Banteras Semua Masalah Jerawat Dengan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Banteras Semua Masalah Jerawat Dengan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne. Assalammualaikum semua! Ya hari ini kita nak sembang pasal jerawat. Siapa yang tiada jerawat ce angkat tangan. Hahahaha. Mana ada orang takda jerawat, kalau takda tu, mesti belum akil baligh. Setahu ruby, yang belum akil baligh pun tak pakai lagi produk penjagaan wajah. Tapi kena jaga la juga kan. Sekurang-kurangnya pakai krim selaran matahari. Bila kita dah mula ada jerawat, masa tu sibuk nak cuba macam orang dewasa picit jerawat kan? Guna kuku la, besi jerawat tu la. Lepas tu berdarah dan kita panik. Seiring dengan zaman pendidikan dihujung jari, ruby nak sangat para pembaca tahu bahawa masalah jerawat adalah sesuatu yang serius. Jika salah cara, ia boleh merebak ke seluruh wajah. Wajah kita adalah aset yang paling bernilai. Biarlah tidak secantik selebriti, tapi wajah yang bersih dari masalah jerawat memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Betul tak?

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Ramai diantara kita yang mengamalkan petua hilangkan jerawat dari majalah dan tips dari kenalan kita. Ruby masih ingat masa zaman sekolah dulu, jika jerawat tumbuh. Kami guna ubat gigi. Hahaha. Sedangkan masalah jerawat ni terdiri dari beberapa faktor.

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

1. Tidak mencuci muka sebersihnya.
Jika zaman sekolah, lepas aktiviti sukan mesti kena cuci wajah dengan pencuci muka khas. Sebab kulit kita berminyak ketika itu. Manakala hari ini, pakai mekap dan tidak mencuci wajah bersih-bersih juga menjadi satu sebab kenapa jerawat mula muncul. Amalan mencuci muka selepas memakai mekap lagi kena teliti tau. Elakkan menggunakan pembersih yang terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu kulit dari menghasilkan “natural oil” pada wajah dan ia juga menggalakkan pertumbuhan jerawat.

2. Datang bulan.
Ketika haid, memang waktu sesuai untuk jerawat munculkan diri. Paling selalu muncul di bawah dagu dan dahi. Redha!

3. Hormon Tidak Stabil
Jerawat di wajah ruby tak kunjung tiba ketika hamil. Kulit berseri dan ruby happy! Kalau perubahan hormon sebelum haid datang tu lagi lah, bukan jerawat je muncul. Perasaan pun mulalah nak marah dan serba tidak kena. Hahaha

4. Perubahan Cuaca
Hahaha bab ni memang ruby suka, kalau pergi ke negara sejuk memang susah la jerawat ni nak muncul. Happy je tengok muka kemerahan macam selsema tu. Tapi kalau di Malaysia ni, cuaca panas dan lembab kan. Masa musim hujan memang best. Tapi kalau musim panas, muka berminyak dan jerawat pun datang. Aduhh

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Kesimpulannya, kita memerlukan rutin penjagaan wajah jerawat. Sejak ruby hadir acara Hiruscar yang dihadiri oleh Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ruby sudah mula memiliki produk penjagaan wajah Hiruscar iaitu Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser, Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum, Hiruscar Anti-Acne Spot Gel dan Hiruscar Post Acne. Ruby suka bila Hiruscar Anti-Acne Spot Gel dan Post Acne bersaiz kecil, gel lutsinar sebab ia mudah di bawa di dalam bag ruby. Sentiasa ada bersama!

Cara Ruby Menggunakan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Wajah ruby tidak sempurna persis selebriti atau model. Tetapi ruby tidak boleh duduk diam sahaja apabila jerawat mula timbul. Malah, ruby mempunyai kulit wajah yang kemerah-merahan. Ada kalanya berminyak dan tona tidak sekata. Walau apa pun, kita perlu belajar hargai apa yang kita miliki. Betul tak?

Jadi, ruby sentiasa amalkan penjagaan wajah yang “sempurna”. Produk penjagaan wajah berlainan ketika haid, hormon tidak stabil, perubahan cuaca dan lakukan “triple cleansing” setiap hari sebelum tidur. Triple cleansing untuk ruby adalah :

  1. Bersihkan mekap dengan “makeup remover wipes” di kawasan sensitif (mata dan bibir)
  2. Bersihkan muka dengan kapas dan “cleansing cream” di kawasan selain mata dan bibir
  3. Basuh muka dengan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post AcneHiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Kemudian setelah selesai mencuci, ruby pakai Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum. Serum adalah untuk memperbaiki tona dan melembapkan untuk membantu meminimumkan liang-liang pori pada masa yang sama meningkatkan keanjalan kulit. Setelah itu, ruby akan cek muka ruby. Jika ada jerawat, ruby sapu Spot Gel. Jika tiada jerawat, tetapi ada kesan merah dan parut. Ruby akan sapu Post Acne. Kadang-kadang ruby suka picit whitehead dengan besi acne tu. Merah-merah hidung. Jadi, ruby akan sapu Post Acne. Gel ini anti-bakteria tau.

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post AcneHiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post AcneHiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Hiruscar Post Acne membantu meringankan tanda gelap dan mengurangkan penampilan parut jerawat.

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

Mengurangkan blackhead, whiteheads dan jerawat. Asid Salisilik bertindak sebagai anti-jerawat. Vitamin C derivatif untuk meringankan bintik jerawat dan tanda gelap. MPS untuk mengekalkan kelembapan kulit

Sapukan lapisan nipis pada kawasan yang berjerawat sebanyak 2 – 3 kali sehari.

Hiruscar Post Acne

Hiruscar PostAcne adalah 100% anti-bakteria, gel yang jelas yang telah dirumus khas untuk penyerapan kulit yang cepat.

Formula 3-dalam-1 yang unik berfungsi serentak untuk memperbaiki penampilan parut jerawat yang ada, tanda gelap serta mencegah reokkuren jerawat. Ia juga menyembuhkan luka, bintik gelap atau tanda merah secara semulajadi.

Rawatan mestilah sekurang-kurangnya konsisten 4 minggu, 2 hingga 3 kali setiap hari. Tempoh rawatan juga boleh berubah bergantung kepada keadaan jerawat anda.  Untuk hasil lebih terbaik adalah menggunakan kedua-dua produk tersebut dengan Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser dan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum.

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Harga Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel RM 25.30 / 10G

Hiruscar Post Acne RM 41.80 / 10G

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

Jika anda ingin membeli Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser dan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum, dapatkan juga di Watsons pada harga RM 26.20 dan RM 70.80

Potongan Harga RM 5 Untuk Produk Hiruscar Hanya Di www.watsons.com.my Dan Watsons Apps

Gunakan kod promosi HIRUS5 apabila anda membeli produk Hiruscar di laman e-dagang watsons dan aplikasi di telefon pintar anda. Kod ini hanya boleh digunakan satu kali sahaja. Kod ini juga sah sehingga 31 Ogos 2018! Enjoy!

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

10 Hiruscar Sample Kit Untuk Pemenang Bertuah!

Komen di blogpost ini dengan jawapan untuk solan berikut :

Ceritakan pengalaman anda tentang jerawat dan kenapa anda ingin mencuba produk Hiruscar? (jawapan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan dan lebih. Lagi panjang lagi bagus. Hehe..) #ClubSpotless

Terma & Syarat :

  1. Komen di ruang komen ini beserta hashtag #ClubSpotless #hiruscarantiacnemy #hiruscarpostacnemy
  2. Wajib FOLLOW instagram www.instagram.com/hiruscarmy dan www.instagram.com/rubydotmy
  3. Wajib LIKE facebook www.facebook.com/Hiruscar.Gel.Malaysia dan www.facebook.com/rubydotmy
  4. Peraduan bermula 31 Julai 2018 – 7 Ogos 2018
  5. Pemenang akan diumumkan pada 10 Ogos 2018
  6. Pemenang akan dihubungi melalui alamat email
  7. Produk Hiruscar Sample Kit akan di pos kepada anda
  8. Keputusan pemenang adalah dari pihak Hiruscar dan muktamad

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post AcneSemoga berjaya!

www.hiruscar.com.my
www.facebook.com/Hiruscar.Gel.Malaysia
www.instagram.com/hiruscarmy

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

21 thoughts on “Banteras Semua Masalah Jerawat Dengan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel Dan Post Acne

    Mimi

    (August 8, 2018 - 7:53 am)

    Saya dah beberapa hari nih jerawat besar tumbuh dekat dagu. sakitnya lahai.duk bubuh ubat jerawat pun sangat nak kejut tau.boleh cuba hiruscar lepas nih sebab ramai yang review cakap best.
    Mimi´s last blog post ..PRODUK KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN HARIAN YANG DIGUNAKANMy Profile

    Zayani Zulkiffli

    (August 8, 2018 - 6:08 am)

    Banyak baca feedback bagus pasal produk ni. Tak sangka mudah je nak dapatkan. Nak pakai pun tak susah.
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Macam Mana Nak Tangani Anak Dyslexia?My Profile

    Ayu Rafikah

    (August 6, 2018 - 7:53 am)

    Masa zaman remaja saya memang adalah masalah jerawat. Jenis jerawat batu dan kecil. Bila banyak jerawat kita akan mudah rasa rendah diri. Selalu jer mengelak dari menyertai aktiviti yang melibatkan penampilan. Biarpun pementasan di belakang pentas sebab kurang keyakinan diri. Kemudian ada baca kat satu artikel tentang penjagaan muka terbaik adalah melalui pemakanan dan kebersihan. Dulu rasanya ada jenama yang memang remaja suka pakai. Sekarang ada lambakan produk mencegah jerawat termasuklah hisruscar. Tapi produk ni mmg saya syorkan anak remaja saya memandangkan beliau pun ada masalah jerawat. Best! Packaging praktikal dan lepas pakai efek dia memang best. Jerawat beransur kurang 🙂 #clubspotless

    Ibu Zaid

    (August 5, 2018 - 11:34 pm)

    Rasanya template blog ruby tukar baru kan. Macam ada perubahan. Produk hiruscar ni memang bagus ya ruby untuk buang parut jerawat
    Ibu Zaid´s last blog post ..Harga susu Anmum Malaysia 2018.My Profile

    Mazni Azmi

    (August 5, 2018 - 11:05 pm)

    Rasanya ada perubahan ketara pada wajah ruby lepas pakai produk ni kan. TUmbuh pun bawah dagu, kemungkinann masalah hormon tu
    Mazni Azmi´s last blog post ..Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?My Profile

    Jiashin

    (August 5, 2018 - 5:32 pm)

    I heard from a from Hirus scar pimple cream works really well for those in need and it’s also really affordable as well, a great brand.

    wawa aisyah

    (August 5, 2018 - 10:59 am)

    Assalamualaikum kak ruby sayang

    Dulu masa selepas bersalin hormon muka berubah bila mana ada baby newborn dengan tidur tak cukup stress jaga anak sorang-sorang maka kulit muka serta badan pun mula tak terjaga dan naik jerawat. Masa dalam pantang tak keluar rumah, saya pun mohon suami belikan produk A dalam internet. Pakai letak kat jerawat area muka dan badan bukan saja lambat kesannya malah meninggalkan tompok-tompok hitam. Lagi stress dibuatnya. Rasa malu dengan suami tapi masih bersabar usaha juga untuk menyelesaikan masalah jerawat. Lepas abis cuti bersalin, masuk kerja baru sempat pergi watson beli Hiruscar Anti-Acne Spot Gel cepat-cepat apply kat muka. Mula-mula cuci muka bersih then apply. Rasa segar sebab nak rawat jerawat bukan senang. No make up dah dengan keadaan muka macam tu dulu. Pakai 3 hari dah nampak kesan jerawat kecut mengecil happy sangat. Tompok hitam kesan dulu mula pudar sedikit demi sedikit. Lepas sebulan memang nampak lain dah muka makin berseri. Saya memang totally jatuh cinta dengan semua produk Hiruscar. Why la baru nak guna kan. Menyesal sungguh tak kenal dari awal. Memang terbaik, harga mampu milik, senang didapati kat watson, mudah guna dan bawa ke mana sahaja dan produk paling berkesan pada diri saya. Saya bersyukur dapat mengembalikan keyakinan dan tak malu dah dengan suami pun bertambah sayang. Sebagai isteri dan ibu saya kena menjaga kulit saya supaya bebas daripada jerawat. Harap semua orang yakin menggunakan Hiruscar tanpa ragu2. The best product in the world gitu..hehehe #ClubSpotless #hiruscarantiacnemy #hiruscarpostacnemy

    Wawa Ashihara

    (August 5, 2018 - 9:20 am)

    Wawa guna dua2 ni kak.. Mmg best gila.. Klo dlu guna oxy je.. Tp sjk ada hiruscar..pndg ni je…. Klo utk jrwt ssuai cri rangkaian utk jerawat bru cpt berkesan… Skrg ni wawa dah restok dh sbb anti acne & post acne gel ni dh nk abis..haha

    SHAFYQAH AZAHAR

    (August 4, 2018 - 11:40 am)

    sha ada jerawat kecil kecil kat dahi dan jerawat besar besar pulak bila nak period dan semasa period, nampak macam biasa tapi bayangkan seminggu sebelum period dah ada jerawat dan diteruskan semasa minggu period ada lagi jerawat yang naik T_T sekarang jerawat banyak kat pipi pulak adoi pening. sha dah guna serum hiruscar tu dan sumpah best gila!!!! takpenah suka mana mana serum sebelum ni sebab selalunya melikit tapi yang hiruscar memang kebaboom sebab serap cepat kat kulit! dan pore makin kurang kelihatannya <3 <3

    #ClubSpotless #hiruscarantiacnemy #hiruscarpostacnemy
    SHAFYQAH AZAHAR´s last blog post ..IM ALTHEA ANGELS!My Profile

    Ainyy Zain

    (August 4, 2018 - 11:19 am)

    ainy semenjak back to back trip ni kak – jerawat naik banyak. geram je rasa nak picit2. lepastu bila dah picit, tinggal parut pulak. stresnyaaaa. jadi sekarang ni ainy tgh cuba pakai hiruscar untuk hilang parut. banyak testimoni best ainy baca tu yang cuba tu. tak sabar nak tengok hasilnya. geram dah duk tengok parut hitam kecil2 kat dahi ni. thank you kak for the info. sangat membantu untuk orang2 yang ada masalah jerawat dan parut ni. ?
    Ainyy Zain´s last blog post ..4 Sebab Electric Train Service (ETS) Jadi Pilihan Pengangkutan Awam di MalaysiaMy Profile

    Hanny Abdullah

    (August 4, 2018 - 11:13 am)

    Alhamdulillah sis masalah jerawat ni tak ada..tp lubang pori besar tu mmg jd masalah..cpt berpeluh n cpt makeup habis. Anak sis aeysha tu skrg yg tgh ada masalah jerawat penuh satu muka, mayb hormon dia dh bertukar. Nanti nak cuba jugaklah bagi dia pakai produk ni..mana tahu boleh pulihkn masalah jerawat dia tu, kita pulak yg risau tgok

    Rawlins GLAM

    (August 4, 2018 - 9:48 am)

    Rawlins pun baru nak berjinak-jinak dengan Hiruscar sebab tengok banyak testimoni best. Nak juga menambahkan keindahan pada wajah nie yang semakin dimamah usia. Hehe
    Rawlins GLAM´s last blog post ..The Best 2018 Movies (So Far)My Profile

    Yaya Natsumi

    (August 4, 2018 - 9:32 am)

    Sejak bersalin anak pertama ni kita tak tahu kenapa jerawat meriah sangat kat muka kita. Memang takde keyakinan langsung bila berhadapan dengan orang sekeliling sebab masa mengandung memang muka licin gituu. Mungkin hormon selepas bersalin kan. Yaya pernah guna set Hiruscar Anti Acne ni dan memang Yaya kagum dengan hasilnya! Jerawat mulai kecut dan parut pun cepat sembuh dan pudar. Semoga ada rezeki nak menang Hiruscar Sample Kit hee <3

    #ClubSpotless #hiruscarantiacnemy #hiruscarpostacnemy
    Yaya Natsumi´s last blog post ..Rawat rambut dengan kebaikan minyak kelapa dara dari D’eux & Co.My Profile

    Alia

    (August 4, 2018 - 9:22 am)

    Akak baru tau hiruscar ni ada gel utk kecutkan jerawat jugak..selama ni duk ingat utk hilangkan scar kt badan ja. Nanti boleh cuba…akak asal period ja mula lah muka naik jerawat..ni jerawat naik dekat area2 rambut kt muka tu..aduh..stress kita

    Lia Hasty

    (August 4, 2018 - 1:08 am)

    Lia dah jatuh hati dengan produk Hiruscar ni sebab lia pakai setiap hari. Kena disiplin & pakai secara konsisten. Mula2 geram jerawat timbul tapi sebab rajin pakai & apply kat jerawat tu, dah boleh nampak kesan dia.

    Bhanu

    (August 3, 2018 - 4:19 pm)

    Going to suggest this to my sister. She has pretty alot of scars and bad acne problem. Thank you so much for this product suggestion

    TENGKUBUTANG

    (August 3, 2018 - 1:44 pm)

    wah.. ada contest tu.. boleh la TB ajak kawan-kawan join ni.. sebab produk hiruscar ni memang berkesan sangat2 untuk mereka yang nak memudarkan parut jerawat, mengecutkan jerawat.. sebab TB dha cuba sendiri.. terbaik!

    Syiera Firdaus

    (August 3, 2018 - 12:47 pm)

    Syoknya guna Hiruscar. Syira selalu dengar pasal brand ni. Tapi tak berpeluang lagi nak guna. Syira kadang suka jugak naik jerawat. Lebih2 lagi dekat bahagian dahi. Hahaha stress jugak. Nanti syira nak cuba lah.

    Fadzi Razak

    (August 3, 2018 - 10:57 am)

    Saya ingatkan brand Hiruscar ni semata-mata untuk hilangkan parut dekat badan je. Rupanya diaorang pun ada keluarkan range produk untuk jerawat. Setakat ni saya memang jarang keluar jerawat dekat muka. So better saya beri ruang untuk orang lain yang lebih memerlukan untuk join contest ni

    adianiez AIDA

    (August 3, 2018 - 9:53 am)

    Aida ada masalah ni.
    Anak sulung aida, Nurin, da ada pun masalah jerawat ni hadoilah… Memang penting ada skincare yg berkesan, ruby. Uyk aida, da jumpa la. Sedang try. UTk Nurin, 13 thn, Sgt payah. Hingga krna jumpa doktor utk minta opinion.

    Produk mudah dpt gini di watson bagus. Gi beli sendiri kan. Watson merata 🙂

    siti noorshilah yaakub

    (August 1, 2018 - 6:16 pm)

    Jerawat dan saya, memang tak dapat dipisahkan.. semua jenis jerawat pernah menetap kat wajah saya ni.. paling teruk jerawat jenis seperti cyst, bengkak dari dalam yang tersentuh dengan tidak sengaja pun terasa aduhhh sakitnya..huhu.. jerawat jenis ni kadangkala datang pada hari tengah period ataupun hormon tak stabil, seperti sis ruby kata masalah jerawat ni terdiri dari faktor dua ni. Pelbagai jenis produk dah saya cuba, dari local produk..produk luar negara, produk organik..ada nasib baik, jerawat akan baik tapi still tetap akan ada jerawat timbul kat muka saya. Muka saya macam sis Ruby jugak, kemerah-merahan..apalagi kalau berjemur kat luar cuaca panas…omg….kadang sampai kena tegur kenapa merah sangat. Apa-apapun, saya ingin cuba produk Hiruscar ni sebab memandangkan wajah saya sekarang sepertinya tengah “breakout”..jerawat cyst wujud kat dagu..huhu..jadi saya ingin cuba produk Hiruscar ini untuk pulihkan kulit muka saya..dan saya juga menggunakan produk Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying CLEANSER, cuma saya akan pakai ketika datang bulan (period) atau hormon tak stabil kerana pada saat inilah jerawat cyst kadangkala nya akan muncul. Selain itu, saya sangat berminat dengan produk ini yang mengandungi “salicylic asid” yang bertindak sebagai anti-jerawat seperti sis Ruby katakan, dan saya berharap dengan produk Hiruscar ini kulit muka saya kembali seperti dulu.

    #ClubSpotless #hiruscarantiacnemy #hiruscarpostacnemy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.