    Emily

    (July 27, 2018 - 2:51 pm)

    Such a nice event for mummies and their kids. I know about the depression that new mothers may face but I never thought about the mental health of babies. I mean, what are the stresses that they face, right? Hah.. I guess I am wrong!!
    Emily´s last blog post ..Kids Fun Snow Sport @ AEON MALL Kinta CityMy Profile

    JMR

    (July 26, 2018 - 3:58 pm)

    Baca kisah Ruby, besar pengorbanan seorang ibu..program sebegini sepatutnya diperluaskan lagi. sebab banyak kes ibu dkemurungan melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Ruby boleh jadi panel ni nanti hehe
    JMR´s last blog post ..Jom terbang dari Kuala Lumpur ke Bangkok! Ini Cara Jimat Untuk Ke Sana.My Profile

    Hanny Abdullah

    (July 26, 2018 - 11:16 am)

    Bagus ada event macam ni, sekurang-kurangnya boleh dapat ilmu parenting banyak. Masa zaman sis dulu mana ada cam ni, so kalau kita murung ke stress ke..tak tahu cam mana nak handle. Masa anak ke 2 lahir, fuhhh dugaan besar buat sis sebab anak kuat nangis, dah lah kena jaga sensorng..memang nangis sentiasa sis dibuatnya, rasa nak pelepok je anak waktu tu..nasib baik x jadi apa2..huhuhu

    Jane Chua

    (July 26, 2018 - 9:18 am)

    I had a depression after giving birth to my first child which I remembered it till now. Depression is indeed dangerous to the Mom and the baby.

    Huda

    (July 26, 2018 - 2:44 am)

    Bagus yer event tollyjoy ni. Byk ilmu dan manfaat untuk kita sebagai ibu lebih peka tentang isu semasa . Hope ada rezeki nak join event macam ni..

    Nina Mirza

    (July 26, 2018 - 12:32 am)

    Jenama Tollyjoy dah lama dah…. Sejak mak mak lagi dah ada. Yakin dengan kualitinya. Harganya pun berpatutan.
    Bagus adanya kempen kesedaran bahaya kemurungan ni. Semenjak dua menjak ni, dah selalu sangat dengar kes bayi dan ibu yang berpunca dari kemurungan yang tidak di kawal.
    Nina Mirza´s last blog post ..4 Tips To Help You When Decorating For An All-White RoomMy Profile

    Mazni Azmi

    (July 25, 2018 - 10:57 pm)

    Untuk mak ayah yang ada anak anak kecil mesti dan biasa dengar jenama ni. Selalu nampak di pasarasaya kan. harga pun ok
    Mazni Azmi´s last blog post ..Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?My Profile

    Mama Hakim

    (July 25, 2018 - 7:00 pm)

    Pernah juga pakai barang barang dari tolly joy untuk anak anak yang masih kecil. Ok lah barangnya tahan dan berkualiti. Harga pun berpatutan
    Mama Hakim´s last blog post ..5+ Pelembab wajah untuk kulit kering! Moisturizer mana yang paling bagus?My Profile

    Ayu rafikah

    (July 25, 2018 - 2:07 pm)

    Kemurungan jangan but main2 sangat bahaya. Sebab ianya berkait dengan masalah kesihatan jiwa. Tapi sokongan keluarga mmg sangat penting bg mengatasi masalah ni berlaku
    Ayu rafikah´s last blog post ..Pencuci Dapur Yang Mesra Alam | bio-homeMy Profile

    Aliff Asyraf Zainal

    (July 25, 2018 - 1:29 pm)

    Kemurungan ni bukan suatu benda yg boleh di buat main. Ada yg dapat kawal ada yg tidak. I think the husband should really play a vital role to observe their wife if anything weird happen in the house kan. Apa pun, tahniah kak ruby berjaya harungi fasa2 itu. Keep on going strong ??

    Suria Amanda

    (July 25, 2018 - 12:56 pm)

    Bab ibu kemurungan lepas bersalin ni ada je berlaku di kalangan kawan- kawan akak, kawan akak ada sorang ni masa preggy sampai saat melahirkan memang kandungan sihat, tak tau allah duga dia..bersalin jer anak dia disahkan down syndrome. Dia tak leh terima hakikat sampai kemurungan..tapi dia takde apa2 la..just tak nak share tentang anak tu sampai la sekarang..kesian betul..dia pun takde kawan..pergi mana2 sensorang je..

    Ezna

    (July 25, 2018 - 11:11 am)

    Kemurungan lepas bersalin ni memang ada pernah dengar. Ceritanya bermula dari posmen dekat umah akak. Isterinya baru melahirkan anak lepas tu baby mereka meninggal kemudian, isteri dia bunuh diri sebab kemurungan lepas bersalin ni lah. Akhirnya posmen ni pulak murung sampai datang tak datang kerja hantar surat ni. Kesian pulak posmen ni. Maknanya ibu2 lepas bersalin kena jaga betul2 supaya kesihatan terjaga.
    Ezna´s last blog post ..Selebriti mana pulak ni?My Profile

    TENGKUBUTANG

    (July 25, 2018 - 10:53 am)

    TB tertanya-tanya part yang Program baby hatch centres tu.. ada ke ibu-ibu yang nak letak anak yang diorang taknak kat situ ye? sebab kot la diorang takut kena tangkap ke sebab buang anak.. atau la kot malu kalau-kalau diperhatikan sebab dah sah2 orang tahu itu tempat untuk serah bayi yang diorang taknak?

    Zayani Zulkiffli

    (July 25, 2018 - 10:42 am)

    Suka dengan event untuk mommy macam ni. Satu usaha yang bagus oleh jenama barangan baby yang popular, kalau saya free yang tak ada anak pun nak join.
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Konsep Perkahwinan “Wedding Homestay” Jadi PilihanMy Profile

    Auni

    (July 25, 2018 - 10:39 am)

    Samalah kita dulu, baby first normal and second baby caesarean. Bila buat event macamni at least boleh kasi moral support pada ibu yang memerlukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.