Follow Me Anti-Bakteria Dengan Formulasi Baharu

Follow Me Anti-Bakteria Dengan Formulasi Baharu. Assalammmualaikum semua! Dah lama ruby tidak berkongsi tentang mandian keluarga. Terbaru ruby sedang menggunakan Follow Me Anti-Bakteria. Apa sahaja formula mandian, sabun pencuci tangan dan sanitasi yang anti-bakteria, pasti ruby akan beli. Pelbagai jenama ruby dah cuba, tetapi dengan Follow Me ia lebih selesa sebab kulit lebih lembut dan tidak kering. Anda pasti tahu produk-produk dari Follow Me adalah dari penjagaan rambut, kulit dab badan. Ia sesuai digunakan seisi keluarga termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Produk-produk ini bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi mampu dibeli. Betul tak?

Follow Me Anti-Bakteria Dengan Formulasi Baharu

Jenama penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu dengan kelebihan yang lebih baik. Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa yang sama, memberikan haruman pada badan pengguna. Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada Paraben dan Triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. Ia mengandungi pelbagai kandungan yang berfaedah dan sesuai digunakan oleh seisi rumah untuk perlindungan terbaik.

Follow Me Anti-Bakteria Dengan Formulasi Baharu

Terdiri daripada lima varian termasuk dua varian baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising bagi rangkaian mandian badan anti-bakteria baharu Follow Me. 3 varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran.

Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah berkata: “Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami telah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut. Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan Follow Me memahami keperluan pengguna Malaysia yang memerlukan produk dengan kelebihan yang lengkap pada harga berpatutan. Kami juga bertekad dalam inovasi produk dengan nilai fungsi yang lebih baik. Rangkaian formulasi anti-bakteria baharu Follow Me antaranya, mampu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada bakteria berbahaya serta memberi kelembapan kepada kulit dan haruman kepada badan. Kami mahukan kesemua pengguna produk Follow Me menikmati pengalaman mandian yang menyamankan.”

Rangkaian Follow Me Anti-Bakteria

Rangkaian anti-bakteria Follow Me terdiri daripada mandian badan, sabun mencuci tangan dan sanitasi, bergantung pada varian.

Follow Me Anti-Bakteria Dengan Formulasi Baharu

  1. Whitening – mengandungi ekstrak Sakura dan Mutiara untuk kulit lebih terhidrat, bersih bersinar dan lebih lembap. Sempurna untuk seisi keluarga!
  2. Beauty Moisturising – mengandungi Susu Beras untuk kulit lebih lembap, nyaman dan segar.
  3. Extra Cool & Active Care – mengandungi ekstrak Mentol memberikan kulit anda berasa dingin dan bertenaga. Sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
  4. Natural Fresh & Nature Care – mengandungi ekstrak Lemon untuk mempermuda dan memulihkan kulit. Sempurna untuk mereka yang mementingkan kebersihan dan kesegaran.
  5. Family Protection & Family Care – mengandungi ekstrak Peony untuk kulit lebih lembap dan terhidrat. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga

Harga Follow Me Anti-Bakteria Dengan Formulasi Baharu

Mandian Badan 1000ML : RM 13.90

Pembersih Tangan 450ML : RM 6.90

Sanitasi 55ML : RM 3.90

Rangkaian anti-bakteria formulasi baharu Follow Me kini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

www.tohtonku.com.my
www.facebook.com/followmefollowlove/
www.instagram.com/followmemalaysia/

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.